Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Psikolinguistik ialah ilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan
perilaku dan akal budi manusia. Terdapat pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para
sarjana barat seperti Aitchison(1998:1) memberi definisi sebagai suatu kajian tentang
bahasa dan minda. Harley(2001:1) pula memberi maksud sebagai suatu kajian tentang
proses mental dalam penggunaan bahasa. Clark dan Clark(1977:4) menjelaskan bahawa
bidang ini berkaitan dengan tiga hal utama:Kefahaman, penghasilan dan perolehan bahasa.

Psikolinguistik juga dikatakan bidang yang mengkaji bagaiamanakah manusia yang


lahir tanpa tahu apa-apa sehingga mahir berbahasa pada tempoh tertentu. Bidang ini juga
mengkaji perlakuan menyusun tahap pola-pola ayat serta proses berbahasa kanak-kanak
daripada yang tidak tahu berbahasa sehinggalah mereka mahir berbahasa dengan baik
melalui proses-proses tertentu.

Jelaslah, psikolinguistik merupakan bidang kajian melibatkan ilmu bahasa dan


perlakuan individu untuk membentuk kemahiran berbahasa yang baik daripada peringkat
bayi, kanak-kanak hinggalah dewasa setelah melalui proses yang betul dan contoh contoh
yang ada di persekitaran mereka.

Ilmu psikolinguistik adalah gabungan antara dua ilmu iaitu, psikologi dan
linguistik . Ilmu ini mula berkembang pada permulaan abad ke -20 di Jerman manakala di
benua Amerika kaitan antara ilmu jiwa dengan bahasa ini juga mula muncul dan terbahagi
kepada empat tahap perkembangana iaitu tahap formatif, tahap linguistik, tahap kognitif
dan tahap teori psikolinguistik merangkumi realiti psikologi dan ilmu kognitif.

Kajian haiwan ini memfokuskan ilmu psikolinguistuk pada tahap linguistik. Tahap
ini berkembang berorientasikan kepada aliran behaviorisme dan
kemudian beralih ke aliran mentalisme atau nativisme. Chomsky menjelaskan tentang
universalnya bahasa semakin mengarah kepada pemerolehan bahasa. Walau di mana jua
kanak-kanak dibesarkan, mereka memperoleh bahasa dengan menggunakan strategi yang
sama. Setelah kemunculan perkembangan ilmu neurolinguistik (Caplan,1987) dan
biolinguistik (Lenneberg 1967; Jenkins,2000) dan digabungkan dengan ilmu psikolinguistik
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara pemerolehan bahasa haiwan
dan manusia walaupun telah dijalankan pelbagai penyelidikan terhadap haiwan.

Kegagalan semua penyelidikan ini membuktikan bahawa perolehan bahasa adalah unik
untuk spesies manusia sahaja. Hal ini adalah kerana pertumbuhan bahasa pada manusia itu
terancang secara genetik berbanding dengan haiwan yang hanya boleh meniru gaya
berbahasa manusia tanpa boleh menggabungkan perkataan untuk membina ayat apatah lagi
untuk bertutur dengan baik. Hal ini disokong oleh kajian neurolinguistik (Caplan,1987)
menunujukkan manusia dicipta dengan memiliki otak yang berbeza daripada primat lain
dan menurut (Chomsky ,1959 ) manusia sudah memiliki kudrat pada masa lahir dan
bekalan inilah membantu manusia mengembangkan bahasa. Hal-hal lisan sememangnya
dapat membezakan manusia dan haiwan. Oleh itu tahap linguistik ini memberi fokus
kepada perkembangan bahasa manusia sejak dari umur bayi, kanak-kanak sehinggalah
waktu dewasa.

Objektif kajian

1. Mengenal pasti teori pemerolehan bahasa haiwan.


2. Menghuraikan ciri-ciri da penyakit tikus.
3. Membincangkan tingkah laku tikus berdasarkan teori psikolinguistik.
Definisi Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2015) haiwan bermaksud makhluk iaitu,
manusia dan binatang yang bernyawa. Teori pula bermaksud pendapat iaitu, bersifat
pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya yang dikemukan untuk
menerangkan sesuatu perkara. Teori pemerolehan bahasa haiwan ialah bahasa yang
digunakan oleh haiwan untuk berkomunikasi dengan spesies yang sejenis, sama seperti
manusia berbahasa untuk berkomunikasi dengan manusia lain. Namun, bentuk komunikasi
yang dilakukan oleh haiwan adalah terbatas. Bagi haiwan, bahasa hanya berfungsi untuk
memenuhi keperluan-keperluan primer mengenai keadaan emosi, tanda adanya bahaya,
mengenali sesame jenis, memanggil pasangan atau anak dan sebagainya.

Menurut Soenjono Dardjowidjojo, 2010, manusia menggunakan sebahagian besar


otaknya untuk proses mental, termasuk proses kebahasaan manakala haiwan lebih banyak
memakai otaknya untuk keperluan fizikal. Di dalam otak haiwan tidak ada bahagian daerah
otak untuk memproses bahasa.

Kajian haiwan yang dilakukan adalah terhadap tikus. Tikus merupakan sejenis
mamalia yang dikenali sebagai haiwan perosak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2015) , tikus didefinisikan sebagai binatang yang mengerip yang rupanya seakan-akan
arnab tetapi lebih kecil. Terdapat 64 spesies tikus diseluruh dunia. Spesies tikus dikelaskan
mengikut saiz, warna, pemakanan dan sebagainya. Tikus kajian kami dikenali sebagai
Apiung. Apiung dilabel sebagai haiwan omnivor dan merupakan gabungan dari bentuk gigi
herbivor dan karnivor. Tikus ini boleh hidup selama tiga tahun dan aktif dalam pembiakan
(seks) bermula minggu keenam.Tikus betina ini boleh melahirkan anak sebanyak 170 ekor.

Anda mungkin juga menyukai