Anda di halaman 1dari 4

Perkembangan teknologi yang berlaku menyebabkan wujudnya pelbagai kaedah untuk

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar menjadi lebih menarik dan
berkesan. Menurut Syarifah dan Kamarul (2011) penggunaan TMK pada peringkat awal kanak-
kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh meransang dan
mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Oleh itu penerapan
aspek teknologi ini dalam pendidikan ini sesuai digunakan oleh para guru untuk membantu
menjalankan sesi PdP di sekolah terutama dalam menyediakan media atau bahan pengajaran
kepada murid-murid. Model ASSURE yang dipelopori oleh Heinich et.al (1996) merupakan
model yang sesuai digunakan sebagai panduan untuk menyediakan media pengajaran
tersebut. Namun begitu, bagaimanakah model ini digunakan dalam menghasilkan sebuah
media pengajaran yang menarik menjadi persoalan.

Berdasarkan tugasan 1 yang dihasilkan oleh rakan saya, Nurul Firzanah terdapat
elemen model ASSURE yang digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan slaid
pengajaranya. Bagi ciri pertama dalam model ini adalah A iaitu analyze learners atau
menganalisis murid. Tujuan analisis ini dilakukan adalah untuk memboleh guru mengetahui ciri-
ciri tertentu seperti umur, gaya pembelajaran, pengetahuan sedia ada dan aras kebolehan.
Berpandukan slaid pengajaran rakan saya yang bertajuk amalan pemakanan sihat ini, analisis
yang dilakukan adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid iaitu berkaitan pengambilan
makanan harian serta umur murid iaitu 8 tahun (tahun 2). Berdasarkan analisis ini, media yang
dihasilkan adalah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Sekiranya analisis ini tidak
dijalankan, guru berisiko untuk menjalankan sesi PdP yang melangkau kemampuan murid atau
lebih rendah daripada tahap kemampuan mereka.

Ciri kedua S iaitu state objective atau menyatakan objektif pembelajaran kepada murid.
Menurut Johdi (2007) ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid.
Objektif dalam sesi PdP ini merupakan komponen yang penting agar dapat menjadikan sesi
pembelajaran tersebut berfokus serta memberikan guru panduan tentang perkara yang perlu
diajar kepada murid untuk mencapai objektif ini. Berdasarkan slaid rakan saya ini, objektif
pembelajarannya diambil dari Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) tahun 2
berkaitan dengan tabiat pemakanan sihat dan objektif pembelajaran ini dinyatakan secara
ringkas dan padat pada medianya agar murid mengetahui hala tuju sesi PdP yang akan diikuti.
Melalui kaedah ini murid akan dapat menerima gambaran awal serta menetapkan minda
mereka agar dapat mengikuti sesi PdP dengan lebih bersedia.
Ciri ketiga S iaitu select method, media and materials atau memilih kaedah, media dan
bahan. Pemilihan tiga perkara ini perlulah dilakukan dengan teliti dengan berpandukan tahap
keupayaan murid dan objektif yang ingin dicapai agar dapat membantu dalam menyampaikan
maklumat dengan lebih jelas. Tidak semua bahan ini akan boleh digunakan secara terus
kepada murid, oleh itu guru perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan dan menyesuaikan
bahan yang dipilih kepada murid-murid dalam sesi PdP. Berdasarkan slaid ini, saya mendapati
pemilihan kaedah pengajaran adalah sangat bersesuaian iaitu berkait dengan pengetahuan
sedia ada murid tentang pengambilan makanan harian. Bagi media pula, pemilihan video serta
penggunaan warna yang menarik pada slaid membantu menarik minat murid untuk mengikuti
sesi PdP. Aspek bahan pula kesemuanya digunakan dalam slaid seperti latihan untuk
menerapkan elemen TMK.

Ciri keempat U iaitu utilize media atau menggunakan media. Setelah selesai penyediaan
media guru boleh melakukan pratonton terhadap media tersebut di samping melakukan
semakan terhadapnya. Sekiranya media yang dihasilkan ini berhasil dan menarik maka ianya
boleh digunakan untuk sesi PdP. Penggunaan media dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran amat penting kerana ianya dapat meningkatkan keberkesanan proses
pembelajaran tersebut. Berpandukan slaid rakan saya ini, saya mendapati bahawa ianya
sangat menarik kerana memerlukan murid menggunakan deria dan kemahiran kognitif mereka.
Pada set induksi terdapat penggunaan lagu untuk menarik minat murid kepada sesi PdP. Bagi
langkah perkembangan terdapat penggunaan gambar yang menarik serta animasi yang
bergerak. Sebagai pengukuhan terdapat soalan kuiz bagi aktiviti individu dan permainan maze
serta pembinaan hidangan pinggan sihat untuk aktiviti berkumpulan.

Ciri kelima R iaitu require learner participation atau memerlukan penglibatan pelajar.
penglibatan pelajar merupakan salah satu aspek penting yang menjadikan sesi PdP yang
dijalankan lebih berkesan dan bermakna. sekiranya murid tidak melibatkan diri dalam sesi PdP
guru tidak akan dapat menyampaikan sesi PdP yang berkesan kepada murid. Menurut Hanis
dan Rashid (2015) tanpa penglibatan pelajar dalam pembelajaran, kemahiran refleksi juga tidak
dapat dibina kerana penglibatan mencipta pengalaman belajar. Berdasarkan media pengajaran
oleh rakan saya ini, saya mendapati bahawa setiap aktiviti dan media yang diletakkan dalam
slaidnya ini memerikan ransangan kepada murid untuk menyertainya. Sebagai contoh melalui
nyanyian membolehkan setiap murid berasa seronok dan berminat untuk menyertai aktiviti PdP
guru. Aktiviti seperti kuiz, permainan maze serta penyediaan hidangan yang sihat ini mampu
membawa situasi yang relaks dan seronok namun masih berada dalam sesi PdP yang
dirancang. Elemen media seperti video dan gambar animasi yang bergerak mampu menarik
minat pelajar untuk memberikan perhatian kepada sesi PdP yang dijalankan.

Ciri yang terakhir E iaitu evaluate atau menilai. Guru perlulah melakukan penilaian
terhadap keberkesanan media pengajaran yang digunakan kepada murid. Penilaian ini mampu
membantu dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan media yang digunakan. Menurut
Azmi et.al (2012) kaedah penilaian yang digunakan mestilah menjurus kepada objektid
pembelajaran dan kemahiran yang telah ditekankan. Perkara ini bertujuan membantu
menjadikan sesi PdP lebih berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru.
Berdasarkan slaid rakan saya ini, saya mendapati kesemua bahan, media dan kaedah yang
digunakan sangat membantu dalam menjadikan sesi PdP lebih berkesan kepada murid.

Kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) itu sangat sesuai dengan jiwa
generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif
serta mampu menambah keceriaan selain merangsang minat pelajar (Fazurawati,2019). Setiap
ciri yang dinyatakan dalam model ASSURE ini membantu terutamanya guru dalam
menghasilkan media pengajaran yang bersesuaian kepada murid seperti yang dilakukan oleh
rakan saya . Selain itu, model ini juga membantu guru untuk menerajui kaedah pembelajaran
abad ke-21 seiringan dengan kemajuan teknologi pendidikan di negara.
RUJUKAN

Fazurawati Che Lah. 2 September 2019. Belajar lebih menyeronokkan. Retrieved from:
https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/09/492376/belajar-lebih-menyeronokkan

Jasmi, K. A., Naim, S. H. & Muhamad, H. (2012). Kaedah Penilaian Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam (Assessment of Teaching and Learning in Islamic
Education) in Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012]
(International Seminar on Teacher and Islamic Education [SEAPPI2012]) at Le Grandeur
Palm Resort, Senai, Johor Bahru on 8-9 March 2012, pp. 77-89. ISBN 99917-44-89-4.

Mohamad Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar. Institut Pendidikan International
Islamic University Malaysia. Kuala Lumpur

Nik Hanis Zuraihan Rahimi, Abdullah Mat Rashid, Ramlah Hamzah. (2015). Hubungan Antara
Penglibatan Dalam Pembelajaran Dengan Tahap Pemikiran Reflektif Dalam Kalangan
Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Putra Malaysia, Selangor

Sharifah Nor Puteh, and Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap kesediaan penggunaan
ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid
prasekolah Jurnal Pendidikan Malaysia, 36 (1). pp. 25-34. ISSN 0126-6020 / 2180-0782.

Anda mungkin juga menyukai