Anda di halaman 1dari 14

SUAI KENAL DAN BUKA SIMPULAN (ICE BREAKING)

Kenali Daku
MASA I Jam
Bola Kertas
BAHAN
Koleksi Muzik/Lagu
OBJEKTIF 1. Peserta dapat mengenali rakan-rakan yang baru.
2. Peserta dapat berinteraksi secara positif bersama
rakan-rakan.
3. Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan
peserta.
LANGKAH 1. Peserta diminta membentuk empat atau lebih
barisan.
2. Peserta diminta untuk menghadap pasangan yang
berada di kiri atau kanan masing-masing.
3. Peserta berkenalan dengan pasangan masing-
masing dalam tempoh masa 2 minit, seterusnya
muzik akan dimainkan dan bola kertas akan
diberikan.
4. Apabila muzik dimainkan, bola kertas mula
diedarkan. Peserta akan menyerahkan bola kertas
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begitulah
seterusnya.
5. Setiap kali muzik diberhentikan, peserta yang
terakhir memegang bola kertas tersebut akan
memberi maklumat tentang pasangannya.
6. Langkah di atas diulang beberapa kali.
REFLEKSI 1. Interaksi penting untuk menjalinkan hubungan.
2. Peserta perlu terbuka dan bersedia untuk
memulakan perkenalan.
3. Menerima tanpa syarat merupakan pegangan
positif memulakan perhubungan.
Kotak Beracun (Truth or Dare)
MASA 20 minit
Kotak
BAHAN
Kertas
OBJEKTIF 1. Meningkatkan keberanian peserta dalan menyebut
atau menjawab soalan.
2. Membuang sifat takut berhadapan dengan orang
ramai.
LANGKAH 1. Ketua fasilitator akan memilih peserta secara rawak.
Peserta akan tampil ke hadapan untuk mengambil
lipatan kertas dalam kotak tersebut.
2. Peserta dikehendaki untuk membuat arahan (task)
yang telah dipilih.
3. Jika peserta gagal untuk membuat arahan (task),
peserta tersebut dikenakan hukuman.
4. Langkah di atas diulang beberapa kali.
REFLEKSI 1. Mencungkil bakat peserta.
2. Berani untuk berhadapan di khalayak ramai.
AKTIVITI 1 Menjiwai Budaya Ilmu (Semak Sebelum Sebar)
MASA 1 Jam
BAHAN Telefon bimbit
OBJEKTIF 1. Peserta dapat memahami konsep ilmu dan adab
dalam menuntut ilmu.
2. Peserta memahami konsep tabayyun dalam
menerima dan menyampaikan maklumat yang
diperolehi.
3. Peserta dapat menterjemahkan ilmu yang
diperolehi melalui perkongsian kepada orang lain.

LANGKAH 1. Peserta diberikan arahan tugasan dan maklumat


oleh fasilitator.
2. Peserta diminta untuk mengolah kandungan yang
diberikan ke dalam perisian “tik tok”
3. Peserta diminta untuk memuat naik tugasan
tersebut ke dalam “ tik tok”
4. Fasilitator menerangkan tentang kepentingan ilmu
dan bagaimana ilmu perlu disemak kesohehan
terlebih dahulu sebelum disebarkan.

REFLEKSI 1. Amalan yang baik jadi ciri.


2. Akhlak mulia insan sejati.
3. Adab sopan santun kita rai.
4. Adat dan akrab erat di hati
AKTIVITI 2 Mengenal Potensi Diri
MASA 30 minit
BAHAN Lembaran latihan konsep kendiri
OBJEKTIF 1. Peserta dapat memahami pentingnya kesedaran
kendiri.
2. Peserta lebih mengenali diri sendiri serta mencapai
tahap kendiri yang posititf.
LANGKAH 1. Peserta diajak untuk mengenali diri dalam proses
taaruf.
2. Peserta dibimbing ke arah menanyakan kepada diri
sendiri tentang maklumat diri.
3. Menerangkan betapa pentingnya mengenali diri
sendiri sebelum mengenali diri orang lain.
4. Fasilitator membimbing peserta menjawab lembaran
latihan kesedaran diri.
5. Menerangkan konsep Tingkap Jauhari
REFLEKSI 1. Lebih banyak seseorang membuka pintu kepada
orang, lebih banyak seseorang itu mengenali tentang
diri sendiri.
2. Kesediaan untuk mendedahkan diri akan
memungkinkan kita akan dapat lebih maklumat
bagaimana orang menerima diri kita.
AKTIVITI 2 Mengenali Potensi Diri
MASA 1 jam
Surat Khabar
Majalah lama
½ Kertas Mahjong
BAHAN
Maker Pen
Gunting
Gam
OBJEKTIF 1. Peserta dapat memahami pentingnya kesedaran
kendiri.
2. Peserta lebih mengenali diri sendiri serta mencapai
tahap kendiri yang posititf.
LANGKAH 1. Setiap kumpulan hendaklah mencari bahan di dalam
surat khabar/majalah yang dirasakan berkait dengan
diri sendiri.
2. Kemudian hendaklah menggunting dan menampal
artikel/gambar/perkataan yang menggambarkan diri
tersebut di atas kertas mahjong.
3. Peserta berkongsi dengan ahli kumpulan tentang diri
mereka.
4. Fasilitator meminta wakil setiap kumpulan
menceritakan pengalaman sendiri atau rakan
kumpulan sebagai pengajaran kepada orang lain.

REFLEKSI 1. Lebih memahami diri sendiri dan orang sekeliling.


AKTIVITI 2 Mengenal Potensi Diri
MASA 1 jam
Kertas Mahjong
BAHAN
Inventori Personaliti Warna
OBJEKTIF 1. Peserta dapat memahami pentingnya kesedaran
kendiri.
2. Peserta lebih mengenali diri sendiri dan orang lain.
LANGKAH 1. Peserta diajak untuk mengenali diri berdasarkan
inventori yang dijalankan.
2. Peserta diminta membuat kumpulan berdasarkan
warna yang diperolehi.
3. Setiap kumpulan dibekalkan satu helai kertas
mahjong untuk tugasan.
4. Fasilitator memberikan tugas kumpulan untuk
menyediakan pelan institut yang setiap kumpulan
inginkan dengan mengambil kira keperluan
sesesuah institusi termasuklah peralatan, lanskap,
lokasi, kemudahan disediakan dan lain-lain yang
difikirkan sesuai.
5. Setiap kumpulan hendaklah membentangkan hasil
tugasan yang diberikan. Kumpulan lain dibenarkan
untuk menyoal dan memberikan pandangan.
6. Fasilitator menerangkan makna personaliti dan
kaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

REFLEKSI 1. Kenali diri sendiri.


2. Memahami lebih baik daripada difahami.
AKTIVITI 3 Pengurusan Masa (Explorace: Jejak Ilmu)
MASA 1 jam
Kertas
BAHAN
Pen
OBJEKTIF 1. Peserta dapat mengagihkan masa dengan baik
2. Peserta dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan
masing-masing.
3. Peserta dapat mendisiplinkan diri menepati masa.
4. Peserta dapat menyelesaikan tugas dengan baik.
LANGKAH 1. Peserta bergerak ke checkpoint mengikut kumpulan
dengan petunjuk yang diberikan.
2. Peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh fasilitator di checkpoint tersebut.
3. Peserta yang gagal menyelesaikan tugasan akan
diberi hukuman.
4. Peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan boleh
bergerak ke checkpoint seterusnya sehingga selesai
semua checkpoint.
REFLEKSI 1. Pengorbanan ahli kumpulan yang gagal
menyelesaikan tugasan.
2. Kerjasama antara satu sama lain.
3. Masa itu emas.
AKTIVITI 4 Pengurusan Masa (banyakkan masa bagi yang susah)
MASA 1 jam
BAHAN Kertas mahjong
OBJEKTIF 1. Peserta boleh mengatur masa dengan sewajarnya.
2. Peserta mengetahui kaedah dan teknik megenalpasti,
memberi fokus dan membuat tindakan kepada setiap
perkara dengan betul dan tepat.
LANGKAH 1. Setiap kumpulan diberikan senarai barang yang perlu
disediakan kepada fasilitator dalam masa 30 minit.
2. Senarai barang seperti berikut:
i. Buah kelapa
ii. Daun kelapa
iii. Bunga raya merah
iv. Rumput
v. Ranting pokok jagus
vi. Pensil
vii. Botol air
viii. Kertas A4
ix. Klip kertas
x. pemadam
3. Setiap kumpulan hendaklah menyediakan satu sajak
berdasarkan sifat bahan tersebut.
4. Peserta membentangkan hasil sajak beserta
pandangan berkaitan aktiviti tersebut.
REFLEKSI 1. Kefahaman dan daya tindak peserta adalah berbeza.
2. Penentuan kebijaksanaan menggunakan masa
dapat diterjemahkan pada pencapaian akhir aktiviti
dijalankan.
3. Pembahagian masa yang tepat dan betul akan
menghasilkan natijah terbaik dalam kehidupan.
Egg Drop
AKTIVITI 6
MASA 1 jam
Telur
Straw
BAHAN
Gunting
Masking tape
OBJEKTIF 1. Melatih peserta untuk bekerjasama di dalam
kumpulan.
2. Peserta memahami setiap keputusan berdasarkan
penilaian baik buruk.
3. Peserta bertanggungjawab dengan keputusan yang
dipilih.
LANGKAH 1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji telur.
2. Dalam masa 10 minit, peserta diberi kebebasan untuk
mereka cipta sebarang bentuk perlindungan bagi
menjamin keselamatan telur dengan menggunakan
mana-mana bahan yang telah disedsiakan.
3. Hasil ciptaan tersebut hendaklah terus dikenakan ke
atas telur yang dibekalkan.
4. Sebaik sahaja masa tamat, semua kumpulan perlu
berhenti dan setiap wakil kumpulan tampil ke
hadapan bersama telur kumpulan masing-masing.
5. Semua telur akan di lepaskan ke bawah daripada
tingkat atas bangunan oleh seorang fasilitator yang
disaksikan oleh seorang wakil bagi setiap kumpulan
manakala ahli kumpulan yang lain perlu menunggu di
tingkat bawah untuk merekod hasil keputusan
masing-masing.
REFLEKSI 1. Melatih peserta untuk berfikir dengan bijak dalam
menghadapi masalah.
2. Melatih peserta untuk bekerjasama dalam kumpulan.
AKTIVITI 7 Kemahiran menyelesaikan masalah (hadap jangan tak
hadap)
MASA 1 Jam
BAHAN Kertas mahjong
OBJEKTIF 1. Peserta dapat memahami kaedah menyoal untuk
membantu menyelesaikan masalah
2. Peserta mampu membuat pilihan yang sesuai dalam
menghadapi masalah berdasarkan soalan yang
dilontarkan.
3. Peserta dapat membina soalan yang mampu
menjana perubahan dan berfikir secara lebih
mendalam.

LANGKAH 1. Peserta berada di dalam kumpulan masing-


masing.
2. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu soalan
dan perlu dilontarkan kepada kumpulan lain.
3. Kumpulan yang ditujukan soalan perlu menjawab
dalam bentuk soalan bukan dalam bentuk
jawapan.
4. Proses ini diulang kepada kumpulan lain
sehingga kumpulan yang apabila diajukan soalan,
tidak membalas dengan soalan sebaliknya dengan
jawapan, maka kumpulan tersebut dikira kalah.
5. Kumpulan yang kalah akan dikenakan denda
dengan persetujuan semua kumpulan.
6. Fasilitator meminta setiap kumpulan membina
soalan berdasarkan kaedah GROW di dalam
kertas mahjong.
7. Fasilitator menerangkan kaedah dan bentuk
kaedah GROW tersebut.
8. Fasilitator meminta peserta secara berpasangan
mempraktikkan kaedah grow yang telah
diterangkan oleh fasilitator.
REFLEKSI 1. Masalah perlu dihadapi dan setiap masalah pasti
ada puncanya.
2. Masalah utama biasanya berpunca dari masalah
yang kecil dan tidak ditangani.
AKTIVITI 7 Pen Dalam Botol

MASA 45 minit
Pen
BAHAN Tali
Botol
OBJEKTIF 1. Dapat memupuk semangat kerjasama sesama ahli
kumpulan untuk menyelesaikan masalah.
2. Melatih peserta untuk patuh kepada satu arahan.
3. Menerapkan sifat kepimpinan dalam diri seseorang
dan mampu untuk bertindak dengan segera.
LANGKAH 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan tali, pen
dan botol.
2. Salah seorang daripada ahli kumpulan dikehendaki
untuk memberi arahan kepada ahli kumpulan yang
lain untuk memasukkan pen ke dalam botol.
3. Setiap ahli kumpulan yang memegang tali diminta
untuk menutup mata dengan menggunakan kain.
4. Kumpulan yang berjaya memasukkan pen ke dalam
botol akan diberikan 10 mata. Mana-mana kumpulan
yang tidak berjaya memasukkan marker ke dalam
botol akan dikenakan hukuman (denda).
REFLEKSI 1. Melatih peserta untuk mendengar kepada satu
arahan.
2. Melatih peserta memberi arahan dengan tepat dan
tepat.
AKTIVITI 8 Pelan tindakan (masanya telah tiba)

MASA 1 Jam 30 minit


BAHAN Kertas A4
OBJEKTIF 1. Membimbing peserta supaya dapat berjanji pada diri
sendiri di atas setiap yang dilakukan.
2. Membimbing peserta supaya mempunyai matlamat
yang jelas dalam kehidupan sebagai pelajar.
3. Peserta bertanggungjawab di atas segala yang mereka
lakukan.

LANGKAH 1. Peserta diminta menyenaraikan apa yang ingin


mereka lakukan dan ingin diperolehi pada masa
hadapan sebagai pelajar.
2. Peserta diminta menulis perkara yang ingin dilakukan
di dalam buku lembaran aktiviti.
3. Peserta dibimbing untuk meletakkan frame masa dan
targetnya.
4. Mengedarkan kertas ikrar diri kepada pelajar.
5. Peserta melafazkan ikrar di hadapan fasilitator.

REFLEKSI 1. Setiap yang ingin dilakukan perlu kepada


perancangan yang baik.
2. Berjanji dengan diri sendiri adalah satu yang penting
dan berkesan.
3. Setiap janji perlu dikotakan.

Anda mungkin juga menyukai