Anda di halaman 1dari 3

CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN PIRAMID MAKANAN

Ciri-ciri Piramid Makanan:

Piramid makanan mempunyai gabungan lima kumpulan makanan yang diletakkan pada
empat aras berbeza.

ARAS 1:  Sumber utama karbohidrat yang membekalkan


Nasi, mee, roti, bijirin dan tenaga (50%-55% daripada jumlah tenaga harian).
hasil bijirin dan ubi-ubian  Sumber yang baik untuk vitamin, mineral dan serat.
 Serat makanan memberi banyak manfaat seperti
meningkatkan pergerakan usus dan menjaga
kesihatan usus serta mencegah sembelit. Ia juga
membantu menurunkan paras glukosa dan kolesterol
darah.
 Pilih makanan bijirin daripada bijirin penuh seperti roti
mil penuh, bijirin mil penuh, dan beras perang.
Makanan ini mengandungi kandungan serat yang
lebih tinggi.
ARAS 2:  Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan
Buah-buahan dan fitokimia yang membantu menguatkan ketahanan
sayur-sayuran terhadap penyakit (imuniti).
 Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang
pelbagai setiap hari.
 Jenis sayur-sayuran boleh diambil sama ada sayur-
sayuran berdaun hijau, sayuran pelbagai warna,
termasuk sayur buah, sayur kacang, ulam, sayuran
dalam tin atau beku.
 Pilih buah-buahan segar. Jus buah tidak boleh
menggantikan lebih daripada satu sajian buah-
buahan.
Aras 3:  Sumber baik untuk protein yang diperlukan untuk
Ikan, ayam, daging dan membina tubuh dan membaiki tisu-tisu yang rosak
kekacang atau mati.
 Kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.

 Kekacang adalah sumber protein yang baik dan juga


memberi sumber serat yang baik. Kekacang adalah
rendah kandungan lemak dan tidak mengandungi
kolesterol dibandingkan dengan ayam dan daging.
Kekacang digalakkan diambil setiap hari.
 Pilih daging dan ayam yang kurang lemak dan
kolestrol, contohnya membuang kulit ayam sebelum
memasak atau pilih daging tanpa lemak.
Aras 3:  Tinggi protein, kalsium dan pelbagai jenis vitamin dan
Susu dan hasil tenusu mineral seperti vtamin A, riboflavin, bitamin B12 dan
zink.
 Misalnya vitamin A memainkan peranan penting
dalam penglihatan, pertumbuhan, pembiakan normal
dan pertumbuhan tisu.
Aras 4:  Terletak di atas puncak atau paling atas piramid
Lemak, minyak, garam menunjukkan makanan ini perlu diambil dalam
dan gula kuantiti yang sedikit sahaja.
 Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko
penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis,
penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa
jenis kanser.

Kelebihan Piramid Makanan:


Kebaikan makan mengikut piramid makanan kepada masyarakat yang pertama ialah
pembesaran kita lebih sempurna dari aspek fizikal. Pengambilan makanan yang cukup amat
penting untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan. Tubuh badan menerima semua
keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan
fizikal manusia. Selain itu, makan mengikut piramid makanan kepada masyarakat dapat
membantu perkembangan mental seseorang manusia. Kekurangan zat makanan boleh
menjadikan mental seorang manusia tidak cukup cerdas. Hal ini akan menyebabkan
manusia itu lebih mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dihadapi
oleh mereka. Pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental
seseorang manusia terganggu. Di samping itu, makan mengikut piramid makanan dapat
membantu masyarakat mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Akhir sekali, masyarakat yang makan mengikut piramid
dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Pengambilan makanan yang berkhasiat,
berzat dan seimbang sering disarankan KKM untuk memastikan seorang manusia sentiasa
sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.

Anda mungkin juga menyukai