Anda di halaman 1dari 7

ASAS KAWALAN MOTOR

DEFINISI
Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi
menghasilkan lakuan motor.
Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme
yang mengawal kedua-duanya
JENIS-JENIS
LAKUAN MOTOR

Lakuan Motor Tanpa Lakuan Motor


Kemahiran Berkemahiran
(Involuntari) (Voluntari)
LAKUAN MOTOR TANPA
KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)
Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku
tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil.
Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut
Contohnya: Pantulan lutut atau Tarik tangan atau kaki bila terkena benda panas
MEKANISME PERGERAKAN
INVOLUNTARI
Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor.
Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan
kepada impuls sensori.
Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang.
Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor.
Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor.
Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor.
Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari
terhasil
LAKUAN MOTOR
BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI)
oMerujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam
kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan.
oMutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran
oInteraksi pelaku dengan persekitaran dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti tahap
kemahiran dan pengalaman
oContoh pergerakan voluntari: Apabila mendapat hantaran tinggi ke belakang
gelanggang dalam sukan badminton, pemain berkemahiran tinggi mungkin membuat
smesy, manakala pemain yang berkemahiran rendah mungkin membalas dengan
hantaran lob
MEKANISME PERGERAKAN
VOLUNTARI
Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori terima rangsangan
fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori.
Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat
peringkat rendah yang terlibat ialah: Saraf tunjang (spinal cord), Tunjang otak (brain stem) dan Otak
tengah (mid brain)
Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus. Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke
sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori.
Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron
sensori motor yang terdapat di korteks motor.
Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan
integrase sensori motor akan berlaku di korteks serebral.
Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke
sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil

Anda mungkin juga menyukai