Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar


dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan serta dapat memberikan maklum balas.
Mendengar juga merupakan satu proses kemasukan input melalui
telinga dan terus ke otak untuk diproses.
Mendengar merupakan sejenis aktiviti seni, iaitu merujuk kepada seni
mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur.










Mendengar
deretan
bunyi bahasa
Bayi yang mempunyai alat pendengaran yang sempurna akan mempunyai keupayaan
mendengar tetapi belum berupaya memproses maklumat yang didengari
Bunyi bahasa daripada ujaran penutur akan didengar oleh telinga dan diproses oleh otak
Memahami
bunyi bahasa
Penutur akan menghubungkaitkan bunyi bahasa dengan maksud tertentu.
Pendengar yang baik akan memahami bunyi-bunyi bahasa itu dan membina pemahaman
terhadap ujaran penutur secara keseluruhannya.
Menilai
bunyi-bunyi
bahasa
Pendengar perlu berupaya untuk menilai dan menguasai makna daripada bahasa yang
didengari.
Pendengar perlu membezakan bunyi yang bermakna dan tidak bermakna serta kelainan
makna antara satu bunyi dengan bunyi yang lain.
Bertindak balas
terhadap bunyi
Pendengar membuat interpretasi terhadap maksud sebenar penutur
dengan menyesuaikannya dengan perbendaharaan kata dalam minda.
Penyesuaian yang betul akan menghasilkan respons yang sewajarnya.
Takrif mendengar

Proses mendengar




Mencari isi-isi penting dalam sesebuah petikan
Melakukan arahan
Menghasilkan tindak balas atau respons
Mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubbungan
Mengenal pasti isi-isi tersirat
Mentafsir makna-makna yang tersirat
Mengenal pasti perasaan semasa seseorang itu bertutur
Mengenal pasti suasana pertuturan
Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data dan pengetahuan.
Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik.
Untuk mengetahui keadaan semasa.
Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu
Tujuan mendengar

Anda mungkin juga menyukai