Anda di halaman 1dari 2

Gerko Bola Tampar telah banyak memberikan manfaat kepada saya.

Pelbagai pengalaman telah saya kutip sepanjang mengambil mata pelajaran gerko ini. Pengalaman yang didapati di institut ini dapat digunakan pada masa-masa akan datang terutamanya semasa di sekolah. Selain daripada itu, ia sedikit sebanyak

membantu meningkatkan lagi kemahiran saya dalam sukan dan permainan bola tampar yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

Sepanjang saya mengikuti mata pelajaran permainan bola tampar ini, saya dapati banyak aspek positif dan negatif yang dapat dikategorikan. Di sini saya telah membuat refleksi daripada pengalaman sepanjang penglibatan dalam permainan bola tampar.

Sebagai guru pelatih di institusi ini, adalah wajar untuk saya mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum melangkah ke alam persekolahan. Sukan dan permainan merupakan aspek yang penting untuk diceburi sama ada secara serius mahu pun tidak oleh seseorang individu secara disedari atau pun tidak. Akademik dan permainan harus seiring bagi memastikan seseorang individu itu sihat secara fizikal dan rohani. Lantaran itu, setiap guru pelatih perlu dibekalkan dengan ilmu sukan dan permainan ini agar dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Seterusnya dapat membantu melahirkan generasi yang sihat dan cerdas dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Di sampin itu, Puan Choong Sook Khim selaku pensyarah pembimbing Bola Tampar telah banyak mengajar dan membimbing kami semasa aktiviti GERKO dijalankan. Bermula daripada sesi pengajaran pertama hinggalah proses pertandingan bola tampar di samping kursus kejurulatihan banyak yang telah diajar kepada kami dan kami mendapat ilmu yang berguna daripada beliau.

Selain itu, saya telah belajar mengenai peraturan dan undang-undang permainan bola tampar. Saya sedar selama ini saya kurang memberi penekanan pada aspek peraturan dalam pemainan ini. Melalui kursus ini, saya dapati pengetahuan dan pemahaman saya dalam aspek ini berkembang. Saya mula faham tentang cara untuk menjadi pengadil bola tampar yang betul. Selain itu,saya dapati saya sudah mula memahami undang-undang dalam permainan ini. Saya yakin selepas ini, saya akan dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dalam pengadilan dan kepegawaian bola tampar.

Secara keseluruhan, sukan dan permainan bola jaring ini telah banyak mendidik saya sebagai guru pelatih dalam penganjuran sesuatu pertandingan. Seterusnya saya dapat menggunakan ilmu yang ada ini secara praktikalnya di sekolah yang saya akan ditempatkan disamping membantu memartabatkan sukan dan permainan dikalangan pelajar sekolah.

Anda mungkin juga menyukai