Anda di halaman 1dari 52

KURSUS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN PERINGKAT PERTENGAHAN

Modul 7 BIMBINGAN DAN KAUNSELING Masa: 2 Jam


1

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bimbingan dan Kaunseling mempunyai perkaitan yang rapat dengan persepsi seseorang.

Bagaimana anda melihat serta mentafsir sesuatu perkara berdasarkan pengalaman dan kepercayaan serta pegangan nilai.
2

Apa itu persepsi

Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi


Latarbelakang Pengalaman Kepercayaan Pegangan nilai
3

Faktor yang mempengaruhi ketidaktepatan persepsi


Kita mudah terpengaruh dengan sesuatu yang ketara atau menonjol Contoh: Apabila dua orang murid bergaduh, adalah kurang adil menyalahkan murid yang mula melepaskan penumbuknya. Kemungkinan murid yang seorang lagi bertanggungjawab kerana mengejek atau tidak mahu bekerjasama
4

Kita lebih cenderung kepada tanggapan pertama (First Impression)


Contoh: Anda ingin meminjam beberapa buah buku cerita kepunyaan seorang rakan tetapi tidak dibenarkan. Adalah tidak wajar beranggapan rakan anda itu kedekut atau sombong kerana beliau mungkin belum membacanya.
5

Kita sering menyangka orang lain adalah seperti kita.


Contoh: Anda mengusik dan berseloroh dengan teman sebilik kerana menyangka beliau boleh menerima usikan tersebut. Teman anda merajuk dan tidak mahu bertegur sapa dengan anda kerana tersinggung dengan katakata yang diucapkan. Beliau tidak boleh menerima usikan tersebut.
6

Kita lebih kerap cenderung menerima tanggapan yang negatif.


Contoh: Anda menerima maklumat mengenai seorang pelajar yang dikatakan tampan, rajin, bijak, jujur dan kadangkala sombong. Anda akan lebih terpengaruh dengan perkataan sombong tanpa mengambil kira ciriciri positif yang ada.
7

Kita mudah menyalahkan pihak yang lemah.


Contoh: Anda memarahi murid serta menganggapnya tidak berhati-hati kerana menumpahkan air. Apabila anda sendiri menumpahkan segelas air kopi anda akan berkata tidak sengaja.
8

Rumusan Persepsi 1
Persepsi mempunyai pengaruh yang sangat kuat dengan kaunseling. Berjaya atau gagalnya sesuatu sesi kaunseling bergantung juga kepada tahap kawalan persepsi tenaga profesional yang mengendalikan sesi tersebut.
9

Rumusan Persepsi 2
Persepsi yang negatif banyak mempengaruhi perasaan dan cara anda bertindak. Seterusnya perasaan dan tindakan yang negatif meninggalkan kesan tidak sihat dalam hubungan kaunseling.
10

Rumusan Persepsi 3
Ketidaktepatan persepsi boleh mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan proses kaunseling.

11

Rumusan Persepsi 4

Untuk memastikan seorang kaunselor dapat melaksanakan tugasnya dengan lebih berkesan beliau perlu mengawal persepsi diri.

12

Rumusan 5
Seorang kaunselor perlu melihat dengan hati dan perlu mendengar dengan hati.

13

PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bimbingan dan kaunseling pada umumnya adalah suatu proses untuk menolong individu bagi memahami diri dan dunianya.

14

Apa itu bimbingan?

Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuannya supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidupnya serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.
15

D.W. Lefever (1991)

Apa itu bimbingan?


Bimbingan ialah bantuan yang diberikan kepada seseorang individu untuk menentukan matlamat-matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu. Alice Crow (1964)
16

Apa itu bimbingan?


Bimbingan adalah suatu proses yang membantu individu-individu memahami diri mereka dan dunia mereka.
Shertzer dan Stone (1981)
17

Rumusan Bimbingan
Bimbingan adalah merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Seseorang murid itu pada ketika yang tertentu memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan. Menolong individu menyedari kelemahankelemahan dirinya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatan dirinya sama ada dari segi moral, rohani dan jasmani.
18

Individu boleh dibantu oleh pembimbing atau Guru Bimbingan untuk menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri mereka.

19

Tujuan bimbingan
1. Membantu murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik. 2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.
20

3. Mengenalpasti kesulitan-kesulitan yang menggangu pencapaian akademik murid-murid. 4. Membantu murid yang kurang upaya mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperolehi pencapaian yang lebih baik.
21

5. Membentuk sifat-sifat sosial yang positif. 6. Membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta kelemahan-kelemahan diri. 7. Menolong murid membina tabiat kerja yang baik.
22

8. Menolong murid mengembangkan secara seimbang JERI. 9. Membentuk murid yang stabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia. 10. Membentuk murid yang berkebolehan berfikir secara rasional.
23

11. Menolong murid memahami sesuatu masalah dari sudut yang luas. 12. Menolong murid memperolehi kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalah. 13. Menolong murid membuat keputusan yang bijak dalam pelbagai situasi hidupnya.
24

14. Menolong murid memperolehi kemahiran berkomunikasi. 15. Menolong murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya. 16. Mengadakan kem-kem motivasi dari masa ke masa. 17. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka.
25

Pengertian Kaunseling
Perhubungan bersemuka. Perhubungan yang disifatkan sebagai hormat-menghormati, komunikasi yang berkesan, penerimaan klien secara tulen. Perhubungan unik yang menggalakkan kebebasan pemikiran dan pernyataan perasaan klien.
26

Perhubungan yang menggalakkan perkembangan dan perubahan diri. Proses di mana klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimiliki dan apa yang tidak dimilikinya.

27

DEFINISI KAUNSELING 1
Kaunseling ditakrifkan sebagai proses menolong seseorang individu yang menghadapi masalah psikologi oleh seseorang kaunselor profesional.

28

DEFINISI KAUNSELING 2
Kaunselor menolong kliennya menghadapi, memahami dan menerima maklumat tentang dirinya sendiri dan interaksinya dengan orang lain.
29

DEFINISI KAUNSELING 3
Murid membuat pertimbangan dan mengambil keputusan yang berkesan terhadap pelbagai pilihan hidup

30

Tujuan Kaunseling
Menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh individu dari segi jangka pendek. Memperkembangkan kefahaman. Mempercepatkan perubahan tingkah laku. Meningkatkan keupayaan. Membuat keputusan yang bijaksana.
31

Bertindak secara logik. Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan. Membuat penyelesaian sosial, peribadi dan intelek.

32

Mewujudkan perhubungan yang sihat Menentukan nilai-nilai hidup. Membiasakan diri dengan hidup berdisiplin. Menganalisis tingkah laku.

33

Jenis-jenis Kaunseling
Kaunseling Kaunseling Kaunseling Kaunseling Kaunseling individu kelompok rakan sebaya ibu bapa guru-guru

34

Kaunseling Individu
Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia. Menyediakan situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali diri, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri sendiri.
35

KAUNSELING KELOMPOK
Pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai hubungan psikologi di antara satu sama lain. Satu proses antara individu yang dinamik yang mementingkan fikiran dan tingkahlaku secara sedar.

36

KAUNSELING RAKAN SEBAYA


Pembimbing rakan sebaya merupakan khidmat sokongan kepada perkhidmatan kaunseling. Satu tenaga positif untuk program bimbingan murid yang mungkin sukar didampingi oleh guru kerana di setiap sekolah memang wujud sekumpulan kecil pelajar yang tidak boleh menerima hubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah. 37

KAUNSELING RAKAN SEBAYA


Golongan atau peringkat umur yang sama membolehkan komunikasi lebih berkesan (masalah mudah difahami).

38

KAUNSELING GURU- IBUBAPA


Kaunseling guru ibu bapa adalah merupakan satu bentuk perbincangan atau komunikasi dua hala. Mencari kebaikan bersama terutama sekali dalam membendung sesuatu masalah yang berlaku dalam konteks sistem pendidikan khas.
39

KAUNSELING GURU-GURU
Kaunseling guru guru melibatkan antara guru-guru khas dan boleh juga di kalangan warga sekolah (pihak pentadbir / kaunselor sekolah) dalam segala hal.

40

KAUNSELING GURU-GURU
Khidmat bimbingan dan kaunseling guru guru ini dapat meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya serta mewujudkan hubungan yang baik, seterusnya dapat meningkatkan mutu kerja.

41

STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bimbingan dan kaunseling boleh membantu dari aspek:
Masalah emosi Sosial Kerjaya Seksual
42

STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING ASPEK: EMOSI (Kaedah Individu) Masalah: Kurang keyakinan diri (Contoh Perlaksanaan) 1. Memanggil murid berkenaan 2. Menunjukkan gambar orang yang berjaya dalam bidang tertentu 3. Bersoaljawab dan berbincang mengenai gambar dan keyakinan yang dicapai 4. Mengajukan beberapa soalan membina yang boleh membangkitkan semangat keyakinan diri
43

STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING ASPEK: EMOSI (Kaedah Kelompok)

Masalah: Takut pada lembaga (Contoh Perlaksanaan)


1. 2. Kaunselor dan murid bermasalah tersebut duduk bersebelahan. Dalam masa yang sama kaunselor mengarahkan seorang rakan sebaya yang bertopeng muncul dan menghampiri mereka berdua dan duduk bersebelahan kaunselor. Kaunselor perlu menunjukkan mimik muka yang biasa apabila melihat kemunculan murid yang bertopeng tersebut. 44

3.

STRATEGI BIMBINGAN DAN KAUNSELING ASPEK: EMOSI (Kaedah Kelompok)


4. Sekiranya klien menunjukkan rasa takut kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa dalam pelbagai situasi seseorang itu perlu mengawal perasaannya. Kaunselor berbincang dengan klien cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Kaunselor juga boleh mengarahkan rakan sebaya membuka topeng dan memberikan kepada klien untuk bermain atau memakainya. 45

5. 6.

Kajian Kes
Seorang ibu mempunyai seorang anak yang mengalami masalah Sindrom Down. Kini ibu tersebut sedang mengandung. Si ibu mengalami gangguan emosi dan beranggapan anak yang dikandungi juga mengalami kecacatan yang sama. Bagaimanakah anda mengendalikan sesi kaunseling kepada ibu tersebut?
46

KUIZ: SOALAN 1
Bimbingan dan kaunseling merupakan satu proses seseorang kaunselor menolong kliennya kecuali : (A) melayani keperluan-keperluan pelajar supaya ia berkembang dengan kadar yang sepatutnya (B) menolong individu menyedari kelemahankelemahan dirinya (C) menetapkan keputusan yang akan diambil 47 oleh kliennya

KUIZ: SOALAN 2
Apakah khidmat bimbingan dan kaunseling yang sesuai bagi sekumpulan pelajar yang tidak boleh menerima hubungan dengan orang dewasa dan pihak berkuasa sekolah? (A) (B) (C) (D) Kaunseling individu Kaunseling rakan sebaya Kaunseling kelompok Kaunseling hukuman dan

48

KUIZ: SOALAN 3
Apakah kriteria utama yang perlu diambilkira semasa mengendalikan sesi kaunseling guru-ibubapa? (A) Berprasangka buruk (B) Menghargai pendapat orang lain (C) Menghasut

(D)

Memfitnah
49

KUIZ: SOALAN 4
Apakah bidang kerjaya yang tidak sesuai dengan murid-murid berkeperluan khas ? (A) Pelayan restoran makanan segera (B) Pekerja di kedai dobi (C) Pengemas bilik hotel (D) Penganalisis data
50

KUIZ: SOALAN 5
Manakah antara yang berikut merupakan aktiviti yang tidak sesuai dijalankan semasa mengendalikan aktiviti kaunseling terhadap muridmurid yang mengalami masalah sosial? (A) (B) (C) (D) Lawatan Kerja projek individu Perkhemahan Bergotong-royong

51

RUMUSAN
Adalah diharapkan bimbingan dan kaunseling dapat membantu guru melaksanakan tugasannya dengan lebih berkesan . Pelajar dapat dibimbing untuk membuat keputusan sendiri dalam aspek keyakinan diri untuk kehidupan yang lebih 52 bermakna.

Anda mungkin juga menyukai