Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN BELAJAR

1.0 SINOPSIS MODUL


Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan
seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya?
Setiap orang mempunyai potensi dan kebolehan yang tersendiri dalam
meningkatkan kemahiran belajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian.
Kemahiran belajar yang baik perlu diikuti dengan adanya matlamat yang jelas dan
boleh dicapai, sama ada jangka panjang ataupun jangka pendek. Selain menetapkan
matlamat, proses yang mengiringinya juga adalah penting supaya ia dapat dinilai dan
diperbaiki jika terdapat kekurangan dan diteruskan apabila mempunyai kelebihan.
Kemahiran belajar termasuklah penggunaan kaedah mengingat, menyampaikan
maklumat, kefahaman, berfikir secara kreatif dan kritis seperti yang terdapat dalam
pelaksanaan modul.
Kemahiran belajar yang berkesan juga memerlukan motivasi diri yang tinggi agar
seseorang individu itu mempunyai keyakinan dan kesungguhan dalam proses belajar.
Kemahiran belajar ini penting dipelajari agar dapat bersaing dengan orang lain untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi
untuk memperoleh kemahiran belajar secara berkesan. Seseorang itu perlu
mempunyai matlamat yang boleh diukur, kesungguhan bagi mencapainya serta fokus
terhadap apa yang dipelajarinya. Selain itu, perlulah patuh dan taat kepada suruhan-
Nya agar apa yang dipelajari diberkati dan direstui Allah s.w.t.

2.0 SASARAN :
Peserta yang terlibat dalam menjalankan aktiviti modul ini ialah dalam lingkungan
umur 21 sehingga 26 tahun. Mereka merupakan anggota ahli kelompok makmal 7.
modul ini juga sesuai dipraktikkan untuk semua lapisan masyarakat terutamanya
kepada para pelajar sekolah sehinggalah ke peringkat dewasa.

3.0 OBJEKTIF :
Melalui aktiviti yang dijalankan ini, diharap para peserta akan dapat;
3.1 Berfikir secara kreatif dan kritis dalam melakukan sesuatu perkara.
3.2 Menggunakan kebijaksanaan bagi menyelesaikan apa jua pekerjaan, tidak kira
sama ada susah mahupun senang.
3.3 Menyedari bahawa masa begitu penting dalam kehidupan harian. Ketepatan masa
perlu dipatuhi agar dapat membentuk disiplin diri.
3.4 Meningkatkan perhubungan yang positif di antara ahli-ahli kelompok.
3.5 Menyedari pentingnya kemahiran menyampaikan maklumat yang betul supaya
tidak berlaku perselisihan dan kesilapan.
3.6 Menyedarkan kepada para peserta bahawa setiap orang ada keupayaan dan
potensi diri masing-masing.
3.7 Memupuk sikap bekerjasama di antara satu sama lain.

4.0 KAEDAH MODUL :


4.1 Permainan
4.2 Pembentangan

5.0 ALAT / BAHAN :


5.1 Kertas lampiran Kreatif Minda (KM)
5.2 Petikan Four In One (FIO)
5.3 Kertas A4
5.4 Kad manila
5.5 Alat tulis

6.0 MASA:
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini mengambil
masa lebih kurang 1 jam 20 minit bagi menghasilkan satu permainan yang dapat
mencapai objektifnya.

7.0 PROSEDUR MODUL:

Aktiviti 1: Rantaian Kasih


Matlamat: Supaya peserta dapat menguatkan ingatan dan merapatkan hubungan
sesama semua peserta.
Objektif : 1. Menguatkan ingatan para peserta.
2. merapatkan hubungan antara peserta
Masa : 30 minit
Kaedah Pelaksanaan :
1. Peserta duduk di dalam bulatan.
2. Fasilitator meminta peserta menyatakan satu barang kesukaan setiap seorang dan
barang tersebut tidak sama antara satu sama lain.
3. Fasilitator meminta peserta pertama di sebelah kanannya memberitahu barang
kesukaannya.
4. Peserta kedua memberitahu barang kesukaannya dahulu, kemudian menyatakan
barang kesukaan peserta pertama dan barang kesukaannya sekali lagi.
5. Peserta ketiga memberitahu barang kesukaannnya terlebih dahulu, diikuti dengan
barang kesukaan peserta pertama, kedua dan dirinya. Seterusnya bergilir-gilir
sehingga semua ahli terlibat.
6. Fasilitator mengulas tingkah laku yang berlaku dan memberi pengukuhan kepada
tingkah laku positif.

Aktiviti 2: Kreatif Minda (KM)


Matlamat: Supaya peserta dapat menggunakan akal untuk menghasilkan kreativiti
mereka.
Objektif : 1. Melahirkan idea yang kreatif
2. Menggunakan minda dengan berkesan
3. Perlunya penggunaan minda dalam kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif
Bahan : Kertas lampiran KM
Masa : 30 minit
Kaedah Pelaksanaan:
1. Fasilitator memastikan peserta berada dalan keadaan bersedia.
2. Fasilitator mengedarkan lampiran KM 1
2.1 Fasilitator meminta peserta membaca arahan dan menjelaskan tentang arahan
tersebut.
2.2 Peserta hendaklah melakukan sebarang bentuk lukisan di dalam bulatan sahaja
(10 minit)
2.3 Peserta dikehendaki menamakan lakaran yang dihasilkan seperti Donat,
pinggan, wajah dan lain-lain.
3. Fasilitator mengedarkan lampiran KM 2
3.1 Fasilitator meminta peserta membaca arahan dan menjelaskan arahan tersebut.
3.2 Peserta hendaklah melakarkan sebarang bentuk lukisan di luar bulatan sahaja
(10 minit)
3.3 Peserta dikehendaki menamakan lakaran yang dihasilkan seperti kuali, cincin,
belon, cermin mata, anak ayam dan lain-lain.

Aktiviti 3: Four In One (FIO)


Matlamat: Supaya peserta dapat mendengar, menerima, mencatat dan menyampaikan
maklumat dengan tepat, jelas dan betul
Objektif : Pada akhir aktiviti, peserta mendapat kemahiran menerima, mencatat dn
menyampaikan sesuatu mesej yang jelas dan tepat.
Bahan : Petikan FIO, kertas, kad manila dan alat tulis
Masa : 40 minit
Kaedah Pelaksanaan:
1. Fasilitator mengarahkan peserta berada dalam kumpulan masing-masing.
2. Fasilitator menerangkan bagaimanakah aktiviti ini dijalankan
2.1 Ketua kumpulan akan diberi satu mesej (Lampiran FIO).
2.2 Ketua kumpulan dikehendaki membaca dan mengingati isi mesej tersebut.
2.3 Fasilitator mengambil petikan FIO dan ketua kumpulan diminta membisikkan isi
mesej kepada peserta kedua dalam kumpulannya.
2.4 Peserta kedua akan mencatat isi mesej dan menyampaikan kepada orang ketiga.
2.5 Peserta ketiga akan mengingat dan menyampaikan mesej kepada peserta keempat.
2.6 Aktiviti 2.5 diulang hingga peserta akhir.
3. Selepas peserta terakhir menerima mesej dia dikehendaki tampil ke hadapan dan
mencatat di atas kad manila.
4. Fasilitator menampalkan kad manila kumpulan di papan tulis.
5. Fasilitator membacakan petikan sebenar dan minta peserta membuat
perbandingan dengan hasil catatan peserta terakhir setiap kumpulan.

8.0 FALSAFAH :
1. Berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Idea dan Pemikiran kreatif dan kritis merangsang minda ke arah pemikiran yang
lebih luas.
3. Kita mesti berani dan yakin untuk mengeluarkan idea-idea yang kreatif.
4. Tumpuan yang baik dan bersungguh-sungguh adalah penting dalam proses
pembelajaran.
5. Penyampaian yang jelas memberi kefahaman yang berkesan.
6. Kemahiran mendengar, mengingat, mencatat dan menyampai maklumat perlu
dipelajari dan dipupuk.

9.0 PENGAJARAN DAN KESIMPULAN :


Melalui pembentangan modul dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para peserta
diharapkan dapat menganalpasti kebolehan yang ada pada diri masing-masing bagi
mencapai sesuatu mallamat.
Kebolehan bagi membentuk diri menjadi insan yang kreatif dan kritis boleh
diasah melalui pengalaman dan pengetahuan. Tanpa kesungguhan, keberanian dan
disiplin yang tinggi, peserta tidak dapat menjadi insan yang cemerlang dan seimbang.
Selain itu, peserta juga diharap dapat menyelesaikan segala masalah menggunakan
kebolehan mereka sendiri dan yang paling utama mereka tidak mudah berputus asa.
Lampiran KM 1

Bulatan – tambahan di dalam bulatan


Lampiran KM 2

Bulatan – tambahan di luar bulatan


Lampiran FIO

Anak Pak Awang barnama Dayang.


Dayang disuruh ke kedai membeli roti Gardenia, rojak buah, air kacang, ikan bilis dan
kicap Cap Belalang.
Dalam perjalanan pulang, dia dikejar angsa Pak Alang. Dayang lari lintang pukang lalu
masuk longkang di tepi padang yang dipenuhi lalang. Apalah nasib Dayang yang
sungguh malang.

Anda mungkin juga menyukai