Anda di halaman 1dari 2

Ramadan tiba,Ramadan tiba, Ramadan tiba,

Marhaban ya Ramadan, Marhaban ya Ramadan

Marhaban ya Ramadan, Marhaban ya Ramadan

Sekalung apreasasi saya hulurkan buat barisan juri dan seterusnya hadirin hadirat
yang dikasihi, dekat di hati. Assalamualaikum dan salam sejahtera kesemuanya.

Kawan-kawan, siapa yang tidak puasa hari ini? Cuba angkat tangan! Hayoooo mesti
tidak berani kan. Begitulah lumrahnya, ramai orang menyembunyikan adakah dia
berpuasa atau tidak. Padahal Allah maha megetahui atas apa yang kita lakukan.

Kalau kita tidak berpuasa dengan sengaja, maka ada Allah yang melihat dan ada
malaikat yang mencatat. Kakak-kakak, abang-abang, kita sudah diwajibkan
berpuasa. Siapa yang suruh? Allah yang perintahkan. Begini ayatnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana


diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Surah Al Baqarah ayat
183.

Maka, kita haruslah berpuasa dengan sebenar-benarnya puasa. Kawan-kawan, ada


ramai orang yang diluar sana ingin berpuasa, tapi tidak boleh. Kenapa? Kerana
mereka sudah tidak bernyawa.

Lantas, kenapa kita yang masih bernyawa ini mensia-siakan ibadah puasa?
Bukankah puasa itu adalah tiket menuju ke syurga. Malah Allah telah membukakan
pintu syurga seluas-luasnya buat hambaNya yang ikhlas berpuasa.

Jadi begini analoginya, ibarat kita sedang dalam perjalanan dan sedang kelaparan.
Kemudian ada orang yang mempunyai rumah meminta kita untuk singgah. Isi
rumahnya lengkap, banyak makanan, banyak minuman. Kemudian si pemilik rumah
menyuruh kita masuk, dan menikmati semua makanan yang ada didalamnya secara
percuma. Syarat masuknya mudah, kita hanya diminta untuk cuci tangan. Tapi kita
pulak menolak untuk melakukan syarat mudah tersebut dan akhirnya tidak dapat
masuk ke rumah itu. Itu pasti satu hal yang merugikan, betul kan kawan-kawan?
Begitu juga dengan puasa, Allah sudah membukakan pintu syurga buat kita.
Syaratnya adalah benar-benar puasa. Tahan lapar, lakukan ibadah wajib dan sunat,
maka insyaAllah hasilnya akan luar biasa. Hasilnya adalah diberikan kunci syurga.
MasyaAllah

Kawan-kawan, siapa mahu dapat kunci syurga? Nah, mari kita sama-sama
berusaha dan berdoa semoga Ramadan tahun ini menjadi tiket kita untuk menuju
syurga Allah.

Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakahtu

Anda mungkin juga menyukai