Anda di halaman 1dari 2

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan
salam sejahtera.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada
hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin membawa maksud kepatuhan
kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala
kecermelangan merupakan satu kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada
peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.

Tanpa membuang masa, saya akan rungkaikan beberapa misteri kecemerlangan dan
kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi, jika ianya dipraktikkan
dalam kehidupan.

Hadirin sekalian,

Faktor kecermelangan pertama ialah disiplin dalam aspek kesihatan. Kesihatan dapat
dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan
pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan saraf otak berjalan
lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar
untuk menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan
dan obesiti berlaku. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk
dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri
dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda,
Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Faktor seterusnya yang pula adalah dari aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada
arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana sahaja kita
berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang
merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh, meupakan
anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan pengguna jalan raya yang berhemat
adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian telah
menunjukkan bahawa individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan.

Sidang dewan yang saya hormati sekalian,

Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling penting
berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kecermelangan terletak pada
individu, semangat juang untuk berjaya, untuk cemerlang semestinya ditanam dalam
diri masing-masing. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang
bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti disanjung
masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa yang bersungguh-
sungguh dia akan dapat kejayaannya.

Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan akan
meresap ke dalam diri Akhir kata, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu
dalam diri seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

Anda mungkin juga menyukai