Anda di halaman 1dari 17

Fonem

Suprasegmental
dalam Bahasa Melayu
Fonem
Suprasegmental
• Suprasegemental merupakan fenomena fonologi seperti tekanan perkataan,
intonasi dan tona yang lebih tinggi daripada segmen asas (Carr, P, 2008).

• Suprasegmental merupakan aspek bahasa yang ada kaitan dengan banyak segmen,
seperti durasi, kelantangan, tempo, sifat nada dan kualiti suara (Ogden, R, 2009).

• Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa


Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda, intonasi dan panjang
pendek.
Prosodi

Tekanan dan
Rima kelantangan
suara

Fonem
Suprasegmental

Nada atau
Tempo
intonasi

Jeda dan
panjang pendek
Proso
di
PRPM : kajian tentang pelbagai aspek persajakan
(mis tentang matra, intonasi, rentak, irama dll)
(Lin) pola tekanan dan intonasi dlm sesuatu bahasa

Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata,


kelantangan nada dan beberapa perkara
yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.
Tekana
n
PRPM : suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras
drpd kata atau suku kata yg lain.

Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti


hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.

Tujuan tekanan adalah untuk :

i. menyedapkan percakapan atau bacaan seperti dalam


deklamasi sajak dan pengucapan dialog.

ii menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.


.
Kelantangan Suara

PRPM : melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suaranya

Contohnya : Tiba-tiba, saudara itu menjerit dengan suara yang


lantang, “Saudara-saudara!”
Nad
a
PRPM : lagu suara (ketika bercakap dll

Nada dalam pengucapan seseorang boleh kita ketahui


melalui tinggi atau rendahnya suara yang dilontarkan oleh penutur
kepada pendengarnya.

Tinggi rendahnya suara yang diucapkan oleh seseorang itu adalah disebabkan
frekuensi getaran yang berbeza antara segmen dengan segmen yang lain
Perbezaan melalui lambang-lambang seperti di bawah ini

Nada Lambang
Rendah 1
Sederhana 2
Tinggi 3
Sangat Tinggi 4

Contohnya:

3
Saya hendak
balik.
Intonasi

PRPM : ist turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap).

Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat.
Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat.
Lambang Maksud
l! Intonasi menurun secara
beransur-ansur
l Intonasi menaik ( bukan pada
akhir ayat )
// Intonasi menaik secara
beransur-ansur
= Intonasi tinggi tetapi
mendatar
Ʊ Intonasi menurun dan menaik
Jeda

PRPM : waktu berhenti sebentar.

Contohnya : Menurut pemeriksaan doktor Abu Samah memang menghidap demam


denggi.

i) Menurut pemeriksaan / doktor Abu Samah / memang menghidap demam denggi


Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh seseorang yang tidak dinyatakan, doktor
Abu Samah memang sedang menghidap demam denggi.

ii) Menurut pemeriksaan doktor / Abu Samah / memang menghidap demam


denggi
Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh seseorang doktor yang tidak dinyatakan,
Abu Samah memang sedang menghidap demam denggi.

iii)Menurut pemeriksaan doktor Abu / Samah / memang menghidap demam


denggi
Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh doktor yang bernama Abu, Samah
memang sedang menghidap demam denggi.
Panjang
Pendek
Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan
ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu.

Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh membezakan makna dalam


bahasa-bahasa tertentu.
Temp
o
PRPM : ukuran waktu dlm muzik; irama

Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu


percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu.

Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada


sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan perhatian.
Rim
a
PRPM : keselarasan bunyi pd perkataan atau pd suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap

Contohnya:

Nasi lemak buah bidara,


Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
Kesimpulan

Prosodi

Tekanan dan
Rima kelantangan
suara

Fonem
Suprasegmental

Nada atau
Tempo
intonasi

Jeda dan
panjang
pendek
“Anda tidak pernah
gagal Sehingga anda
berhenti
Mencuba”
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai