Anda di halaman 1dari 34

EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

TUGASAN
SEPTEMBER 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EPP442

NAMA KURSUS Penyelidikan dalam Bilik Darjah - 2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR JAMALUS SERUJI

NO. MATRIK E30209120935

NAMA FASILITATOR FADRICK MAJIUM


ENCIK FEDERICK MAJIUM
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN Aeu FAJAR COLLEGE MIRI

1
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS


BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH RENDAH
DI KALANGAN MURID TAHUN 4 & TAHUN 5

JAMALUS BIN SERUJI

LAPORAN KERTAS PROJEK

2
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

PENGAKUAN

Saya akuai bahawa laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali ringkasan dan
nuklin di mana setiap satu daripadanya telah saya jelaskan sumber yang saya ambil dan
gunakan.

Tandatangan Penulis :

Nama Penulis : JAMALUS SERUJI

Tarikh :..

3
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Fadrick Majium selaku
pensyarah kertas EPP442 Penyelidikan Dalam Bilik Darjah 2 ini atas bimbingan dan
panduan yang diberikan. Sesungguhnya sepanjang menjalankan tugasan ini telah dapat saya
pelajari dan mendalami banyak pekara yang saya kurang mahir dengan menerapkan
pandangan dan pendapat dalam ilmu penyelidikan. Sekaligus dapat digunakan untuk
meningkatkan profesion keguruan sebagai seorang guru yang cemerlang dan bersedia
menghadapai cabaran dan tanggungan ke alaf 2020.Ucapan terima kasih juga kepada
keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan dalam melaksanakan
tugasan ini. Akhir sekali untuk rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menyumbangkan idea-idea bernas untuk tugasan ini, ribuan
terimakasih diucapkan. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa kalian.

4
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS


BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH RENDAH
JAMALUS SERUJI
PELAJAR AeU
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

ABSTRAK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk
murid-murid di peringkat sekolah rendah. Oleh kerana itu , mereka perlu menguasai kemahiran itu
dengan baik dan memuaskan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan
tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah di luar bandar. Responden kajian terdiri daripada 30 murid Sekolah Rendah Tahun 4 dan 5 di
luar bandar di Negeri Sarawak. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan
borang soal selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid
alami dalam kemahiran membaca dan menulis. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat beberapa masalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu. Kata kunci: Pembelajaran Bahasa Melayu; kemahiran membaca; kemahiran
menulis; murid-murid sekolah; sekolah rendah luar Bandar.

ABSTRACT: Reading and writing skills are basic skills in Malay Language for primary
school children. Mastery of these skills is important in order to achieve greater achievements
in the coming years. Thus, this research aims to identify problems pertaining to reading and
writing skills in Malay language among rural primary school children. The respondents for
this research consist of 30 primary year 4 and 5 students in rural schools in Negeri Sembilan,
Pahang and Sarawak. The research is a descriptive surveyconducted by using questionnaires
which include information on students background and problems faced in reading and
writing skills

Key words: Malay Language learning; reading skills; writing skills; school children; rural primary schools

5
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

ISI KANDUNGAN HALAMAN

MUKA DEPAN 1

TAJUK KAJIAN 2

PENGAKUAN 3

PENGHARGAAN 4

ABSTRAK 5

BAB 1 PENGENALAN 8

BAB 2 TINJUAN LITERATUR BERKAITAN 9

BAB 3 METADOLOGI 12

BAB 4 ANALISIS DATA 20

BAB 5 PERBINCANGAN 30

RUJUKAN 35

6
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

BAB 1
PENGENALAN

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-
murid di peringkat sekolah rendah. Oleh kerana itu , mereka perlu menguasai kemahiran itu
dengan baik dan memuaskan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah di luar bandar.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN


Mengenal pasti masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid sekolah
rendah di luar bandar.
Mengenal pasti masalah menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu muridmurid
sekolah rendah di luar bandar.
Sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca
dan menulis.

1.3 SOALAN PENYELIDIKAN

Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut:

1. Apakah masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid di


sekolah rendah di luar bandar?
2. Apakah masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di
sekolah rendah di luar bandar?
3. Sejauh manakah persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam kemahiran membaca
dan menulis?

8
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

1.4 SIGNIFIKAN PENYELIDIDKAN

Permasalahan Kemahiran Membaca dan menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah
di Luar bandar Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat
permasalahan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah
di luar bandar. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan bahawa keseluruhan min
masalah membaca dalam kalangan murid di kawasan luar banadar.Apabila kita telah
memperolehi data atau maklumat tentang permasalahan kemahiran membaca di kalangan
murid di kawasan luar Bandar,akan memudahkan guru untuk merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif oleh guru.Selain itu suasana
pembelajaran yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan
menanamkan minat murid agar terus belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)
yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat menjadikan
suasana aktiviti membaca menjadi berkesan dan bermakna kepada murid. Untuk
meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis murid sekolah rendah di luar bandar antaranya ialah
pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis diberi penekanan utama. Pengajaran
Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai pendekatan yang dengan kepelbagaian
bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu
memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai
kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran
berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang
menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa
merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk
terus belajar.

1.5 LIMITASI PENYELIDIKAN

Di dalam menjalankan aktiviti kajian atau penyelidikan kita mengahadapi bayak


kekangan dari masa di mana perlu bergerak ke sekolah yang hendak dikaji dan
disoalselidik lagipun kedudukan agak jauh serta kita terpksa memerlukan kos yang besar
untuk sampai ke sekolah-sekolah tersebut.

9
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN

2.0 PANDANGAN LITERATUR BAHASA MELAYU

Permasalahan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu
terdapat banyak pandangan daripada pengkaji-pengkaji dari dalam Malaysia mahupun luar
negaral Antaranya adalah seperti di bawah.

Menurut Zulkifley Hamid (1996), membicarakan tentang masalah yang dihadapi oleh
murid-murid bukan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut beliau, murid-
murid bukan Melayu sukar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan
Bahasa Melayu.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1990), dalam kajiannya mendapati bahawa


kesalahan penggunaan perkataan atau istilah banyak dilakukan oleh murid-murid bukan
bumiputera terutamanya oleh murid-murid Iban. Menurut beliau lagi, kurangnya pendedahan
terhadap bahasa Melayu merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan keadaan
demikian.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Nursidah Ab. Hamid (2010) pula menyatakan
bahawa 89% murid bukan Melayu lemah dalam penguasaan tatabahasa.

Mohd Majid Konting (2005), iaitu kebaikan pemilihan sampel adalah yang boleh
mengurangkan kos, tenaga dan masa kajian tetapi tidak mendapat tentangan daripada pihak
tertentu.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang
ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa
membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut
perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau
gagal membunyikannya.

10
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat
penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi
makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran
yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang
aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai
keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan
bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan
bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman
membaca.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang
ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa
membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut
perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau
gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan
pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat
dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.

Menurut Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan
imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar
dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid
untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Apabila seseorang murid tidak menguasai
kemahiran membaca menyebabkan mereka tidak menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran
lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan
huruf yang seakanakan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan
nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut
susunan rangkai kata, ayat, intonasi dengan gaya yang betul. Ketidakupayaan murid
menguasai kedua-dua kemahiran ini pasti memberikan masalah kepada mereka untuk
melahirkan ekspresi melalui tulisan.

11
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk
murid-murid di peringkat sekolah rendah. Oleh kerana itu , mereka perlu menguasai
kemahiran itu dengan baik dan memuaskan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Di samping itu, pengkaji juga turut menyatakan
kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang akan digunakan ialah
kaedah kualitatif. Kajian ini seterusnya menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan
responden, alat kajian yang digunakan, tatacara pngumpulan data dan seterusnya tatacara
penganalisaan data.

3.2 REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik
yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid alami dalam
kemahiran membaca dan menulis. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat beberapa masalah dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan
menulis dalam Bahasa Melayu.

12
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

3.3 RESPONDEN

Responden kajian terdiri daripada 100 murid Sekolah Rendah Tahun 4 dan 5 di luar bandar di
Negeri Sarawak.Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kepada beberapa masalah
dalam diri murid untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu .
Pemilihan responden ini adalah berdasarkan kemudahan yang diperoleh oleh pengkaji dengan
bantuan pelajar sarjana yang mengajar di sekolah rendah di luar bandar. Ini bertepatan
dengan saranan Mohd Majid Konting (2005), iaitu kebaikan pemilihan sampel adalah yang
boleh mengurangkan kos, tenaga dan masa kajian tetapi tidak mendapat tentangan daripada
pihak tertentu. Pengumpulan data adalah berdasarkan edaran soal selidik yang merangkumi
bahagian latar belakang murid-murid, masalah kemahiran membaca, masalah kemahiran
menulis dan juga persepsi murid terhadap pengajaran guru mereka. Perolehan data adalah
dengan bantuan para guru bagi membolehkan murid-murid menjawabnya seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah.

Jadual 3.1 : Profil Responden Kajian

____________________________________________________________________________

Bilangan Responden Jantina Umur ( tahun ) Bangsa

______________________________________________________________________________

Tahun 4

6 orang Perempuan 10 kayan

9 orang Lelaki 10 kayan

Tahun 5

10 orang perempuan 11 kayan

5 orang lelaki 11 kayan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen-instrumen yang digunakan adalahjian Pra ,Ujian Pos temu bual, borang
pemerhatian, dan borang soal selidik. Instrumen yang diaplikasikan adalah bertujuan untuk
memperoleh data serta untuk menganalisis data bagi tujuan mengsan permasalahan murid
dalam kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Instrumen Temu bual,boring
pemerhatian dan Borang soal selidik digunakan untuk melihat kekerapan masalah kemahiran
membaca dan menulis di kalangan murid. Tempoh masa untuk menjawab soalan ujian adalah
sama iaitu selama 30 minit.
Jadual 3.2 : Instrumen Pengumpulan Data Kajian

Instrumen Indeks Soalan Bilangan Pemberatan


Item
No Pengumpulan (%)

Data

1 Ujian Pra Menyalin semula 1 15


ayat dan perenggan

2 Ujian Pos Menyalin semula 1 15


ayat dan perenggan

Rujukan : Skema Pemarkahan Kertas 2 (Penulisan) Bahasa Melayu

Ujian Pra yang dijalankan terhadap murid-murid adalah selepas aktiviti pengajaran
konvensional dijalankan untuk menguji kemahiran yang telah diajar. Data yang diperoleh
daripada Ujian Pra direkodkan dalam dokumen analisis untuk dibuat perbandingan selepas
Ujian Pos dijalankan nanti. Manakala, Ujian Pos akan dijalankan selepas berakhirnya guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik latih tubi bulatkan
huruf besar. Ujian Pos dijalankan bertujuan untuk menentukan kemahiran murid
mengenalpasti huruf yang sepatutnya ditulis menggunakan huruf besar.

14
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang
bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang
tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian
sebenar dijalankan.Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan responden yang setara dengan
responden kajian sebenar, iaitu dari segi lokasi, situasi dan profil responden ( contohnya
umur, jantina, belajar dalam kelas yang sama dan sebagainya ). Bagi menentukan kesahan
kandungan, pengkaji membina item-item dalam alat kajian ini berdasarkan Jadual Penentu
Ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Murid-murid akan ditemu bual tentang
penggunaan huruf besar yang sepatutnya dibubuh di awal ayat dan kata nama khas. Suatu
protocol temu bual akan disediakan terlebih dahulu untuk dijadikan panduan kepada pengkaji
apabila melaksanakan temu bual kelak.

3.5 Pemprosesan Data dan Analisis


Pengkaji menggunakan borang soal selidik untuk guru dan murid untuk mengumpul
data mentah. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan komputer. Data kajian
dikumpulkan, diproses serta dianalisis dengan menggunakan Statistik Berbantukan Komputer
Statical Package for the Social Sciences 7.5(aturcara SPSS 7.5 / Windows. Proses
menganalisis data dilakukan berlandaskan objektif kajian. Pengkaji menggunakan statistik
perihalan untuk menerangkan data mentah. Pengkaji akan menggunakan petunjuk seperti
frekuensi dan peratus dan sisihan piawai untuk menerangkan pemboleh ubah tertentu yang
terlibat dalam kajian ini.

15
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

3.6 PENGANALISAAN DATA

Pada minggu terakhir kajian dijalankan, semua murid menduduki Ujian Pos. Seterusnya
skor ujian bulanan akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji. beberapa cara telah
digunakan untuk mengumpul data seperti pemerhatian dan catatan nota lapangan, skor Ujian
Pra dan Ujian Pos, temu bual serta hasil kerja murid.

3.6.1 PEMERHATIAN

Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian,
pengkaji akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan
maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Pemerhatian akan
dijalankan semasa murid membuat latihan yang diberikan. Guru atau penyelidik akan
memerhatikan sama ada murid tersebut akan membubuh huruf besar di awal ayat dan kata
nama khas semasa menulis ayat atau dalam perenggan seperti latih tubi yang telah dijalankan.
Dengan berpandukan keadaan ini penyelidik dapat membuat pemerhatian sama ada teknik
latih tubi bulatkan huruf besar dapat membantu murid menulis ayat dan kata nama khas tanpa
melakukan kesalahan tatabahasa ini dengan ketara.

3.6.2 SKOR UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Ujian Pra diberikan kepada semua murid Tahun 4C untuk mengetahui tahap pencapaian awal
murid dan membolehkan pengkaji memilih murid-murid yang akan dijadikan sebagai
responden kajian ini. Ujian Pos diberikan selepas teknik latih tubi bulatkan huruf besar
diperkenalkan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik latih tubi bulatkan huruf besar
dalam meningkatkan kefahaman murid menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
Dalam ujian yang dijalankan murid akan diminta untuk menyalin semula 5 ayat ( ayat
penyata, ayat majmuk, ayat tanya , ayat seruan dan ayat tunggal ) dan satu perenggan dengan
membubuh huruf besar pada tempat yang betul. Dalam hal ini, murid akan diminta terlebih
dahulu membulatkan huruf yang sepatutnya dibubuh huruf besar sebagai panduan sebelum
menyalin semula ayat tersebut pada tempat yang disediakan.

16
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

3.6.3 TEMU BUAL

Tujuan kaedah temu bual adalah untuk memahami atau menjawab persoalan, proses, dan
situasi yang akan diselidiki. Data temu bual ini dijalankan dengan cara menemubual
responden dan dirakam secara audio supaya transkripsi dapat dibuat analisis. Kaedah temu
bual individu dan pemerhatian merupakan kaedah kajian yang perlu dijalankan dalam Kajian
Kualitatif. Pengumpulan data ini memberi peluang kepada pengkaji untuk mendapat data
yang diperlukan dalam temu bual yang telah dijalankan. Segala data yang diperoleh ini
perlulah sesuai untuk menjawab segala persoalan kajian yang dijalankan. Berdasarkan hasil
temubual tersebut, pengkaji dapat menganalisis data yang diperoleh dan menjawab persoalan
kajian yang diperlukan.

Pengkaji juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan
perbualan antara pengkaji dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan
kajian. Dalam kajian ini, pengkaji adalah guru dan yang juga merupakan penyelidik. Pengkaji
menemubual murid tahun empat berkaitan tentang pendapat atau pemahaman tentang
pengajaran penulisan seperti di awal ayat dan kata nama khas yang harus ditulis
menggunakan huruf besar. Temu bual telah dijalankan sebanyak dua kali, iaitu sebelum
teknik latih tubi bulatkan huruf besar diperkenalkan pada 25 Jun 2015 dan selepas teknik ini
diperkenalkan pada 9 Julai 2015.

3.6.4 BUKTI DOKUMEN

Di samping kaedah pemerhatian dan temu bual, pengkaji juga memperolehi data daripada
bukti dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan pengkaji
menambah, membandingkan dan memperkukuhkan lagi data-data yang diperoleh daripada
kaedah pemerhatian dan temu bual. Dokumen ini kemudiannya dianalisis untuk melihat
bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan lagi
kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang dikutip oleh
pengkaji adalah hasil kerja murid iaitu latihan penulisan yang mereka buat setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.

17
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

3.7 CARA PENGANALISAAN DATA

Instrumen-instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra, Ujian Pos, temu bual, borang
pemerhatian, soal selidik dan bukti dokumen. penggunaan instrument ini adalah bertujuan
untuk memperoleh data serta menganalisis data bagi menguji keberkesanan teknik latih tubi
bulatkan huruf besar terhadap pencapaian dan minat murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Data yang dianalisis menggunakan kaedah jadual dan graf bagi menerangkan
hasil dapatan data secara jelas dan mudah. Analisis deskripsi merupakan analisis yang paling
mendasar atau asas untuk menggambarkan keadaan data secara umum. Dapatan kajian bagi
Ujian Pra dan Ujian Pos dianalisis dengan menggunakan analisis frekuensi iaitu analisis
gambaran frekuensi data seperti peratus, min, markah maksimum dan markah minimum.

3.8 KESIMPULAN

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta
motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa faktor
kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga
mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama yang melibatkan
pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan
persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar.
Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik
dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan
bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala
tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius.
Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk
menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran
Bahasa Melayu sebaik mungkin. Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu
merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan
saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring
dengan kemajuan negara berimpak tinggi.

18
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap
Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam penguasaan isi kandungan mata
pelajaran ini. Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak
semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11
Malay Language Education Journal (MyLEJ) semasa mengajar di dalam bilik darjah. Situasi
seperti ini perlu diberi perhatian, iaitu komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan
pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Meayu

19
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

BAB 4 : ANALISIS DATA

4.0 PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk Mengenal pasti masalah kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah Rendah Tahun 4 & Tahun 5 di luar
Bandar.Selain itu ianya juga ingin menentukan sejauh mana persepsi murid terhadap
pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis di Sekolah Rendah.
Kajian ini adalah berbentuk Tinjauan deskriptif dengan menggunakan borang soal
selidik yang merangkumi maklumat latar belakang serta masalah yang murid-murid
alami dalam kemahiran membaca dan menulis. Menurut Mohd Majid Konting (2005),
kajian deskriptif merupakan kajian yang bertujuan menerangkan suatu keadaan yang
berlaku. Ini bertepatan dengan kajian ini, iaitu untuk mengenal pasti masalah
kemahiran membaca dan menulis mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid
sekolah Rendah di Luar Bandar. Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif, iaitu
min dan sisihan piawai. Responden kajian terdiri daripada 100 orang murid di kawasan
pedalaman Sarawak. Taburan keseluruhan bilangan murid mengikut sekolah ialah
SK.long Naah seramai 40 orang (30.4%), SK.Uma bawang seramai 30 orang (31.0%), dan
SK.long laput 30 orang murid (39.0%).Pemilihan responden ini adalah berdasarkan
kemudahan yang diperoleh oleh pengkaji dengan bantuan pelajar sarjana yang mengajar di
sekolah rendah di luar Bandar.Menurut pandangan atau pendapat Mohd Majid Konting
(2005), iaitu kebaikan pemilihan sampel adalah yang boleh mengurangkan kos, tenaga dan
masa kajian tetapi tidak mendapat tentangan daripada pihak tertentu. Pengumpulan data
adalah berdasarkan edaran soal selidik yang merangkumi bahagian latar belakang murid-
murid, masalah kemahiran membaca, masalah kemahiran menulis dan juga persepsi murid
terhadap pengajaran guru mereka. Perolehan data adalah dengan bantuan para guru bagi
membolehkan murid-murid menjawabnya.

20
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4. 1 DAPATAN KAJIAN/PENEMUAN
4.1.1 Permasalahan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah di
Luar Bandar. ((Berdasarkan soalan kajian pertama : Apakah masalah kemahiran membaca
Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah di luar bandar? )

JADUAL 4.1.1 PERMASLAHAN KEMAHIRAN MEMBACA

BIL PERNYATAAN MIN SISIHAN PIAWAI


1 Tidak memahami isi kandungan 3.40 0.71
2 Tidak memahami maksud ayat yang dibaca . 3.24 0.60
3 Tidak boleh membaca pantas 2.90 0.91
4 Cepat jemu dan penat 2.90 0.91

Jadual 4.1.1 di atas menunjukkan bahawa terdapat permasalahan kemahiran membaca


Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar. Pada
keseluruhannya masalah membaca dalam kalangan murid iaitu min=3.56, sp=0.86.
Fenomena ini menunjukkan bahawa kegagalan murid untuk memahami isi kandungan teks
yang dibaca dengan min=3.40, sp=0.71. Permasalahan ini akan menyebabkan murid gagal
memahami kandungan maklumat yang dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat
memahami maksud ayat yang dibaca dengan baik iaitu min=3.24, sp=0.60. Bila murid
tidak dapat memahami kemahiran asas ini telah menyebabkan murid-murid tidak dapat
menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan isi kandungan teks dengan baik.
Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan menjadikan murid
tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan pantas dengan min=2.90, sp=0.91
dan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama dengan
min=2.90, sp=0.91.
Dalam Jadual 1 diatas menunjukkan bahawa permasalahan yang wujud dalam
kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang
menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa dan
dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar
terus belajar.

21
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.1.2 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Dalam Kemahiran Membaca


( Berdasarkan soalan kajian ketiga : Sejauh manakah persepsi murid terhadap pengajaran guru
dala kemahiran membaca ? )

JADUAL 4.1.2 Persepsi murid terhadap pengajaran guru kemahiran


Membaca.

BIL PERNYATAAN MIN SISIHAN PIAWAI


1 Latihan bacaan tambahan 3.70 0.53
2 Kaedah latih tubi 3.70 0.66
3 Aktiviti pengajaran yang menarik 3.60 0.54
4 Dorongan guru dan situasi yang menarik 3.54 0.72
5 Penggunaan bahan bantu mengajar 3.54 0.72

Dalam Jadual 4.1.2 diatas ,jelas menunjukkan kepada kita bahawa untuk
meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid sekolah Rendah. Latihan bacaan
tambahan dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid dengan min=3.70, sp=0.53 dan
kaedah latih tubi yang dijalankan dengan kerap dalam bacaan dapat membantu sebutan
serta kelancaran murid dalam bacaan min=3.70, sp=0.66. Murid-murid ini percaya bahawa
penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam
kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik min=3.60, sp=0.54. Selain itu, faktor
dorongan daripada guru, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian
dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat menjadikan suasana aktiviti
membaca menjadi berkesan dan bermakna kepada murid min=3.54, sp=0.72.

22
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.1.3 Permasalahan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah di


Kalangan Murid Luar Bandar. ((Berdasarkan soalan kajian pertama : Apakah masalah
kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah di luar Bandar?

Jadaual 4.1.3 Permasalahan Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah


Rendah Di Kalangan Murid Luar Bandar
BIL PERNYATAAN MIN SISIHAN PIAWAI

1 Tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil 3.62 0.62
2 Tidak dapat mengecam abjad 3.57 0.90
3 Tidak faham maklumat yang ditulis 3.56 0.75
4 Tidak pasti tanda baca 3.42 0.80
5 Tidak dapat menulis dengan baik 3.40 0.83
6 Tidak tahu menulis karangan yang bermakna 3.21 0.85
7 Berasa penat dan letih semasa menulis 2.67 0.96
8 Mengeja untuk menulis 2.52 0.80

Jadual 4.1.3 menunujukkan bahawa Permasalahan Kemahiran Menulis Bahasa Melayu


Sekolah Rendah di Luar. Masalah utama murid dalam kemahiran menulis dalam penulisan
ialah Tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil iaitu min = 3.62 dan sp =
0.62.Permasalahan ini wujud kerana Tidak dapat mengecam huruf abjad iaitu min = 3.57 dan
sp=0.90.Keadaan ini pula disokong tidak faham maklumat yang ditulis iaitu min = 3.56 dan
sp = 0.75.Selain itu terdapat masalah tidak pasti tanda baca dengan betul semasa
menghasilkan penulisan iaitu min =3.42 dan sp=0.80. kegagalan responden menguasai
kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak dapat menulis sesuatu latihan
penulisan dengan baik min=3.40, sp=0.83. Masalah ini akan menjejaskan penghasilan
penulisan karangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas dalam menulis.
menguasai kemahiran asas menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta
menghasilkan penulisan karangan yang bermakna min=3.21,sp=0.85. Kelemahan menguasai
kemahiran membaca dengan baik menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak
dizahirkan semasa menulis min=2.52, sp=0.80, seterusnya menyebabkan murid berasa
cepat letih semasa melakukan latihan menulis dengan min=2.67, sp=0.96.
23
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.1.4 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Dalam Kemahiran Membaca


( Berdasarkan soalan kajian ketiga : Sejauh manakah persepsi murid terhadap pengajaran guru
dala kemahiran membaca ? )

Jadual 4.1.4 Persepsi murid terhadap pengajaran guru kemahiran menulis

BIL PERNYATAAN MIN SISIHAN PIAWAI

1 Pelbagai aktiviti menulis diadakan 3.50 .68


2 Guru menyediakan latihan 3.50 0.82
3 Guru menyebut perkataan 3.41 0.89
4 Guru menggunakan bahan bantu mengajar 3.24 0.90

. Jadual 4.1.4 di atas menunjukkan bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif
membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas min=3.50, sp=0.68. dan
responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan latihan dapat
memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid min=3.50, sp=0.82. Saya
berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan
dengan min=3.41,sp = 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid
agar terus belajar min=3.24, sp=0.90.

Secara keseluruhannya permasalahan kemahiran asas menulis berpunca daripada


kelemahan menguasai kemahiran asas, iaitu baca, tulis dan kira. Kelemahan tersebut
menyebabkan murid tidak berminat untuk terus belajar serta memperbaiki kelemahan
kemahiran walaupun mereka mempunyai potensi untuk berjaya setanding dengan
rakan-rakan mereka yang dianggap pintar cerdas dan berkebolehan. Walau bagaimanapun,
faktor guru yang kreatif dan iklim bilik darjah yang kondusif dapat melahirkan suasana
pembelajaran yang merangsangkan minat murid. Selain itu, latihan yang bersesuaian dengan
tahap kebolehan murid menjadikan murid sentiasa bermotivasi, bercita-cita dan menyemai
keinginan untuk terus belajar sepanjang hayat.

24
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.1.5 Kaedah Pengajaran guru


Dalam proses penagajaran dan pembelajaran, kaedah pengajaran guru adalah amat penting
untuk menentukan pencapaian murid berdasarkan kepada objektif pengajaran.Guru perlu tahu
dan faham akan pemilihan kaedah penagajaran berdasarkan kepada permasalahan yang
dihadapi oleh murid-muridnya di sekolah.Misalnya berdasarkan kepada kajian yang telah
dibuat yang mana permasalahan dalam kemahiran membaca di kalangan murid sekolah
rendah guru perlu memilih kaedah penagajaran yang sesuai dengan permaslahan murid
tersebut seperti masalah murid tidak memahami isi kandungan yang dibaca.Untuk mengatasi
masalah ini guru perlu merancang strategi pengajaran pembelajarn yang sesuai dengan
masalah murid tersebut.Fokus utama guru ialah bagaimana hendak membolehkan urid-murid
itu faham isi kandungan teks yang telah dibaca misalnya guru menggunakan kaedah Bacaan
Alkaliah/Bacaan senyap diikuti dengan aktiviti menyoal murid-murid berkaitan dengan apa
yang telah dibaca oleh mereka,makna perkataan atau rangkaikata dan seterusnya
membinbing murid-murid mejawab soalan pemahaman secara lisan berulang kali.Aktiviti
juga perlu dirancang denga teliti dan sesuai dengan masalah murid itu berdasarkan kepada
kumpulan kebolehan murid.Penggunaaan bahan bantu mengajar ( BBM ) juga memainkan
peranan yang penting dalam proses membolehkan murid-murid untuk memahami isi
kandungan teks yang dibaca.peggunaaan BBM yang pelbagai dan menarik boleh membantu
murid-murid memahami isi kandungan teks.Misalnya penggunaan peralatan ICT seperti
computer riba secara berkumpulan.Tidak dinafikan bahawa dengan kaedah pengajar dan
penggunaan BBM guru boleh membantu murid-murid memahami isi kandungan yang
dibaca.Mereka ini perlu diberi bimbingan khusus dalam menjawab soalan pemahanan.Selain
itu kekerapan latihan kefahaman diberi tumpuan utama kepada murid-murid tersebut.

25
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.1.5 Persekitaran murid


Murid-murid terdiri daripada latar belakang yang berbeza dari segi kedudukan
geografinya,budaya,latar belakang dan tempat tinggal mereka.Oleh itu,tidaklah hairan mereka
ini mempunyai pelbagai kebolehan pembelajaran mereka.Justeru itu factor persekitaran murid
merupakan pengaruh utama dalam proses pembelajaran murid.Mereka ini terdiri daripada
latar belakang kluarga yang berbeza dari budaya,taraf hidup dan pembelajaran
mereka,apatlah lagi mereka ini mudah terdedah dengan factor persekitaran yang ada di
sekeliling mereka yang boleh mempengaruhi pembelajaran mereka.Contohnya permasalahan
kemahiran membaca yakni tidak memahami makna ayat yang dibaca .Keadaan ini terjadi
kerana mereka ini terdiri daripada murid penan atau Iban.bangsa ini sering tidak memahami
apa yang mereka baca atau langsung taka pa makna ayat atau frasa yang digunakan dalam
teks bacaan.Oleh sebab itu mereka masih kuat dengan penggunaan bahasa ibunda mereka
sehingga mereka langsung tak faham akan bahasa yang digunakan kerana pertuturan seharian
mereka menggunakan bahasa ibunda baik di sekolah mahupun di rumah.Selain dari
itu,mereka mudah dipengaruhi denga pelbagai budaya tempat tinggal mereka yan g terdiri
daripada pelbagai bangsa ,agama dan budaya.Mereka mudah terpengaruh atau terikut-ikut
dengan budaya persekitaran sehingga mereka tidak memandang serius terhadap pembelajaran
mereka di sekolah.

26
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.1.6 Penguasaan Dalam kemahiran Asas lemah.


Sebelum murid-murid ini menjejak kaki kea lam persekolahan terutama Ke Tahun
1,kemungkinan mereka ini kurang terdedah tentang pendidikan.Tidak dapat kita nafikan
bahawa ada segelintir keluarga atau murid itu sendiri tidak tidak pernah mengikuti
pendidiakan awal kanak-kanak seperti Prasekolah.Akibatnya mereka ini ,jauh tercicir dari
pendidikan berbandingan kanak-kanak lain yang pernah mengikuti kelas
prasekolah.Kesannya mereka ini langsung tiada asas pembelajaran.Masalah ini berterusan
dari Tahun 1 hingga 3 sehingga mereka ini terus tercicir dari segi pembelajaran asas
membaca.Oleh itu sekarang pihak KPM telah memperkenal LINUS untuk murid-murid
Tahap I.Oleh itu mereka terdiri daripada golongan murid yang LINUS tegar.Pelbagai usaha
telah dibuat misalnya kelas pemulihan,perancangan strategic untuk LINUS tegar tetapi masih
berada di tahap yang sama iaitu tidak mengenal huruf abjad atau tidak boleh mengeja
perkataan mudah seperti perkataan KVKV ( bola,buku ).Masalah sebegini telah dibaca ke
tahun 4 yang menyebab mereka langsung tidak tahu langsung membaca kerana mereka ini
belum menguasai kemahiran asas membaca di peringkat rendah.Justeru itu,pengguasaan
kemahiran asas membaca amat penting kepada murid-murid sebelum mereka belajar ke kelas
yang lebih tinggi misalnya Tahun 4.Selain dari itu, peranan guru juga penting.Guru perlu
mengajar murid-murid dengan penuh komitment dan bersungguh-sungguh agar mereka dapat
melahirkan murid-murid yang betul-betul telah menguasai kemahiran asas membaca.Jika
sebaliknya murid-murid ini akan mengahadaoi masalah membaca bila berada di tahap II (
Tahun 4 Tahun 6 ) nanti.

27
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Pengumpulan data adalah berdasarkan edaran borang soal selidik yang merangkumi
bahagian latar belakang murid-murid, masalah kemahiran membaca, masalah
kemahiran menulis dan juga persepsi murid terhadap pengajaran guru mereka.
Perolehan data adalah dengan bantuan para guru bagi membolehkan murid-murid
menjawabnya. Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk deskriptif, iaitu min dan sisihan
piawai. Responden kajian terdiri daripada 100 orang murid di kawasan pedalaman
Sarawak. Taburan keseluruhan bilangan murid mengikut sekolah ialah SK.long Naah
seramai 40 orang (30.4%), SK.Uma bawang seramai 30 orang (31.0%), dan SK.long laput
30 orang murid (39.0%).

28
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

4.3 KESIMPULAN
Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi
serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju
bahawa faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran
bahawa mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam
kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim
persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid
bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta
berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap
pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat
membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh
guru. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa
ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa
Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan
seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik
mungkin. Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin
akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri
Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan
negara berimpak tinggi.

29
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

BAB 5 PERBINCANGAN

5.0 PENGENALAN
Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya
mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi
pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca manakala merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan.
Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang
menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di
dalam bilik darjah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kemahiran
membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di luar bandar.

5.1 DAPATAN / PENEMUAN


5.1.1 Permasalahan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah di
Luar Bandar.
Terdapat beberapa permasalahan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan
murid sekolah rendah di luar bandar. Secara keseluruhannya masalah membaca dalam
kalangan murid adaalah berpunca kegagalan murid untuk memahami isi kandungan teks
yang dibaca. Permasalahan ini akan menyebabkan murid gagal memahami kandungan
maklumat yang dibaca. Selain itu, didapati murid tidak dapat memahami maksud ayat
yang dibaca dengan baik .Bila murid tidak dapat memahami kemahiran asas ini telah
menyebabkan murid-murid tidak dapat menyenaraikan idea-idea utama atau mengelaskan
isi kandungan teks dengan baik. Manakala ketidakupayaan murid menguasai kemahiran asas
dalam bacaan menjadikan murid tidak berkemahiran membaca secara mekanis, iaitu bacaan
pantas dan murid cepat berasa penat semasa membaca dalam masa yang agak lama.
Oleh kerana permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat
diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru.
Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa dan dorongan daripada guru dapat
mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar terus belajar.

30
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

5.1.2 Permasalahan Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Di Kalangan Murid di


Kawasan Luar Bandar.
Permasalahan kemahiran asas menulis berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran
asas, iaitu baca, tulis dan kira. Kelemahan tersebut menyebabkan murid tidak berminat
untuk terus belajar serta memperbaiki kelemahan kemahiran walaupun mereka
mempunyai potensi untuk berjaya setanding dengan rakan-rakan mereka yang dianggap
pintar cerdas dan berkebolehan. Walau bagaimanapun, faktor guru yang kreatif dan iklim
bilik darjah yang kondusif dapat melahirkan suasana pembelajaran yang merangsangkan
minat murid. Selain itu, latihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid menjadikan
murid sentiasa bermotivasi, bercita-cita dan menyemai keinginan untuk terus belajar
sepanjang hayat. Hasil kajian mendapati bahawa masalah utama murid dalam kemahiran
menulis ialah tidak dapat membezakan huruf besar dengan huruf kecil dalam penulisam
,tidak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar, berpunca daripada masalah mengecam
abjad, Ini disokong dengan tidak memahami maklumat yang ditulis dan seterusnya tidak
dapat mengenal pasti tanda baca dengan betul semasa menghasilkan penulisan. Manakala
kegagalan responden menguasai kemahiran mekanikal menulis menyebabkan murid tidak
dapat menulis sesuatu latihan penulisan dengan baik. Ini sudah pasti menjejaskan
penghasilan penulisan karangan murid yang tidak menguasai kemahiran asas dalam menulis.
Kajian juga mendapati bahawa responden bersetuju jika tidak menguasai kemahiran asas
menulis menjadikan murid tidak dapat memahami serta menghasilkan penulisan karangan
yang bermakna. Permasalahan kelemahan menguasai kemahiran membaca dengan baik
menyebabkan responden mengeja perkataan yang hendak dizahirkan semasa menulis ,
seterusnya menyebabkan murid berasa cepat letih semasa melakukan latihan menulis.

31
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

5.1.3 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Dalam Kemahiran Membaca dan
Menulis.
Permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang
aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran
yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat
murid agar terus belajar.Jagi ,untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalanagan murid
luar Bandar,guru perlu merancang beberapa aktiviti pengajaran.Di antaranya ialah Latihan
Tambahan Bacaan,Kaedah Latih tubi diberi keutamaan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran,aktiviti pengajaran hendaklah menarik, dan penggunaan Bahan Bantu mengajar
( BBM ) yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat
menjadikan suasana aktiviti membaca menjadi berkesan dan bermakna kepada murid.
Begitu juga dengan permasalahan dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa
Melayu dapat diperbaiki dengan bantuan guru yang kreatif dan inovatif serta berusaha
membina persekitaran yang kondusif dan memberikan motivasi agar murid terus belajar.
Dapatan kajian, menunjukkan bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif membina
pelbagai aktiviti menulis yang menarik dan responden boleh menulis dengan baik apabila
guru menyediakan latihan dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada
murid. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru
menyebut perkataan berulangkali manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid agar
terus belajar .

5.2 CADANGAN
5.2.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru.
Pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis diberi penekanan utama. Pengajaran
Bahasa Melayu perlu menggunakan pelbagai pendekatan yang dengan kepelbagaian bahan
bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi
keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah dapat membentuk
murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.

32
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

5.2.2 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar ( BBM )


Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan
perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat
murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan
media bertujuan untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi atau perhubungan dua hala
yang dapat menarik minat penerima untuk bertindak balas.

5.2.3 Kelas Pemulihan


Kelas Pemuihan diadakan untuk membantu murid-murid yang lembam untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis.Selain itu,guru pemulihan perlu diberi pendedahan yang
mencukupi tentang ilmu pedagogi agar dapat diaplikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.Mereka juga perlu menggunakan pelbagai kaedah atau
teknik pengajaran ayang bersesuaian dengan kebolehan murid mereka agar mereka mudah
memahami apa yang hendak disampaikan.Untuk mengesak kemajuan dan perkembangan
murid-murid lembam,guru perlu mengadakan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi oleh mereka.Ini akan memudahkan guru pemulihan merancang
strategi/kaedah/teknik pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti yang sesuai.Ujian
Pencapaian perlu kerap dibuat untuk melihat kemajuan mereka misalnya mengadakan Ujian
Topikal dan Ujian Bulanan.Semua data / maklumat yang diperolehi perlu disimpan untuk
rujukan dan panduan guru serta dapat menentukan samada mereka ini boleh di hantar ke
kelas perdana untuk mengikuti kleas biasa bersama-sama dengan murid-murid lain.

33
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

5.3 KESIMPULAN

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta
motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa faktor
kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga
mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama yang melibatkan
pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan
persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar.
Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik
dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan
bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala
tuju pengajaran yang hendak dicapai oleh guru. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius.
Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk
menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran
Bahasa Melayu sebaik mungkin. Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu
merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan
saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring
dengan kemajuan negara berimpak tinggi. Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar
belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai
kemahiran dalam penguasaan isi kandungan mata pelajaran ini. Guru yang tidak mahir dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberikan komitmen
yang tinggi Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11 Malay Language Education Journal
(MyLEJ) semasa mengajar di dalam bilik darjah. Situasi seperti ini perlu diberi perhatian,
iaitu komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Meayu.

34
EPP442 PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 JAMALUS SERUJI E30209120935

RUJUKAN

1. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar.
2. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun
2008.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur:
4. Dewan Bahasa & Pustaka. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-
7. Kuala Lumpur:
5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan
bahan pengajaran berkesan. Serdang:
6. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan
bahasa Melayu. Shah Alam:
7. Karisma Publications Sdn. Bhd. Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi.
Bentong:
8. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Bentong:
9. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid. (2006).
10. Aplikasi psikolingusitik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bentong:
11. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Maklumat lanjut, boleh hubungi:
Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian
Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

12. arasid@putra.upm.edu.my

35

Anda mungkin juga menyukai