Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat
dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir
dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada
perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Definisi Islam
dapat difahami ketika Umar RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang Islam,

“Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah SAW
menjawab: “Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan
bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan
engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadhan, dan engkau mengerjakan haji
di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya“(Hadis riwayat Muslim).

Ciri-ciri khusus Islam ialah Rabbani, Al-Thabat wa al-Murunah, Waqi’iyyah, Alamiyyah,


Wasatiyyah, Syumul dan Tawazun. Ciri-ciri khusus yang terdapat dalam Islam tersebut
mempunyai faktor yang dapat membentuk kualiti guru menjadi seorang guru yang unggul
jika diamalkan dalam kehidupan.

1
2.0 Ciri-Ciri Khusus Islam Membentuk Kualiti Siswa Guru Muslim yang Unggul.
Rabbaniah atau ketuhanan bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang
terdapat di dalam Islam adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t. Ia bukanlah
hasil pemikiran dan ciptaan manusia. Peranan manusia hanyalah sekadar memahami,
memperkembangkan dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Manusia, walau
setinggi mana pun kedudukannya, tiada hak untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan
seperti penentuan hukum haram, halal, dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan
sebagainya. Peranan manusia dalam hal ini hanyalah untuk mengkaji dan mengenal pasti
hukum Allah dalam sesuatu perkara. Kemudian, setelah jelas kepada mereka tentang
hukum tersebut maka mereka perlu melaksanakannya dalam kehidupan. Konsep Rabbaniah
dapat melahirkan siswa guru Muslim yang unggul melalui Rabbaniah al-Ghoyah. Seorang
guru mendalami, memahami dan menerapkan konsep Rabbani dalam diri sudah tentu dapat
mengukuhkan lagi jati dirinya sebagai seorang guru. Perkara ini dapat dibuktikan
berdasarkan pandangan Dr Yusuf al-Qardhawi (1996) dalam kitabnya al-Khashoish al-
Ammah lil Islam. Maksud Rabbaniah yang pertama menurutnya ialah rabbaniah al-ghoyah
iaitu tujuan, mengambarkan betapa setiap matlamat atau sesuatu usaha, sasaran,
pengorbanan dan halatuju kehidupan manusia haruslah mencapai keredhaan Allah.
Rabbaniyah al-ghoyah atau rabbaniyyah dari sudut tujuan, mengambarkan betapa setiap
matlamat atau tujuan sesuatu usaha, amal, cita-cita, sasaran, perjuangan, pengorbanan dan
hala tuju kehidupan manusia haruslah bertepatan dalam acuan dan kerangka menuju dan
mencapai keredhaan Allah.

Terdapat isu di mana guru yang tidak melaksanakan tugas dengan bersungguh-
sungguh seperti guru tidak mengajar mengikut cara yang betul dan guru yang hanya masuk
kelas tanpa mengajar. Hal tersebut dapat dielakkan jika setiap guru Muslim menanam sifat
Rabbaniah di dalam diri. Perkara tersebut sesuai dengan Firman Allah dalam surah al-
Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud,

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju


Rabbmu, maka pasti kamu akan menemuinya” (Al-Insyiqaq, 6:84).

Di dalam ayat tersebut terdapat perkataan yang berbunyi “bersungguh-sungguh


menuju Rabbmu”. Ayat itu menerangkan setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah dibuat
dengan bersungguh-sungguh tanpa melanggar perintah Allah untuk mencapai sesuatu
matlamat dalam pekerjaan. Hal ini kerana ciri rabbaniah dapat melahirkan guru yang
sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamatnya disamping tidak
mengenepikan keredaan Allah iaitu melakukan setiap tindakan dan tidak melanggaar
perintah Allah dalam mencapai matlamat dengan sentiasa memilih jalan yang sesuai

2
dengan acuan kerangka yang bertepatan dengan syariat Islam. Selain itu, menurut Sani
(2007) seorang guru yang berkualiti ialah guru yang mampu menjalankan tugas dengan
penuh amanah dan bersungguh-sungguh untuk melahirkan anak bangsa yang menyeluruh.
Oleh itu, setiap guru perlulah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bersungguh-
sungguh supaya tidak menjejaskan kualiti pendidikan di dalam negara.

Seterusnya, ciri khusus Islam yang dapat diaplikasikan dalam usaha untuk
membentuk peribadi seorang guru Muslim yang berkualiti dan unggul ialah Tawazun.
Tawazun secara dasarnya bermaksud keseimbangan. Dari aspek istilah pula, Tawazun
bermaksud meletakkan sesuatu pada haknya atau seimbang dalam beragama. Dr. Zulkifli
Muhammad Al-Bakri (2019) menyatakan bahawa antara keagungan syariat Islam ialah
sifatnya yang tidak memisahkan antara tuntutan material dengan kerohanian dan antara
dunia dan akhirat. Islam telah mengajar supaya umatnya supaya seimbang dalam
memelihara kewujudan dan kehidupan manusia yang terdiri dari unsur jasad, akal dan roh.
Agama Islam mengajar supaya umat Islam memastikan ketiga-tiga unsur ini seimbang. Allah
SWT tidak sesekali menghendaki manusia melawan sifat kemanusiaannya. Sebagai contoh,
dalam aspek jasad, manusia ialah makhluk yang memerlukan makanan dan minuman untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Kekurangan dalam pengambilan makanan serta minuman
akan merencatkan pekerjaan seharian manusia dan juga akan melemahkan manusia untuk
beribadah kepada Allah SWT. Jadi, Allah membenarkan manusia untuk makan dan minum
namun hendaklah tidak berlebihan. Pengambilan makanan secara berlebihan juga akan
menyakitkan tubuh badan. Hal ini selaras dengan firman Allah yang mafhumnya bermaksud,

“…makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak


menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf, 7:31)

Seterusnya, jika makanan dan minuman dapat menguatkan badan, akal pula dapat
dikuatkan dengan ilmu. Keinginan dan iltizam untuk memantapkan diri dengan ilmu ini
sekaligus akan mengangkatkan darjat manusia di sisi Allah SWT. Hal ini selaras dengan
firman Allah dalam Surah Al Mujadalah yang mafhumnya bermaksud,

“…niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjatnya.” (Surah Al-Mujadalah,58:11)

Yang terakhir, bagi roh, makanan bagi roh ialah zikrullah iaitu menyebut dan
mengingati Allah. Zikrullah yang diamalkan oleh seorang individu Muslim akan memastikan
hatinya sentiasa tenang dan tenteram sepanjang kehidupannya. Hatta apa sekalipun
dugaan yang mendatang, dia akan tetap tenang kerana rohaninya sentiasa mengingati
Allah. Hal ini selaras dengan firman Allah yang mafhumnya bermaksud,

3
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (Ar-Ra’d,13:28).

Ciri Tawazun ini sangat sesuai diaplikasikan oleh seorang guru Muslim dalam
membentuk kualiti diri yang unggul. Keseimbangan dalam kehidupan dan profesion seorang
guru akan menjadikan guru itu lebih mantap, berdedikasi serta lebih berkualiti dari segi kerja
dan kehidupannya. Dalam menjadi seorang pendidik yang cemerlang, seorang guru perlu
menyeimbangkan ketiga-tiga aspek yakni jasad, akal dan rohnya. Sebagai contoh, bagi
aspek jasad iaitu jasmani, guru yang memegang opsyen selain dari Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di sekolah seharusnya turut menyertai program-program kesihatan yang biasa
diadakan di sekolah seperti senamrobik dan sebagainya. Selain itu, umum mengetahui pada
pendidikan zaman kini mengalami revolusi dan penambahbaikan yang menghendaki guru-
guru untuk turut melakukan perubahan. Hal ini disokong oleh Mohd Aizat et.al (2018)
menyatakan bahawa bagi memastikan pendidikan yang dinamik warga sekolah terutamanya
guru perlu seiring dengan perubahan. Namun begitu, sesetengah guru mengalami
kesukaran dalam menjayakan perubahan ini sehingga memudaratkan diri sendiri. Ada di
antara mereka yang tidak makan pada waktu yang betul dan dalam kuantiti yang
mencukupi. Oleh itu, kebijaksanaan guru sangat kritikal untuk menyusun dan
menyeimbangkan diri sendiri agar kesihatan jasmani dan tuntutan kerja juga seimbang.

Selain itu, bagi menyeimbangkan dan memantapkan ilmu pengetahuan, seseorang guru
Muslim perlu cekal dan sentiasa berazam untuk turut serta dalam bengkel-bengkel
kemahiran,kursus dan seminar. Hal ini dapat membantu meningkatkan kemahiran,
kecekapan dan ilmu pengetahuan dalam diri seorang guru. Bagi aspek rohani pula, seorang
guru walau sesibuk mana pun jadual hariannya, selagi bergelar seorang Muslim perlulah
memastikan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah SWT ditunaikan. Selain itu, bagi
membuatkan hati sentiasa tenang dalam mengharungi badai sebagai seorang pendidik,
seseorang guru itu boleh meningkatkan amal ibadah dengan mengerjakan perkara-perkara
sunat seperti berzikir, mengaji, solat sunat dan sebagainya. Hal-hal ini akan dapat
menenteramkan hati guru dan akan membolehkan guru untuk melaksakan tugasnya dengan
penuh tenang. Jadi secara jelasnya, konsep tawazun ini sangatlah sesuai diaplikasikan oleh
seorang guru Muslim bagi memastikan kualiti diri unggul.

4
3.0 Penutup

Kesimpulannya, setiap siswa guru muslim perlulah menghayati dan mempunyai


kefahaman yang tinggi tentang Islam. Hal ini kerana, Islam dapat membantu membentuk
siswa guru menjadi seorang guru yang unggul dan berkualiti untuk melahirkan anak bangsa
yang cemerlang.

5
4.0 Rujukan

Al-Quran Al-Karim.

Abdullah Sani Yahaya. (2007). Guru Pemimpin. PTS Professional.

Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri. (2019). Bayan Linnas siri ke-199: Seimbang antara
materialistic dan kerohanian. Diambil dari: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-
linnas-siri-ke-199-seimbang-antara-materialistik-dan-kerohanian .

Mohd Aizat Abu Hassan, Mohd Faizal Rabani & Mohamad Ekhwan Mohamad Shukor.
(2018). Sikap Guru Terhadap Perubahan dalam Sekolah di Malaysia. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhammad Yusuf bin A Kadir. (2014). Hadis Qudsi. Selangor, Malaysia: Telaga Biru Sdn.
Bhd.

Yusuf Al-Qardhawi. (1996). Al-Khashoish al-Ammah lil Islam. Kaherah. Mesir.

Anda mungkin juga menyukai