Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : SYAHADAH OBJEKTIF : 1. Peserta boleh mengucapkan dua kalimah syahadah. 2.

Peserta memahami perkara yang membatalkan syahadah seperti syirik, kufur, khurafat dan sihir. 3. Murid mengesahkan dan meyakinkan dengan kalimah syahadah yang diucapkan. 4. Peserta menjadikan syahadah sebagai doa pelindung diri. MASA : 60 Minit BAHAN-BAHAN : Kertas Mahjung,Gambar ( menyembah berhala,Gereja,Kuil,ajaran sesat,tangkal,khurafat,sihir dan sebagainya. LANGKAH : 1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil 2. Setiap peserta dikehendaki untuk mengucapkan kalimah syahadah di hadapan fasilitator. 3. Fasilitator membetulkan kalimah syahadah sekiranya ada peserta yang tidak tahu. 4. Fasilitator mengedarkan gambar-gambar kepada peserta. 5. Perbincangan fasilitator bersama peserta berdasarkan gambar. 6. Majlis syahadah : Murid akan berjabat tangan dengan fasilitator dan mengesahkan syahadahnya dengan bersaksikan rakan dalam kumpulan. 7. Peserta menulis kalimah syahadah dan pengertiannya di atas kertas mahjung. 8. Seterusnya membaca membaca kalimah syahadah beramai-ramai dalam kumpulan masingmasing. 9. Fasilitator memproses refleksi dan rumusan bersama peserta-peserta. REFLEKSI/RUMUSAN 1. Setiap Orang Islam wajib mengesahkan kalimah syahadah 2. Setiap orang Islam wajib menjauhkan diri dari perkara seperti syirik,kufur,kurafat dan sebagainyayang boleh memesongkan akidah. 3. Kita perlu sentiasa mengingatkan diri kepada Allah dan Rasul.

Anda mungkin juga menyukai