Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
PEPERIKSAAN JUN 2022 (UJIAN TERBUKA – OBT)

PROGRAM
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Programme)
AMBILAN
Jun 2021
(Intake)
SEMESTER
Semester 3 Tahun 1
(Semester)
ANGKA GILIRAN
2021112340094
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN
021108-05-0484
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
PBKK 3183
(Course Code)
NAMA KURSUS
Teori Personaliti
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 9 Jun 2022
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

1
NO. AG: 2021112340094 KOD KURSUS: PBKK 3183

BAHAGIAN A
SOALAN 2

Teori Kognitif tingkah laku telah dipelopori oleh psikologis Albert Ellis dan Aaron T.
Beck (Corey, 2009). Teori Kognitif tingkah laku berpendapat setiap manusia mempunyai
potensi untuk menjadi individu yang rasional atau tidak rasional. Menurut Corey (2009)
individu sendiri menentukan dirinya untuk menjadi gembira, merasakan kesempurnaan,
disayangi dan menyayangi. Pada masa yang sama individu yang memilih untuk menjadi
sebaliknya seperti sedih dan menyekat diri sendiri untuk berkembang dengan baik. Oleh
yang demikian, Teori Kognitif tingkah laku mempunyai peranan tersendiri dalam
membantu mengembangkan potensi klien. Keutamaan matlamat Teori Kognitif tingkah
laku adalah mengajar individu menerima diri mereka seadanya di samping memberi
peluang kepada diri untuk belajar dan membetulkan kesilapan, tanpa menyalahkan diri
atau orang lain, melalui pembentukan pemikiran.
Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam Teori Kognitif tingkah laku yang
diasaskan oleh Aaron Beck bagi mempengaruhi dan mengubah pemikiran serta tingkah
laku manusia. Teknik yang pertama ialah teknik penstrukturan semula kognitif.
Matlamatnya adalah untuk mengubah persepsi buruk atau salah mengenai diri sendiri.
Tujuan teknik penstrukturan semula kognitif ialah membaiki cara klien berfikir dan
memproses maklumat serta menghentikan pemikiran yang tidak rasional serta inferen
yang tidak sah. Teknik ini berupaya mengubah klien daripada suka bermonolog sesuatu
yang negatif dengan menukar pemikiran yang lebih rasional dan positif. Cara-cara
menggunakan teknik ini ialah klien diarahkan untuk menulis pemikiran negatif mereka
dan melihat apakah yang menyebabkan timbulnya pemikiran negatif tersebut. Apabila
klien menulis secara berulang-ulang dan melihat sebab dan akibat pemikiran tersebut,
secara tidak langsungnya klien diajar untuk mengenal pasti apakah penyebab
masalahnya dan menilai sesuatu secara objektif.
Selain itu, teknik yang kedua ialah teknik dialog skema. Dalam teknik ini, klien
belajar untuk menolak perasaan yang disebabkan oleh skema pemikiran yang
menimbulkan masalah kepada dirinya. Kaedahnya ialah dua kerusi kosong diperlukan
untuk klien menggunakan kerusi-kerusi tersebut sewaktu berdialog dengan dirinya.
Kerusi pertama ialah skema masalah klien dan kerusi kedua merupakan pemikiran
rasional klien. Klien akan berubah kedudukan berdasarkan watak yang dipegangnya
dalam dialog tersebut. Dialog skema secara automatik akan membolehkan klien melihat

2
NO. AG: 2021112340094 KOD KURSUS: PBKK 3183
dari perspektif yang berbeza dan cuba mencari jalan penyelesaian baru. Selanjutnya,
teknik yang ketiga ialah teknik relaksasi. Tujuan teknik relaksasi dalah untuk membantu
klien mengurangkan ketegangan dengan cara mengendur dan meregangkan otot serta
menenangkan fikiran. Terdapat tiga jenis relaksasi iaitu relaksasi otot progresif, relaksasi
pernafasan dan relaksasi meditasi.
Teknik yang seterusnya ialah teknik kerja rumah. Kerja rumah atau latihan
merupakan antara teknik penting dalam Teori Kognitif tingka laku kerana penyertaan
klien yang berterusan dari segi kognitif dan tingkah laku di luar dari sesi terapi akan
mempercepat lagi proses pemulihan klien. Latihan yang berkaitan dengan masalah klien
dapat membantu klien menyelesaikan masalah dengan kadar segera (kuehlwein, 2002).
Antara kerja rumah yang boleh diberi kepada klien adalah biblioterapi iaitu membaca
teks atau mendengar pita tertentu yang berkaitan dengan isu klien.
Secara kesimpulannya, teori kognitif adalah suatu pendekatan yang
mengkombinasikan penggunaan teknik kognitif dan perilaku untuk membantu individu
memodifikasi mood dan perilakunya dengan mengubah fikiran yang merosakkan diri.
Peribadi sihat dan tidak sihat menurut teori kognitif adalah individu dapat menghilangkan
pemikiran buruknya serta mengarahkan pembentukan emosi ke arah yang lebih positif.

505 patah perkataan

SOALAN 3

Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhamad Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau
lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali kerana dinisbahkan kepada nama kampung
tempat kelahirannya iaitu Ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah
Khurasan, Parsi, (Iran). Namun, ada juga yang menyatakan bahawa panggilan tersebut
dinisbahkan kepada bapanya. Ini kerana bapa Imam al-Ghazali merupakan seorang
tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal. Teori Al-
Ghazali mengambil falsafah pemikiran al-Ghazali yang bersumberkan alQuran dan al-
Hadis sebagai sumber rujukan utama. Teori ini menjurus kepada tiga perkara asas iaitu
falsafah pada manusia, andaian-andaian pada manusia dan teknik kaunseling yang
digunakan.
Menurut Perspektif Islam, personaliti merujuk kepada perkataan Arab iaitu
sahsiah atau akhlak. Ia membawa maksud budi pekerti, tingkah laku, perangai dan adat
kebiasaan. Ia juga terbahagi kepada dua iaitu akhlak baik dan akhlak buruk. Sifat-sifat

3
NO. AG: 2021112340094 KOD KURSUS: PBKK 3183
yang ada pada seseorang seperti cara dia berfikir, berpersepsi, beremosi dan
sebagainya yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Keperibadian,
tingkahlaku, perangai atau perwatakan seseorang yang terhasil daripada faktor dalaman
dan luaran individu yang secara umumnya memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi,
kognitif seseorang individu sehingga dapat menampilkan ciri-ciri keperibadian tersendiri
yang boleh membezakan daripada orang lain.
Sejajar dengan itu, gagasan personaliti Al-Ghazali terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan al-aql (akal). Pertama sekali, pengertian Al-qalb
ialah segumpal daging yg berbentuk bulat panjang dan terletak di sebelah dada manusia
atau dikenali juga dengan hati jasmani. Al-galb bersifat ketuhanan (rabbaniyah) dan
ruhaniyyah atau dikenali juga dengan hati rohani. Hati ini berupaya mendapatkan ilmu
pengetahuan dan bertanggungjawab terhadap segala perintah dan larangan Allah SWT.
Sejauh mana hati manusia itu dapat menghayati risalah Allah menentukan kualiti hati
individu. Individu yang hatinya belum kukuh dengan tuntutan agama memerlukan
akalnya untuk memandu ia bertindak.
Justeru itu, pengertian al-nafs ialah jiwa yang merangkumi kekuatan marah dan
syahwat dalam diri manusia. merupakan punca sifat tercela bagi manusia. Pengertian
kedua ialah hakikat manusia itu sendiri atau zatnya. Al-nafs terbahagi pula kepada 3
bahagian iaitu nafs al-mutmainnah, nafs al-lawwamah dan nafs al-ammarah. Nafs al-
mutmainnah bermaksud jiwa yang bersifat ketenangan, kemuliaan dan ketinggian
kemuliaan. Nafs al-lawwamah bermaksud jiwa penyesalan, jiwa yang mencela manusia
yang lalai dari mengingati Allah dan jiwa yang tidak mencapai ketenangan sepenuhnya.
Manakala nafs al-ammarah adalah jiwa yang jahat dan satu bentuk dorongan yang
mengarah kepada tindakan dan tingkah laku melanggar etika-etika yang mulia.
Tambahan pula, nafs dirujuk sebagai tabii keinginan. Kualiti nafs ini mencorakkan
personaliti individu itu menjadi manusia yang rasional dan aman.
Di samping itu, al-aql merupakan daya berfikir yang berkaitan dengan kebolehan
mengetahui sesuatu perkara. Satu tenaga yang menilai tentang sesuatu perkara yang
baik dan buruk. Al-aql merupakan sesuatu yang bersifat dalaman, halus dan indah.
berperanan dalam pembentukan personaliti manusia. Ia merupakan intipati atau hakikat
kepada jiwa. Akal merupakan anugerah Allah yang khusus untuk manusia. Ia dikatakan
sebagai intelek yang membolehkan manusia membentuk konsep, generalisasi, dan
berdaya rasional. Jelasnya, kehadiran akal membolehkan manusia berfikir secara
rasional. Manusia yang mencapai akal sedemikian dapat bertindak berpandukan fikiran
rasional yang dicorakkan oleh keyakinan diri dan keikhlasan tindakan.

4
NO. AG: 2021112340094 KOD KURSUS: PBKK 3183
Selaras dengan itu, kesan terhadap pembentukan personaliti individu menurut al-
Ghazali Tazkiyyah Al-Nafs iaitu melatih jiwa menuju ke arah kebaikan melalui mujahadah
al-nafs (al-takhalli) dan riyadah al-nafs (al-tahlli). Mujahadah al-nafs ialah berusaha
melawan nafsu atau menghapuskannya serta menghapuskan sifat-sifat mazmumah.
Riyadah al-nafs adalah melatih jiwa menuju ke arah kebaikan secara beransur-ansur
serta pengaplikasian sifat-sifat mahmudah dalam diri.
548 patah perkataan

BAHAGIAN B
SOALAN 1

Sebagai seorang remaja atau dalam peralihan ke alam dewasa, ini merupakan
satu tempoh yang meresahkan dengan banyak perubahan fizikal, psikologi dan sosial
yang mengiringi peringkat kehidupan ini. Apabila kemerosotan mood mengganggu
keupayaan untuk berfungsi hari demi hari, ia menandakan satu kecelaruan emosi serius
yang memerlukan perhatian iaitu kemurungan.

Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam remaja lazimnya adalah yang


berkaitan dengan isu-isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah, orientasi
seksual dan juga pernah menjadi mangsa penganiayaan fizikal atau seksual. Sekiranya
simptom kemurungan berterusan, ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan
fizikal dan mungkin juga menjurus pada mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
Bagi isu kemurungan dan stress yang dialami oleh Remy, berpunca daripada
perwatakan lembut ini, adalah jelas bahawa kes ini berpunca dari isu harga diri dan buli.

Tidak seperti orang dewasa yang menunjukkan simptom kemurungan klasik,


meleraikan simptom kemurungan dalam remaja adalah sukar. Sesetengah mereka
mungkin mempunyai kecenderungan genetik ke arah kemurungan atau personaliti yang
rapuh. Mungkin sukar untuk membezakan antara suka dan duka yang menjadi
sebahagian daripada kebiasaan seorang remaja, dengan kemurungan remaja.

Sering kali terdapat perubahan ketara dalam pemikiran dan tingkah laku Remy.
Remy akan menyepikan diri, selalunya bersendirian berjam-jam di bilik tidur. Apabila di
kelas, Remy juga akan berseorangan dan senyap dengan tidak berkomunikasi dengan
rakan sekelas. Remy juga mungkin hilang minat dalam aktiviti yang menyeronokkan,
diiringi dengan kehilangan selera makan dan kemerosotan kebersihan diri.

5
NO. AG: 2021112340094 KOD KURSUS: PBKK 3183
Selain daripada mood rendah yang berpanjangan iaitu berlarutan sehingga dua
minggu atau lebih, mungkin juga terdapat rungutan sakit dan sengal. Sebagai contohnya,
sakit belakang dan sakit kepala atau lesu kesan daripada punca psikologi. Ia juga
dikenali sebagai rungutan psikosomatik. Dalam sesetengah kes, terdapat tanda-tanda
perilaku melawan, cepat marah atau jenayah. Salah guna alkohol atau dadah untuk
membantu tidur atau bertenang juga bukan sesuatu yang luar biasa. Tambahan pula,
membunuh diri sering kali menjadi tindakan terdesak terakhir untuk melepaskan diri
daripada keperitan kemurungan. Tanda-tanda remaja mengalami kemurungan termasuk
menyuarakan secara terbuka perasaan putus harapan akan masa depan, memberi
barang-barang kegemarannya kepada orang lain atau menulis nota selamat tinggal dan
selalunya melalui media sosial.

Stres juga memberi ketidakselesaan kepada seseorang. Apabila stress, Remy


akan mengalami denyutan jantung yang laju dan tidak tetap. Hal ini demikian kerana
otot-otot menjadi tegang dan mengakibatkan dada berasa tidak selesa. Secara
fizikalnya, seseorang itu akan mengalami sakit kepala dan kadang kadang muntah. Stres
juga menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil. Tubuh badan akan berasa
letih, lesu dan lemah. Mulut dan tekak akan menjadi kering dan menyebabkan seseorang
itu berasa tidak selesa. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat
juga timbul.

Di samping kesan buruk, stress juga memberikan kesan yang baik secara semula
jadi. Badan dapat bertindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang
terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan yang diterima dengan
merembeskan hormone adrenocorticotropik (ACTH). Hormon tekanan ini, termasuk
kortisol dan adrenalin akan membantu meningkatkan daya tumpuan, mempercepatkan
tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakkan seseorang. Hal ini demikian
membolehkan seseorang itu menganggap stress mampu menjadikannya bertiindak lebih
aktif dan membuat pertimbangan yang wajar. Ketiadaan stress akan menjadikan
seseorang itu lambat bertindak balas kerana sentiasa berada di zon selesa.

Kesimpulannya, stress atau tekanan yang dialami oleh Remy merupakan tindak
balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi.
Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu tersebut
baik daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka.

556 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai