Anda di halaman 1dari 7

5.

PERANAN GURU BIASA DAN GURU KAUNSELING DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 5.1 PETA MINDA

5.2

PERSAMAAN Walaupun ada beberapa perbezaan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada guru biasa dan guru kaunseling, namun ada yang sama. Persamaan pertama adalah kedua-dua pihak bermatlamatkan untuk mencapai

kesejahteraan diri murid. Kesejahteraan diri boleh diperoleh dengan mengenal pasti masalah, aspek positif kehidupan yang sihat dan memeriksa akibat jangka panjang tentang perlakuan yang menganiaya diri.

Kesejahteraan diri dapat dicapai setelah kesemua masalah, kebimbangan dan keresahan telah diselesaikan dengan baik. Persamaan kedua adalah mencapai kecemerlangan diri murid. Kecemerlangan diri murid adalah bermaksud

Peranan ketiga adalah menguatkan hubungan komunikasi antara guru dan murid. Ramai murid yang menghadapi masalah dalam hubungan dengan ahli-ahli masyarakatnya atau orang sekeliling, termasuklah guru-guru di sekolah. Proses kaunseling dapat menolong klien atau murid meningkatkan kualiti hubungannya dengan rakan, guru-guru lain dan orang sekeliling, namun, perhubungan komunikasi terbina dan makin baik terutama antara murid dan guru yang menjadi pembimbingnya ketika itu. Perkara ini terjadi setelah temu bual, perbincangan, nasihat berlaku antara dua pihak. Satu perasaan erat akan muncul di mana perhubungan yang hanya setakat nama guru dan murid mempunyai satu ikatan yang utuh. Peranan keempat adalah menjadi personel perhubungan atau seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. Perkara ini bermaksud merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai aktiviti konferensi dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan ataupun bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid. Perkara ini penting kerana menjadi perhubungan antara masalah yang dialami dengan pihak yang perlu mengetahuinya. Contohnya, bagi kes cabul murid yang diberitahu oleh murid tersebut, harus diambil tindakan dengan segera. Namun, perlu dilakukan sedikit penyiasatan sama ada apa yang

diberitahu adalah benar atau hanya rekaan semata-mata kerana jika tersalah tindakan, akan memalukan pihak yang tidak bersalah. Namun, jika benar, harus ambil tindakan segera ke atas guru tersebut dengan melaporkan kepada pihak pentadbir sekolah, sebaik-baiknya dengan cara rahsia agar dapat memastikan kerahsiaan murid terbabit dapat dijaga. Peranan kelima adalah

5.3

PERBEZAAN 5.3.1 Peranan guru biasa Peranan pertama adalah memastikan pelaksanaan sesuatu program bimbingan dan kaunseling berjalan dengan lancar di sekolah, para guru boleh memainkan peranan sebagai guru pembantu atau guru penolong kepada kaunselor pelajar atau guru kaunseling sedia ada. Lazimnya, guru-guru biasa boleh membantu kaunselor murid dalam semua aktiviti-aktiviti pemulihan, pencegahan dan pemupukan yang digariskan untuk dilaksanakan. Contohnya ialah program Mentor Mentee. Oleh sebab ia dilancarkan oleh guru kaunseling, peranan guru biasa adalah menjadi mentor kepada murid-murid di dalam kelas. Guru biasa merupakan pekerja kepada guru kaunseling yang merupakan dilancarkan. Peranan kedua adalah guru biasa mengurus murid ke arah akademik. Hal ini kerana fokus utama guru biasa adalah menjurus kepada akademik dalam kelas dan sekolah kerana mempunyai kursus khas atau tauliah dalam bidang pendidikan. Guru akan menolong murid dalam pelajaran mereka dengan memperkenalkan mereka akan matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka juga menganjurkan kepada pelajar kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah dan kepentingan mata pengurus kepada program-program yang telah

pelajaran. Dengan kata lain, guru biasa menumpu kepada membantu murid dari semua aspek berkaitan akademik. Peranan ketiga adalah melaksanakan inventori yang telah dibina atau disediakan oleh guru kaunseling. Inventori diambil dari

guru kaunseling dan diberi kepada murid-murid dalam kelas. Setelah kesemua murid isi inventori tersebut, guru akan kumpul dan beri kepada guru kaunseling. Peranan guru dalam hal inventori hanya mudah, dengan kata lain ialah ambil, beri dan kutip inventori tersebut. Peranan keempat adalah menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah. Contoh program, khususnya dalam pendidikan yang berpusatkan mata pelajaran seperti kelas tambahan. Kelas tambahan yang dijalankan pada setiap malam dapat membantu murid terhadap ketidakpastian dalam mata pelajaran yang diambil. Contoh program lain adalah motivasi pencapaian iaitu berfokus kepada cara pembelajaran, menulis nota berkesan dan kaedah belajar yang sesuai. Peranan kelima adalah mengenal pasti dan merujuk murid, guru, kakitangan dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis kepada guru kaunseling. Guru bimbingan tidak boleh cuba menyelesaikan masalah orang yang bermasalah krisis seperti kes rogol, rasuah, judi dan sebagainya dengan sendiri kerana terdapat cara atau kod tersendiri dalam mengendalikan masalah ini. Jika terdapat orang bermasalah krisis ini berjumpa dengan guru bimbingan ia hendaklah dirujuk terhadap guru kaunseling.

5.3.2 Peranan guru kaunseling Peranan pertama adalah mengurus atau penyelia program-program kaunseling di sekolah. Setiap program-program kaunseling di

lancarkan oleh guru kaunseling kerana mempunyai pelbagai latihan dan kursus khas dalam bidang ini. Namun, bukan dilaksanakan atau diaplikasikan kepada murid kerana guru kaunseling hanya merupakan

pengurus atau pencipta kepada program yang ingin dilaksanakan. Ia dilaksanakan oleh guru biasa. Setelah guru memberi inventori yang diberi oleh guru kaunseling kepada murid-murid, guru akan

mengutipnya setelah mereka selesai dan dikumpul untuk diserahkan kepada guru kaunseling. Kemudian, guru kaunseling akan baca inventori tersebut dan di buat analisis. Hasil analisis akan di rekod untuk perancangan seterusnya. Peranan kedua adalah mengurus murid ke arah pembentukan personaliti, disiplin dan sahsiah diri. Pembentukan diri dari segi ini didedahkan oleh guru kaunseling dengan menggunakan potensi dan kekuatan diri yang ada bagi diri murid ke arah pembentukan diri yang menyeluruh. Maksud menyeluruh sebenarnya termasuk akademik, namun, disebabkan ia adalah peranan utama bagi guru biasa sebagai pembimbing murid, maka guru kaunseling memberi fokus ke arah lain seperti yang dinyatakan tadi. Peranan ketiga adalah menyediakan inventori untuk

dilaksanakan oleh guru biasa dalam kelas. Inventori merujuk kepada senarai semak yang digunakan untuk mengkaji soal selidik tentang sesuatu isu semasa, tabiat, pandangan atau masalah emosi-sosial yang dihadapi oleh murid. Contoh inventori yang dibina oleh guru ialah Inventori Kaji Minat, Inventori Minat Kerjaya, Inventori Nilai Diri dan sebagainya. Di peringkat sekolah, inventori yang sering digunakan ialah Rekod Himpunan Sulit Pelajar. Peranan keempat adalah menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Contoh program adalah program kolokium, motivasi, kem jati diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya. Ia berlainan dengan peranan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah yang dilaksanakan oleh guru biasa sebagai pembimbing kerana mereka lebih tertumpu pada program akademik. Guru kaunseling pula berfokus kepada program sahsiah, disiplin dan personaliti.

Peranan kelima adalah memberi khidmat kaunseling krisis pada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya. Masalahmasalah serius biasanya dirujuk oleh guru bimbingan kerana mereka lebih rapat dengan murid-murid, sesama guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa kerana sentiasa berurusan dengan mereka. Jadi, setelah tugas guru bimbingan selesai dengan merujuk mereka yang

bermasalah serius, guru kaunseling akan memulakan sesi kaunseling mengikut kod etika, aplikasi kemahiran-kemahiran asas dan

seterusnya meminta mereka membuat keputusan sendiri tentang perkara yang ingin dilakukan seterusnya.

6.0

PENUTUP Kemahiran kaunseling bukan sahaja perlu dipelajari, dikuasai dan

diaplikasikan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling sahaja, malah kemahiran ini juga perlu dipraktikkan oleh guru-guru lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana setiap individu adalah unik dan mempunyai minat serta kecenderungan masing-masing. Jadi, seorang guru haruslah memahami setiap anak muridnya supaya mereka berasa selesa dan dapat belajar dengan baik. Selain itu, pengaplikasian kemahiran-kemahiran kaunseling juga akan menjadikan seorang guru itu prihatin dan sentiasa peka dengan kebajikan anak muridnya. Ini akan dapat mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan anak muridnya. Apabila huungan baik ini wujud, murid akan berasa selesa dan akan memberikan kerjasama yang baik kepada guru berkenaan. Secara tidak langsung, sesi pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan dapat mencapai objektif pembelajaran yang optimum. Situasi murid-murid sekolah hari ini semakin kompleks dan mencabar. Mereka terdedah kepada banyak anasir-nasir negatif yang memerlukan jati diri yang kuat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatankegiatan yang tidak bermanfaat. Justeru, apabila seorang guru itu sentiasa

mengambil berat tentang anak muridnya, sentiasa bertanya dan mendengar, guru tersebut boleh mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu masalah murid-murid dan mencari penyelesaiannya supaya masalah ini tidak berterusan dan membelenggu pelajar lain pula. Pengetahuan serta pengaplikasian kemahiran kaunseling juga dapat mengelakkan tanggapan negatif guru, murid serta seluruh warga sekolah terhadap pelajar bermasalah. Kebiasaanya, murid-murid yang bermasalah ini cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini dan memberontak untuk menarik perhatian rakan-rakan dan guru mereka. Jika guru itu tidak menghiraukan perlakuan sebegitu dan terus membuat persepsi negatif terhadap murid-murid bermasalah ini, masalah akan menjadi semakin buruk dan murid tersebut akan terus diberi persepsi sedemikian. Guru perlulah menggunakan kemahiran menyoal misalnya untuk mencungkil masalah pelajar dan menolong pelajar tersebut utuk berubah dan menjadi seorang yang lebih baik dan mempunyai hala tuju tang jelas dalam hidup. Selain itu, guru yang mengaplikasikan kemahiran kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan komunikasi dua hala di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna kepada kedua-dua pihak. Sebagai kesimpulannya, pengaplikasian kemahiran kaunseling dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kepentingan. Seorang guru seharusnya menguasai dan menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, persefahaman antara guru dan murid akan menjadi lebih baik dan banyak masalah dapat diatasi. Sesi pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai