Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1

PENULISAN REFLEKSI INTERNSHIP KAUNSELING

KPR3012 – S SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR/ INTERNSHIP KAUNSELING


SEMESTER 2 SESI 2017/2018

NAMA : SYAZANIIRFAN BIN ZULKAFLI


NO.MATRIK : D20141066481
PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NORAINI BINTI MOHAMED NOH
1.0 PENGENALAN

Penulisan laporan atau refleksi ini merupakan salah satu medium yang ingin digunakan
oleh penulis agar pembaharuan dapat dijalankan. Internship kaunseling adalah subjek yang wajib
di ambil oleh semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling pada semester 7.
Internship kaunseling akan memberi peluang kepada mahasiswa berada di setting sebenar
persekolahan. Perjalanan internship kaunseling adalah selama 16 minggu atau 4 bulan. Penulis
telah menjalankan internship kaunseling di salah sebuah Sekolah luar Bandar dalam Daerah
Teluk Intan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia. Sekolah ini merupakan sekolah
harian biasa yang pelajarnya hanya seramai 426 orang dan mempunyai pelbagai bangsa dan 41
orang guru.

Penulis juga ditempatkan di sekolah tersebut bersama- sama dengan 8 orang guru pelatih
lain yang berlainan krusus. Namun begitu, kaunselor tetap di sekolah tersebut adalah seramai dua
orang. Hal ini berkemungkinan disebabkan lebihan kaunselor di daerah teluk intan. Hal ini
sedikit sebanyak membantuk kaunselor pelatih dalam menjalankan internship kaunseling
disebabkan menerima bantuan dari dua orang kaunselor tetap yang mempunyai pengalaman yang
luas. Pejalanan internship kaunseling berjalan dengan baik pada awal pendaftaran kaunselor
pelatih di mana, kaunselor pelatih diberi ruang untuk memperkenalkan diri, peluang ini di ambil
sepenuhnya oleh kaunselor pelatih dengan memperkenalkan diri dan menceritakan serba sedikit
berkaitan dengan tugasan yang perlu dipenuhi oleh kaunselor pelatih sepanjang 16 minggu di
setting latihan.

Sepanjang berada di sekolah kaunselor pelatih perlu melengkapkan tuntutan jam yang
telah dibahagikan kepada beberapa kategori sepertimana digariskan oleh pihak Jabatan Psikologi
dan Kaunseling. Antara pecahannya adalah kaunseling individu selama 130 jam, kaunseling
kelompok selama 62 jam, pengurusan dan pentadbiran selama 250 jam serta yang tuntutan
terakhir iaitu perlaksanaan program selama 60 jam. Secara keseluruhan kaunselor pelatih perlu
melengkapkan 562 jam secara bersemuka dalam masa 16 minggu berpraktikum.

Latihan internship kaunseling ini merupakan medium kepada kaunselor pelatih bagi
mengaplikasikan segala ilmu yang telah diperolehi selama 6 semester secara teori. Para murid
yang berada di sekolah merupakan mereka yang datangnya daripada pelbagai demografi yang
berbeza. Dengan kesempatan ini diharapkan proses pembelajaran secara konteks praktikal
apabila berhadapan dengan pelbagai kes yang setiap satunya mempunyai ciri keunikkannya yang
tersendiri. Kehadiran kaunselor pembimbing yang juga merupakan kaunselor tetap di sekolah
adalah bagi membantu kaunselor pelatih daripada segenap sudut dari bahagian pengurusan
sistem fail, pengurusan program serta perlaksanaan sesi kaunseling dan bimbingan.

Selain itu, kaunselor pembimbing turut di amanahkan bagi melakukan seliaan dalaman
sebanyak tiga kali mengikut pecahan penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan
Psikologi dan Kaunseling, UPSI. Praktikal pada semester 7 bagi semua murid ijazah pendidikan
baru sahaja dipraktikkan atas alasan yang tertentu oleh pihak universiti. Perubahan ini
menampakkan kesan yang positif bagi memastikan hasil keluaran UPSI mampu menjadi guru
yang berkesan apabila ditugaskan dilapangan sebenar.

Tanggal 3 Julai 2016 iaitu pada hari Isnin, saya bersama-sama dengan 9 orang guru
pelatih yang lain telah mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Setia, Teluk Intan. Pada hari pertama kami telah ditaklimatkan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran, Tn Hj. Wan Ahmad Ridzuan Azwa bin Wan Abdul Jalil dan Penolong Kanan
Kokurikulum, Tn Hj. Khuzaimi bin Mohd Nordin. Taklimat berkaitan tugas yang akan
dijalankan dan waktu perkhidmatan.

Dalam tempoh 16 minggu yang diberikan saya telah berjaya melengkapkan semua
tuntutan jam sepertimana yang dikehendaki. Ternyata pelbagai pengalaman telah saya timba
daripada kaunselor pembimbing, guru-guru, pihak pentadbiran sekolah serta para murid.
Pengalaman sebagai kaunselor pelatih tidak dapat saya lupakan dan ianya telah menjadi pencetus
kepada rasa cinta yang mendalam terhadap bidang kaunseling bagi membantu para murid yang
memerlukan.

Rasa ini semakin menebal apabila hasil daripada intervensi yang dijalankan sepanjang
berada di sekolah telah memberi impak yang positif kepada beberapa orang murid yang mana
kesnya dapat diselesaikan. Dalam masa 16 minggu yang diberikan ternyata ianya memberi
makna yang tersendiri kepada diri saya kerana medan internship ini telah memberi peluang
kepada saya bagi mempraktikkan segala kemahiran yang dimiliki di medan yang sebenar,
bersama klien sebenar dan isu yang sebenar.
2.0 MASALAH/ KENALPASTI ISU/ PENAMBAHBAIKAN/ RANCANGAN
TINDAKAN

2.1 Masalah/ Kenalpasti Isu/ Penambahbaikan/ Rancangan Tindakan 1

Kesemua kaunselor pelatih yang menjalankan intership kaunseling tidak akan terlepas
daripada isu atau masalah terutamanya ketika menjalankan sesi kaunseling. Terdapat banyak isu
yang dihadapi oleh kaunselor pelatih dalam proses menjalankan intership kaunseling ini. Antara
isu semasa menjalankan sesi kaunseling ialah berkaitan dengan pembinaan hubungan dengan
klien, dalam konteks ini proses pembinaan hubungan dengan klien amat berbeza ketika
kaunselor pelatih menjalankan latihan di universiti, hal ini demikian kerana peringkat umur yang
berbeza akan membezakan pemikiran seseorang itu, permasalahan kaunselor pelatih di sini ialah
dengan membina hubungan dengan baik terutamanya dengan pelajar perempuan. Mereka sukar
untuk menerima dan berkongsi latar belakang mereka kepada kaunselor pelatih. Perkongsian
mereka pula hanya dasar latar belakang mereka, sekiranya kaunselor pelatih bertanya dengan
banyak mereka tidak akan faham dan tidak akan menjawab dan mengambil keputusan untuk
berdiam diri.

Perasaan kaunselor pelatih ketika proses pembinaan hubungan berlangsung akan bermula
dengan semangat yang tinggi dan kaunselor pelatih telah cuba sedaya upaya untuk merendahkan
peringkat umur kaunselor pelatih sama dengan tahap klien. Namun begitu sukar untuk diterima
sepenuhnya oleh klien. Tidak dinafikan ada klien yang mudah untuk membina hubungan, akan
tetapi kaunselor pelatih bimbang terhadap klien yang sukar untuk menjalankan proses pembinaan
hubungan. Kaunselor merasakan proses pembinaan hubungan ini amat penting dalam proses sesi
kaunseling dan amat penting bagi membantu klien menyelesaikan masalah mereka. Ketika itu,
kaunselor pelatih hanya memikirkan unutk memberi keselesaan kepada klien agar proses
kaunseling dapat dijalankan dengan sempurna.

Permasalahan ini menjadi persoalan kepada kaunselor pelatih, kenapa pekara ini boleh
terjadi. Dengan itu kaunselor pelatih telah memikirkan permasalahan ini dan merasakan masalah
ini berpunca daripada kemahiran melayan kaunselor sendiri, kaunselor sebenarnya tidak boleh
mengunakan laras bahasa kongkrit terhadap pelajar sebaliknya kaunselor hendaklah
menggunakan laras bahasa yang lebih rendah selaras dengan pelajar tersebut. Selain itu,
kaunselor pelatih juga beranggapan permasalahan ini terjadi sisebabkan oleh klien bukan
sukarela untuk menjalankan sesi kaunseling malah hanya untuk mengambil kesempatan agar
tidak berada di dalam kelas ketika itu. Pekara ini akan menyebabkan klien tidak akan benar-
benar berada di dalam sesi tersebut dan akan bersikap sambil lewa dan menyukarkan proses
kaunselor untuk menajalankan proses pembinaan hubungan sebelum ke proses seterusnya.

Tanda tanya ini tidak terhenti disini, kaunselor pelatih terus memikirkan kenapa perkara
ini masih terjadi lagi. Permasalahan ini juga terjadai disebabkan oleh latar belakang klien yang
datang daripada keluarga yang luar Bandar, hal ini menyebabkan kurang pendedahan mereka
terhadap komunikasi dan proses pergaulan. Ini menjadikan klien sukar untuk berkomunikasi dan
menjadikan kensenyapan dalam proses kaunseling dan menyukarkan kaunselor pelatih untuk
membina hubungan dengan baik dengan klien.

Permasalahan yang dihadapi ini membawa klien untuk merujuk kepada kaunselor
pembimbing dan pensyarah penyelia. Terdapat beberapa saranan yang diberikan oleh kaunselor
pembimbing dalam proses membina hubungan dengan baik dengan klien. Pekara ini perlu diberi
penekanan oleh kaunselor pelatih disebabkan kaunselor pembimbing mempunyai pengalaman
yang lebih dan seringkali menjalankan sesi kaunseling dengan pelajar di sekolah itu. Antara
alternatif yang diberikan oleh kaunselor pembimbing dalam mengatasi permasalahan ini ialah
dengan mendekati pelajar tersebut sebelum sesi kaunseling dijalankan lagi bermakna ketika di
luar sesi dan di waktu persekolahan berjalan kaunselor pelatih perlu mendekati pelajar tersebut
dan sering mengajak klien tersebut berkomunikasi dengan kaunselor pelatih. Selain itu,
kaunselor pelatih juga menyarankan ketika proses kaunseling berlangsung jangan menggunakan
laras bahasa konkrit malah perlu menggunakan laras bahasa abstrak agar proses kaunseling dapat
dijalankan dengan lebih santai dan mendapat keselesaan klien.

Selain itu, kaunselor pelatih juga merujuk permasalahan ini kepada pensyarah penyelia.
Pensyarah penyelia menyarankan perkara yang sama seperti mana saranan yang diberikan oleh
kaunselor pembimbing da nada penambahan sedikit daripada pensyarah penyelia yang
mengatakan panggilan klien terhadap kaunselor pelatih boleh diubah daripada memanggil
“cikgu” ditukarkan kepada memanggil “abang” perkara ini dirasakan lebih memberikan
keselesaan kepada klien dan tidak timbul jurang yang jauh di antara klien dan kaunselor pelatih.

Perancangan yang dilakukan oleh kaunselor pelatih sendiri dalam mengatasi


permasalahan ini adalah dengan cara yang diberikan oleh kaunselor pembimbing dan pensyarah
penyelia. Alternatif yang diberikan oleh mereka tampak kesannya. Klien atau pelajar lebih selesa
dan lebih kerap ke bilik kaunseling. Selain itu, kaunselor pelatih juga lebih mesra terhadap
pelajar. Perancangan kaunselor pelatih juga untuk datang lebih awal dan berada di pintu pagar
sekolah dan ketika berada di situ kaunselor lebih mesra dan lebih bertegur lebih terhadap pelajar.
Pendekatan ini dipersetujui oleh kaunselor pembimbing dan pensyarah penyelia.

2.2 Masalah/ Kenalpasti Isu/ Penambahbaikan/ Rancangan Tindakan 2

Antara permasalahan lain yang dihadapi oleh kaunselor pelatih ketika menjalankan sesi
kaunseling ialah daripada kemahiran kaunselor pelatih sendiri dalam menjalankan sesi
kaunseling. Kemahiran yang dimaksudkan oleh kaunselor pelatih berkaitan dengan kemahiran
mengaplikasi teori dalam sesi kaunseling sama ada sesi kaunseling individu ataupun kelompok.
Proses aplikasi teori merupakan elemen terpenting di dalam kaunseling, hal ini demikian kerana
teori kaunseling merupakan tulang belakang dalam proses membantu klien menyelesaikan
masalahnya. Pekara ini memberikan kesan yang besar kepada kaunselor pelatih dan klien dalam
menjalankan sesi kaunseling. Namun begitu kemahiran-kemahiran lain kaunselor dapat
menjalankan dengan baik. Ketika berlangsungnya sesi kaunseling kaunselor tidak mahir dalam
memilih dan menyesuaikan teori dengan permasalahan klien. Selian itu, klien juga tidak mampu
mengikuti teknik daripada teori yang dipilih oleh kaunselor pealtih untuk diaplikasikan kepada
klien.

Permasalahan ini terjadi disebabakan kelemahan sendiri kaunselor pelatih yang kurang
berkemahiran dalam mengaplikasi teori. Selain daripada itu, kaunselor pelatih juga kurang
kemahiran dalam kesemua teori-teori asas berkaitan kaunseling. Hal ini lagi membimbangkan
kaunselor pelatih dalam menjalankan sesi kaunseling dan kesannya terhadap klien. Kesan yang
dimaksudkan adalah pada peringkat pertengahan yang mementingkan teori dalam mencari
alternatif terhadap proses penyelesaian masalah klien. Pada ketika ini kaunselor merasakan
masalah ini akan meninggalkan kesan kepada kaunselor dan klien.

Antara langkah penambahbaikan yang disarankan oleh kaunselor pembimbing ialah


dengan membuat ulangkaji ketika proses menyelesaikan permasalahan klien. Maksudnya selepas
peringkat penerokaan kaunselor pelatih perlu membuat ulangkaji berkaitan dengan masalah klien
dan mencari teori yang paling sesuai dalam mengaolikasi terhadap permasalahan klien. Hal ini
akan memeberikan persediaan awal kepada kaunselor pelatih untuk aplikasi teori. Saranan lain
yang diberikan oleh pensyarah penyelia lebih kurang seperti kaunselor pembimbing dan
menyarakan agar memberikan kerja rumah kepada klien untuk memudahkan lagi proses
kaunseling secara tidak langsung akan memberi usaha kepada klien untuk menyelesaikan
permasalahanya.

Perancangan yang dilakukan oleh kaunselor pelatih adalah dengan menyediakan rangka
teori untuk persediaan awal dalam menjalankan sesi kaunseling. Latihan yang berpanjangan juga
perlu kepada kaunselor pelatih untuk meningkatkan kemahiran dan secara tidak langsung tidak
menimbulkan kesenyapan ketika sesi kaunseling berlangsung. Perancangan lain yang
dirangkakan oleh kaunselor pelatih adalah dengan merujuk permasalahan klien kepada kaunselor
pembimbing atau pensyarah penyeliaan dan meminta saranan daripada mereka terhadap teori
yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

2.3 Masalah/ Kenalpasti Isu/ Penambahbaikan/ Rancangan Tindakan 3

Isu lain yang menjadi masalah kepada kaunselor ketika menjalankan sesi adalah
berkaitan dengan guru yang tidak mengetahui proses sesi kaunseling itu berlangsung. Hal ini
disebabkan terdapat beberapa orang guru yang tidak mengetahu bertapa pentingnya proses
kaunseling itu dengan semberono menganggu proses kaunseling dengan memasuki bilik sesi dan
memarahi pelajar dan memanggil pelajar untuk keluar dan meminta pelajar untuk ke kelas. Hal
ini sudah dimaklumkan di papan-papan kenyataan di bilik kaunseling berkaitan dengan proses
kaunseling dan etika di bilik kaunseling. Guru- guru tersebut merasakan sesi kaunseling yang
dijalankan tidak mendatangkan kesan kepada pelajar. Pekara ini bukanlah kesemua guru, namun
segelintir guru sahaja yang berfikiran sedemikian.

Permasalahan ini terjadi disebabkan guru-guru lain tidak mengetahui dan tidak pernah
ambil tahu bagaimana proses kaunseling itu berlangsung. Pendedahan secara langsung juga tidak
diberikan kepada guru –guru dan menyebabkan permasalahan ini terjadi. Selian itu, guru-guru
juga beranggapan setelah menjalankan kaunseling klien akan serta merta berubah menjadi baik.
Hal ini bertentangan dengan matlamat kaunseling yang berfokus untuk menyelesaikan
permasalahan klien secara berperingkat bukan secara mendadak. Untuk mengubah tingkah laku
bukanya satu pekara yang mudah malah memerlukan usaha daripada klien itu sendiri.

Daripada permasalahan itu, kaunselor pelatih telah merujuk kepada pekara ini kepada
kaunselor pembimbing. Banyak saranan dan nasihat yang diberikan oleh kaunselor pembimbing.
Kaunselor pembimbing menyatakan sikap guru di sekolah itu tidak berapa menerima kaunseling
di sekolah itu, mereka lebih mementingkan proses disiplin daripada kaunseling. Namun begitu,
kaunselor pembimbing meyatakan kaunselor pelatih perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan
oleh unit kaunseling terhadap pengambilan klien agar tidak mendatangkan kemarahan daripada
guru. Selain itu, kaunselor pelatih juga perlu memaklumkan kepada guru secara umum berkaitan
proses kaunseling dan sebab pelajar tersebut dipanggil. Saranan daripada pensyarah penyelia
pula menyatakan kaunselor pelatih perlu merangka satu program latihan dalam perkhidmatan
kepada semua guru-guru di sekolah tersebut dan memanggil beliau untuk memberi taklimat
penuh berkaitan kaunseling.

Perancagan yang dibuat oleh kaunselor pelatih pula diambil daripada saranan yang
diberikan oleh kaunselor pembimbing dan pensyarah penyelia. Namun kaunselor tidak merangka
program yang disaranakan oleh pensyarah penyelia disebabkan tidak mendapat kelulusan
daripada pihak pentadbiran. perancangan lain pula yang dijalankan oleh kaunselor pelatih adalah
dengan bersifat lebih mesra terhadap guru-guru agar mereka dapat menerima kaunseling di
sekolah tersebut. Daripada situ kaunselor pelatih lebih kerap membina hubungan dengan guru-
guru disekolah itu.
2.4 Masalah/ Kenalpasti Isu/ Penambahbaikan/ Rancangan Tindakan 4

Masalah seterusnya ketika sesi kaunseling berlangsung adalah berkaitan dengan


penerimaan klien menentang ( resistant ), kebanyakan klien ini merupakan klien yang dirujuk
oleh pihak disiplin. Klien ini menjalankan sesi kaunseling secara tidak rela. Menurut Gladding
(2003) klien – klien jenis ini terlibat secara aktif untuk mencari kaunselor tetapi tidak berharap
untuk melalui kesakitan daripada perubahan selepas melakukan sesi kaunseling. Selain itu, klien
ini juga akan melayan masalah tersebut secara sambil lewa. Klien ini juga tidak akan mengambil
sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Klien ini mempunyai ciri-ciri
yang dapat dikesan oleh kaunselor pelatih, antara cirinya ialah klien ini enggan bercakap, tidak
akan memberi kerjasama kepada kaunselor ketika sesi berlangsung, klien ini juga kerap
menggunakan helah bela diri dank lien juga akan cuba untuk memanipulasi kaunselor. Selain itu,
klien ini juga akan mengubah dan tidak menepati matlamat yang telah ditetapkan dan bersikap
datang lambat untuk menjalankan sesi.

Permasalahan ini terjadi disebabkan beberapa factor yang mempengaruhi. Seperti sedia maklum
klien yang menentang ini mempunyai ciri yang tidak berminat untuk mengubah dirinya. Hal ini
terjadi disebabkan klien menahan dirinya daripada dorongan yang bertentangan atau ketika
berhadapan dengan konflik dalaman. Selain itu, klien ini juga berminat untuk menjalankan sesi
kaunseling namun tidak berminat untuk melalui kepayahan untuk berubah. Sesetengah klien
enggan membuat keputusan, tidak berpengetahuan tentang masalah yang dihadapu dan tidak
mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalahnya.

Terdapat beberapa saranan yang diberikan oleh kaunselor pembimbing dan pensyarah
penyelia untuk menangani permasalahan ini. Antara saranan yang diberikan oleh kaunselor
pembimbing ialah dengan memperlahankan rentak kaunselor ketika sesi berlangsung agar tidak
memberi tekanan kepada klien. Selain itu, kaunselor pembimbing juga menyatakan kaunselor
perlu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih spesik agar tidak mendorong klien
menyimpang terlalu jauh. Saranan yang paling penting diberikan oleh kaunselor pembimbing
ialah mengelakkan daripada perselisishan pendapat.
Hal ini demikian kerana, perselisihan pendapat akan memberi tekanan kepada klien dan
akan menambah sikap tidak minat klien untuk berubah. Selain itu, kaunselor pelatih juga
merujuk permasalahan ini kepada pensyarah penyelia, pensyarah penyelia juga memberi
beberapa pendapat berkaitan masalah ini, dia mengatakan ketika berlangsungnya sesi kaunseling
cuba mengelakkan daripada menyalahkan keadaan , elak menyalahkan klien, elak menyokong
klien. Hal ini akan memberi kesan kepada klien dan kaunselor pelatih. Kaunselor juga perlu
menghormati pendapat dan keenganan klien untuk berubah agak klien akan sedar sendiri. Dalam
konteks ini kaunselor perlu mengelakkan diri daripada menyoal tetapi lebih kepada menunjuk
arah kepada klien.
Perancangan daripada kaunselor pelatih pula adalah dengan membina hubungan yang
baik dengan klien tersebut agar proses kaunseling lebih berjalan dengan lancar. Selian itu,
dengan cara itu, klien akan merasa bersalah sekiranya tidak mengikuti kehendak kaunselor
pelatih secara tidak langsung klien akan membina sendiri celik akal dalam diri mereka. Saranan-
saranan yang diberikan oleh pensyarah penyelia dan kaunselor pembimbing diambil oleh
kaunselor pelatih dan aplikasikan secara langsung berkaitan permasalahan klien.

3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, permasalahan yang dialami oleh kaunselor pelatih ketika


menjalanakn sesi kaunseling di sekolah akan memberikan kesan yang mendalam terhadap proses
pembelajaran kaunselor pelatih. Kepentingan dalam penulisan refleksi ini adalah untuk
penambahbaikan pada masa akan datang. Daripada penulisan ini juga kaunselor pelatih akan
melihat semula permasalahan tersebut dan mencari alternatif yang terbaik agar boleh digunakan
pada masa akan datang. Halangan yang wujud dalam sesi kaunseling adalah sesuatu yang perlu
dihadapi oleh kaunselor. Terdapat abanyak cara atau kaedah yang boelh digunakan oleh
kaunselor bagi mengatasi halangan-halanagn tersebut. Sebagai seorang kaunselor yang
professional juga, peranan dan tanggungjawab perlu dipikul sebaik mungkin bagi meningkatkan
mutu dan kualiti profession ini. Kaunselor juga perlulah bersedia untuk menghadapi masalah dan
cabaran walaupun ia sukar.
BIBLIOGRAFI

Mohd Aziz Shah Mohd Arip, Mohd Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed
Sofian Syed Salim, Md Noor Saper. (2009), Kemahiran Bimbingan & Kaunseling, Kuala
Lumpur : PTSProfessional.

Ibrahim Ahmad ( 2002 ), Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah


Rendah, Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia

Syazaniirfan bin Zulkafli ( 2017 ), Laporan Internship Bimbingan dan kaunseling,


Tanjong Malim : Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.

Othman Mohamad (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling.


Serdang.

Dipetik Dari Laman Sesawang :

http://www.academia.edu/30211168/ISUISU_DALAM_PERKHIDMATAN_KAUNSELING

https://www.scribd.com/doc/242627335/HALANGAN-DALAM-KAUNSELING

https://www.researchgate.net/profile/Sapora_Sipon/publication/280114661_Visi_dan_
Halatuju_Penyelidikan_dan_perkhidmatan_kaunseling_seting_pendidikan_di_malaysia/links
/55aaf41108ae481aa7fbcdaf.pdf

Anda mungkin juga menyukai