Anda di halaman 1dari 5

SUBBIDANG

PSIKOLINGUISTIK
Psikolinguistik telah menjadi bidang ilmu
yang sangat luas dan kompleks serta
berkembang pesat sehingga melahirkan
beberapa cabang ilmu psikolinguistik.
Antara subbidang psikolinguistik adalah
sebagai berikut:
Psikolinguistik Teoritis

Psikolinguistik Teoritis ini membahas teori-


teori bahasa yang berkaitan dengan proses-
proses mental manusia dalam berbahasa.
Misalnya dalam rancangan fonetik,
rancangan pilihan kata, rancangan sintaksis,
rancangan wacana dan rancangan intonasi .
Psikolinguistik Perkembangan

Psikolinguistik Perkembangan ini berkaitan


dengan proses pemerolehan bahasa, baik
pemerolehan bahasa pertama mahupun
pemerolehan bahasa kedua.
Subdisiplin ini mengkaji proses
pemerolehan fonologi, proses
pemerolehan semantik dan proses
pemerolehan sintaksis secara berjenjang,
bertahap dan terpadu.
Psikolinguistik Sosial

Psikolinguistik Sosial ini berkenaan dengan


aspek-aspek sosial bahasa.
Bagi suatu masyarakat bahasa, bahasa
itu bukan hanya merupakan suatu gejala
dan identiti sosial sahaja, tetapi juga
merupakan suatu ikatan batin dan nurani
yang sukar ditinggalkan.
Psikolinguistik Pendidikan
Psikolinguistik Pendidikan ini mengkaji aspek-
aspek pendidikan secara umum dalam
pendidikan formal di sekolah.
Umpamanya peranan bahasa dalam pengajaran
membaca, pengajaran dalam kemahiran
berbahasa dan pengetahuan mengenai
peningkatan kemampuan berbahasa dalam
proses memperbaiki kemampuan menyampaikan
fikiran dan perasaan.

Anda mungkin juga menyukai