Anda di halaman 1dari 2

NAMA: ZALILAH BT ABDULLAH K/P: 670806086716 KELAS: PKU P5.

1 KOD KURSUS: BMM 3104

Peringkat kemahiran membaca


Kemahiran membaca bukan lahir secara semula jadi tetapi memerlukan

pembentukan dengan asas-asas yang sempurna dan kukuh agar mendapat kesan yang baik. Persediaan pada peringkat asas amat penting dan perlu dilakukan dengan hati-hati kerana boleh mendatangkan kesan. Peringkat 1 : Persediaan Membaca Pada peringkat ini, Pembaca telah terdedah pada bunyi bahasa. Pembaca juga mengetahui persamaan bunyi antara perkataan, belajar meramalkan bahagian seterusnya bagi menceritakan apa yang telah didengarnya dan mula mengenal pasti beberapa perkataan bertulis yang biasa. Peringkat 2 : Mengenal Huruf Pembaca mengetahui hubungan antara bunyi dengan huruf tertentu dan mula mengaplikasikan pengetahuan ini kepada teks bacaan. Pembaca telah memperoleh pengetahuan tentang ciri-ciri sesuatu huruf dan mempelajari persamaan simbol bunyi huruf. Peringkat 3 : Pengesahan Melibatkan pengesahan terhadap pengetahuan yang telah diperoleh pada 2 peringkat yang terdahulu dan mengukuhkan kelancaran dalam kemahiran tersebut iaitu kemahiran mengenal ciri dan bunyi huruf semakin meningkat. Pembaca mula memberikan perhatian kepada makna dan maklumat bercetak. Di samping menggunakan secara interaktif bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan membaca

Peringkat 4: Bacaan Pengetahuan Keinginan membaca berubah Pembaca memiliki kemahiran membaca yang

diperlukan untuk menambah pengetahuan dan maklumat dalam teks atau bahan bacaan.kosa kata mereka mula bertambah secara mendadak hasil daripada bahan bacaan mereka

Peringkat 5 : Pandangan Berganda Pembaca pada peringkat ini mula menganalisis teks yang dibaca. Memahamkan teks mengikuti sudut pandangan yang berbeza dan bertindak balas secara kritikal terhadap teks Peringkat 6 : Membina Dan Menilai Pembaca mula membaca secara berpilih-pilih dan membina pendapat sendiri

terhadap teks yang dibaca. Mereka membentuk pengetahuan sendiri berdasarkan teks tersebut serta mengaitkan , menilai dan menilai dan membezakan dengan teks yang lain. Peringkat Membaca Di sekolah 1. Mengenal dan mengecam abjad 2. Membunyikan suku kata 3. Membina dan membaca perkataan 4. Membina dan membaca ayat

Anda mungkin juga menyukai