Anda di halaman 1dari 2

NERGIZER

1.       Aktiviti Roslan Kata


Aktiviti :
i.                     Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator
menyebut “Roslan Kata…”. Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung).
ii.                    Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
iii.                  Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota badan masing-
masing sehinggalah terdapat pemenang.
Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

2.       Grenet
Aktiviti :
1.       Perkataan “grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan meniarap di
lantai.
2.       Aktiviti peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas kepala dan pipi
diletakkan di lantai.
3.       Pelajar akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan contohnya
pelajar tidak menepati masa, membuat bising dll.
Nilai / rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku.

3.       Kobau Booo Booo


Aktiviti :
1.       Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya”
Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka”
Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu”
Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu”
2.       Fasilitator akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan
menyebut perkataan tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.

4.       Hakim, Harimau & Pemburu


Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2.       Mereka akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan masing-
masing pilih.
3.       Fasilitator akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini.
4.       Pergerakan Hakim          : Silang tangan dan letak di dada sambil menyebut “yang arif”
5.       Pergerakan Harimau    : Mengaum sambil mencakar
6.       Pergerakan Pemburu   : Tembak kehadapan sambil mengacukan jari (seperti pistol)
Nilai / rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin.

5.       Mambo, tanggo, cikuci, boom boom bo


Aktiviti :
1.       Pergerakan Mambo : Genggam dan buka genggaman
2.       Pergerakan Tanggo : Bukak dan tutup kepak
3.       Pergerakan Cikuci      : Gerakkan pinggang
4.       Pergerakan Boom Boom : Genggam dan buka genggaman
5.       Pergerakan Bo             : Lepas tangan / lapang tapak tangan ke hadapan
                Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

6.       Jambatan Goyang-Goyang


Aktiviti nyanyian :
“Jambatan goyang-goyang (2X)
Ku takut tenggelam (2X)
Lalu aku berenang (2X)
Habis basah bajuku (2X)
Lalu aku sidaikan (2X)
Ku pakai semula (2X)
Cantik tak? “
                    
Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

7.       Cap klicap klicap cap cap


Aktiviti :
1.       Fasilitator akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat pergerakan lain
selain dari cuit pipi.
2.       Tukar pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan.
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus

8.       Goreng Pisang


Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2.       Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu “ goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang,
pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang ” dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang
sesuai menyambungkan perkataan “goreng” contohnya “pisang tanduk”.
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

Anda mungkin juga menyukai