Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

  BIL        PERKARA                                                                       MUKASURAT


1.      PENGENALAN                                                                                                 2
1.1       Definisi Sahsiah                                                                                            2
2.    ISU BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH                                5
    2.0       Definisi buli                                                                                      5
    2.1       Kategori buli                                                                                    5
    2.2       Sebab-sebab berlakunya gejala buli                                             6
    2.3       Jenis-jenis buli                                                                                7
      2.4       Kesan buli                                                                                       7
      2.5       Cara menangani kes buli                                                              8
 2.6       Apa yang perlu dilakukan oleh mangsa buli                10                                           
3.      CONTOH ISU BULI                                                                                    
3.1       Kes 1                                                                                                        12
3.2       Kes 2                                                                                                        13
3.3       Kes 3                                                                                                        15
4.    CARA-CARA PENYELESIAN
4.1       Kaitan dengan teori Psikoanalisis                                            18
4.2       Cara mengatasi buli mengikut pandangan islam                   19
4.3   Langkah-langkah mengatasi masalah ( cadangan idea )                         22
5.   RUMUSAN                                                                                                   23
6.   BIBLIOGRAFI                                                                                            24
7.   LAMPIRAN                                                                                                 25

1. PENGENALAN
Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan
peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang
membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan,
harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang. Mengikut G.W Aliport dalam bukunya “ Pattern and Growth in Personality”,
sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal merangkumi
segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama
dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak
geri seseorang ( Mook Soon Sang, 1994: 1).
Sebagai seorang pelajar  haruslah memiliki sahsiah yang cemerlang bagi menjadikan
sekolah yang terbilang. Jika kita lihat remaja kita pada hari ini, kita dapati sahsiah mereka
adalah jauh lebih buruk daripada sahsiah remaja pada zaman dahulu. Terdapat berbagai
masalah sosial dan buruk yang dilakukan oleh mereka seperti penagihan dadah, rogol,
mencuri, rempit, minum arak, berjudi, derhaka kepada ibu bapa dan berbagai lagi. Dalam kita
memperbincangkan isu remaja masa kini, kita dapati masalah  buli di kalangan pelajar
sekolah dilihat menjadi semakin serius dan membimbangkan. Ini adalah kerana isu buli
adalah salah satu masalah sahsiah remaja masa kini.
1.1 DEFINISI
Sahsiah  disebut juga dalam bahasa melayu sebagai keperibadian dan personaliti .
Keperibadian diertikan sebagai ciri, sifat atau bentuk perlakuan yang biasa dipamirkan oleh
seseorang. Manakala sahsiah pula berasal daripada perkataan arab syakhsiyah yang
membawa beberapa pengertian. Jamil Saliba (1971) menghuraikan erti syahkhsiyah sebagai
gambaran bagi seseorang individu dan sejumlah sifat-sifat jasmani, perasaan, keinginan
pemikiran yang menjadi penentu dalam membentuk keperibadian seseorang dan
membezakannya dengan orang lain. Sifat-sifat ini boleh jadi memang sedia ada di dalam diri
seseorang atau boleh jadi wujud pada seseorang hasil daripada pengaruh atau kesan daripada
alam sekeliling yang ada pada seseorang.
Menurut Jairat Jahami (1998) pula menjelaskan syakhsiyah dalam bahasa arab
membawa makna segala perkara yang boleh membezakan seseorang dengan orang lain dan
perkara itu pula dapat dikesan dengan salah satu atau lebih pancaindera. Perkataan
syakhsiyah menurut beliau juga membawa makna gambaran keadaan seseorang.Pengertian
syakhsiyah yang diberika ini lebih kurang sama dengan pengertian persolanaliti yang
diberikan oleh A.H John dalam bahasa Inggeris. Sedikit perbezaan antara pengertian
syakhsiyah dan personaliti ialah syakhsiyah dalam bahasa arab merangkumkan sifat-sifat
kerohanian sebagai salah satu pengertian syahksiyah. Sebaliknya pengertian dalam bahasa
inggeris tidak menyebutnya.
Manakala sebahagian pemikir Islam pula cenderung memberikan pengertian akhlak
sebagai satu maksud bagi sahsiah (Miqdad Yaljan, 1973). Dalam memperincikan huraian
tentang akhlak Miqdad menyatakan bahawa akhlak terbahagi kepada dua kategori besar.
Kategori pertama ialah akhlak yang telah diperincikan oleh wahyu. Peranan manusia
hanyalah melaksanakan sepenuhnya akhlak ini dengan hati, rohani dan keinginan yang ikhlas
kerana Allah dalam bentuk tingkah laku lahiriah. Kategori kedua pula ialah akhlak yang
disebut oleh wahyu secara umum dan manusia memainkan peranan dalam perincian
perlaksanaannya mengikut kesesusian dengan syarat natijahnya hendaklah mendatangkan
kebaikan kepada manusia.
Dasar-dasar akhlak dalam islam bukanlah sebahagian daripada sistem-sistem yang
ada dalam Islam seperti sistem kerohanian, sistem sosial, sistem kekeluargaan, sistem
ekonomi sistem perundangan dan sistem pemerintahan. Malah akhlak adalah satu sistem yang
menaungi keseluruhan sistem-sistem tersebut. Ini bermakna semua sistem yang terdapat
dalam Islam adalah didasari oleh asas-asas akhlak. Ini menepati nas-nas yang menyentuh
tentang akhlak. Antaranya ialah sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia atau baik.” (Musnad Imam Ahmad
2/381). Hadis ini menggambarkan matlamat penurunan Islam ialah untuk memupuk akhlak
yang mulia pada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia.
Oleh itu Rasulullah s.a.w mengungkap agama sebagai akhlak dalam sabda baginda
yang bermaksud: “agama ialah akhlak yang baik” (Diriwayatkan oleh al-Mawarzi dalam
Musnadnya dalam kitab ta’zim nilai solat daripada riwayat Abu Al-Ala’ al-Shakhir secara
mursal). Begitu juga mengungkap bahawa insan yang paling baik agamanya ialah yang
paling baik akhlaknya (Muntakhab Kunzu al-‘Ummal dalam nota tepi Musnad Imam Ahmad
jilid 1 hlm. 132. Lihat juga kitab adab al-mufrab karangan al-Bukhari hlaman 81). Baginda
juga mengungkapkan mukmin yang paling sempurna iman ialah yang paling baik akhlaknya
(al-Lu’lu’u wa al-Marjan Fima Ittafaqa alaihi al-Syaikhan jilid 1 hlm. 10 kitab iman).
Walaupun pendekatan yang dibawa oleh al-Ghazali dan Miqdad nampak ada
perbezaan, dengan al-ghazali menekankan akhlak adalah sifat dalaman dan Miqdad pula
menekankan akhlak adalah aplikasi luaran oleh seseorang insan, sebenarnya kedua-dua
pendekatan ini jika diintegrasikan akan menghasilkan satu takrifan akhlak yang kukuh. Ini
kerana perlakuan luaran yang dipaparkan oleh insan melalui anggota tubuh badan tidak akan
dinilai oleh Islam kecuali ia lahir daripada kesedaran dari dalam jiwa insan yang
melakukannya. Justeru Islam tidak mengiktiraf sumbangan-sumbangan kebaikan yang
dilakukan oleh orang kafir sebagai amal soleh yang diberikan ganjaran syurga. Beberapa ayat
al-Quran telah menyatakan hakikat ini. Antaranya ialah firman Allah yang bermaksud:
‘Amalan-amalan orang kafir adalah umpama fatamorgana yang terdapat di tanah rata yang
disangka oleh orang dahaga sebagai air. Apabila dia sampai ke tempat itu dia tidak mendapati
apa-apa” (Qaf: 29)
Iaitu tidak ada ganjaran bagi amal kebaikan yang dilakukan oleh orang kafir yang
tidak mempunyai asas dalaman yang baik ketika melakukan kebaikan dengan anggota badan
lahiriah.Oleh kerana personaliti telah diertikan sebagai akhlak, dan akhlak merangkumi asas
dalaman dan paparan perlakuan luaran maka natijahnya ialah personaliti di dalam Islam juga
merangkumi kedua-dua aspek tersebut. Ada personaliti yang berciri dalaman dan ada
personaliti yang berciri luaran. Peronaliti yang berciri luaran juga akan kembali kepada
personaliti berciri dalaman. Ini kerana personaliti dalaman adalah asas kepada paparan
personaliti luaran yang dapat disaksikan oleh pancaindera.

2.      ISU BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


Berdasarkan kepada era remaja masa kini, kita dapati banyak berlaku isu-isu yang semakin
meruncing dan membimbangkan seperti gejala buli di kalangan pelajar  sekolah ini.
2.0 Definisi Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung mejadikan mereka yang
lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan
bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal
yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan
tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli
merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi
mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

                        2.1 Kategori buli


Pembuli terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
Pembuli juga memiliki tubuh badan yang besar, tegap dan tinggi. Ia biasanya melibatkan
sekumpulan pelajar dan pada kebiasaannya umur mereka adalah sebaya. Bagi mereka,
membuli adalah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan mereka
membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.
            Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa buli adalah pelajar
menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga serta pelajar sekolah rendah. Mereka yang
dibuli ini memiliki tubuh badan yang kecil dan tidak pandai melawan apabila di buli. Sasaran
pembuli juga biasanya adalah mereka yang kerap dipuji oleh guru. Begitu juga bagi  murid
baru di sekolah tersebut.
           
            2.2 Sebab-sebab Berlakunya Gejala buli
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Diantaranya adalah
disebabkan faktor rakan sebaya yang mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah
tigkah laku pelajar. Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak
puas hati mereka. Mereka juga mungkin pernah menjadi mangsa buli. Disebabkan itu mereka
ingin membalas dendam dengan cara membuli orang lain.Mereka juga mungkin mengalami
gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila
membuat kesilapan.
            Selain itu, individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik seperti kanak-
kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil
peduli perasaan orang lain juga sering membuli. Ada juga pembuli ini terdiri daripada orang
yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal dan mempunyai masalah disiplin. Diantara sebab
lain juga adalah akibat perceraian antara ibu bapa yang akhirnya membawa mereka bersikap
sebagai seorang pembuli.
            Ada juga diantara pembuli adalah mereka yang terlalu dimanja oleh ibu bapa . oleh itu
mereka akan bertindak membuli orang lain dan ianya dilakukan hanya untuk suka-suka. Dan
sekadar mahu berseronok sahaja. Selain itu, ada juga yang menjadi pembuli disebabkan oleh
rasa bosan dengan sekolah dan untuk menghilangkan perasaan bosan tersebuat, mereka akan
membuli pelajar lain.
            Terdapat juga pembuli ini adalah mereka yang mempunyai dendam dan perasaan
marah pada orang yang dibuli disebabkan cemburu contohnya mangsa adalah murid
kesayangan guru. Disebabkan rasa iri hati pada murid tersebut, maka buli adalah satu cara
untuk membalas dendam. Selain itu, ada juga pembuli yang ingin menunjukkan kekuatan
sendiri.  
            Faktor teknologi juga adalah penyumbang kepada gejala ini. Ini adalah kerana,
peranan media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan dan tingkah laku yang
ditayangkan di media elektronik dan cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon
tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja.
            Selain itu, terdapat juag pembuli yang terdiri daripada perempuan. Biarpun
peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada perbuatan
yang serius jika tidak dibendung. Buli di kalangan perempuan biasanya melibatkan ejekan
dari segi fizikal. Contohnya, jika terdapat pelajar perempuan yang berbadan gemuk dan
berkulit gelap, mereka akan menjadi mangsa untuk dijadikan bahan ejekan. Walaupu begitu,
kes buli di kalangan perempuan tidak terlalu ganas berbanding pelajar lelaki.
            2.3  Jenis-jenis buli
Buli merupakan gejala yang mengancam kesihatan dan perkembangan pelajar. Terdapat
beberapa jenis buli yang biasanya terjadi di kalangan pelajar sekolah. Di antaranya adalah
buli berbentuk fizikal. Buli jenis ini melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar,
menendang,menarik rambut,menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan. Lebih teruk lagi sehingga menyebabkan kematian.
            Terdapat juga buli berbentuk buli mental yang mana ia lebih kepada ejek-mengejek,
contohnya mengejek nama bapa disebabkan nama bapa pelajar tersebut agak pelik dan luar
biasa,maka itu akan dijadikan sebagai bahan ejekan pelajar lain terutamanya senior.
Sungguhpun kes buli seperti ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya
serius berlaku disekolah.

2.4 Kesan Buli


Terdapat beberapa kesan yang akan dialami oleh pembuli dan orang yang dibuli. Bagi
pembuli, pada kebiasaannya apabila dewasa kelak berkemungkinan akan lebih cenderung
untuk menjadi seorang penjenayah. Lebih menyedihkan, ada di kalangan mereka akan
bertindak lebih agresif seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap
isteri.
            Selain itu, terdapat juga kesan yang akan dialami oleh orang yang menjadi mangsa
buli. Bagi mangsa buli mereka akan mengalami kesan sama ada dari luaran mahupun
dalamannya. Dari segi luaran, mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya
adalah untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Selain itu, akibat dibuli
juga akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian. Dari
segi dalaman pula, orag yang dibuli akan menjadi hilang keyakinan diri, mangsa akan
sanggup membiarkan dirinya diperlakukan apa sahaja, ia juga sanggup melakukan sesuatu
demi membahagiakan orang lain, ada juga  yang dibuli tidak mahu pergi ke sekolah. Lebih
parah lagi, mereka sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak
berguna.

2.5 Cara menangani kes Buli


Menurut Datin Dr. Noran Fauziah yaakub selaku Presiden Persatuan Psikologi Malaysia,
terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu 1. Tahap sekolah 2. Tahap kelas
3. Tahap individu.
            Dari segi tahap sekolah, ada sesetengah sekolah menangani masalah buli ini dengan
cara memasang kamera CCTV. Pihak sekolah juga perlu mendapatkan maklumat tentang kes
buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal.
Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan
dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami.
Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah
dirahsiakan.
            Menurutnya lagi, pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan
dengan buli.  Ini bukan sahaja dilakukan dengan cara menampal poster tentang anti buli di
sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah anti buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama
dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli,
petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila  berlaku kes
buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.
            Tindakan disiplin seperti merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya
kepada pembuli. Penggunaan kamera litar tertutup ( CCTV ) di sekolah-sekolah juga secara
tidak langsung dapat mengekang kejadian gangster. Pihak sekolah juga perlu mewujudkan
satu jawatankuasa penyelaras anti buli peringkat sekolah.Antara ahli yang terlibat adalah
terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil
pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
Perbincangan tentang buli juga hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan
Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah.
             Menurut Datin Dr. Noran Fauziah yaakub lagi, dari segi tahap kelas pula, perlu
diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan
tersebut mestilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku
buli ( psikologi dan fizikal ), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya. Untuk menjalankannya, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan
berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu
salinan akan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut
menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa
atau penjaga dengan sekolah. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang
isu buli dari semasa ke semasa.
            Menerusi tahap idividu pula,  Datin Dr. Noran Fauziah yaakub menyarankan agar
Jawatankuasa penyelaras anti buli mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah
tersebut bukan sahaja antara pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
Tahap ini biasanya melibatkan pembuli dan juga mangsa. Selain itu, guru kaunseling juga
bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati ( daya
menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain ) atau tidak agresif dengan
pembuli. Latihan pemulihan perlu diadakan dengan mangsa.
2.6  Apa  yang perlu dilakukan oleh mangsa buli
Biasanya mangsa buli adalah seorang yang pendiam dan pemalu. Mereka tidak pandai
mempertahankan diri sendiri dan lama-kelamaan, mangsa buli mulai berfikir bahawa mereka
memang layak untuk dibuli. Mangsa buli boleh membalas percakapan dengan berkata “Jagan
buat begini pada saya”, “Saya tidak takut”, mereka harus diajar supaya sentiasa tenang dan
cuba bertutur dengan nada tenang dalam suara yang kuat dan jelas. Seterusnya mangsa  cuba
berjalan dan tinggalkan tempat berkenaan tetapi jangan berlari walaupun hatinya sebenarnya
sangat takut. Ambil peluang untuk berjumpa guru utuk meminta tolong. Ibu bapa juga boleh
mengambil tindakan untuk menghentikan perkara ini.
            Mangsa buli perlu diberi perlindungan dan sokongan supaya keyakinannya tidak
terjejas. Kanak-kanak yang suka membuli perlu diberi bantuan kaunseling. Ianya dapat
membantu pembuli memahami mereka tidak boleh berkelakuan demikian. Ia juga membantu
pembuli untuk berubah dan bergaul dengan rakan secara sihat. Pada masa yang sama juga,
ibu bapa perlu diberikan kaunseling supaya boleh sama-sama berubah demi kebaikan anak
yang masih kecil.
            Kajian jelas menunjukkan bahawa pembuli biasanya mempunyai pencapaian
pelajaran yang kurang baik dan berkemungkinan tidak dapat menamatkan sekolah. Rentetan
itu, mereka akan cenderung untuk terbabit dalam pelbagai jenayah apabila dewasa kelak
khususnya apabila sukar mendapatkan pekerjaan. Malah ada kajian mendapati pembuli lebih
berisiko menyalahgunakan dadah dan alkohol.
            Sebahagian pakar psikologi mengatakan bahawa, ibu bapa perlu membantu anak-anak
mereka mempunyai kawan sama ada di sekolah atau luar sekolah yang saling memberi
sokongan antara satu sama lain. Kehadiran kawan dapat mengelakkan mereka daripada
menjadi mangsa buli. Pada masa yang sama, ibu bapa juga disarankan untuk memperkasakan
emosi anak-anak. Antara caranya adalah dengan bertanya apa yang dilakukan anak-anak
ketika di sekolah. Tanyakan dengan siapa mereka akan makan dan bermain, siapa yang
duduk di sebelah mereka di dalam kelas dan dalam bas, apa yang berlaku dalam perjalanan
pergi dan balik dari sekolah, adakah mereka nampak rakan mereka diejek atau dipulaukan.
            Antara kaedah lain yang berguna untuk membantu mangsa adalah dengan
memasukkan atau melibatkan mereka dengan kelas seni mempertahankan diri. Mereka selalu
diterapkan  supaya tidak menyalahgunakan ilmu yang ada sebaliknya ia digunakan bagi
melindungi diri sendiri. Kanak-kanak yang belajar ilmu mempertahankan diri biasanya berasa
lebih yakin dengan diri sendiri dan ia juga secara tidak langsung dapat menjadi pendinding
daripada dibuli kerana pembuli biasanya mencari orang yang lemah dan takut.
            Namun, apa yang paling penting adalah didikan asas di rumah supaya anak sentiasa
menghormati, mengambil berat dan menyayangi orang lain. Jika kita melihat anak murid kita
suka membuli, cuba tanyakan padanya adakah dia suka sekiranya dia diperlakukan begitu.
Guru perlu mengambil perhatian serius sekiranya dapat mengesan ada diantara anak
muridnya adalah pembuli. Buat peraturan dan denda ( yang tidak menyebabkan kesakitan
fizikal ) jika dia membuli. Maklumkan kepada guru kaunseling , guru disiplin dan pentadbir
sekolah sekiranya terdapat masalah tersebut.Pantau aktiviti dan pergerakan pelajar berkenaan
Libatkan pelajar tersebut dengan pelbagai aktiviti . Berikan pujian sekiranya pelajar tersebut
berkelakuan baik dan sentiasa beritahu bahawa perbuatan baik adalah perbuatan yang disukai
oleh manusia dan disayangi allah.                                            

3.      CONTOH ISU BULI


Kes 1 : Video Buli pelajar berlaku di asrama anak yatim di Perlis
Memetik laporan berita Bernama yang diterbitkan pada tarikh 6 November 2014 bahawa kes
video klip aksi buli yang membabitkan tujuh pelajar dan seorang mangsa menjadi viral di
laman sosial dan media massa telah berlaku di Asrama Anak Yatim, Kompleks Penyayang
Doktor Siti Hasmah, di Jejawi, Kangar.
            Menurut Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun selaku Pemangku Timbalan Ketua Polis
Negara, kes itu merupakan kes lama yang telah dilaporkan dan kertas siasatan telah
dikemukakan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut. Video tersebut melibatkan
tujuh orang pelajar iaitu tiga pelajar tingkatan satu, dua pelajar tingkatan dua dan dua pelajar
tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajudin yang telah
memukul seorang pelajar darjah lima yang bersekolah di sekolah Kebangsaan Kubang Gajah,
Arau.
            Menurut beliau juga, mangsa dipukul kerana enggan membersihkan bilik sedangkan
pada hari berkenaan merupakan gilirannya berbuat demikian. Klip video berdurasi enam
minit 51 saat itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lain di dalam
sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah. Keadaan ini telah menimbulkan rasa marah
dalam kalangan masyarakat.

Kes 2 : Pelajar dakwa dibelasah senior sekolah agama di Pendang


Menurut sebuah laporan berita Astro Awani yang telah diterbitkan pada 20 April 2015. Kes
telah berlaku di Sekolah agama Pokok Tai, Pendang yang melibatkan seorang pelajar
Tingkatan Satu yang telah mendakwa dirinya dipukul oleh 15 pelajar senior sekolah
berkenaan.
            Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ammar memberitahu bahawa kejadian itu
berlaku selepas dia mengambil duit sebanyak RM60 di dalam dompet yang dijumpainya di
kantin sekolah selepas selesai bermain bola kira-kira jam 6 petang. Namun, mangsa tidak
sempat memberikan wang tersebut kepada pihak sekolah dan bercadang melakukannya pada
keesokan harinya.
            Bagaimanapun, pada malam tersebut, mangsa yang tidur di asrama didatangi
sekumpulan 15 orang pelajar tingkatan empat dan lima kira-kira pada jam 12 malam dan
bertanyakan wang tesebut. Mangsa mengaku ada menemui dan mengambil dompet serta
wang tersebut namun belum sempat untuk menegembalikannya. Ekoran itu, mangsa terus
ditampar di muka dan ditendang di bahagian dada sehingga tersungkur. Tidak cukup dengan
itu, mangsa dipukul, dibakar rambut dan dibotakkan kepalanya. Selain itu, mangsa juga
dipijak sehingga hampir sejam. Pelajar merayu agar tidak diperlakukan sebegitu, namun tetap
dipukul di seluruh badannya dengan menggunakan tuala.
            Pelajar-pelajar lainyang berada di bilik itu hanya mampu melihat dan tidak mampu
berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat mangsa dipukul. Mangsa juga diberi amaran agar
tidak memberitahu kepada sesiapa sebelum kumpulan pembuli itu beredar. Akibat kejadian
itu, mangsa mengalami lebam di seluruh badan termasuk di bahagian belakang, paha dan
mata selain sakit pada bahagian dada dan belakang. Kejadian itu hanya disedari oleh bapanya
kerana melihat perubahan pada anaknya yang kemudian terus ke sekolah terbabit. Seorang
guru telah memaklumkan bahawa mangsa telah dibuli oleh sekumpulan pelajar senior
sehingga mengalami kecederaan tersebut.
            Sehubungan itu,mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum laporan
polis dijalankan. Mangsa telah mengalami trauma dan bertekad untuk tidak bersekolah disitu.
Kecederaan yang dialami melibatkan tulang belakang, paha dan dada mangsa. Mangsa
menceritakan bahawa beliau telah ditendang di bahagian dada dan kepalanya telah diketuk
dengan telefon bimbit. Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas menerima laporan
daripada bapa mangsa.

Kes 3 : Kerana sidai tuala, pelajar tingkatan 4 maut dibelasah rakan


Menurut sebuah laporan berita Astro Awani bertarikh 12 Mei 2015 memaparkan kisah yang
berlaku di Kota Bharu yang mana seorang pelajar tingkatan empat Kolej Vokasional Bachok
maut dipercayai akibat dibelasah rakannya di asrama sekolah berkenaan.
            Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu, mangsa yang bernama
Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun, didakwa disepak akibat perselisihan faham berhubung
kain tuala yang didakwa disidai oleh mangsa di kepala katil rakannya itu.
            Menurut Zimie Yakoob selaku bapa mangsa, arwah dikatakan telah disepak di
bahagian badan dan lehernya berdasarkan laporan saksi dan kenyataan rakan anaknya.
Warden asrama telah menelefon bapa mangsa dan diminta agar segera ke hospital kerana
mangsa berada dalam keadaan tenat. Sehubungan itu, seramai dua anggota polis turut datang
ke rumah bapa mangsa dan memberitahu bahawa mangsa telah meninggal dunia.
            Sebelum belajar di Kolej berkenaan, mangsa pernah belajar di Sekolah Menengah
Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang. Mangsa berpindah ke sekolah berkenaan 3 bulan
sebelum kematiannya bertujuan memudahkannya kerana lebih dekat dengan keluarga.
            Menurut Mohd Nor Aminuddin selaku abang mangsa, mangsa adalah seorang yang
mudah bergaul dan seorang yang tidak mempunyai masalah di rumah. Adiknya juga seorang
yang pendiam jika di hadapan orang ramai dan suka menolong orang.
            Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II
untuk proses bedah siasat dan telah dikebumikan di kampong Gelam, Pasir Puteh. Sementara
itu suspek yang juga rakan mangsa sudah ditahan polis.
4.      CARA-CARA PENYELESAIAN 
Berdasarkan kepada beberapa kes yang dinyatakan, saya telah memilih teori Psikoanalisis
sebagai salah satu cara untuk menangani kes dan mengatasi berlakunya gejala buli pelajar
sekolah yang kian hari semakin membimbangkan ini.                  

4.1    KAITAN DENGAN TEORI PSIKOANALISIS

a.      Pengenalan teori
    Pada pertengahan abad ke-19, psikologi muncul sebagai displin ilmu yang berdiri dengan
sendiri. Psikologi merupakan kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya
berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan, pola pemikiran dan perlakuan seseorang
atau sesuatu kumpulan tertentu dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. Jelas disini,
psikologi berkaitan dengan perasaan, pemikiran, ramalan atau tindak balas manusia terhadap
sesuatu sama ada di peringkat kesedaran atau tidak sedar. Di bawah konsep-konsep asas
untuk menerangkan keadaan psikologi tertentu, muncullah pelbagai teori-teori yang
dikemukakan oleh para sarjana misalnya teori psikoanalisis ini.

b.      Penerangan teori
  Teori ini diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berasal daripada Freiberg,
Cekoslovakia. Selama 40 tahun beliau telah menyelidiki proses ketidaksedaran dengan
metode asosiasi bebas dan mengembangkan teori-teori keperibadian yang komprehensif.
Pemahaman Freud tentang keperibadian manusia diperoleh melalui penelitian terhadap
pesakitnya sendiri, analisis mimpi-mimpi dan beliau banyak membaca buku-buku atau jurnal
mengenai ilmu kemanusiaan. Teori ini akan dibahaskan berdasarkan empat konsep iaitu
tahap-tahap aktiviti mental, bahagian-bahagian fikiran, kedinamikan keperibadian dan
penelitian khas dan metod penelitian.
   Bahagian utama teori ini yang membincangkan tahap-tahap aktiviti mental
dikemukakan oleh Frued diantara tahun 1890 hingga 1939. Pengalaman-pengalaman beliau
dalam terapi memberi keyakinan bahawa ketidaksedaran merupakan faktor penentu tingkah
laku yang penting dan dinamik. Dalam hubungan terapeutik, beliau mendapati bahawa kata-
kata pesakitnya kebanyakan tidak tepat secara berulang misalnya waktu dan tempat. Teori ini
menyimpulkan bahawa terdapat tahap-tahap pemikiran manusia iaitu ketidaksedaran,
keprasedaran dan kesedaran. Ketidaksedaran merupakan sikap, perasaan, dan fikiran yang
tidak mampu dikawal oleh kemahuan seseorang. Walaupun kita menyedari tingkahlaku atau
perbuatan, kita sering tidak menyedari proses mental yang berada di sebalik tingkah laku
tersebut. Misalnya jika seseorang individu bergaduh, ia tidak sedar sepenuhnya tujuan dan
keadaan ketika pergaduhan itu berlaku, sesuatu yang kelihatan irasional.
   Tahap keprasedaran pula bermaksud persepsi atau keadaan yang hanya sedar untuk
sementara waktu. Fikiran-fikiran yang cepat berubah diantara sedar dan tidak sedar ini
umumnya bebas daripada kecemasan dan dalam setiap percakapannya akan didorong oleh
gambaran-gambaran yang tidak sedar. Namun, teori ini hanya menekankan setiap keadaan
yang berlaku dalam tindakan dan fikiran manusia berpunca daripada alam tidak sedar.
   Fikiran di tahap kesedaran memainkan peranan yang sangat kecil dalam teori
psikoanalitik dan dapat didefinisikan sebagai elemen-elemen mental dalam kesedaran pada
saat tertentu. Kesedaran merupakan tahap secara lansung tersedia bagi kita. Fikiran-fikiran
dapat mencapai kesedaran dari dua arah berbeza. Yang pertama dari sistem sedar perseptual
yang diarahkan ke dunia luar dan bertindak sebagai medium persepsi terhadap stimulus-
stimulus eksternal. Dengan kata lain, apa yang kita persepsikan melalui organ-organ
pancaindera kita bila tidak terlalu mengancam akan memasuki kesedaran. Sumber kedua dari
elemen-elemen sedar berasal dari dalam struktual mental dan meliputi fikiran-fikiran yang
tidak mengancam dari alam prasedar. Walaubagaimanapun, Freud berhujah bahawa tahap
kesedaran tidak akan berlaku dengan penuh, elemen prasedar akan menyusup masuk
menyebabkan seseorang itu tetap akan berada di bawah tahap ketidaksedaran.

c.       Isu buli dari perspektif teori Psikoanalisis di kalangan remaja


           Teori psikoanalitik melihat keagresifan adalah naluri semula jadi manusia dan ia tidak
dapat dielakkan daripada realiti kehidupan manusia. Menurut teori psikoanalisis, struktur
personaliti individu terdiri daripada id,ego dan superego. Pendorong kepada tingkah laku dan
sifat keagresifan ialah id. Ego  pula berfungsi sebagai pemikiran, persepsi dan kawalan motor
yang akan menilai secara tepat keadaan persekitaran. Ego merupa pengimbang antara id  dan
superego.
 Dalam usaha untuk memenuhi fungsi adaptasi ini, ego mesti berupaya mengukuhkan
penangguhan kepuasan impuls naluri daripada id. Untuk mempertahankan dirinya daripada
impuls-impuls yang tidak dijangkakan, ego perlu membentuk mekanisma khusus yang
dikenali sebagai mekanisma bela diri. Mekanisma-mekanisma ini termasuklah represi,
penyingkiran dan pengukuhan pola-pola tingkah laku yang secara langsung bertentangan
dengan keperluan tidak sedar. Perkembangan personaliti wujud melalui penempatan
berperingkat `libido’ yang memberi tenaga kepada tubuh untuk menukarkannya kepada
stimulasi. Ianya berfungsi sebagai penyebab utama aktiviti mental dan tingkah laku manusia
dalam memburu keseronokan dan ketegangan. Konflik dalam kehidupan akan mewujudkan
kebimbangan. Kebimbangan ini akan dihadapi oleh individu dengan menggunakan
mekanisma bela diri.
Pembuli lazimnya wujud daripada kalangan kanak-kanak atau pelajar yang
mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah. Pembuli mungkin wujud dalam
kalangan keluarga yang mempunyai bapa yang bersifat seorang pembuli. Latar belakang
keluarga yang mempunyai pelbagai masalah seperti, kurangnya interaksi prososial,
pengukuhan terhadap tingkah laku agresif, ketidaktekalan serta kaedah disiplin yang lemah
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak untuk menjadi pembuli. Pengalaman lampau
sebagai mangsa buli akan menyebabkan kanak-kanak tersebut bertindak untuk membuli
orang lain sebagai mekanisma bela dirinya untuk merasai dirinya adalah individu yang
berkuasa.
          Sejak peringkat awal perkembangan kanak-kanak, ibu bapa harus menunjukkan
suasana yang positif dan agar kanak-kanak melihat keadaan toleransi dan kasih sayang. Oleh
sebab itulah, keseimbangan diantara id, ego dan superego penting kepada individu terutama
remaja kerana peringkat keremajaan merupakan satu tahap yang penuh dengan konflik,
tekanan dan cabaran.

4.2       CARA MENGATASI BULI  MENGIKUT PANDANGAN ISLAM


Pelajar sekolah masakini seolah-olah kehilangan identiti sebagai seorang pelajar sekolah yang
sepatutnya dari sudut pembelajaran dan perlakuan. Jika kita lihat dewasa ini perilaku pelajar
sekolah seakan-akan sudah hilang kawalan dengan perlakuan seperti gejala buli ini yang
boleh dikategorikan sebagai masalah kehilangan identiti dan jatidiri.
Masalah yang timbul berkenaan buli ini adalah disebabkan beberapa faktor yang
menjadi sebab musabab pelajar sekolah melakukan perlakuan sedemikian. Antara faktor
utama yang menjadi punca masalah ini adalah pengaruh rakan-rakan sebaya yang boleh
memusnahkan masa depan pelajar sekolah ini. Buli ini boleh dikatakan sebagai ketagihan
yang merantai diri pelajar masa kini kerana jika sekali pelajar melakukan perbuatan ini, pasti
fenomena buli akan berulang dan terus berulang.
Ada juga di antara pelajar yang buli disebabkan suasana segelintir pelajar sekolah
bersikap gengsterisme yang mana menyebabkan pelajar-pelajar lain dibuli dan dijadikan
tempat melepaskan geram.
Seharusnya bagi mengatasi masalah bahana buli ini dari terus berleluasa dan semakin
menjadi-jadi, semua pihak harus berganding bahu merangka dan melaksanakan beberapa
beban tanggungjawab agar masalah ini dapat diatasi. Sememangnya memakan masa yang
lama untuk menghapuskan masalah ini, tetapi sekurang-kurangnya beberapa rangka kerja
perancangan teliti dibuat agar masalah ini tidak terus menjadi barah dalam masyarakat.
Menurut Izzat Amin Mohd Nasir selaku YDP Persatuan Mahasiswa Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya menyatakan bahawa peranan yang terpenting dan individu
yang terpenting dalam menyelesaikan masalah bersangkutan anak-anak adalah ibu bapa.
Menukilkan beberapa panduan dalam Buku karya Abdullah Nasih Ulwan
bertajuk “Tarbiyatul Aulad” menyedarkan kepada ibu bapa betapa beratnya beban tugas ibu
dan bapa ini. Peranan yang dimainkan adalah bermula daripada hari pertama kelahiran anak
ke dunia dengan mengajarkan dia tentang tanggungjawabnya mengenal Tuhan agar
kehidupan dewasanya lebih memahami erti ketuhanan yang menyebabkan anak yang didik
menjadi sempurna.
Dalam Surah Lukman ayat ke 13, Allah menukilkan perihal tanggungjawab seorang
bapa dalam mendidik anak yang yang mana bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran
kepadanya, “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya
mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Daripada ayat ini Saudara Izzat Amin Mohd Nasir menyatakan bahawa peranan
mendidik anak adalah peranan yang sangat besar. Bagi buli, ibu bapa perlulah memantau
aktiviti anak-anak dengan perlakuan mereka. Ibu bapa pastinya sedia maklum perubahan
demi perubahan yang dialami oleh anak yang dikandung untuk memastikan perlakuan anak
tersebut benar-benar bersikap mahmudah dan bukannya mazmumah. Sekiranya perilaku sang
anak mencurigakan, pihak ibu bapa harus terus berbicara dan berkongsi masalah yang
dihadapi dengan pelajar yang bergelar anak itu. Sekiranya tidak mendapat sebarang
maklumat maka peranan ibu bapa adalah berjumpa dengan guru yang berautoriti sama ada
guru kelas atau guru disiplin untuk memastikan tingkah laku anak.
Selain peranan ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah hendaklah
lebih peka dalam menangani masalah ini. Hubungan yang erat di antara kesatuan guru dan
PIBG membolehkan masalah ini dapat dirangka pelan tindakan diperingkat sekolah agar
pelajar yang terlibat ini sedar betapa beberapa pentingnya nilai keilmuan di dalam waktu
persekolahan.
Institusi persekolahan adalah institusi yang amat berperanan dalam menyelesaikan
masalah buli ini. Tertarik dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Lepar Hilir Kuantan Pahang yang mana sebelum sesi kelas dimulakan
setiap jumaat semua pelajar akan membaca yasin. Pengetuanya Ibrahim Mat Akil
menyatakan kesan paling ketara yang dapat dilihat menerusi program bacaan Yasin itu,
pelajar yang dipanggil selepas melakukan kesalahan akan mudah menerima nasihat sekali gus
tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Abdul Qayyum Bin M. Suhaimi pelajar
Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya merasakan bahawa tindakan sekolah tersebut
amat tepat dalam menyelesaikan masalah buli ini. Ini berikutan Al-Quran sememangnya
mampu untuk melembutkan hati manusia yang keras.
Beliau juga menyatakan fakta ini telah terbukti apabila sejarah membuktikan Saidina
Umar Al-Khattab yang berjiwa keras sebelum Islam boleh lembut hanya dengan mendengar
alunan ayat-ayat suci Al-Quran sehingga beliau mengucap kalimat Shahadah tanda Allah
melembutkan hatinya dengan sebab musabah Al-Quran. Abdul Qayyum menambah bahawa
setiap sekolah di Malaysia yang mempunyai pelajar yang beragama Islam, kaedah ini
dianggap sangat berkesan dengan cara ayat-ayat suci ini akan dibaca bersama-sama dengan
guru, dan guru akan mentafsirkan maksud ayat tersebut. Kaedah ini tidak memakan masa
yang begitu lama dan hanya sekitar 5 minit hingga ke 10 minit.
Masyarakat juga perlulah berganding bahu dalam menyelesaikan masalah buli ini
dengan bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab seperti pihak sekolah, pihak polis
dan keluarga pelajar tersebut. Ini kerana dengan peranan masyarakatlah sesuatu masalah yang
timbul dapat diatasi dengan cara yang cepat.
semua pihak haruslah berperanan dalam menjuarai isu ini agar anak bangsa yang bakal
memimpin negara Malaysia masa hadapan tidak akan sesekali melakukan masalah buli.
Harus kita hayati bahawa cara nasihat kepada pelajar ini dengan cara yang berhikmah pasti
pelajar tersebut kembali ke landasan tanggungjawb sebagai pelajar yang harus dipikul. Harus
kita renungkan firman Allah s.w.t dalam surah A-‘Ashr ayat 1 hingga 3 yang
bermaksud “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya
mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH


Cadangan idea 
 Remaja perlu mengenal pasti dan menetapkan hala tuju sebenar mereka supaya
mereka tidak mengalami krisis identiti
 Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan baru untuk mendidik anak-anak remaja
masa kini yang terdedah kepada banyak perkara
 Pihak sekolah memberikan kaunseling kepada remaja yang bermasalah untuk
mengenal pasti punca dan mencari langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi
 Kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan remaja dengan
lebih tegas untuk memberikan keinsafan kepada mereka
 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang proaktif dengan
merancang pelbagai program bersama-sama dengan pihak sekolah
 Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral dan agama
supaya remaja kukuh dari segi jati diri dan keagamaan
 Ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui hal anak-
anak mereka
 Ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak dengan
memperuntukkan masa kepada anak-anak supaya mereka dapat meluahkan masalah yang
dihadapi
 Pihak sekolah tidak hanya mementingkan keputusan akademik pelajar semata-mata
dalam pengurusan pelajar sebaliknya banyak memberikan penekanan dalam membentuk
sahsiah pelajar
 Media massa perlu melaporkan dengan lebih kerap kepincangan yang dilakukan oleh
remaja untuk meberi kesedaran kepada mereka
 Kerajaan perlu memberi peluang kepada remaja meluahkan perasaan mereka dengan
menyediakan tempat-tempat untuk remaja melakukan aktiviti berfaedah
 Kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya
pembinaan jati diri remaja yang kukuh dapat dibina di peringkat sekolah.

5        RUMUSAN        
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini ‘ sebelum nasi
menjadi bubur’. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa
hadapan, maka satu langkah drastik daripa semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan
daripada satu pihak tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu
untuk menangani masalah buli ini.
            Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai cara bagaimana mengatasi masalah
buli ini, namun ia hanya akan berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar.
Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi
hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu
bapa, guru-guru dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Adalah wajar supaya pelajar
didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah.
Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka
gementar dengan hukuman.
            Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah asset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting
dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin
di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang
dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan
ancaman besar terhadap asset utama yang merupakan sumber modal insan yang selaras
dengan falsafah pendidikan negara yang akan mempastikan kelangsungan kemajuan dan
keharmonian negara.      

           
                       
6        BIBLIOGRAFI                                                                          
Aslina Ahmad , Abdul Malek Abdul Rahman, Muhammad Bazlan Mustafa, Noraini
Ismail & Che Anuar Che Abdullah ( 2014 ). Pembangunan Sahsiah Falsafah,
Konsep, Teori & Praktis.Tanjung Malim, Perak. Nur Niaga Sdn Bhd.
Astro Awani, 2014. Video Buli Pelajar Berlaku di Asrama Anak Yatim di Perlis. Dimuat
turun pada 06 November 2014 daripada http://www.astroawani.com/berita-    malaysia/video-
buli-pelajar-berlaku-di-asrama-anak-yatim
Astro Awani, 2015. Pelajar Dakwa Dibelasah Senior Sekolah Agama di Pendang.
Dimuat turun pada 20 April 2015 daripada http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/Pelajar-dakwa-dibelasah-senior-sekolah-agama-di-pendang
Astro Awani, 2014. Kerana-sidai-tuala-pelajar-tingkatan-4-maut-dibelasah-rakan.
Dimuat turun pada 12 Mei 2015 daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/video-
buli-pelajar-berlaku-di-asrama-anak-yatim
James Ang Jit Eng Ed.D. ( 2011 ). Pengurusan Disiplin Murid Edisi Kedua. SgBuloh,
Selangor: C.T Book Makers Sdn. Bhd
Mook Soon Sang, 2010, Psikologi Pendidikan, Puchong Selangor, Penerbitan
Multimedia
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009, Murid Dan
Alam Belajar, Kuala Lumpur, Oxford Fajar.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz abd Shukor, Ramlah
Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah ( 2012 ). Pembelajaran dan Perkembangan
Pelajar Edisi Kedua. Tanjung Malim, Perak. ) Oxford Fajar

Anda mungkin juga menyukai