Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Secara umumnya kritikan ini digunakan untuk meningkatkan kualiti sesuatu karya yang
telah dihasilkan. Kritikan ini juga mampu berfungsi sebagai pembantu kepaada para penulis untuk
menghasilkan karya. Menurut (Hashim Awang,1988) kritikan adalah suatu cara dan usaha untuk
menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan dengan cara yang beralasan serta bersistem
selain bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik dan indah. Secara
ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa kritikan adalah memberi atau mebuat suatu penilaian
terhadap sesuatu hasil atau karya seni menerusi prose pengamatan dan perbandingan,
menganalisis dan menghayati melalui kaedah-kaedah yang sistematik serta beralasan dengan
maksud untuk mengembangkan nilai sesuatu hasil itu.

2.0 Kritikan

Berdasarkan sebuah artikel yang dipetik dari majalah Pelita Bahasa edisi September 2017
bertajuk ‘Bahasa Slanga Anak Muda’ ditulis oleh Muhammad Qidhir Mat Isa. Terdapat beberapa
perkara yang mampu dikritik daripada artikel tersebut.

Saya bersetuju dengan sebuah petikan yang terdapat dalam artikel tersebut ‘Kepantasan
penyebaran bahasa slanga dalam kalangan anak muda didorong oleh banyak faktor, termasuklah
pengaruh daripada laman sosial, filem serta muzik semasa’. Jelas sekali kita dapat melihat
bahawa kemajuan dan evolusi dunia terutama dari segi teknologi komunikasi dan maklumat
sangat ketara peningkatannya. Kewujudan aplikasi sosial seperti Whatasapp dan Instagram
membantu memperluaskan penggunaan bahasa slanga ini. Pada pendapat saya, penggunaan
bahasa slanga ini amat membantu seseorang dalam menyampaikan mesej samada bentuk
pertanyaan, ajakan atau jemputan dan paling penting adalah apabila berada di dalam keadaan
yang memerlukan atau kecemasan. Sebagai contoh sebuah ayat pertanyaan ‘kamu sudah makan
atau belum?’ dan ‘kau dh mkn blom?. Jika dikira dari segi penggunaan masa, menaip perkataan
secara penuh dalam sesuatu mesej akan memakan masa yang lebih lama berbanding dengan
menggunakan bahasa slanga ini. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan bahasa slanga untuk
menyampaikan mesej mampu menjimatkan masa.

Selain itu, menurut Asmah Hj Omar (1993) bahasa slanga memiliki ciri-ciri yang unik
dalam bentuk ungkapan dan pengujaran sehingga akhirnya bahasa slanga ini menjadi sangat
sinonim, akrab dan berakar umbi untuk membentuk identiti kumpulan. Di dalam artikel turut
menyebut bahawa ‘mereka (para peneliti dan pengkaji) juga mengintepretasikan bahasa slanga
sebagai bahasa yang tidak formal yang digunakan dalam pertuturan harian manusia’. Perkara ini
dapat dilihat melalui dialek berbeza yang wujud antara masyarakat walaupun berada dalam
sebuah negara yang sama. Sebagai contoh, negara Malaysia ini merupakan sebuah negara yang
terkenal dengan kepelbagaian kaum dan bangsa terutama bagi negeri Sabah dan Sarawak. Bagi
kawasan semenanjung Malaysia pula menurut Asmah Hj Omar (1991) dialek-dialek yang
terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu
kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi
Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok
Timur yang meliputi Terenggganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang
dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang
mewakili dialek Negeri Sembil. Perbezaan dialek dalam komunikasi mengikut pecahan kawasan
tersebut menunjukkan identiti sesuatu kumpulan atau masyrakat dengan lebih jelas. Hal ini
demikian kerana, masyarakat di kawasan tersebut menggunakan dialek kawasan mereka dan
kebanyakkan komunikasi yang dijalankan adalah antara mereka sahaja kerana pihak lain kurang
memahami apa yang dibicarakan. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan bahasa slanga ini wujud
dalam dialek sesebuah masyarakat.

Saya juga bersetuju dengan petikan dari artikel tersebut tentang kaedah penghasilan
perkataan slanga ini. petikan ayat dalam artikel yang bebunyi ‘Menurut kajian Paul A.E. dan Alfred
F.R., penghasilan perkataan slanga baharu adalah berdasarkan kepelbagaian teknik yang
digunakan termasuklah pemendekkan akronim, pengulangan dan bunyi rima dalam sesuatu
perkataan’. Hal ini demikian kerana, pengaruh persekitaraan terutama daripada laman sosial
seperti instagram mahupun ‘Youtube’ terutama pada video yang menjadi ‘trending’ membawa
kepada penciptaan perkataan yang baru pada masa kini. Berbeza dengan zaman dahulu, tidak
wujud sebarang budaya yang berkaitan dengan penciptaan bahasa slanga berbanding dengan
masa kini. Dari segi corak kehidupan dan kawasan kediaman jelas sekali mempengaruhi tahap
kefahaman seseorang itu. Penulis membuat kajian di Sarawak dan mendapati masyarakat yang
terdapat di kawasan jauh dari bandar tidak akan memahami penggunaan bahasa slanga yang
wujud di bandar kerana kawasan tempat tinggalnya dan bandar merupakan dua kawasan. Selain
itu, budaya yang diamalkan di bandar dan di kawasan pendalaman adalah amat berbeza
menyebabkan mereka tidak memahami bahasa slanga tersebut. Oleh itu, jelas sekali terdapat
faktor tertentu bagi kewujudan sesuatu perkataan dalam bahasa slanga itu.

Berdasarkan petikan dari artikel ‘… pengaruh bahasa Inggeris yang kuat dalam
penciptaan bahasa slanga dalam kalangan anak muda’ menunjukkan bahawa terdapat bahasa
slanga yang digunakan oleh anak muda masa kini mempunyai pengaruh atau penyerapan unsur
bahasa Inggeris. Secara umunya, kita mengetahui bahawa bahasa inggeris merupakan bahasa
antarabangsa pada masa kini. Oleh itu terdapat kebaikan yang kita mampu peroleh melalui
penggunaan bahasa slanga yang berpengaruh ini. Antaranya, anak muda dapat membiasakan
diri untuk menyebut perkataan bahasa Inggeris. Sebagai contoh perkatan ‘relax’ disebut sebagai
‘relaks’. Penggunaan perkaatan ini secara tidak langsung membantu golongan muda untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih lancar kerana walaupun ejaannya berbeza
tetapi bunyi sebutannya hampir sama. Namun begitu, jika dilihat dari sudut berlainan penggunaan
bahasa slanga ini menyebabkan kecelaruan kepada penggunanya. Hal ini demikian kerana, jika
dilihat dari aspek pelajar, sekiranya penggunaan bahasa slanga ini menjadi kebiasaan kepada
dirinya, sudah tentu hasil penulisannya akan terjejas walaupun pada kadar yang sedikit. Sebagai
contoh, penggunaan perkataan ‘tidur’ kepada ‘tido’ atau percampuran antara bahasa Melayu dan
Inggeris ‘nanti call’. Penggunaan bahasa slanga ini menyebabkan wujudnya bahasa yang
bercampur atau lebih terkenal sebagai bahasa rojak pada masa kini. Sekiranya penggunaan
bahasa ini tidak dikawal oleh individu yang menggunakannya, sudah tentu dia akan menghadapi
masalah tersebut. saya mengatakan perkara ini kerana saya pernah mengalaminya sendiri. Oleh
itu, jelas sekali bahawa terdapat kebaikkan jika mampu mengawal dan keburukkan jika tidak
mampu mengawal penggunaan bahasa slanga ini

3.0 Penutup

Kesimpulanya, penggunaan bahasa slanga ini dapat memberi kesan positif dan negatif.
Kebanyakkan penggunaan bahasa ini jika dilihat secara teliti, rakan sebaya turut membawa
pengaruh terhadap penggunaan sesuatu bahasa slanga itu. Oleh itu, golongan muda masa kini
perlulah bijak dalam menggunakan bahasa slanga ini terutama ketika dalam penulisan dan
pertuturan seharian mereka. Hal ini demikian kerana, jika tidak dijaga dari segi penggunaan
bahasa ini dengan betul ianya pasti akan meninggalkan pelbagai kesan samada yang dijangka
mahupun tidak pada masa akan datang.
4.0 Rujukan

Asmah Hj Omar (1991). Bahasa Melayu Abad Ke 16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu
Aqaid al-Nasafi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Hj Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hashim Awang (1988). Kritikan kesusateraan : teori dan penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai