Anda di halaman 1dari 6

Checkpoint 1 : TEKA GAYA

Objektif 1. Peserta dapat menterjemahkan istilah Islam melalui lakonan/gaya


2. Peserta dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli
kumpulan.
3. Mengasah bakat dan kreativiti peserta.
4. Menguji sifat kejujuran peserta dalam permainan.
Peralatan 1. Kad perkataan (60 keping)
2. Kon/marker (4 unit)
Syarat permainan 1. Dilarang bercakap
2. Dilarang membuat pergerakan mulut
3. Tidak boleh menulis
4. Tidak boleh bergerak/beranjak dari kon kedua
Pelaksanaan 1. Peserta akan berbaris dalam satu barisan. (di belakang kon)
2. Peserta yang paling hadapan akan bergerak ke kon yang kedua
(berdekatan dengan PIC) untuk melakonkan perkataan yang terdapat
dalam kad perkataan yang ditunjukkan oleh PIC.
3. Peserta yang lain akan menekanya dengan tepat.
4. Setelah dapat menekanya, peserta yang telah berlakon akan masuk
ke dalam barisan di bahagian belakang.
5. Peserta yang kedua hadapan pula akan ke kon kedua untuk
melakonkan perkataan.
6. Pelakon akan bergilir-gilir setiap satu tekaan mengikut barisan.
7. Peserta perlu membuat tekaan sebanyak yang mungkin dalam
tempoh 10 minit sahaja.
8. Kumpulan yang terbanyak meneka perkataan akan mendapat
markah tertinggi.

RUNNING IMAN
Checkpoint 2 :TOGETHER-GATHER
Objektif 1. Melatih peserta untuk berfikiran kreatif dalam medan perjuangan.
2. Memupuk semangat berkerjasama dan saling membantu dalam
melaksanakan apa-apa tugasan.
3. Memupuk sikap tidak mudah putus asa dan tidak mementingkan diri
sendiri.
Peralatan 1. Kotak kosong ( 2 keping)
Syarat permainan 1. Kaki semua peserta tidak boleh menjejak ke tanah.
2. Bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat.
3. Peserta yang terpijak tanah mesti bermula semula di garisan
permulaan.
Pelaksanaan 1 Setiap kumpulan dikehendaki untuk bergerak dari garisan
pemulaan ke garisan penamat, dengan syarat tidak menjejak kaki
ke tanah.
2 Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 2 keping kotak kosong
yang berlipat sebagai alas mereka untuk bergerak.
3 Setiap kumpulan hendaklah memikirkan cara bagaimana untuk
membawa kesemua ahli ke garisan penamat hanya dengan
berpijak atas kotak yang diberikan.
4 Tugasan perlu diselesaikan dalam masa 10 minit.
5 Fasi berperanan untuk provoke dan memantau peserta jika
melanggar peraturan.
Checkpoint 3 : I AM BETTER MUSLIM !
Objektif 1 Menguji tahap pengetahuan agama peserta KRIS
2 Peserta mendapat ilmu pengetahuan tambahan berkaitan
perkara asas dalam Islam
Peralatan 1 Soalan kuiz (2 set)
2 Timun yang dihiris bulat
3 Kerusi (4 buah)
4 Kon/marker (2 unit)
Syarat permainan 1 Dilarang membantu rakan lain
2 Katakan ‘pass’ kalau tidak dapat menjawab.
3 Menjawab soalan secara bergilir-gilir
4 Sebarang bantuan tidak akan dikira markah
5 Perlu selesaikan misi terlebih dahulu baru boleh menjawab
soalan kuiz
Pelaksanaan 1 Peserta diberikan misi sebelum menjawab soalan kuiz
2 Setiap peserta diberikan sekeping timun dan perlu memakannya
tanpa menyentuh dengan tangan.
3 Timun akan diletakkan di dahi dan peserta akan
menggerakkannya ke mulut dan menghabiskannya.
4 Misis ini perlu dilaksanakan secara bergilir gilir sehingga semua
berjaya memakan timun tersebut.
5 Permainan kuiz akan dimulakan setelah selesai misi timun.
6 Peserta akan berbaris dalam satu barisan. (di belakang kon)
7 Peserta akan menjawab soalan kuiz berkaitan ilmu asas Islam
secara bergilir-gilir.
8 Peserta yang berjaya menjawab akan bergerak ke belakang
barisan untuk memberi peserta berikutnya menjawab soalan
yang seterusnya.
9 Kumpulan yang terbanyak menjawab soalan kuiz dengan betul
akan mendapat markah yang tinggi.
Checkpoint 4 : APA YANG PENTING? BERJEMAAH..
Objektif 1 Melatih peserta mengamalkan nilai kerjasama dan berjemaah
dalam menyelesaikan tugasan.
2 Menguji kepatuhan peserta terhadap arahan ketua.
3 Melihat kemampuan peserta memikirkan strategi untuk
menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.
Peralatan 1 Kertas mahjong/kertas A3
2 Marker pen
3 Tali raffia
Syarat permainan 1 Dilarang menyentuh kertas atau pen marker. Peserta hanya boleh
memegang tali di setiap penjuru.
2 PIC akan provoke peserta semasa permainan.
3 Peserta hendaklah menulis perkataan dengan jelas dan kemas.

Pelaksanaan 1 Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua yang baru


selain ketua kumpulan yang akan memberikan arahan semasa
dalam permainan.
2 Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas mahjong dan pen marker
yang berikat dengan tali raffia.
3 Dalam masa 10 minit, mereka dikehendaki untuk menulis
perkataan “BERJEMAAH” di atas kertas mahjong dengan hanya
memegang tali yang diikat di setiap penjuru pen marker.
4 Peserta dilarang untuk menyentuh pen marker dan kertas atau
menulis menggunakan tangan.
5 Kumpulan yang tidak dapat memyelesaikan tugasan akan
dirampas bahan amanah.
6 Markah diberikan berdasarkan kerjasama, kepimpinan dan hasil
kerja yang kemas dan memuaskan.
Checkpoint 5 : SMARTPHONE ROSAK
Objektif 1 Menguji daya ingatan peserta
2 Menguji kemahiran menyampaikan maklumat kepada orang lain.
Peralatan 1 Kad ayat (20 set)
2 Kertas a4
3 Pensel dan pen
Syarat permainan 1 Dilarang bercakap (bisik sahaja)
2 Dilarang membuat bising
3 Tidak boleh menulis
4 Tidak boleh bergerak/beranjak dari posisi yang telah ditetapkan
Pelaksanaan 5 Peserta akan berbaris dalam satu barisan.
6 Peserta hadapan akan mengambil satu kad ayat dan menghafalnya
7 Setelah selesai, peserta pertama akan menyampaikan ayat tersebut
kepada rakan yang kedua.
8 Mesej dihantar hinggalah ke peserta yang terakhir.
9 Peserta yang terakhir akan menulis ayat tersebut pada kertas A4
yang telah disediakan.
10 Setelah selesai menulis, peserta akhir akan memberi isyarat thumbs
up kepada peserta hadapan.
11 Peserta hadapan akan mengambil kad ayat yang kedua dan
menghafalnya.
12 Proses ini berulang sehingga tamat masa.
13 Masa yang ditetapkan hanyalah 10 minit sahaja.
14 Kumpulan yang terbanyak menulis ayat (kad ayat) dengan betul akan
mendapat markah yang tertinggi.
Checkpoint 6 : TELAGA BURUK
Objektif 1 Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan guru dan
ilmu.Botol diumpamakan orang yang tidak mendengar nasihat orang
lain.Air pula adalah umpama nasihat guru kepada muridnya yang
tidak terhenti sehingga muridnyamencapai kejayaan.
2 Memupuk sikap kerjasama dan sikap tidak putus asa dalam
kumpulan.
Peralatan 1 Botol air yangtelah dibocorkan
2 Air
3 Baldi berisi air

Syarat permainan 1 Peserta hendaklah menggunakan tangan sepenuhnya tanpa


menggunakan mana-mana bahan lain.
2 Masa akan tamat apabila air telah penuh.
Pelaksanaan 1 Peserta perlu mencari botol air kosong yang disembunyikan di
kawasan terdekat.
2 Setelah menjumpai botol tersebut, peserta dikehendaki mengisi air
sehingga paras yang ditetapkan pada botol yang telah ditebuk.
3 Peserta hanya dibenarkan menggunakan tangan sahaja untuk
mengisi air ke dalam botol.
4 Peserta hendaklah memikirkan cara untuk menutup lubang-lubang
pada botol.
5 Pemarkahan adalah berdasarkan paras air dalam botol.

Anda mungkin juga menyukai