Dalam islam menuntut ilmu adalah diwajibkan keatas setiap orang muslim. Seseorang
muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat
petunjuk serta ni’mat Allah Swt. Oleh itu, di sisi Islam, menuntut ilmu adalah amalan fardhu
dan mulia bagi setiap muslim dan muslimah. Hal ini selaras dengan sabda jujungan saw
Sabda Rasulullah saw:
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Selain itu menuntut ilmu bukan sahaja menuntut ilmu tetapi dalam islam sesiapa menuntut ilmu
akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah swt sebagaimana sabda jujungan saw
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan
baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].
Perlulah seimbang ilmu dunia dan akhirat. Selain ilmu dunia, ilmu akhirat juga perlu dicari.