Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Know, What, Learn, How (KWLH)

Lingkaran Soalan, Tatacerita

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Research (RADAR)

Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

Langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang di baca. Memfokuskan terhadap tajuk besar, tajuk kecil, gambar-gambar, ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, perenggan akhir di bahagian-bahaigian buku atau teks. Menggunakan teknik bacaan pantas skimming dan scanning.

Langkah yang memerlukan pelajar membina satu siri soalan mengenai perkara yang ingin diketahui pelajar berdasarkan topik/isu dalam teks. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W1H. Dengan soalan yang dibina, pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif dan cuba mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang dikeemukakan sebelum ini. Ketika membaca, pelajar akan menyenaraikan soalan tambahan berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginan mereka sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar juga akan mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya dalam teks.

Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pelajar menyenaraikan dan memilih maklumat yang sesuai dan berkaitan dengan konteks tugasan. Pelajar juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat di dalam teks.

Pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat untuk mengesahkan jawapan kepada soalan yang dibuat pada peringkat recite . Pelajar juga perlu memastikan tiada maklumat atau fakta penting yang tertinggal.

Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi.

KNOW, WHAT, LEARN, HOW (KWLH)

Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)

K : What I know Know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. W : Want (Hendak/Ingin Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca. L : What I learned Learn (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.

H : How much I want to know How (Bagaimana) Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan. 4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan (semasa).

READ, ANALOGIZE, DISCUSS, APPLY, REVIEW/RESEARCH (RADAR)

R (Read) - Membaca A (Analogize) - Menganalogi D(Discuss) - Berbincang A( Apply) - Mengaplikasi R(Review/Research) Menyemak / Menyelidik

Read (Membaca) Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

Analogize (Menganalogi) Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. Discuss (Berbincang) Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat. Apply (Mengaplikasi) Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. Review/ Research Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

TEATER PEMBACA 1. Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks) 2. Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. 3. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. 4. Pelakon tidak perlu menghafal dialog. 5. Persembahan sepenuhnya membaca teks. 6. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka. 7. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. 8. Tidak melibatkan ruang yang luas 9. Tidak perlukan latihan yang lama. 10. Boleh dilaksanakan secara spontan. 11. Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan. 12. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'.

1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip. 2. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca dialog dengan penuh perasaan. 3. Setelah selesai membaca dialognya, dia akan berundur ke belakang. Ia akan dikuti dengan pelakon berikutnya, dan begitulah seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai