Anda di halaman 1dari 2

Akhlak Terpuji Hiasan Peribadi

Allah SWT menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna


dimuka bumi ini untuk menjadi khalifah, yang menjadi pemimpin dan menjaga
amanah. Namun, dari segala amanah itu ada satu yang menjadi ukuran derajat
seorang manusia, iaitu akhlak.
Kata akhlak berasal dari bahasa arab, iaitu Akhlaaqun, yang bererti
perangai, tabiat dan adab.

Rasulullah SAW bersabda:


Orang mumin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya.

Akhlak menjadi ukuran kemuliaan seseorang, ia tidak pernah turun harga


atau menyusut nilainya, tetap mahal dan tidak lekang oleh zaman. Contohnya
dalam kriteria menjadi ketua murid, seseorang itu akan dinilai pada akhlaknya
selain daripada prestasi pembelajarannya.

Warga dewan yang budiman,

Dewasa ini, sering kita temui manusia yang hidup bebas dan ganas,
bahkan lebih ganas daripada binatang buas. Hal ini terjadi kerana kurangnya
pendidikan akhlak. Pendidikan akhlak perlulah diterapkan sejak kecil lagi. Bak
kata pepatah Melentur buloh biar dari rebungnya.
Berdasarkan kata kunci, akhlak yang baik adalah pendinding diri yang
terbaik. Dalam dunia yang serba mencabar kini, pengaruh sekeliling dapat
menjadikan seseorang itu lupa pada nilai-nilai murni dan amalan yang baik.
Namun jika seseorang itu menjadikan akhlak terpuji sebagai panduan kehidupan
hariannya, maka segala anasir jahat luar dapat ditepis dengan begitu sahaja.
Contohnya di sekolah adanya rakan yang mengajak kita untuk membuli rakan
yang lemah. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai akhlak yang baik
seharusnya kita tidak terpengaruh dengan ajakan tersebut.

Warga dewan yang dihormati,


Hujah seterusnya, akhlak terpuji menjadikan diri disegani. Seseorang yang
mempunyai akhlak yang baik akan disukai oleh semua orang. Contohnya di
rumah, anak yang soleh adalah anak yang mempunyai pekerti yang baik.
Manakala di sekolah, murid yang cemerlang adalah murid yang baik akhlaknya.
Seseorang yang mempunyai akhlak terpuji akan sentiasa disayangi oleh orang
disekelilingnya.

Hadirin yang dikasihi,


Marilah kita berpegang kepada kata-kata, Akhlak terpuji Negara harmoni.
Kejayaan sesebuah negara adalah bergantung kepada masyarakatnya.
Masyarakat yang sentiasa menerapkan akhlak terpuji dalam kehidupan
sehariannya, sudah pasti akan menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat
di negara lain. Seandainya akhlak terpuji diterapkan di dalam jiwa setiap rakyat
di negara kita, maka negara kita akan sentiasa aman damai dan masyarakat
dapat hidup dengan harmoni. Contohnya, salah satu ciri akhlak terpuji adalah
hormat menghormati. Di Malaysia terdapat pelbagai kaum, namun dengan
adanya sikap hormat menghormati di antara satu sama lain maka sehingga kini
kita masih hidup dengan aman tanpa peperangan.

Siding Dewan yang bervisi,


Sebagai kesimpulannya, seseorang yang mempunyai akhlak yang terpuji
akan sentiasa disanjung tinggi. Akhlak yang terpuji sememangnya menjadi
hiasan peribadi seseorang individu itu. Tidak kira di mana kita berada, jadikan
akhlak terpuji sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai