Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Hadirin yang bervisi,


Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Apakah
kepentingan makanan seimbang?
Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat
makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral,
protein, zat besi dan juga vitamin.
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu
mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala
penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut
menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Warga dewan yang budiman,


Pepatah Melayu ada mengatakan Makan untuk Hidup , Bukan Hidup
Untuk Makan. Pengambilan makanan untuk setiap kali waktu makan perlulah
dititikberatkan. Kita perlu memastikan semua jenis zat terdapat dalam hidangan
tersebut. Contohnya sepinggan hidangan makan tengah hari perlu ada nasi,
sayur, ikan atau ayam , buah-buahan dan air masak.
Sebenarnya pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan seharian
adalah sangat penting. Pertama, pengambilan makanan seimbang penting
untuk tumbesaran fizikal tubuh manusia. Orang yang sentiasa mengambil
makanan seimbang akan mengalami pertumbuhan diri yang lebih baik
berbanding dengan orang yang tidak mengambil makanan yang seimbang.
Kedua, makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup
kepada badan. Vitamin dapat membantu tubuh melawan penyakit. Orang
yang mengamalkan pemakanan seimbang mempunyai kesihatan yang lebih
baik.
Ketiga, pengambilan makanan seimbang juga dapat mengawal kadar
obesiti. Salah satu aspek dalam pemakanan seimbang ialah makan dalam
kuantiti yang sikit tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan menjadikan
seseorang itu mempunyai berat badan yang ideal. Ini dapat memudahkan
seseorang itu melakukan aktiviti harian.

Keempat, pengambilan makanan seimbang dapat membantu


perkembangan mental yang cerdas. Makanan seimbang penting terutama
kepada para pelajar. Makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya
konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Warga dewan yang budiman,


Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua
orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke
kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu,
pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan
kesihatan. Masyarakat sihat negara gemilang.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai