Anda di halaman 1dari 6

Tajuk: Laporan Pertandingan Pidato Tahap 2

Pada 5 November 2015, Panita Bahasa Melayu, SK (A) Majlis Islam Sarawak Bintulu,
(SKK Fasa VII) telah menganjurkan Pertandingan Pidato Tahap 2. Pertandingan ini terbuka
kepada semua murid tahap 2 yang berminat.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk membina keyakinan diri murid agar
mampu berucap di khalayak, meluaskan pengetahuan am dan isu-isu semasa dalam dan luar
negara, memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu standard, memupuk
semangat patriotisme dan jati diri dan menjana daya saing secara positif.

Pertandingan ini mendapat sambutan yang baik apabila seramai 15 orang peserta
telah mendaftar untuk menyertai pertandingan. Peserta-peserta terdiri daripada murid-
murid dari tahun empat, lima dan enam. Pihak pelaksana juga telah melantik tiga orang
hakim yang bertanggungjawab memberi penilaian kepada peserta. Hakim yang dilantik
terdiri daripada Encik Rajeli bin Hj. Bolhasan selaku hakim idea/isi, Puan Suraya binti Abit
selaku hakim bahasa dan Encik Zainuddin bin Ismail selaku hakim persembahan dan
penyampaian merangkap ketua hakim.

Pertandingan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Bilik Kebitaraan Bahasa
Melayu. Pengerusi majlis iaitu adik Syahiran Izreen dari kelas 6 Aishah memulakan majlis
dengan menjemput adik Nizamuddin untuk membacakan doa. Pengerusi majlis kemudian
memperkenalkan barisan hakim, penjaga masa dan jurukira markah.

Pertandingan berjalan dengan lancar dan seramai 15 peserta pidato telah berjaya
menyampaikan pidato dengan baik.

Ustaz Zainuddin selaku ketua hakim telah mengulas secara keseluruhan penyampaian
dan persembahan murid serta memberikan tips dan teknik menyampaikan pidato dengan
baik dan menjadi pemidato yang baik.

Panel juri telah sebulat suara memilih adik Naseha Shaqina dari kelas 6 Aishah
sebagai johan pertandingan pidato manakala naib johan pula ialah Mohammad Amir
Hazman dari kelas 5 Ohman. Tempat ketiga pula disandang oleh Akma Zalikha dari kelas 6
Aishah. Lima pemenang saguhati telah dipilih dari untuk menerima hadiah saguhati.
Pemenang –pemenang saguhati ialah Sharifah Nur Azmina (6 Othman), Azri Azhar (5
Othman), Musfirah Fatini (5 Ali), Maisyarra binti Mahmod (5 Aishah) dan Raja Nurul Nabilah
Waznah (6 Othman).

Pertandingan pidato telah berakhir pada pukul 10.00 pagi dan semoga pertandingan
ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Laporan disediakan oleh; Disahkan Oleh,

.............................. ............................................
(MARINA BINTI ALI) (ZURINA BINTI ABDUL PATA)
Setiausaha, Penyelaras,
Pertandingan Pidato Tahap 2, Pertandingan Pidato Tahap 2,
Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Melayu,
SK (A) MIS Bintulu. SK (A) MIS Bintulu.
SKK Fasa VII. SKK Fasa VII.
Gambar Pertandingan Pidato Tahap 2

Pengerusi majlis,
jurukira markah
dan penjaga masa
menjalankan tugas
dengan baik dan
lancar.

Barisan panel
hakim yang arif
lagi bijaksana.
Barisan peserta yang berdebar-debar menunggu giliran masing-masing.
Sebahagian persembahan peserta pidato
Johan, naib johan dan tempat ketiga bersama pemenang saguhati bergambar kenangan.

Anda mungkin juga menyukai