Anda di halaman 1dari 17

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

SOALAN / QUESTION

Lagu Bangau oh Bangau dan Tanya Sama Pokok sering dinyanyikan oleh guru-guru dan
kanak-kanak di tadika. Mengapa lagu-lagu ini sesuai untuk kanak-kanak?

Anda diminta menulis lirik bagi KEDUA-DUA lagu tersebut. Kaji lirik dan buat analisa
mengenai konsep yang digunakan, di mana ia ada kaitan dengan teori perkembangan kognitif
Piaget di peringkat pra-operasi. Akhir sekali anda diminta mereka cipta satu cerita pendek
dengan menggunakan konsep yang sama.

[Jumlah: 40 Markah]
BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?


Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan
aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang
makanan aku, memang makanan aku

Lirik Lagu Tanya Sama Pokok -Lagu Kanak-Kanak

Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang


Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.

Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air


Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang.
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Menurut Jean Piaget.

Perkembangan kognitif adalah proses yang mana fahaman kanak-kanak mengenai


dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman, 1994). Teori-teori
kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti
yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004).

Siapa Jean Piaget?

Sebelum kita mengetahui mengenai teori perkembangan kanak-kanak maka eloklah


kita mengenali dahulu siapakah tokohnya.

Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi
kanak-kanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak.
beberapa pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan
yang teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah
satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of
Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas
beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan perkembangan. walau
bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya mengemukakan konsep-
konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai satu teori
komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar
Mohamed, 2001).
Tahap Praoperasi (2-7 tahun).

Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-
7) tahun. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:

I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang


ketara seperti kebolehan mengira.

II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan
sesuatu objek dan sebagainya.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga
fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu
proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental
mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang
statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental (Asmah
Bee Mohd Noor, 2000).

Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu:
I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan

II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).

Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami


dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang
ada dalam pemikirannya.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan


membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara
peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap
ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat, peningkatan peralihan bahasa dan
pembentukan identiti diri (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga
menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta
apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak
masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran
kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari
perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004).

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan
bahawa kuantiti adalah tidak berhubnug dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu
objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun,
isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau
susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga
yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka
mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih besar daripada
yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).

RUJUKAN:

Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak
Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill

Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada
Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti


Kebangsaan Malaysia.
erkembangan Kognitif Kanak-Kanak

PENGENALAN

Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal.
Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,
kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan
sehingga ke akhir hayat.

Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa,
sosio emosi, dan kendiri. Fokus saya pada kali ini ialah terhadap perkembangan
kognitif. Dua teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus saya ialah
teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia iaitu Lev
Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami
cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya untuk
membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum.

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF


Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-
perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental
seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan
hidup bagi seseorang individu.

Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk perkembangan kognitif


kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku
daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba
untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di
persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait
yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi
individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.
Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka
ataupun genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan
komunikasi atau interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami
perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya ialah pengalaman sosial iaitu
pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik,
rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang merupakan salah
satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang
baru dialami.

Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat
iaitu, peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau
pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada
di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat
dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan
pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu.
Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

CIRI-CIRI PERUBAHAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat Sensorimotor,
peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat Operasi Formal,
menurut Piaget.

Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi menggunakan
deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada
peringkat ini, bayi akan menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan
mengkoordinasi mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Sebagai contoh, bayi
akan memasukkan jari dan merasa puas apabila dapat merasa dan menghisap jarinya.
Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini berulang kali. Selain
itu, kanak-kanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan pemikiran logik.
Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan dapat mengatur skema-skema yang mudah dan
logik seperti mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup, atau
boleh mengambil barang yang jauh.

Seterusnya, pada peringkat Pra operasi iaitu kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun,
kanak-kanak telah mula menggunakan minda bagi membentuk skema-skema baru.
Kanak-kanak telah menggambarkan dan merancang pergerakan ataupun aktiviti
mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk skema. Perubahan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam peringkat ini ialah mereka dapat mewakili sesuatu
dengan simbol mental iaitu bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Kanak-kanak
menggunakan simbol ini untuk menyatakan sesuatu objek, orang atau peristiwa yang
dialami oleh mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan
perkataan `buku ataupun dengan menggunakan gambar. Pada peringkat ini juga,
kanak-kanak berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalamannya ataupun peristiwa
yang telah berlaku.

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat Pra operasi juga bersifat intuitif iaitu
pemahaman mereka tentang objek bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata.
Mereka tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik dan rasional. Sebagai contoh,
sepuluh keping kad sama saiz diletakkan secara dua baris, iaitu lima keping kad setiap
baris, dan satu baris dipanjangkan. Kanak-kanak akan mengatakan baris yang lebih
panjang tersebut mempunyai lebih kad daripada baris yang pendek, walaupun kedua-
dua baris tersebut mempunyai bilangan kad yang serupa.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menunjukkan sifat egosentrik di mana
mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri. Kanak-
kanak menyangka semua orang mempunyai minat, perspektif, perasaan dan reaksi
yang sama dengan mereka, contohnya seorang kanak-kanak yang suka dengan
sesuatu siri kartun, mereka akan beranggapan orang lain juga suka dengan siri kartun
berkenaan.

Pada peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, kanak-
kanak ini telah boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan situasi konkrit.
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan.
Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan.
Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada penambahan atau pengurangan
bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip
ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan ditukar oleh
perubahan dalam satu aspek yang lain. Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka
boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan yang asal kembali. Contohnya,
jika air di dalam cawan, dituang ke dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka
dapat tahu bahawa kuantiti air tersebut masih sama.

Selain itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga dapat mengkategorikan objek mengikut
kumpulan masing-masing. Contohnya, mereka mengelaskan objek mengikut warna,
saiz dan sebagainya. Mereka juga boleh melakukan proses menyusun secara bersiri,
iaitu susunan secara menaik dan menurun. Sebagai contoh, mereka boleh membuat
susunan logik seperti 1<2<3,>2>1.

Seterusnya ialah peringkat Operasi Formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas.
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan andaian dan jangkaan berdasarkan
fakta. Pemikiran mereka juga tidak lagi bertumpu kepada objek konkrit semata-mata,
namun boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Sebagai contoh,
mereka boleh memberi idea kepada punca kemalangan jalanraya. Selain itu, kanak-
kanak sudah boleh berfikir secara abstrak, iaitu menyelesaikan masalah matematik di
mana melibatkan perwakilan abstrak. Contohnya, 2y + 3y = 20. apakah nilai y? Mereka
juga boleh berfikir secara sistematik, iaitu memberi beberapa kemungkinan
penyelesaian. Contohnya, sekiranya anda pergi ke perkhemahan, anda membawa 4
helai t-shirt, 4 helai seluar track dan 4 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang akan
anda perolehi? Selain itu, kanak-kanak juga telah berupaya untuk melakukan hipotesis
dan mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah. Mereka sudah boleh menaakul
secara induktif dan deduktif. Pemikiran secara induktif merupakan berfikir aspek yang
khusus kepada yang lebih umum. Contohnya, mereka dapat memberikan kesan
pencemaran sungai pada masa akan datang berdasarkan pencemaran sungai yang
ada pada masa sekarang.

Seterusnya, pada peringkat ini juga, egosentrik remaja juga telah timbul. Mereka lebih
fokus kepada idea dan pemikiran mereka sendiri dan susah menerima pendapat orang
lain.

CARA-CARA GURU MEMBANTU MURID MENCAPAI PERKEMBANGAN KOGNITIF


YANG OPTIMUM

Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai
perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya
agar dapat merealisasikan hasrat ini.
Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan
pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan
menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya
seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-kanak
pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7 tahun. Selain itu, guru boleh
menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari
kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian dengan
pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk
mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk
kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.

Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan
disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk
murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan menggunakan
ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid
untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.

Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on
terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk
perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan
dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka.
Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak
tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk
merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran
mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara,
taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka
akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.

Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika
dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan
pengalaman mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran.
Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih
kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan
kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak
kepada pengalaman mereka yang sebenar.

Guru juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi
dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk
mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara kritis dan
kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen dalam subjek sains
tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis tumbuhan.
Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid akan
lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut
berdasarkan pengalamannya tadi.

Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang


ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan
keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti memberi
peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan
mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat
mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas
untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak
untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah.

Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep
yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya,
penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid
sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan
penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang
diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah.

Selain itu, guru mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencari
alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat hipotesis
daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Guru juga mesti membimbing mereka
untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif.
Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk meneroka
serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan bimbing
mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan
lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat
mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah
benar.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam


mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti
untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru
perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan
kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna
dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.

Anda mungkin juga menyukai