Anda di halaman 1dari 14

Isi kandungan :

Bil Tajuk Mukasurat


1 Pengenalan kepada kesantunan 2-3
bahasa
2 Remaja dan kesantunan 4-5
berbahasa
3 Kaedah membudayakan 6-9
kesantunan berbahasa di dalam
kelas dan sekolah sebagai
pendidik.
4 Bahagian B: Ulasan video-Video 10
pertama
5 Video kedua 11
6 Video ketiga 12
7 Refleksi 13-14

1
1. Pengenalan mengenai kesantunan berbahasa

Kesantunan bahasa merujuk nilai sopan, melibatkan pertuturan yang elok,


halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Penutur yang
menggunakan strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan
bahasa yang halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya. Kata-
kata yang diucapkan tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya
mengandungi unsur kejujuran, serta menggunakan bahasa yang tidak
menyinggung perasaan orang lain yang mendengarnya. Menurut , (Sapir-
Whorf,1921), kesantunan bahasa seseorang itu boleh dilihat dari segi tingkah
laku dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan bukan hanya
menentukan corak budaya tetapi juga menentukan cara dan pola fikir
penuturnya.Oleh yang demikian, bahasa turut mempengaruhi perilaku
penuturnya. Sejajar dengan itu, bahasa sesuatu masyarakat mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap struktur sosial dan kebudayaan sesuatu
masyarakat. Hubungan bahasa dengan kebudayaan merupakan satu hubungan
yang intrinsik. Di samping itu, kesantunan bahasa yang juga diklasifikasikan
sebagai etika sosial, iaitu sesuatu yang asas diperlukan untuk mewujudkan
keramahan dan penghormatan kepada seseorang tetamu dalam sesebuah
masyarakat.

Aspek kesantunan bahasa ini melibatkan semua peringkat umur. Pendek


kata amalan kesantunan berbahasa juga dapat membantu mewujudkan suasana
dan perhubungan yang mesra dalam suatu komunikasi dan tidak menimbulkan
konflik serta sentiasa menjaga air muka orang yang dilawan bercakap, (Ahmad
Khair Mohd. & Rohaida Abdul Gani, 2005). Kesantunan bahasa ini meliputi
amalan berbudi bahasa, sopan santun, lemah lembut dan memiliki segala ciri
yang baik dan murni serta dapat menimbulkan keramahan dan kemesraan.
Antara aspek bahasa yang perlu diberikan perhatian semasa bertutur dalam
mana-mana situasi ialah penggunaan ganti nama, sistem sapaan dan panggilan
serta pemilihan perkataan yang betul, tepat, dan tidak menyinggung perasaan
pendengar. Oleh itu, seseorang yang berinteraksi menggunakan bahasa yang
halus dan sopan dikatakan tinggi budi bahasanya, manakala seseorang yang
menuturkan kata-kata yang kasar dan kurang sopan dikatakan biadab atau
kurang ajar. Oleh yang demikian, penutur harus sentiasa menonjolkan perilaku
yang santun dan berbudi bahasa, iaitu dengan mempamerkan tingkah laku yang
baik dari segi gerak-geri, tutur kata dan sikap. Hal ini demikian kerana amalan

2
kesantunan bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu merupakan aspek yang
dianggap sangat penting kerana mulut manis mematahkan tulang. Tambahan
pula bahasa yang diujarkan semasa berkomunikasi dapat menggambarkan budi
bahasa penuturnya (Yahya Othman, 2005). Oleh itu, penutur harus
menggunakan bahasa yang tepat dan sopan di samping perlakuan yang
bersesuaian dengan keperluan komunikasi. Selanjutnya, kepentingan amalan
kesantunan bahasa ini telah jelas jika disingkap pada prinsip Rukun Negara
Malaysia yang telah menetapkan Kesopanan dan Kesusilaan dalam prinsip Rukun
Negara yang kelima.

Menurut Ding Choo Ming (2005), bahasa yang baik, elok,berfaedah dan
santun itu bukan sahaja perlu dipelajari daripada buku,tetapi diasuh oleh ibu
bapa, di samping bergaul dengan mereka yang lebihtahu dan berpengalaman.
Hal ini demikian selaras dengan peribahasaMelayu melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Sejajar dengan itu,penerapan amalan kesantunan
berbahasa dalam kalangan remaja sekolahadalah amat penting bagi melahirkan
insan yang bukan sahaja cemerlangdari segi akademik, malah memiliki akhlak
serta keterampilan yangunggul selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin melahirkaninsan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Halini juga bagi meneruskan kesinambungan amalan kesantunan yang
telahdiwarisi daripada generasi terdahulu bagi merealisasikan ujaran
BahasaMenunjukkan Bangsa dan Bahasa Disanjung Budi
Dijunjung.Kesantunan bahasa juga meliputi lingkungan yang luas,
iaitumencakupi bahasa bukan verbal, seperti bahasa muka, bahasa badan
danlain-lain. Dengan perkataan lain, kesantunan bahasa secara umum
merujukpenggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadimulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi
temanbicaranya (Awang Sariyan, 2007).

3
2. Remaja dan Kesantunan Berbahasa

Remaja ditakrifkan sebagai sudah mulai dewasa, sudah akil baligh dan
sudah cukup umur untuk berkahwin (Kamus Dewan, Edisi Empat, 2010). Zaman
remaja dikatakan bermula daripada akil baligh dan berakhir apabila memasuki
alam dewasa, Ianya merupakan satu proses di dalam hidup dan menandakan
bermulanya proses kematangan di dalam hidup. Manakala kesantunan
berbahasa pula ialah kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. supaya tidak dianggap
sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

Adakah remaja pada masa kini menggunakan bahasa yang sopan? Isu ini banyak
diperkatakan dalam masyarakat hari ini. Penggunaan bahasa dalam kalangan
remaja pada masa kini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Remaja
pada masa kini sering menggunakan istilah yang memeningkan kepala dalam
percakapan,sms, email dan sebagainya.Selain itu,mereka turut tidak
mempedulikan mengenai kesalahan penggunaan tatabahasa yang dilakukan.Ini
merupakan satu kesalahan besar kerana bahasa merupakan medium untuk
mengungkapkan pemikiran dan menyampaikan perasaan penuturnya. Selain itu,
bahasa juga akan menggambarkan keperibadian, latar belakang dan tahap
pendidikan seseorang itu.Terdapat juga penggunaan bahasa kesat yang sering
digunakan di dalam percakapan para remaja antaranya ialah giler kau, binatang
ni, tolol, bingung, jahanam kau, dan seumpamanya lagi.

4
Masalah ini turut berlaku dengan lebih serius di dalam kalangan para pelajar di
sekolah. Para pelajar ini sering menggunakan bahasa-bahasa kesat di dalam
perbualan antara rakan-rakan di kelas.Antara penggunaan bahasa-bahasa kesat
yang digunakan ialah kau dah gila?, kau dah mentedarah?, bodoh betullah
kau ni, bengap betul budak ni dan sebagainya.Mereka seolah-olah melupakan
mengenai adab ketika berbahasa dan kesantunan berbahasa.Lebih parah
lagi,penggunaan bahasa yang kesat di antara pelajar sekolah ini sering
dipengaruhi oleh media massa atau sumber hiburan contohnya filem KL
gangster yang memaparkan penggunaan bahasa yang kesat. Perkataan-
perkataan ini banyak digunakan oleh pelajar hari ini dansukar untuk
diterjemahkan maksudnya dengan tepat,, dan kelompok mereka sahajalah yang
lebih mengetahuinya. Mereka akan hidup dalam dunia keseronokan yang boleh
menjadikan mereka leka dan menyebabkan mereka hanyut dalam dunia mereka
sendiri. Nilai berbudi bahasa dan pengamalan adat resam yang sopan tidak lagi
menjadi pegangan lantaran dipengaruhi unsur-unsur negatif seperti
individualistik dan kebebasan tanpa batasan.Ketidaksopanan dalam pertuturan
inilah juga menyebabkan tindakan fizikal yang dilakukan oleh para remaja
menjadi tidak bermoral dan mudah terlibat dengan usur-unsur negatif dan
budaya daripada acuan Barat dijadikan sandaran maju dan moden. Sikap
berpoya-poya, rasa hilang malu dan adab, melanggar tertib, dan peraturan,
menjadi sebahagian yang membentuk watak pelajar.

5
3.Kaedah membudayakan kesantunan berbahasa di sekolah

Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak dan


perwatakan para pelajarnya. Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar
di dalam kelas. Sekali gus, guru juga bertugas membabitkan murid dan pelajar di sesebuah
sekolah. Guru juga bertanggungjawab terhadap masalah disiplin, kedatangan, kelakuan dan
budi pekerti pelajar. Jelasnya, guru adalah orang terpenting di setiap sekolah. Oleh itu,
segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan sahsiah pelajar.
Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain penampilan
diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang menjadi idola
kepada pelajarnya. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai personaliti baik serta perwatakan
bersih supaya dapat melahirkan generasi yang berakhlak. Selain itu, seorang guru turut
bertanggungjawab untuk membantu membudayakan kesantunan berbahasa di kelas dan
sekolah.

Sebagai seorang pendidik anak bangsa, antara langkah-langkah yang boleh


dilakukan untuk membudayakan kesantunan berbahasa di dalam kelas dan di sekolah ialah
dengan menggunakan bahasa yang sopan dan sesuai ketika berinteraksi dengan murid-
murid.Seorang guru tidak sepatutnya memaki hamun pelajar apabila memarahi anak
muridnya kerana murid-murid akan mudah terpengaruh dengan kata-kata kesat yang
digunakan dan mereka akan belajar untuk menggunakan bahasa tersebut ketika
berinteraksi atara rakan-rakan mereka. Dengan menggunakan bahasa yang sopan guru

6
dapat menunjukkan contoh penggunaan bahasa yang betul kepada para pelajar. Sekiranya
guru terdengar para pelajarnya menggunakan penggunaan bahasa yang kasar atau salah
dari segi kesantunan berbahasa beliau perlu menegur anak muridnya untuk membetulkan
penggunaan bahasa yang digunakan. Guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab
akan lebih disukai oleh pelajar . Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat
membimbing pelajar menjadi seorang insan yang baik . Reformasi pendidikan
mementingkan agama, pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum .
Oleh itu, guru harus menunjukkan ciri-ciri teladan kepada para pelajar. Guru yang
mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji setiap waktu dapat mengatasi masalah
tingkah laku pelajar dengan mudah. Guru akan suka bergaul mesra dengan pelajar, cuba
memahami perasaan dan kehendak mereka serta membimbing mereka menjadi orang yang
baik. Melentur buluh biarlah dari rebungnya,itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk
membentuk adab kesantunan berbahasa di dalam kalangan para pelajar di sekolah.
Sekiranya saya tidak membetulkankesalahan kesantunan berbahasa yang dilakukan oleh
anak murid,Mereka akan terus menggunakan penggunaan bahasa yang kurang sopan
sehingga mereka dewasa.Penggunaan bahasa yang salah ini turut akan mempengaruhi
perwatakan mereka apabila mereka dewasa kelak. Mereka mungkin akan mempunyai
perwatakan yang ganas cepat marah kerana bahasa yang digunakan di dalam perturturan
akan mempengaruhi peribadi seseorang.Tambahan lagi, saya akan menerangkan kepada
anak murid saya pengertian budi dan bahasa agar mereka dapat memahami maksud
kesantunan berbahasa dengan lebih baik.

Langkah kedua yang akan guru lakukan untuk membudayakan kesantunan


berbahasa di sekolah ialah dengan menghias kawasan bilik darjah di dalam kelas dengan
lukisan mural ataupun hiasan di dinding pernyataaan kelas mengenai adab berbahasa dan
kesantunan berbahasa. Selain dapat menghiasi kawasan kelas,para pelajar dapat
mempelajari adab kesantunan bahasa yang betul. Dengan menggunakan perhiasan dan
warna yang terang untuk membuat perhiasan ini. Para pelajar akan mudah tertarik untuk
membaca bahan hiasan yang diletakkan di dalam kelas ini.Apabila pelajar melihat dan
membaca perhiasan ini diharapkan mereka dapat mengikut atau membaca perkara yang
tertulis di perhiasan itu.Setelah itu, mereka akan mencuba untuk mengamalkan kesantunan
bahasa yang betul yang ditulis di bahan perhiasan kelas itu.

Seterusnya, guru perlu untuk bekerjasama dengan pihak sekolah untuk


melakukan kerjasama bagi melakukan kempen di sekolah ataupun mengadakan bulan

7
bahasa.Sewaktu bulan ini dijalankan,terdapat pelbagai aktiviti yang akan dilakukan untuk
menarik penyertaaan dari pelajar sekolah dan murid-murid.Di antara aktiviti yang akan
dijalankan sewaktu bulan ini ialah pertandingan yang berkaitan dengan berbahasa
contohnya pertandingan berpidato, pertandingan menulis sajak,pertandingan berpantun dan
sebagainya.Guru juga boleh menggalakkan murid untuk menyertai program-program
amalan berbudi bahasa semasa bulan Budi Bahasa supaya mereka mempunyai kesedaran
tentang amalan baik ini Dengan adanya pertandingan seperti ini, ianya akan dapat
memberikan peluang kepada semua pelajar dari pebagai kaum untuk menggunakan bahasa
yang bersopan santun tanpa sebarang penghalang. Di samping itu, murid juga akan dapat
mempelajari cara untuk bertutur dengan lebih baik dan membaiki penggunaan bahasa
mereka dengan lebih baik.

Di samping itu, untuk membudayakan kesantunan berbahasa di kelas, seorang guru


perlu mengajar anak muridnya mengenai pendidikan moral serta pendidikan agama yang
mempunyai moral berbudi bahasa,hal ini kerana agama merupakan unsur rohani yang
terpenting di dalam diri. Tanpa didikan agama yang betul seorang remaja akan mudah
terpesong dari jalan hidupnya. Tanpa didikan agama yang betul turut mempengaruhi
perlakuan seseorang individu dari segi berbahasa ataupun perbuatan.Lihat sajalah berita
pada masa kini di mana terdapat pelbagai isu-isu keruntuhan akhlak.Selain itu,Terdapat
juga berita mengenai pelajar melawan dan memaki guru.Di mana Hal ini berlaku kerana
kurangnya pendidikan agama yang mantap di dalam jiwa para pelajar serta kurangnya nilai
murni.

Seterusnya, seorang guru perlu menerapkan semangat cintakan warisan seni,budaya


dan bangsa negara kita dalam kalangan anak murid.Dengan melakukan tindakan seperti ini
ianya dapat mendidik anak murid untuk menghargai dan mendalami adat seni yang diwarisi
sejak turun temurun terutamanya dalam adat berbahasa. Dengan menghayati adat turun
temurun ini, diharapkan para pelajar dapat mengamalkan dan meneruskan adat berbahasa
yang betul akan tidak terhakis ditelan zaman. Mereka juga akan mula menanam sikap
kesantunan berbahasa di dalam percakapan mereka di antara rakan-rakan dan ibu bapa
mereka.

8
Pada setiap pagi sekolha juga boleh mengadakan perhimpunan harian.Pada setiap
pagi, seorang wakil murid perlu hadir ke tapak perhimpunan untuk memberikan tazkirah
ringkas kepada rakan-rakannya. Murid yang menyampaikan tazkirah itu akan menggunakan
kesantunan berbahasa untuk memberi tazkirah yang ingin disampaikan. Dengan
menggunakan cara ini secara tidak lansung murid yang mendengar tazkirah dapat
mempelajari cara kesantunan berbahasa yang betul.Namun, tazkirah yang ingin
disampaikan hendaklah pendek dan ringkas kerana sekiranya ia disampaikan dalam masa
yang panjang, murid-murid akan merasa bosan untuk mendengar tazkirah yang
disampaikan. Walaupun taklimat yang disampaikan ringkas tetapi ianya dapat memberi
banyak manfaat kepada semua warga sekolah.

Sebagai kesimpulan, Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk
kesantunan di dalam pelajar sekolah yang boleh diamalkan. Sebagaimana yang ditegaskan
di dalam esei ini,adab kesantunan adalah penting dan boleh membentuk perwatakan diri
seseorang. Oleh itu, sebagai seorang guru kita seharusnya berusaha untuk memupuk adab
kesantunan berbahasa di dalam diri anak-anak murid kita.Dengan adanya adab kesantunan
berbahasa di dalam diri anak-anak murid kita, kita dapat membentuk generasi masa depan
yang lebih mempunyai adab kesantunan berbahasa dan hormat yang tinggi.Apabila
generasi masa depan kita mempunyai adab kesantunan yang tinggi, negara kita akan
mudah untuk dikenali oleh negara luar dan membuatkan negara kita terkenal di mata dunia.

9
Bahagian B:Mengkaji dan menilai isu-isu kesantunan berbahasa yang berlaku dalam
kalangan masyarakat berdasarkan 3 klip video.

1.Video pertama:

Di dalam video pertama,tema video ini ialah mengenai berusaha. Beberapa orang
pelajar sekolah ingin membeli sepasang kasut namun mereka merungut kerana harganya
yang mahal dan memarahi ayahnya kerana tidak membantunya yntuk membeli kasut itu.
Kita tidak patut mencontohi sikap ini kerana kita perlu menghargai ibu bapa kita seadanya
dan tidak merungut sekiranya keinginan kita tidak dapat ditunaikan. Seorang pakcik yang
menggunakan kaki palsu menegur dan memanggil mereka.Di sini kita dapat melihat
mengenai adab apabila ingin menegur seseorang.Dia menggunakan panggilan nak ketika
memanggil pelajar-pelajar tersebut.Kemudian,ia menceritakan kisah mengenai hidupnya
semasa muda.Sewaktu dia dirawat oleh seorang doktor,doktor itu meyakinkan yang dia
akan membantu untuk merawat pakcik itu.Sewaktu doktor itu berkata-kata dengan pakcik itu
dia menggunakan unsur kesantunan verbal dan non-verbal.Contohnya, dia mengucapkan
terima kasih. Kemudian, dia menggunakan isyarat tangan untuk meyakinkan pakcik itu.

Apabila pakcik itu membant u ibunya, ibunya dimarahi oleh rakannya kerana tidak
menuntut skim bantuan bagi anak yang cacat dari kerajaan.Ketika dimarahi, makciknya

10
hanya diam kerana dia menunjukkan rasa hormat dan rasa bersalah. Seterusnya, apabila
pakcik itu bermain bola sepak bersama rakannya sewaktu kecil, kaki palsunya tercabut
apabila dia menyepak bola. Rakannya memarahi dia.Di sini kita dapat melihat contoh
kurangnya adab kesantunan berbahasa apabila mereka memarahi pakcik itu. Akhir
sekali,pakcik itu memesan kepada pelajarpelajar tadi bahawa di dalam hidup kita perlu untuk
bergerak ke depan dan bukanlah ke belakang. Maksudnya ialah, didalam hidup,kita perlu
erus majuke depan dan jangan mudah berputus asa. Sekiranya kita mudah berputus asa
kita akan hilang harapan di dalam hidup.

Video kedua:

Di dalam video kedua, ia mengisahkan mengenai dua orang sahabat yang telah lama
terpisah dan bertemu kembali apabila tua di sebuah klinik.Mereka membawa anak mereka
masing-masing.Apabila mereka berdua bertemu, kedua anak mereka terlangar bahu di
antara satu sama lain.Mereka memandang wajah masing-masing dan timbul mimik muka
marah di antara satu sama lain. Mereka bagaikan mahu memarahi di antara satu sama
lain.Di sini dapat kita melihat bahawa kurang adab kesantunan di dalam diri mereka.
Kemudian, dua orang sahabat tadi mengenang kembali kisah lalu mereka. Pada satu
hari,mereka ingin mengambil buah pelam dari pokok. Secara tiba-tiba mereka menjatuhkan
sarang tebuan dari pokok itu. mereka berlari ke dalam sungai dan disengat oleh
tebuan.Kemudian seorang rakan mereka memujuk salah seorang dari mereka yang telah
disengat.

Tindakan yang dilakukan ini menunjukkan adanya adab kesantunan berbahasa di dalam
diri mereka. Apabila dia memujuk rakannya,dia memujuk dengan penuh perasaan simpati.
Kemudian, apabila nereka bertiga dirawat oleh ibunya,mereka saling memberi sokongan
kepada masing-masing. Pada satu hari, mereka melakukan istiadat berkhatan bersama-
sama. Setelah habis menngingati kenangan itu, mereka merungut mengenai sikap anak
mereka yang hanya mempunyai warna rambut yang sama tetapi hati yang lain.Maksudnya
ialah anak-anak mereka saling tidak menegur antara satu sama lain.Mereka menunjukkan
kurangnya sikap kesantunan berbahasa di dalam diri mereka.Benarlah apa yang dikatakan
oleh kedua bapa mereka.Remaja pada masa kini lebih gemar membuat hal sendiri dan

11
kurang bergaul dengan sosial.Mereka juga kurang adab kesantunan berbahasa dan
menggunakan bahasa yang kasar ketika berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Selain
itu, akibat dari penggunaan aplikasi permesejan yang semakin maju pada masa kini. Cara
golongan remaja menjadi lebih mudah dan di hujung jari. Mereka boleh berinteraksi dengan
menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dan tidak perlu berbual secara berhadapan dan
mengeluarkan suara.

Video ketiga:

Video ketiga mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar yang menyertai pertandingan


inovasi mewakili sekolah mereka. Sewaktu mereka sedang merancang inovasi mereka.
Seorang ahli dari kumpulan lain datang kepada mereka dan mengutuk rekacipta mereka.
Dia menggunakan bahasa yang kasar seperti woi, weh ketika berinteraksi dengan mereka.
Kemudian, sewaktu mereka sedang melakukan kerja. Bapa kepada seorang dari ahli
mereka yang bekerja sebagai penjual cendol lalu berdekatan kawasan mereka bekerja, dia
hampir dilanggar kereta. Mereka terus pergi kepada pakcik itu dan dengan menggunakan
bahasa yang sopan mereka mempelawa untuk membantu pakcik itu tetapi dia menolak.Kita
perlu mencontohi budi bahasa sopan yang ditunjukkan oleh mereka.Seterusnya, anaknya
memberitahu rakan-rakannya bahawa ayahnya sering melarang dia untuk membantunya
dan menyuruhnya dia belajar kerana dia tidak ingin anaknya menjadi seperti dia yang
menjual cendol.

Apabila mereka menyiapkan projek inovasi mereka,mereka saling bekerjasama dan


memberi kata-kata semangat antara satu sama lain. Kemudian, secara tiba-tiba mereka
terfikir untuk membina sebuah kereta cendol bagi ayahnya untuk membantu mengurangkan
bebannya. Kita perlu membantu orang yang memerlukan ketika susah untuk meringankan
beban kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

12
Refleksi

Setelah melakukan tugas ini.terdapat beberapa perkara yang telah saya


pelajari.Antaranya ialah kepentingan kesantunan berbahasa. kesantunan berbahasa penting
dalam kehidupan adalah untuk mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa
jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Apabila wujudnya sikap saling menghormati,
masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera walaupun hidup
dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu,
perselisihan faham antara kaum seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang
tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras
Kejayaan jelas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang
terdiri daripada pelbagai bangsa. Pepatah ada menyatakan bersatu teguh, bercerai roboh.
Justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-
anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

Selain itu, kesantunan bahasa penting kepada remaja kerana mereka merupakan
generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Hal ini menjadikan
betapa pentingnya remaja sebagai modal insan minda kelas pertama yang akan memimpin
bangsa dalam mencapai kemajuan negara pada masa yang akan datang. Sehubungan itu,
pembentukan perangai dan budi bahasa yang mulia penting kepada mereka sebagai
panduan untuk menjalani kehidupan. Nilai-nilai murni seperti bersopan santun, hormat-
menghormati dan sebagainya perlu diamalkan sejak kecil. Remaja yang berperibadi mulia

13
dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial dan kerosakan akhlak kerana mereka
sedar akan keburukan tindakan tersebut.

Di samping itu, disingkap dari perspektif masyarakat pula, budi bahasa dapat
menjalinkan silaturrahim dan ukhuwah yang rapat antara jiran. Kini, manusia semakin
ghairah dalam mengejar kemajuan dunia yang moden, sehingga perhubungan dengan
komuniti sekeliling menjadi tidak penting lagi. Budaya kunjung-mengunjungi, gotong-royong
dan kenduri yang merupakan warisan nenek moyang sudah mula goyah di sesetengah
kawasan. Sebenarnya, budi bahasa harus dijadikan asas untuk membentuk semangat
kejiranan, seterusnya merapatkan hubungan antara satu sama lain. Bertegur sapa dengan
jiran tidak memadai untuk mengekalkan persahabatan sekiranya kita tidak mengamalkan
sikap tolong-menolong, bekerjasama, dan toleransi.

14

Anda mungkin juga menyukai