Anda di halaman 1dari 3

Modul Program Remaja

MODUL 1: happy birthday


peserta dibahagikan beberapa kumpulan mengikut bulan kelahiran. Kemudian, setiap kumpulan
diberikan sehelai kertas dan marker. Setiap kumpulan dikehendaki menulis peristiwa paling
bersejarah dalam bulan kelahiran mereka itu.kebiasaannya, setiap kumpulan akan menyenaraikan
semua peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan kelahiran mereka. Tapi yang paling penting
ialah peristiwa saya / kami dilahirkan. Moral modul ini, untuk mensyukuri kewujudan peserta
sebagai khalifah Allah dan menghargai jasa ibu bapa.

MODUL 2 : roket telur
setiap kumpulan diberikan beberapa batang straw, sale tape, sebiji telur. Setiap kumpulan
diberikan masa beberapa minit untuk membina satu replika roket menggunakan perkara-perkara
yang telah diberikan. Kemudian setelah siap, fasilitator akan menguji replika tersebut dengan
melambungnya ke udara. Kumpulan yang telur didalam replika roketnya tidak pecah adalah
kumpulan yang berjaya.

MODUL 3 : clip ajaib
setiap kumpulan diberikan beberapa buah clip kertas dan sebuah baldi. Setiap kumpulan perlu
terlebih dahulu mengisi air di dalam baldi. Setiap kumpulan perlu pastikan clip yang diberikan tidak
tenggelam di dalam air tadi. Lebih banyak clip yang tidak tenggelam,lebih cerah peluang untuk
menang.

MODUL 4 : bola busuk beracun
peserta diberikan sebiji bola beracun. Semua peserta bebas untuk bermain apa saja permainan
menggunakan bola beracun tersebut. Setiap jenis permainan hanya diperuntukkan masa selama
10-15 minit sahaja. Setelah semua permainan selesai, peserta dikehendaki membuka kandungan
di dalam bola beracun itu. Kandungan di dalam bola beracun itu adalah sampah yang busuk.
Moral dari modul ini adalah untuk menggambarkan dunia yang beracun inilah manusia selalunya
leka. Leka dengan permainan yang dapat dihasilkan darinya. Sedangkan kandungan permainan
itu adalah busuk dan menjijikkan.

MODUL 5 : dadu ibrahim pendek: kita tengok siapa yang kena!
peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan
dikehendaki memegang bahu atau pinggan rakan yang berada dihadapan mereka. Kemudian
setiap kumpulan akan diberikan sebiji dadu yang besar mengandungi 6 nombor. Setiap kumpulan
dikehendaki membaling dadu secara bergilir-gilir oleh setiap ahli kumpulan. Mana-mana kumpulan
yang memperolehi angka ganjil dikehendaki secara berkumpulan mundur kebelakang mengikut
jumlah bilangan dadu yang dierolehi. Manakala perolehan angka genap pula, kumpulan tersebut
dikehendaki mara ke hadapan. Mana-mana kumpulan yang paling awal sampai dikira pemenang.
Kebiasaannya, bila mara ke hadapan, setiap ahli kumpulan akan membuka langkah yang
luas.manakala ketika mundur pula, kebiasaannya mereka akan kecilkan langkah mereka.
Moralnya, inilah lumrah dunia. Jika menguntungkan manusia, mereka akan cepat-cepat ingin
mencapainya. Tapi bila merugikan, mereka cuba mengelakkannya.

MODUL 6 : main lego!
setiap kumpulan akan diberikan satu set lego dan mereka dikehendaki membina satu monument
yang mereka fikirkan sesuai sebagai lambing kebanggaan kumpulan mereka. Kemudian, semasa
membina monument tersebut, fasdilitator akan memberi sekeping kertas yang mempunyai monbor
0 hingga 6 kepada beberapa orang ahli dalam kumpulan itu. Mana-mana ahli yang mendapat
nombor 0, mereka ditugaskan untuk menjadi pengkhianat dalam kumpulan dengan mengagalkan
tugasan kumpulan. Bilangan pengkhianat adalah bergantung kepada kebarangkalian kumpulan
tersebut mendapat nombor 0. manakala peserta yang memegang nombor 1 hingga 6 pula,
mereka dikehendaki menjadi mengintip dalam mengenalpasti siapakah di antara ahli kumpulan
yang menjadi pengkhianat. Seterusnya mereka dibenarkan untuk mendakwa dan membuat
pertuduhan kepada mahkamah yang diwakili oleh pihak fasilitator. Setelah selesai monument,
semua kumpulan dikehendaki menyerahkan hasil kerja mereka kepada pihak fasilitator dan
dipamerkan dihadapan semua kumpulan. Setelah semua monument dikumpulkan, kumpulan-
kumpulan dikehendaki mengambil monument dari kumpulan lain yang telah ditetapkan oleh
fasilitator dan mereka dikehendaki merombakkan hasil monument kumpulan tersebut dan
membinanya kembali sebagaimana asal. Tugas mengintip pengkhianat masih diteruskan. Setelah
pembinaan semula siap, semua monument dikehendaki dikumpulkan dihadapan. Setelah itu,
kumpulan asal monument akan menilai tahap kejayaan kumpulan lain membina kembali
monument mereka. setelah semuanya selesai,peserta-peserta yang dituduh sebagai pengkhianat
akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan melalui proses pendakwaan. Moral dari modul ini.
Dalam melakukan kerja berkumpulan kita disarankan agar tidak mempunyai buruk sangka kepada
ahli kumpulan kita. Bahkan utamakan kepada memfokus kerja yang diberikan. Sebenarnya, di
dalam modul ini, tidak ada seorang pun peserta yang menerima nombor 0!!tapi ada kumpulan
yang mempunyai sehingga 3 yang didakwa sebagai pengkhianat!!

MODUL 7 : rahsia tong sampah
setelah melalui beberapa modul, kini jumlah markah terkumpul setiap kumpulan telah diperolehi.
Walau bagaimanapun, setiap kumpulan masih dibenarkan untuk menambah jumlah mata yang
mereka perolehi. Caranya ialah dengan mengenalpasti kandungan barang yang ada di dalam tong
sampah yang akan ditunjukkan oleh fasilitator. Hanya seorang wakil bagi setiap kumpulan
dibenarkan untuk membuat pengecaman itu. Setelah membuat pengecaman, wakil kumpulan
dikehendaki kembali kepada kumpulan masing-masing dan menjelaskan kepada rakan mereka
tentang kandungan di dalam tong sampah itu. Mereka pasti akan memberi jawapan tiada apa-apa
yang ada di dalam tong sampah itu dan itulah hakikatnya. Seterusnya mereka dikehendaki
menyenaraikan sebanyak mungkin faedah yang boleh dihasilkan dari tong sampah. Dan setiap
satu faedah, akan diganjari dengan 10 mata. Di akhir sesi, beberapa kesimpulan dapat difahami.
di antaranya, manusia terlalu tamak untuk kaya dan banyakkan harta. Mereka sanggup lakukan
apa sahaja termasuk mengiyakan sesuatu sebagai baik dan mempunyai banyak faedahnya
walaupun tong sampah hanyalah berfungsi sebagai tempat menyimpan sampah!!

MODUL 8 : buta, celik semula
peserta dipasangkan. Seorang bertindak sebagai sibuta dengan mata diikat dengan kain.
Manakala seorang lagi bertindak sebagai pemandu kepada si buta. mereka berdua akan melalui
perjalanan yang cukup mencabar. Melalui jalan raya, kolam lumpur, mendaki bukit dan
menuruninya. Mereka terlebih dahulu diberi masa untuk berbincang secara sepakat tentang
isyarat yang akan digunakan disepanjang penjelajahan mereka. Setelah mengharungi lebih sejam
peralanan, di mana semua pasangan telah tiba di dewan atau di satu lokasi lapang, kedua
pasangan si buta dan pemandu diarahkan untuk diasingkan. Sibuta berada di sebelah kanan dan
si pemandu berada di sebelah yang lain. Setelah itu, dalam keadaan si buta masih belum lagi
dibukakan matanya, si pemandu di kehendaki membunyikan satu suara untuk dicam oleh sibuta.
Jika sibuta berjaya membuat pengecaman, mereka berdua dibenarkan untuk bersama.
Seterusnya, bagi pasangan yang masih belum dapat bersama, sibuta dibenarkan pula untuk
memeluk sipemandu untuk membuat pengecaman secara sentuhan fizikal.setelah berjaya
membuat pengecaman, barulah kain penutup mata sibuta dibenarkan untuk dibuka. Dan si buta
akhirnya mampu kembali melihat dunia.

Anda mungkin juga menyukai