Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Perkembangan merupakan satu proses yang dialami oleh manusia daripada lahir
sehingga ke akhir hayat. Perkembangan juga didefinisikan sebagai perubahan pada
struktur, pendapat dan tingkah laku individu yang terhasil daripada fungsi biologi, faktor
pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Menurut Santoock (2008) perkembangan dapat
ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang
bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Oleh itu, secara umumnya
perkembangan ini dapat diklasifikasikan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif,
tersusun dan bertahap yang berterusan pada diri manusia bermula semenjak lahir
sehinggalah ke akhir hayat hasil daripada kombinasi pembelajaran, pengalaman dan
kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Menurut Kamarudin
(1997) dalam Azizi (2010) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau
diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke
satu jangka masa yang lain. Berdasarkan definisi tersebut, proses pertumbuhan ini adalah
melibatkan perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku kepada tulang,otot,kelenjar dan
semua organ yang terdapat dalam tubuh badan sehingga mencapai tahap kematangan.
Oleh itu, secara umumnya pertumbuhan ialah peningkatan jumlah dan ukuran dalam nilai
kuantitatif dan boleh dibezakan dengan mata kasar.

1
2.0 Laporan analisis

Nama penuh Lara Alana Binti Ahmad Awaluddin

Nama komersial Lara Alana

Tarikh lahir 22 Julai 2014

Umur 4 tahun(2018)

Nama ibu bapa Ahmad Awaluddin Ashaari


Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Alyahya
Pekerjaan bapa Pelakon, pengacara, model

Pekerjaan ibu Model, pengacara, pelakon

2
Dalam proses perkembangan kanak-kanak, terdapat pelbagai teori yang wujud
hasil daripada pelbagai kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh tokoh-tokoh yang
tersohor dari zaman dahulu lagi. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan bermula
daripada lahir sehinggalah ke akhir hayat oleh tokoh-tokoh ini. Terdapat lima teori
daripada tokoh-tokoh terdahulu yang berkaitan dengan proses perkembangan kanak
kanak iaitu dari segi kognitif, emosi dan bahasa iaitu teori Chomsky, teori Vygotsky, teori
piaget, teori Lawrence Kolhberg dan teori Erik Eriksson. Kesemua teori ini berkaitan
rapat dengan proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan teori ini masih
relevan untuk digunakkan sehingga kini. Berdasarkan video rancangan ‘Lara Oh Lara’
saya telah melakukan analisis dan mendapati bahawa terdapat dua teori yang jelas
wujud di dalam video tersebut iaitu teori Piaget dan teori Vygotsky

2.1 teori piaget

Teori kognitif piaget menerangkan tentang kepentingan kemahiran kognitif untuk


kelangsungan hidup. Perkembangan kognitif kanak-kanak memeberi penekanan
terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Perkembangan ini tertumpu kepada
perubahan pemikiran dalam diri kanak-kanak yang berlaku dari satu peringkat ke
peringkat seterusnya. Perkembangan kemahiran tersebut berasaskan struktur mental
kanak-kanak yang melibatkan aspek bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan
menyelesaikan masalah. Dalam teori ini terdapat beberapa peringkat perkembangan
yang berlaku pada kanak-kanak iaitu peringkat sensori motor, pra operasi, operasi
konkrit dan operasi formal. Berdasarkan video yang diberi, Lara Alana berada pada
peringkat pra operasi kerana berumur tiga tahun semasa rancangan ini diterbitkan. Pada
peringkat praoperasi kanak-kanak akan mula menggunakan bahasa dan imej untuk
mewakili kefahaman mereka tentang dunia. Berdasarkan video tersebut, pada minit
kedua Lara ada menyebutkan perkataan ‘Fish’ setelah melihat ikan di dalam akuarium.
Perkara jelas menunjukkan bahawa Lara mampu menggunakan bahasa untuk
mewakilkan kefahamannya terhadap perkara yang dilihat. Perkara ini jelas menunjukkan
perkembangan kognitif telah belaku kepada Lara.

3
Selain itu, perlakuan Lara yang bertegas untuk masuk ke kolam terhadap
ayahnya menunjukkan Lara mempunyai egosentrisme. Egosentrisme iaitu keadaan di
mana kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan sendiri dengan
pandangan orang lain. Kebiasaannya kanak-kanak yang mempunyai egosentrik ini
hanya menggunakan persepsi sendiri sahaja semasa memproses maklumat. Bagi
mereka perkara yang mereka lihat perlulah turut sama dilihat oleh orang lain tanpa
mereka memahami terdapat rasional atau sebab yang menjadikan mereka dihalang
daripada membuat sesuatu perkara itu. Berdasakan video tersebut, ayah kepada Lara
menghalang Lara daripada memasuki kolam kerana tidak memakai pakaian yang sesuai
beserta pelampung bagi mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa proses pra operasi sememanngnya berlaku
kepada kanak-kanak yang berada dalam lingkungan dua hingga tujuh tahun seperti
mana yang berlaku kepada Lara Alana. Selain itu, kepada guru-guru teori ini mampu
membantu dalam menyediakan aktiviti yang sesuai kepada murid mengikut kategori
umur (Slavin, 2012) agar mereka dapat menjalani proses pembelajaran yang lebih
berkualiti.

2.2 teori Vygotsky

Teori perkembangan kognitif Vygotsky pula adalah mengenai pendapatnya


bahawa bahasa merupakan sokongan yang penting terhadap perkembangan kognitif kanak-
kanak. Perkembangan kognitif kanak-kanak yang berlaku adalah hasil daripada interaksi
mereka bersama orang di sekeliling dalam persekitaran budayanya dan tidak akan dapat
difahami secara menyeluruh sekiranya tidak dikaji bersama. Persekitaran sosiobudaya
merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.oleh
itu, bagi mengenal pasti sosiobudaya ini Vygotsky mencadangkan tiga idea penting bagi
perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu internalization, scaffolding dan zon perkembangan
proksimal. Ketiga-tiga saranan tersebut adalah bertujuan memastikan kanak-kanak mempunyai
sosiobudaya yang sesuai untuk menjana kognitif mereka agar terus berkembang dan
mempelajari perkara baru. Berdasarkan video tersebut, Lara berada pada proses scaffolding di
mana setiap perkara yang dilakukan mempunyai bimbingan daripada ibu bapa. Menurut
Brunner (dalam Isabella, 2007) scaffolding sebagai suatu proses dimana seorang kanak-kanak
dibantu untuk melakukan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan masalah tertentu melebihi had

4
perkembangan maksimanya melalui bantuan dari seorang guru atau orang lain termasuklah ibu
bapa dan rakan-rakan yang memiliki kemampuan lebih. Pada proses ini sosiobudaya yang
memberikan bimbingan amat diperlukan agar perkembangan kognitif mampu dijana. Seperti
ketika melakukan aktiviti di kolam, ayah Lara memberikan kebenaran untuk dia bermain di
kolam malah ayah Lara turut serta bermain bersama di kolam tersebut. Perkara ini telah
membantu menjana perkembangan kognitif Lara kepada tahap yang lebih tinggi berbanding
dengan sekiranya Lara tidak menerima bimbingan dan pengawasan yang sepatutnya sudah
tentu perkembangan kognitif Lara tidak mampu dijana.

Secara umumnya, definisi bagi konsep scafolding ini ialah apabila kanak-kanak
diberikan tugasan yang kompleks dan sulit tetapi sistematik. Kemudiannya kanak-kanak ini
diberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah tadi. Melalui definisi tersebut jelas sekali
terdapat kebaikkan yang mampu diperoleh iaitu dapat memberikan bantuan serta
memotivasikan kanak-kanak dalam melakukan sesuatu tugasan atau menyelesaikan masalah.
Berdasarkan video tersebut, Lara Alana menerima bimbingan daripada ibunya untuk
menyelesaikan masalah yang disediakan oleh pihak Aquaria iaitu memindahkan obor-obor
kedalam bekas yang lain. Semasa melakukan aktiviti ini, Lara mendapatkan bimbingan yang
sepatutnya daripada ibunya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hasilnya Lara mampu
menyelesaikan aktiviti tersebut dengan jayanya walaupun menghadapai sedikit masalah. Di
samping itu, ibu Lara turut mengajar Lara untuk meminta maaf ketika menumpahkan air dengan
menyebut ‘sorry’. Perkara ini telah menyebabkan Lara menjalani proses Internalization iaitu
proses di mana seseorang itu beransur-ansur menyebatikan aktiviti-aktiviti sosial yang
dilakukannya ke dalam proses kognitif. Melalui proses-proses ini, saya pasti Lara menerima
bimbingan serta dorongan yang sepatutnya dalam memastikan perkembangan kognitif yang
dilalui oleh Lara adalah berkualiti. Kesimpulannya, scaffolding merupakan bantuan dan
sokongan (support) kepada kanak-kanak daripada orang yang lebih dewasa atau lebih
kompeten khususnya guru dan ibu bapa yang memungkinkan penggunaan fungsi kognitif yang
lebih tinggi dan mampu menjadikan kemampuan belajar kanak-kanak berkembang sehingga
terdapat tingkat penguasaan yang lebih tinggi dan ditunjukkan melalui proses penyelesaian
masalah atau soalan yang rumit.

5
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarakan teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh


menunjukkan bahawa perkembangan kanak-kanak mampu dijana. Teori-teori ini telah
memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan
bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-
kanak Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Teori-teori ini
memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih
memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan
dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.. Tuntasnya, guru perlu kreatif dan
bijak memilih bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan. Pemilihan bahan
tersebut perlulah merangsang imaginasi dan pemikiran kanak-kanak bagi membantu untuk
memperkembangkan lagi kognitif mereka. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar
yang berkesan dapat membantu guru untuk mencapai hasil pembelajaran dan objektif yang
diingini. Di samping itu, aktiviti dan pengajaran yang melibatkan permainan mampu
menggalakkan dan merangsang minat murid-murid untuk belajar dan seterusnya
memastikan perkembangan kanak-kanak yang berkualiti dapat dilaksanakan

6
4.0 Rujukan

Azizi Yahaya dan Zainuddin Abu Bakar. (2010). “Psikologi Pendidikan: Teori-Teori
Perkembangan. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

John W. Strock. (2008) Child Developmet: An Introduction. McGraw-Hill Companies,


Incorporated.

Isabella, U, (2007) “Scaffolding pada program pendidikan anak usia dini,” Jurnal
Pendidikan Penabur, No.08/Th.VI/, 60-65, 2007.

Slavin, R.E. (2005). Educational Psychology: Theory into Practice.Englewood Cliff. Prentice

Hall Ltd

Anda mungkin juga menyukai