Anda di halaman 1dari 3

Faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah Kajian menunjukkan pembangunan sahsiah seseorang adalah dipengaruhi oleh 2 faktor utama

iaitu faktor baka dan faktor persekitaran . FAKTOR BAKA:Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak melalui gen .Berikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengaruhi pembangunan sahsiah individu (Mohd Ismail et al.2004) a) Saiz Badan Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain.Sekiranya tidak dikawal cara pemakanannya,saiz badan yang lebih besar itu akan mengganggu kelancaran dalam melakukan aktiviti harian .Contoh 1:dalam sebuah pejabat yang kecil,individu yang berbadan besar dianggap menambahkan masalah kesempitan ruang bekerja.Contoh 2:dalam kes menaiki kenderaan awam seperti kapalterbang,bus awam,kereta api dan sebagainya ,orang lain akan elakkan diri dari duduk bersebelahan dengannya kerana kesempitan tempat duduk juga!Layanan yang diberikan atau refleksi orang lain akan menyebabkan individu ini rasa rendah diri,pendiam,berpandangan negatif serta selalu menarik diri daripada aktiviti sosial .Penghargaan yang rendah ini akan membentuk sahsiah yang kurang sihat. b) Penyakit

Adalah didapati ibu bapa yang kurang sihat ,misalnya ibu bapa yang mengidap Talesemia,berpenyakit diabetes,hemophilia,kekerdilan ,asma,kencing manis,sakit jantung,dan sebagainya,lebih berkemungkinan melahirkan anak yang berpenyakit seperti mereka.Individu ini terpaksa berhadapan dengan banyak rintangan hidup.Badan yang kurang sihat menyekat aktiviti sosialnya,mempengaruhi pertumbuhannya ,semangatnya serta pandangan terhadap masa depan. Secara tidak langsung faktor penyakit ini membentuk sahsiah individu yang kurang sihat. c) Kecerdasan

Kajian menunjukkan kes-kes rencatan mental ada disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu bapa yang mempunyai talian persaudaraan yang rapat.Ini membuktikan kecerdasan individu ada dipengaruhi oleh faktor baka selain dari pengaruh persekitaran seperti kemudahankemudahan akademik dan sebagainya..Dalam pada itu,individu dengan kecerdasan tinggi lebih mudah menimba ilmu dan memperolehi kemahiran-kemahiran hidup daripada orang lain.Kecerdasan yang tinggi membantu individu menyelesaikan masalah harian dengan lebih mudah.Ini membantu dalam pembentukan sahsiah individu yang lebih cekap,berani,berkeyakinan,dominan dan optimis. d) Temperamen Perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka.Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang sejak dari kecil lagi ,dipercayai dituruni gen.Individu dengan emosi

yang kurang stabil ini lebih susah bergaul dengan orang lain serta cepat cemas dan kurang rasional dalam pengendalian masalah harian.

FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu .Antara faktor persekitaran adalah: a) Keluarga Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga .Ibu bapa yang mendidik anak secara autokratik sentiasa tidak membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapat atau cadangan.Ini akan menyebabkan pembentukan sahsiah anak yang pasif,takut,kurang keyakinan dan kurang berdikari.Taraf sosiolekonomi sesebuah keluarga menentukan cukup atau kurangnya faktor-faktor seperti pemakanan,kasih sayang,hubungan kekeluargaan ,masa yang diperuntukan untuk menemani anak,bahan rujukan tambahan , dan sebagainya.Ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang tetap dan agak lumayan lebih berpeluang membentuk sesebuak keluarga yang mesra dan harmoni.Layanan dan perhatian yang sempurna dapat diberikan kepada anak mereka.Individu dari keluarga sedemikian akan mempunyai sahsiah yang periang,sabar,berpandangan positif,menghormati orang lain dan sebagainya. b) Pengalaman Awal Dipercayai semakin banyak kepahitan hidup yang perlu diharungi oleh seseorang sejak peringkat kanak-kanaknya,semakin baik dan cepat pembanguan sosialnya .Cabaran hidup seperti kemiskinan,kemalangan,kehilangan ahli keluarga atau kawan dan kegagalan akan membentuk sahsiah individu yang lebih matang fikiran,lebih tabah hati ,tahu merebut peluang dan sebagainya.

c) Pengaruh sekolah Sekolah ialah tempat untuk seseorang mendapat ilmu dan mempelajari pelbagai disiplin.Sekolah yang mementingkan disiplin lebih cenderung membentuk sahsiah individu yang mematuhi arahan,bertanggungjawab,berwibawa ,berdisiplin dan sebagainya.Ia juga mengurangkan peluang pengaruh-pengaruh jahat di kalangan pelajar.Para pendidik yang penyayang,bertanggungjawab dan rajin akan menjadi teladan muridnya dan seterusnya membentuk sahsiah murid yang sihat. d) Pengaruh rakan sebaya Individu pada peringkat sekolah menengah mementingkan perhubungan dengan rakan sebaya.Untuk membolehkan diri diterima ,individu akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dari segi kognitif(contoh menguruskan keperluan kerjaya),fizikal(contoh tingkah laku)rohani(Konsep agama) dan sosial(contoh:Cara berinteraksi)

e) Pengaruh Media Massa. Media massa seperti radio,akhbar,majalah,wayang gambar,computer mempengaruhi perkembangan mental,pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa atau nilai-nilai norma masyarakat. Individu yang bijaksana memilih nilai yang sihat,yang perlu atau boleh diikuti,tetapi menolak impak negative,akan lebih cepat membentuk sahsiah yang mantap dan berfikiran cerdas.Ini dapat membangkitkan motivasi dan minatnya untuk belajar

Anda mungkin juga menyukai