Anda di halaman 1dari 5

Salam 1 Malaysia,

Apakah peranan Panini dalam bidang fonetik India?


Panini merupakan seorang pakar linguistik di zaman India yang lebih maju daripada Yunani dan Romawi.
Beliau telah menghasilkan lebih kurang seribu makalah berkaitan dengan tatabahasa dan semua
maklumat tersebut masih ada. Panini bukan sahaja mengkaji teks agama malah mengkaji bahasa daripada
segi sebutan dan menggunakan simbol dalam pemerian tatabahasa sedangkan bidang itu telah dipandang
sebelah mata sahaja oleh orang Yunani. Karya-karyanya begitu terperinci dan telah memberi sumbangan
yang besar kepada ahli bahasa sehingga kini.
Menurut S. Wojowasito (1959:29-30), pada zaman India, abjad Brahmi terdiri daripada empat puluh
enam huruf manakala abjad Semit hanya mempunyai dua puluh dua abjad.Maka disebabkan itu, satu
jangka masa yang lama diperlukan untuk mengembangkan huruf yang hanya dua puluh dua itu menjadi
empat puluh enam. Abjad Abjad ini diakui dan diguna oleh Panini dalam bukunya iaitu tatabahasa
Sanskrit. Sejak itu, abjad ini kekal dan tidak berubah sehingga kini.Abjad itu tidak hanya
menggambarkan semua bunyi dalam bahasa Sanskrit, tetapi juga mempunyai susunan yang bermutu
tinggi. Bermula dengan vokal pendek, panjang, lalu dipotong menjadi vokal rangkap dan akhirnya
konsonan.Konsonan- konsonan ini disusun mengikut jenis- jenisnya yang disesuaikan dengan kedudukan
bibir, mulut, lidah, gigi, hidung, lelangit, dan kerongkong.Sistem tersebut sehingga sekarang masih belum
ada yang dapat menandinginya. Panini merupakan sarjana India yang yang bukan sahaja menyusun
jenis bunyi dengan cara yang sangat teratur.

Apakah yang dimaksudkan dengan kajian bahasa?


Kajian terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran manusia dikenali sebagai bunyi
fonetik. Jika ada kajian terhadap bunyi-bunyi lain seperti bunyi binatang atau bunyi selain daripada bunyi
bahasa manusia, maka kajian itu tidak dikenali sebagai fonetik. Bunyi bahasa manusia boleh dikaji dari
dua sudut utama. Pertama, cara bunyi dihasilkan oleh alat-alat dalam tubuh manusia dan kedua kesan
pendengaran pada pendengarnya.

Nyatakan dua perbezaan antara bidang fonetik dan fonologi?


Fonetik mengkaji unsur bunyi manakala fonologi mengkaji berkaitan dengan penelitian pola-pola
intonasi.
Fonetik dapat menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa manakala fonologi
menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.
Secara amnya fonetik ialah pengkajian yang mementingkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan
bukan makna yang cuba disampaikan manakala
fonologi ialah pengkajian tentang sistem lambang bunyi bahasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi sengau?


Bunyi sengau boleh ditakrifkan sebagai bunyi yang dihasilkan apabila rongga mulut ditutup sepenuhnya
dan lelangit lembut pula diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.
Terdapat 4 bunyi konsonan sengau atau nasal iaitu
- m contoh perkataan : makan
- n contoh perkataaan :nas;
- ng contoh perkataan : nganga
- ny contoh perkataan :banyak

Getaran Gusi Bersuara [r]


Bunyi getaran gusi bersuara
[r] dihasilkan dengan cara yang berikut:
Hujung lidah dikenakan pada gusi.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat
keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara
Contoh kehadiran konsonan getaran [r] dalam bahasa Melayu.
[l] dihasilkan dengan cara:
Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang
rasa [rasa] surai [surai] ular [ular]
rebut [rebut] surat [surat] sasar [sasar]

Apakah contoh pengaruh yang menyebabkan koartikulasi?


Pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu yang menyebabkan koartikulasi. Sewaktu menyebutkan
sesuatu bunyi tertentu, terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan
sesuatu bunyi tertentu, beberapa alat artikulasi turut terlibat, misalnya bibir, rongga hidung, lelangit keras,
rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan.
Koartikulasi adalah gejala saling mempengaruhi antara satu bunyi dengan bunyi lain. Dalam gejala ini,
ditinjau dari tempat artikulasi mana yang mempengaruhi. Koartikulasi ini terjadi karena sewaktu
artikulasi primer memproduksi bunyi pertama berlangsung, alat-alat ucap sudah mengambil ancangancang untuk membuat atau memproduksi bunyi berikutnya. Akibatnya bunyi pertama yang dihasilkan
sedikit berubah mengikuti ciri-ciri kedua yang akan dihasilkan. Nama lain dari koartikulasi yaitu
artikulasi penyerta atau artikulasi sekunder. Peranan artikulator sangat penting untuk bekerja
menghasilkan bunyi tertentu (artikulator primer) dan artikulator yang menghasilkan bunyi lain
(artikulator sekunder).

APA itu Fonetik Artikulasi?


Merupakan bidang fonetik yang mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. proses penghasilan
sesuatu bunyi akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir .
bidang ini mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah
udara melepasi dua bibir. Sumbangan bidang ini adalah menerangkan cara menyebut atau membunyikan
sesuatu huruf dengan tepat.

APA itu Fonetik Auditori?


Merupakan bidang ilmu yang mengkaji berkenaan pendengaran dan juga proses2 tertentu yang wujud
semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. kajian ini meliputi semua alat atau organ pendengaran
luaran dan dalaman telinga.ianya melibatkan proses memungut rangsangan, manyalurkan rangsangan ke
otak dan seterusnya menganalis.Tujuannya untuk rawatan dan pemulihan khususnya masalah
pendengaran bahasa.

Apakah Fungi lidah?


Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah
terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.
Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian
hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi
vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

GURU BAHASA MELAYU PERLU MENGUASAI BIDANG FONETIK.


BERIKAN ULASAN ANDA.
1. Meningkatkan kemahiran mengajar guru agar dapat mencapai objektif pengajaran-pembelajaran yang
diingini.
2. Membetulkan kesilapan sistematik pelajar.
3. Menjadi dasar dan pegangan guru dalam menyampaikan ilmu bahasa.
4. Guru lebih yakin dalam penyampaian pengajaran
mereka.
5. Guru menjadi pakar rujuk kepada setiap pemasalahan bahasa yang pelajar hadapi.
6. Guru dapat menyusun strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai.
7. Membantu guru dalam merekacipta dan menghasilkan alat bantu mengajar yang relevan.

Apakah tiga subbidang dalam bidang fonetik?


3 Subbidang dalam bidang fonetik :
(a) Fonetik artikulatori = Kajian terhadap sistem alat yang menghasilkan bunyi
bahasa berserta proses yang berkaitan dalam hal
menghasilkan bunyi.
(b) Fonetik akustik = Kajian terhadap gelombang bunyi yang dihasilkan
daripada pengucapan dan sistem penyiaran gelombang
melalui udara.
(c) Fonetik auditori = Kajian yang member tumpuan terhadap pendengaran
gelombang bunyi bahasa dan alat-alat pendengaran
seperti telinga dan anggota lainb yang terlibat dalam
sistem pendengaran.

Bunyi diftong.
Diftong ialah bunyi geluncuran. Ia terhasil apabila terdapat geluncuran dua bunyi vokal iaitu bunyi vokal
pertama menggelunsor pada bunyi vokal kedua. Dua bunyi vokal dibunyikan berturut-turut. Bunyi voal
pertama lebih lantang berbanding bunyi vokal ke dua. Dalam Bahasa Melayu terdapat 3 bunyi diftong
iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Contoh: pantai, pulau , gulai dan lain-lain.
Apabila membunyikan diftog /ai/ bunyi /i/ akan menggeluncur ke bunyi/a/ dan bunyi/i/ akan hilang
puncak kelantangannya.Demikian juga/i/dalam diftong /oi/dan /u/ dalam diftong /au/
Contoh diftog dalam bahasa melayu.
diftong/ai/- pakai, gulai, hairan
diftong/oi/- amboi, sekoi, sepoi
diftong/au/-kerbau, taulan, pulau

Bunyi Nasal dan Bunyi Oral?


Bunyi bahasa dapat dibezakan sebagai bunyi nasal (sengau) dan oral. Perbezaan ini didasarkan pada
keluarnya atau disertainya udara melalui rongga hidung. Jika udara keluar atau disertai keluarnya udara
melalui rongga hidung dengan cara menurunkan langit-langit lembut beserta hujung anak tekaknya, maka
bunyi itu disebut bunyi nasal atau sengau.
Jika tidak demikian, disebabkan langit-langit lembut beserta hujung anak tekak menaik menutupi rongga
hidung sehingga udara hanya melalui rongga mulut sahaja, maka bunyi yang dihasilkan disebut bunyi
oral.
Oleh sebab itu, maka vokal sering dibezakan menjadi vokal nasal dan vokal
oral. Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan
Perancis. Vokal nasal dalam dialek Kelantan dan bahasa Acheh misalnya: [, , , ]. Vokal nasal dalam
bahasa Perancis misalnya: on [], en [] dan [] dalam matin `pagi [mat]. Konsonan juga dibezakan atas
konsonan oral atau non-nasal seperti: [p, b, k, g, t, d].

Anda mungkin juga menyukai