Anda di halaman 1dari 20

1.

0 MODUL AKTIVITI FASILITATOR BERDASARKAN


KONSEP KENDIRI

Pengenalan
Setiap individu mengalami perkembangan sahsiah pada tahap-tahap tertentu dari segi
tabii,pengalaman dan pembelajaran. Dengan itu amatlah mustahak kesedaran kendiri itu
dicungkil, dikembangkan dan diperteguhkan suapaya terbentuk sahsiah yang positif dan sifat
untuk membolehkan individu berkenaan berfungsi dengan lebih berkesan. Kesedaran kendiri ini
memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang positif.

Matlamat
1. Melahirkan ahli PRS yang berfungsi sebagai (Pembimbing Rakan) untuk mengenal pasti
sifat positif dan negatif yang ada pada dirinya.
2. Tahap kesedaran kendiri yang tinggi atau yang mendalam membolehkan seseorang itu
sentiasa menilai dirinya dan berusaha untuk mempertingkatkan potensi yang ada ke arah
kepimpinan yang lebih berkesan.

Objektif
Antara objektif yang hendak dicapai ialah:
1. Memahami kekuatan dan kelemahan diri.
2. Memahami nilai diri sendiri dan orang lain.
3. Membina kepercayaan pada diri sendiri dan orang lain.
4. Mengenal pasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan.

1
AKTIVITI 1

Tajuk : Si Buta berani


Objektif : Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu
mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri serta keberanian diri dalam
menghadapi segala situasi.
Masa : 60 minit
Bahan : Kain penutup mata (bagi setiap peserta)
Langkah :
1. Aktiviti ini dijalankan pada tengah malam.
2. Peserta diminta untuk menutup mata dengan mengikat kain untuk menutup
matanya.
3. Peserta dibariskan dalam satu barisan dengan memegang satu tali yang di
ketuai oleh fasilitator dan perlu mengikut fasilitator.
4. Fasilitator bertindak sebagai pemandu dan membawa peserta ke suatu
tempat (padang/bangunan kosong) pada waktu malam.
5. Fasilitator bertindak mengasingkan peserta secara rawak mengikut kawasan
yang sesuai dan meninggalkan peserta sendiri.
6. Peserta ditinggalkan di tempat tersebut dalam waktu yang ditetapkan dan di
usik(menakut-nakutkan peserta) oleh fasilitator secara rahsia.
7. Peserta dikumpulkan semula oleh fasilitator disuatu kawasan yang sesuai
setelah 60 minit.
8. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan.
 Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah
dijalankan.
 Apakah perasaan mereka apabila berada ditempat yang sunyi pada waktu
malam.
 Apakah tindakan yang sepatutnya mereka lakukan dalam situasi sebegitu.
Refleksi : Pengajaran yang boleh diingati ialah kita perlu yakin kepada diri sendiri dan
perlu berfikiran positif dalam menghadapi keadaan yang cemas. Keyakinan diri
akan membawa kepada kejayaan dan ‘overthingking’ hanya menambahkan

2
tekanan negatif kepada diri. Apabila kita berjaya mengawal diri kita. Kita juga
akan mampu membantu rakan-rakan kita untuk mengawal diri mereka dari
perkara yang negatif.

AKTIVITI 2

Tajuk : Berani berkongsi Pengalaman


Objektif :
1. Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan – kendiri dengan
lebih terbuka dan mendalam.
2. Melatih peserta-peserta supaya berani melakukan pendedahan kendiri yang
sesuai pada kawan-kawan.
3. Memperkenalkan etika yang asas yang harus dipegang dan dijadikan
panduan oleh PRS.
Masa : 120 minit
Bahan : Gula -Gula Lolipop
Langkah : Peserta disatukan dalam satu bulatan besar di sebuah dewan.
1. Fasilitator akan memberikan satu gula-gula lolipop kepada setiap seorang.
2. Fasilitator akan memilih sacara rawak seorang peserta untuk keluar dari
bulatan tersebut dan memperkenalkan diri dan berkongsi memori yang
terbaik yang pernah dilalui di dalam hidupnya kepada rakan-rakan.
3. Peserta yang pertama dipilih akan memberikan gula-gula lolipop tersebut
kepada rakan yang mereka suka dengannya didalam bulatan besar tadi
setelah selesai sesi perkongsian tersebut.
4. Peserta kedua yang dipilih akan keluar dari bulatan dan berkongsi seperti
mana peserta pertama lakukan.
5. Peserta yang telah mendapat gula-gula lolipop dari rakannya tidak lagi boleh
menerima gula-gula lolipop dari orang lain.
6. Begitulah langkah-langkah di ulang sehingga kesemua peserta keluar dari
bulatan dan memberikan lolipop tersebut kepada rakan yang mereka suka.

3
7. Semasa perkongsian itu dibuat, peserta-peserta lain digalakkan bertanya jika
ada sesuatu yang hendak diketaui dari peserta terbabit.
8. Fasilitator membimbing peserta berbincang tentang pengajaran yang mereka
terima melalui aktiviti ini iaitu:
 Ada orang tidak mahu menceritakan tentang dirinya secara langsung
tetapi melalui perkongsian secara rawak beramai-ramai dia lebih selesa
dan terbuka untuk mendedahkan dirinya.
 Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada
orang lain dan dapat mewujudkan perhubungan yang lebih mesra.
 Melalui pendedahan pengalaman-kendiri dapat menggalakkan peserta
bercakap dan lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.
Refleksi : Fasilitator mengaitkan peranan PRS dalm menbina perhubungan mesra dengan
perkongsian maklumat diri yang sesuai dan menyimpan maklumat diri kawan
yang sulit.

4
2.0 MODUL AKTIVITI FASILITATOR BERDASARKAN
KONSEP KEPIMPINAN

Pengenalan

Konsep Kepimpinan mempunyai berbagai definisi mengikut takrifan seseorang.


Walaubagaimanapun, definisi umum dapat disimpulkan iaitu, ‘Kepimpinan adalah proses
mempengaruhi individu dan setiap kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat’. Pemimpin
dikenali sebagai istilah ketua atau pengetua. Ia adalah seseorang yang mengetuai sekumpulan
individu untuk berusaha untuk mencapai objektif kumpulan atau sesebuah organisasi.

Matlamat
1. Untuk melahirkan sekumpulan PRS yang terlatih yang boleh berkomunikasi dengan
berkesan dan mengikuti segala arahan yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan.
2. Menurut arahan tanpa memberontak terhadap keputusan yang dilakukan oleh ketua
kumpulan.

Objektif
1. Untuk memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dikehendaki untuk tujuan
pembangunan dan kejayaan dalam setiap kumpulan.

5
AKTIVITI 1

Tajuk : Potret wajah

Objektif : Selepas menjalani aktiviti ini peserta akan;-

1. Para peserta dapat mengenal diri sendiri

2. Peserta peka terhadap diri sendiri dan rakan sekelilingnya.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

4. Berpeluang mengenal dengan lebih mendalam tentang diri rakan yang lain.

Masa : 30 Minit

Bahan : Kertas A4 dan sebatang pensil

Langkah :

1. Fasilitator mengedarkan kertas bersaiz A4 kepada setiap ahli peserta.

2. Para peserta diminta untuk melukis gambar ajah sendiri dalam tempoh
masa yang diberikan iaitu 5 minit.

3. Fasilitator memungut semua gambar yang telah dilukis dan diedarkan


semula gambar atau potret yang telah dilukis kepada peserta yang
berlainan.

4. Setiap pesertamenerima sekeping gambar atau potret wajah kawannya.

5. Dalam masa 10 minit setiap peserta mencari gambar yang telah dilukis tadi
sehingga dapat.

6. Peserta yang paling lambat menemukan gambar yang dilkukisnya sendiri


akan dikenakan denda.

7. Peserta perlu memastikan gambar yang diterima adalah gambar yang telah
dilukis sebelumnya.

6
Refleksi : Peserta akan berpeluang menggunakan komunikasi bersama ahli lain sewaktu
ingin mencari potret yang telah dilukis dan ini akan membentuk satu budaya yang sihat antara
peserta itu sendiri. Kepercayaan terhadap diri sendiri dalam melukis potret sendiri. Kumpulan
yang terkeluar di anggap tidak mempunyai semangat berjuang, tiada kepekaan dan tidak bersatu.

AKTIVITI 2

Tajuk : Bersihnyaa..

Objektif : Selepas menjalani aktiviti ini peserta akan;-

1. Peserta melakukan sesuatu perkara yang positif tanpa disuruh atau


tanpa sebarang arahan.

2. Peserta bersikap jujur dan ikhlas terhadap diri sendiri.

3. Menghormati orang lain.

4. Berbicara dengan sopan.

Masa : 30 minit.

Bahan :

1. Sampah sarap seperti botol minuman, kertas yang telah direnyuk,


plastik makanan dan lain-lain sampah.

2. Tong sampah.

3. Tali rapia/benang.

Langkah :

1. Kumpulan peserta diberi kad arahan iaitu mesti bergerak ke satu


‘check point’. Di ‘check point’ itu peserta perlu mengamalkan nilai-
nilai murni sebagai seorang murid di sekolah.

7
2. Di ‘check point’ fasilitator telah menaburkan pelbagai sampah dalam
lingkungan tali rupiah.

3. Apabila peserta tiba, fasilitator hanya memerhatikan sahaja apa-apa


tindakan peserta iaitu peserta sepatutnya perlu memungut sampah-
sampah yang berada di kawasan itu tanpa disuruh kerana selama ini
pihak sekolah telah menyuruh murid untuk mengutip sampah yang
berada di kawasan sekolah.

4. Setelah 5 minit berlalu, jika mereka tidak berbuat apa-apa ketua


mereka akan membacakan semula arahan yang diberikan dan minta
mereka memahami arahan tersebut.

5. Perkara sepatutnya peserta lakukan ialah:

i. Memberi ucap selamat.

ii. Memperkenalkan diri.

iii. Memungut sampah tanpa diperintah oleh ketua.

Refleksi : Jika mereka berjaya melakukan perkara di atas tanpa di arah oleh fasilitator
maka mereka berjaya melakukan tugasan ini. Jika tidak, fasilitator menjelaskan kenapa banyak
sampah di sekeliling mereka dan membuangnya ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Jika tidak beritahu mereka bahawa proses tersebut maka selama ini di sekolah proses itu adalah
gagal. Kesimpulan dari aktiviti ini, fasilitator boleh menerangkan ciri-ciri pemimpinan iaitu,
memimpin diri sendiri sebelum memimpin orang lain, mendisiplinkan diri sebelum
mendisiplinkan orang lain, bersikap jujur terhadap diri sebelum meminta orang lain jujur kepada
kita, bersikap ikhlas melakukan sesuatu sebelum orang lain tidak mempercayai diri kita dan akhir
sekali mematuhi apa-apa peraturan tanpa disuruh akan menunjukkan seseorang itu telah berjaya
memimpin diri mereka sendiri.

8
3.0 MODUL AKTIVITI FASILITATOR BERDASARKAN KONSEP
KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Pengenalan
Asas komunikasi ini memberi kefahaman kepada peserta-peserta mengenai maksud komunikasi.
Penekanan adalah terhadap cara-cara memahami aspek-aspek yang sesuai dalam perhubungan
individu bagi mewujudkan perasaan saling memahami dan saling menerima.

Matlamat
1. Melahirkan sekumpulan PRS yang terlatih yang boleh berkomunikasi dengan berkesan.
2. Melahirkan sekumpulan PRS terlatih yang sentiasa membaiki cara-cara berkomunikasi
dalam kehidupan harian.

Objektif
1. Dapat menguasai kemahiran asas komunikasi yang berkesan dengan rakan sebaya dalam
perhubungan seharian.
2. Berupaya berinteraksi dengan baik agar dapat diterima oleh rakan sebaya sebagai
pembimbing yang berkesan.
3. Menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui tingkah laku bukan lisan.
4. Dapat memberi respon yang sesuai dan menghormati perasaan rakan.

9
AKTIVITI 1

Tajuk : Cuba teka


Objektif : Untuk menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui tingkah laku
bukan lisan.
Masa : 40 minit
Bahan : Mesej di dalam sampul (satu kumpulan satu sampul)
Langkah :
1. Peserta diminta berada di dalam kumpulan bersama fasilitator.
2. Seorang pelajar secara sukarela mengambil dan membuka sampul yang
berisi mesej untuk dibaca dan menyampaikan mesej tersebut secara
bukan lisan.
3. Fasilitator akan bertanya kepada setiap peserta tentang apakah maksud
mesej yang disampaikan.
4. Ahli kumpulan akan cuba meneka.
5. Fasilitator akan meminta peserta yang melakonkan mesej membacakan
mesej secara lisan.
6. Aktiviti diulangi dengan mesej-mesej yang lain.

Refleksi : Fasilitator dan ahli akan merumuskan falsafah dan objektif aktiviti.

10
AKTIVITI 2

Tajuk :Komunikasi Sehala dan Dua Hala


Objektif : Selepas aktiviti ini peserta-peserta akan
1. Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala.
2. Menyedari konsep kepentingan komunikasi dua hala.
3. Menyedari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan
perkataan yang betul dan gerak geri yang sejajar.
4. Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses komunikasi.
Masa : 1 jam
Bahan : 2 helai kertas kosong bagi tiap-tiap peserta, pensil lukisan contoh (gambarajah 1)
Langkah :
1. Semua peserta duduk dalam bulatan, setiap peserta diberi 2 helai kertas
kosong.
2. Fasilitator memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak
dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja iaitu;
i. Lukis satu bulatan.
ii. Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil.
iii. Di atas bulatan lukis bentuk segi empat tepat
iv. Di kiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan satu
bulatan di hujung.
v. Di bawah bulatan tadi, lukis satu empat segi bujur .
vi. Di bawah empat segi bujur, lukis 2 garis panjang ke bawah selari dan
2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.

3. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang
sama tetapi kali ini mereka dibenarkan bertanya.
4. Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka di lantai di hadapan
masing-masing.

11
5. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan
contoh. Mereka digalakkan memberi maklum balas berkenaan perbezaan
perasaan mereka sewaktu melukis kali pertama dan kali kedua.
6. Fasilitator menggalakkan peserta berbincang tentang aktiviti tadi dengan
memberi fokus kepada:
i. Kesukaran berkomunikasi sehala – menerima arahan tanpa diberi
kesempatan menyoal boleh menimbulkan berbagai-bagai perasaan
negatif dalam kalangan individu.
ii. Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat,
mengikut tafsiran sendiri.
iii. Pentingnya mendengar arahan dengan teliti dan memberi respon yang
menggalakkan komunikasi.

Refleksi : Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS sebagai seorang
pendengar dan pemberi respon yang menggalakkan, pada masa berinteraksi dan
berbual dengan rakan, terutama dengan mereka yang sedang menghadapi
kebimbangan.

12
4.0 MODUL AKTIVITI FASILITATOR BERDASARKAN KONSEP
KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH

Pengenalan

Modul ini bertujuan untuk memupuk kemahiran mengenal pasti masalah dan membuat
keputusan dalam menyelesaikan masalah semasa. Pelajar akan didedahkan dengan aktiviti yang
merangsang pemikiran kritis dan kreatif. Pelajar turut dilatih mempraktikkan pemikiran tersebut
untuk cuba menyelesaikan masalah yang relevan.

A. Pemikiran Kritikal – Kebolehan untuk berfikir sacara jelas dan rasional. Seorang pemikir
yang kritikal akan mempertimbangkan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan
menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan
yang dikemukan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.

B. Penyelesaian masalah - Proses mental yang memerlukan seorang berfikir secara kritikal dan
kreatif, mencari idea-idea alternative dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan
atau kekurangan dan mencari jalan untuk menyelesaikan dengan mengkaji dan meneliti
bagaimana masalah boleh terjadi, cara menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan
seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Matlamat :-

1. Melahirkan seorang PRS yang berkebolehan untuk mengaplikasikan pemikiran kritis


dalam mengenalpasti setiap tindakan yang ingin dilakukan bagi menyelesaikan masalah.
2. Melahirkan seorang PRS yang berkebolehan untuk berfikiran secara kritis dalam semua
aspek kehidupan mereka.

13
Objektif :-

1. Seorang PRS boleh menggunakan kemahiran pemikiran kritis untuk mengenal pasti
tindakan tepat bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
2. Seorang PRS boleh mengaplikasikan pemikiran kritis dalam mengenalpasti tindakan
yang tepat untuk menyelesaikan setiap masalah dihadapi.

AKTIVITI 1

Tajuk : Cita-Cita Saya


Objektif : Selepas aktiviti ini peserta akan
1. Pelajar dapat menyenaraikan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk
mencapai cita-cita mereka.
2. Pelajar dapat melaksanakan kaedah yang yang diberi dengan jayanya.
3. Pelajar mengetahui dan boleh mengatasi masalah serta rintangan di dalam
melaksanakan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-cita mereka.
Masa : 1 jam
Bahan :Alat Tulis, Kertas A4
Langkah :
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasilitator menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta.
3. Pelajar menulis dan menyenaraikan kaedah-kaedah ke arah mencapai cita-
cita tanpa pengetahuan rakan-rakan.
4. Setelah selesai, secara rawak pelajar membacakan kaedah-kaedah yang
ditulis oleh mereka.
5. Fasilitator menyenaraikan semua kaedah-kaedah tersebut di papan tulis.
Refleksi :
1. Untuk merealisasikan cita-cita terdapat pelbagai kaedah yang boleh diikuti.
2. Apa juga permasalahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah tersebut,
perbincangan boleh dibuat dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.
3. Setiap usaha atau kerja perlu dilaksanakan secara terancang, teliti dan
sistematik.

14
4. Kejayaan boleh dicapai melalui usaha-usaha yang betul, berterusan dan
bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.
5. Setiap perancangan mesti dilaksanakan, dinilai, dibaiki dari masa ke
semasa untuk mencapai cita-cita.

AKTIVITI 2

Tajuk : Dapatkan Bola Ping Pong


Objektif : Memperkenalkan kepada pelajar kepentingan berfikiran secara kritikal dan
kreatif
Masa : 30 minit
Bahan : Pen papan putih untuk melukis senario/gambar senario
Langkah :
1. Fasilitator perlu memperkenalkan senario kepada pelajar. Senarionya
adalah seperti di bawah :-

“Seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka telah meletakkan sebiji


pola ping pong dalam satu silinder yang tingginya berukuran 150cm. Silinder
tersebut telah diskrukan di atas lantai dalam sebuah makmal sains. Pensyarah
tersebut menyuruh pelajar beliau untuk mengeluarkan bola ping pong
tersebut tanpa keluar daripada makmal sains. Pelajar dibenarkan untuk
menggunakan apa saja yang terdapat dalam makmal itu untuk membantu
mereka mengeluarkan bola ping pong tersebut. Pada akhir kelas, pelajar telah
gagal mengeluarkan bola ping pong tersebut.”

*Kata kunci penting dalam senario ini : (1) Silinder yang tinggi (150cm), (2)
Silinder dipautkan di atas lantai, maknanya tidak boleh dialihkan, (3)
senario adalah dalam makmal sains.*

15
2. Fasilitator mencabar pelajar untuk mendapatkan penyelesaian untuk
masalah ini.
3. Fasilitator boleh menjalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil ataupun
tanpa membahagikan kepada kumpulan kecil.
4. Pada akhir aktiviti ini, fasilitator boleh membincangkan dengan kelas
kenapa jawapan yang mudah itu tidak terfikir oleh pelajar dalam contoh
tadi.
5. Penyelesaian : Pelajar boleh menggunakan air daripada paip air dalam
makmal sains untuk mengapungkan bola ping pong supaya ia boleh
dikeluarkan.
6. Fasilitator boleh mengingatkan pelajar bahawa mereka perlu berfikiran
kreatif untuk menyelesaikan masalah.

Refleksi :

1. Pelajar boleh menggunakan kemahiran pemikiran kritis untuk mengenal


pasti tindakan tepat bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
2. Pelajar juga akan mampu menyelesaikan masalah dengan tepat dan
menghadapi implikasi hasil daripada tindakan tersebut dengan berkesan.

16
AKTIVITI 3

Tajuk : Actionnnnnnn !!! Camera Rolllll……


Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :-
1. Memahami kepentingan kerjasama dan toleransi semasa mesyuarat.
2. Memahami perasaan dan pendapat orang lain.
3. Memahami kepentingan kemahiran komunikasi.
4. Memahami kepentingan penglibatan dan tanggungjawab diri dalam
menyelesaikan masalah.
5. Memahami perlunya menerima keputusan majoriti demi kepentingan ramai.
Masa : 120 minit
Bahan : (seperti di lampiran)
Langkah :
1. Fasilitator memberi taklimat kepada semua peserta.
2. Peserta diberikan keratan peranan yang akan dipegang oleh masing-masing
dan perlu dirahsiakan kepada semua orang peranan yang akan dibawa
olehnya.
3. Pusingan pertama fasilitator hendaklah memberikan peranan yang
bertentangan dengan keperibadian peserta berkenaan. Contohnya, peserta
yang banyak bercakap di berikan peranan pendiam dan peserta yang
pendiam diberikan peranan sebaliknya.
4. Pada pusingan kedua peserta diberikan peranan berdasarkan keperibadian
peserta. Setiap peserta diberikan masa selama 10 minit setiap pusingan
untuk menyelesaikan atau membuat keputusan tentang isu yang diberikan.
Pada pusingan ini peserta diminta memaparkan peranan masing-masing
agar dikenali oleh peserta lain.
5. Fasilitator dan peserta bincangkan tentang peranan yang dibawa oleh
peserta dalam kedua-dua pusingan ini.
6. Fasilitator perlu menekankan etika ketika berbincang seperti kemahiran
berinteraksi, menghormati pendapat orang lain, kerjasama,
toleransi,penglibatan diri dan lain-lain.

17
Refleksi : Setiap orang mempunyai jalan penyelesaian tersendiri tetapi sekiranya bekerja
dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah satu langkah yang terbaik dan
keputusan yang diambil lebih baik dan tepat.

LAMPIRAN

Mak Buyong

Bangkang semua orang

Kontraktor

Anda mempunyai kepentingan supaya projek-projek yang dilaksanakan dapat dikuasai oleh
syaraikat kontraktor anda. Oleh itu beri sokongan andan kepada En. Korporat. Marahkan mak
buyong kerana sikapnya itu.

Andartu

Anda perlu menyokong Ratu Dangdut. Beri alasan anda. Tentang Alang Duda sehabis-habisnya
kerana dia tidak rela berkorban. Berusaha agar anda terpilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa.
Anda perlu risau tentang jemuran kain yang belum diangkat di rumah.

En. Korporat

Anda telah lama melibatkan diri dengan usaha-usaha kemasyarakatan. Dengan itu anda rasakan
andalah yang paling layak dilantik sebagai Pengerusi didalam perbincangan ini kerana
pengalaman anda yang luas akan membantu anda menjayakan program yang dirancangkan.
Bangkang Andartu kerana pada pendapat anda dia tidak layak menjadi pengerusi.

Pak Uda

Lawan Ratu Dangdut kerana cadangannya akan membawa akibat yang tidak baik kepada
masyarakat. Sebaliknya anda menyokong Pak Imam. Marahkan kerana tidak menghormati Pak
Imam. Marahkan Wak Surip kerana asyik nak melayan masalah pendengarannya sahaja.sokong
Mak Janda Perak.

18
Pak Imam

Menegur penampilan Ratu Dangdut. Menentang penganjuran pesta yang dicadangkan oleh Ratu
Dangdut kerana akan menimbulkan banyak masalah sosial. Pak Imam mahu rancangan
pembangunan masyarakat dikendalikan oleh kaum lelaki sahaja.

Ratu Dangdut

Anda tidak menyenangi Pak Imam kerana menganggapnya berfikiran ortodok. Anda merancang
supaya satu konsert dangdut diadakan bagi mengisi Tabung Bantuan Pendidikan anak-anak
daerah itu.

Wak Labib

Anda perlu menenangkan semua orang dengan mengingatkan mereka supaya bersabar. Anda
hanya perlu berkata “SABAR......SABAR...BERTENANG!!! INGAT TUHAN BANYAK-
BANYAK”

Mak Andam

Pada tanggapan anda pendapat En. Korporat mempunyai tujuan dan mempunyai kepentingan
peribadi. Tentang cadangan En. Koporat habis-habisan.

Mak Janda Perak

Minta cepat ditamatkan mesyuarat kerana mahu meghadiri majlis pertunangan anak saudaranya
di kampung seberang. Marahkan Mak Andam kerana menentang En. Korporat. Sokong cadangan
En. Korporat dengan kuat dengan harapan dapat menarik perhatian En. Korporat.

Alang Duda

Anda menyokong penuh pembangunan yang hendak dilaksanakan tetapi tidak bersetuju tanah
anda diambil alih. Oleh itu bertindaklah dengan bijak supaya anda tidak dianggap sebagai
mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkorban bagi pembangunan.

19
Rujukan

1) Abdullah, S. (2005). Guru sebagai fasilitator. PTS Professional.

2) Cik Bako (2014). Konsep Kepimpinan.

3) Harry Man (2017). Full Modul Kursus Kepimpinan.

20

Anda mungkin juga menyukai