Anda di halaman 1dari 6

MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA

Nama aktiviti: Seharian Dalam Kehidupan Saya

Masa: 1 jam

Bahan: Kertas A4, borang pengurusan masa, pen.

Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat:

1. membuka minda dan fikiran tentang pentingnya pembahagian masa mengikut kepentingan.

2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan mengutamakan tugasan yang segera dan
penting.

3. Menguruskan kehidupan harian dengan baik dan sistematik.

Prosuder :

1. Fasilitator mengedar kertas A4, pen dan boring pengurusan masa kepada setiap peserta.

2. Fasilitator memberi penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan.

3. Peserta dikehendaki mengisi borang yang telah diedarkan.

4. Setelah selesai mengisi borang, setiap peserta menyampaikan kepada ahli kelompok
berkaitan engan jadual yang telah diisi.

5. Setelah setiap peserta mengambil bahagian, para peserta berbincang antara mereka
berkenaan kepentingan keutamaan aktiviti seharian.6. Peserta dikehendaki berbincang antara
mereka berkenaan pengurusan masa dari sudut akademik dalam aktiviti seharian.

7. Hasil perbincangan, peserta dikendaki membuat jadual aktiviti seharian mereka. Jadual
tersebut akan menjadi rujukan sepanjang kehidupan seharian mereka.

8. Fasilitator membuat rumusan berkaitan kepentingan pengurusan diri dan masa mengikut
kepentingan-kepentingan.
Lampiran

Borang Pengurusan Masa

SEGERA TIDAK SEGERA

PENTING

TAK
PENTING
MODUL AKTIVITI KEIMPINAN

Nama Aktiviti : Menara Impian

MASA: 60 minit

ALATAN: Kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen

marker, dan gunting.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat:

1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan


tugas dan tanggungjawab yang diarahkan.
2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan
melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai.

PROSEDUR :

1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek :

~ Keselamatan

~ Pengurusan masa

~ Keunikan menara yang dibina

~ Kerjasama ahli kumpulan

3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan dalam

masa 45 minit.

4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan

dipertandingkan.
FALSAFAH :

1. Usaha Tangga Kejayaan.

2. Berstu Teguh Bercerai Roboh.

3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian.

5. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita.

6. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik

Anda mungkin juga menyukai