Anda di halaman 1dari 5

Hormat (jurnal pg 2 last paragraph)

Menurut Zuraidah (2004), apabila ahli-ahli kelompok berasa selesa di antara satu sama lain, mereka
akan mula menaruh kepercayaan dan hormat menghormati. Tambahan pula, menerusi wujudnya
perasaan ini, ia seterusnya akan menggalakkan ahli untuk berkongsi perasaan dan pengalaman serta
mampu menceritakan kisah-kisah peribadi yang terpendam. Misalnya, sebab-sebab sebenar mereka
menjadi ahli kelompok, rahsia-rahsia seks yang mereka sembunyikan dan perasaan terpendam yang
lain akan turut diceritakan tanpa ragu-ragu. Selanjutnya, pemimpin seharusnya menghormati harga
diri dan maruah diri ahli-ahli kelompok tanpa mengambil kira tingkah laku, sikap, kepercayaan,
bangsa, jantina, peringkat umur atau status sosio-ekonomi mereka. Sesungguhnya, pemimpin
membantu ahli yang mempunyai pelbagai persoalan dalam dirinya. Kaunselor wajarlah berusaha
membantu ahli kelompok melihat masalahnya dari pelbagai perspektif dengan menunjukkan sikap
hormat terhadap setiap ahli tanpa prasangka dan prejudis supaya dapat berkembang untuk
menghormati harga diri dan maruah diri ahli. Pemimpin hendaklah berkemampuan untuk mengubah
perasaan negatif beliau terhadap sesetengah ahli supaya ahli akan dihormati sebagai seorang
individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan persoalan dalam hidupnya di samping
menunjukkan bahawa kaunseling adalah satu usaha dalam proses memberikan pertolongan.

Berdasarkan jurnal yang saya pilih, Terbuka (jurnal pg 3 paragraph 3)

Menurut Forsyth & Diederich, 2014), ahli-ahli kelompok dapat menyatakan permusuhan dan konflik
mereka secara terbuka dan mendapat beberapa ketetapan seterusnya membina persefahaman
antara satu sama lain.

Menurut ini, kita dapat tahu bahawa sebagai seorang pemimpin mestilah mempunyai sifat
keterbukaan dalam sesi pehubungan dengan ahli-ahli kelompok. Hal ini demikian kerana ia
dapat menggalakkan ahli untuk bebas meluahkan pemikiran dan perasaan yang
dihadapinya. Pemimpin hanya perlu mendedahkan diri ahli dalam mencapai pada tahap
kefungsian yang diinginkan. Pemimpin juga patutlah mempunyai kebolehan dalam
memperkasakan ahli-ahli kelompok. Hubungan ini dapat diwujudkan dengan berasaskan
hubungan kepercayaan antara pemimpin dan ahli-ahli kelompok, koloborasi serta berkongsi
tenaga dalam sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli. Pemimpin
juga harus fokus kepada kekuatan dalaman setiap ahli dan keyakinan bahawa setiap ahli
mampu memilih kehidupan yang positif. Bukan itu sahaja, pemimpin yang bersikap terbuka
akan menerima perbezaan yang wujud antara ahli sama ada dari aspek keunikan personaliti,
pengalaman atau pegangan hidup. Beliau menunjukkan kesungguhan untuk memahami sesuatu
pengalaman dari perspektif ahli sendiri. Pemimpin juga wajarlah menghormati maruah ahli, tidak
memandang rendah pada pengalaman dan nilai yang dipegang ahli serta tidak bersikap sombong
akan kelebihan yang ada padanya.

1. Interaksi yang positif dalam kalangan ahli kelompok

Secara umumnya, interaksi positif sama ada interaksi verbal atau fizikal mampu merangsang
pembentukan kejeleketan. Bertepatan dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hogg (1992,
1993), Wilson (1999) serta Gladding (2015) yang menegaskan bahawa aspek interaksi memainkan
peranan penting di dalam membina kejeleketan. Selain itu, tempoh terbentuknya kejeleketan dalam
sesebuah kelompok juga dipengaruhi oleh sejauh mana interaksi positif yang terbina di dalam
kelompok tersebut. Sebagai contoh, interaksi yang positif dapat dilaksanakan dengan ahli-ahli tidak
membincangkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kelompok. Antara isu
sensitif termasuk hak istimewa sesuatu kaum, agama dan politik. Menurut Gladding (2015), di antara
ciri-ciri ahli kelompok dapat dilihat melalui keupayaan setiap ahli di dalam kelompok tersebut untuk
saling berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Oleh yang demikian, dapat dijelaskan
bahawa pembentukan sesi kaunseling kelompok yang berkesan dapat dihasilkan melalui komunikasi
dan pergaulan mesra sesama ahli. Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk
terlebih dahulu sebelum sesi perbincangan dimulakan. Hal ini demikian kerana akan memudahkan
para ahli kelompok untuk berani mengeluarkan pendapat tanpa rasa tergugat atau terancam,
walaupun apa yang diperkatakan itu berbentuk peribadi (Amla, Zuria & Salleh, 2006). Oleh itu,
wujudnya keselesaan dan interaksi positif antara ahli kumpulan dalam bekerjasama menjayakan sesi
kaunseling.

2. Penerimaan sesama ahli (kesediaan untuk belajar daripada orang lain)

Perasaan diterima atau dialu-alukan oleh ahli kelompok mampu meningkatkan pembentukan
kejeleketan dalam sesebuah kelompok. Penerimaan sesama ahli kelompok ini merupakan antara
prasyarat penting dalam memastikan keberkesanan sesi kaunseling kelompok. Menerusi perasaan
penerimaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perasaan kekitaan serta mencetuskan
perasaan-perasaan positif lain seperti bertolak ansur, saling mengenali dan membina hubungan
mesra. Selanjutnya, menurut Mohd Mansur & Nordinar (1996), penerimaan sesama ahli turut
menimbulkan perasan tarikan terhadap kelompok dan perasan saling berhubung di antara ahli
kelompok yang lain. Tambahan pula, penerimaan oleh ahli di dalam kelompok juga dapat
digambarkan sebagai sebuah kepercayaan. Menerusi kewujudan kepercayaan dalam diri setiap ahli
terhadap ahli lain akan merangsang lagi penerimaan sesama ahli di dalam kelompok. Menurut Hogg
(1992), Yalom (1985) serta Napier dan Gershenfeld (2004) yang turut memperincikan bahawa faktor
penerimaan sesama ahli ini sebagai asas untuk kelompok membina norma-norma bersama dengan
mewujudkan sifat mengambil berat sesama ahli. Di samping itu, dapat dikaitkan juga elemen
silaturahim yang ditegaskan dalam agama Islam merupakan paparan kepada sikap saling menerima
secara terbuka tanpa bersikap prejudis dan saling mempercayai sesama ahli kelompok. Justeru itu,
penerimaan sesama ahli perlu wujud bagi memastikan perasaan kekitaan dapat terbentuk
seterusnya menghasilkan kelompok yang dinamik dan kondusif.

787

Pemimpin seharusnya bersikap hormat di atas kejujuran klien yang meminta pertolongan, menerima
hakikat bahawa setiap ahli yang datang dan pergi adalah berbeza sifatnya, meyakinkan ahli bahawa
segala maklumat yang dirahsiakan.

Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan
para anggota persatuan menaruh perasaan syak wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan
ditemui pada bila-bila masa.

Guru kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan dengan klien. Hal ini
demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk meluahkan pemikiran dan perasaan yang
dihadapinya. 
Guru kaunselor perlu bersikap terbuka terhadap perkongsian pengalaman dan nilai dirinya ke atas
klien. Guru kaunselor dapat menerima bahawa setiap individu mempunyai keunikannya tersendiri
dan menghormati perbezaan antara mereka.

Mesra

Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-
tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang
ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang dihadapi oleh klien.

Mesra adalah satu ciri personaliti yang sangat dicari ahli pada diri seorang ketua. Kemesraan boleh
ditunjuk melalui tingkah laku tanpa lisan seperti kontak mata dan senyuman, serta kata-kata yang
sopan. Ahli suka apabila ketua mudah didekati, menunjukkan muka manis dan menegur mereka
dengan kata-kata yang baik. Seorang ketua yang mesra akan menyapa ahli tanpa menunggu dia
disapa dahulu. Kemesraan ketua membantu ahli berasa selesa untuk mendekati ketua dan ahli lain
dengan lebih personal.

Kreativiti

Ketua yang kreatif ialah seorang yang berkebolehan melihat sesuatu isu dari perspektif yang
berbeza. Dia juga sentiasa mencari dan mencuba idea baharu dalam kelompok. Contohnya, Asyran
bercerita tentang kemiskinan keluarga yang memaksanya berhenti belajar dan mencari pekerjaan
untuk membantu adik-adik yang masih bersekolah. Ketua boleh mengembangkan tema
"kemiskinan"dari segi harta benda untuk merangkumi kemiskinan dari segi kasih sayang dan
perhatian. Kemampuan ketua melihat sesuatu penceritaan dari pelbagai aspek memudahkan ahli
lain untuk sama-sama berkongsi pengalaman mereka dalam kelompok. Selain daripada membuka
minda ahli untuk melihat sesuatu dari sudut lain, ketua juga dilihat kreatif apabila dia
mempelbagaikan cara mengendali kelompok. Dia menggunakan aktiviti, pendekatan tanpa lisan,
melukis dan sebagainya untuk ahli mengenali diri.

AHLI

Berani (Jurnal Pg5 Paragraph 3)

Apabila sesuatu kelompok telah terbina keyakinan serta juga dilihat telah mencapai tahap
kejeleketan, maka peringkat ini akan memudahkan para ahli kelompok untuk berani mengeluarkan
pendapat tanpa rasa tergugat atau terancam, walaupun apa yang diperkatakan itu berbentuk
peribadi (Amla, Zuria & Salleh, 2006).

1. Terlibat secara aktif dalam aktiviti dan perbincangan kelompok. Ahli perlu berkongsi, memberi
pendapat dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diperkenalkan oleh ketua kelompok.

2. Tidak membincangkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kelompok.
Antara isu sensitif termasuk hak istimewa sesuatu kaum, agama dan politik.

3. Mengamalkan nilai-nilai nurni selasa berinteraksi seperti tidak berbohong, tidak memotong cakap
ahli, bekerjasama dan toleransi.
4. Mendengar dengan baik; memberi sepenuh tumpuan apabila ahli lain bercakap.

5. Mempunyai rasa hormat-menghormati antara satu dengan lain.

6. Belajar berkongsi pengalaman, kemahiran dan pengetahuan.

7. Bersikap terbuka dan menerima konsep perbezaan antara individu.

8. Membentuk dan menghormati peraturan kelompok.

9. Mempunyai rasa bertanggungjawab penuh terhadap segala maklumat yang dikongsi bersama
dalam kelompok (menjaga kerahsiaan kelompok)

Seorang ahli kelompok perlu memainkan peranannya dengan aktif dan bertanggungjawab. Ahli perlu
terlibat dan mengambil bahagian dalam proses kelompok dan mengamalkan nilai-nilai mumi semasa
berhubung dengan ahli lain. Dia perlu menghormati hak dan peranannya sebagai ahli kelompok dan
melaksanakannya untuk kebaikan kelompok. Ketua juga perlu menghormati hak ahli dan
mengingatkan mereka tentang tanggungjawab terhadap kelompok. Sekiranya ahli kelompok memilih
untuk tidak berkongsi aspek tertentu tentang dirinya, kelompok tidak boleh memaksa ahli tersebut
tanpa kerelaannya. Ringkasnya, ahli adalah pemilik kepada kelompok yang dipilihnya. Mereka
mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi perjalanan kelompok. Mereka secara tidak
langsung boleh menentukan struktur kelompok, berkongsi ekspektasi terhadap kelompok dan ketua,
serta menyatakan pandangan terhadap kepemimpinan kelompok. Ahli perlu bersikap jujur terhadap
peranannya dan ini akan berjaya menjadikan kelompok sebagai tempat membina kekuatan diri dan
belajar menghormati hak orang lain.

Maklumat tambahan

Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu sebelum sesi
perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara  ahli kumpulan dalam
bekerjasama menjayakan sesi kaunseling. Oleh itu, proses kaunseling perlu dimulakan dengan sesi
ta’aruf terlebih dahulu.  Gazda, Ducan dan Meadow (1967), menjelaskan bahawa dalam pendekatan
kaunseling kelompok, nilai terapinya terletak pada suasana saling mempercayai, penerimaan, saling
memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Keempat-empat aspek ini sangat
penting dalam menjayakan sesi perbincangan yang dijalankan. Hal ini disebabkan ahli-ahli yang
terlibat akan lebih terbuka untuk berkongsi pengalaman hidup mereka dengan ahli-ahli yang lain dan
lebih ikhlas dalam usaha bantu-membantu sesama mereka.

Peranan ahli dalam kelompok adalah termasuklah bertanggungjawab untuk menjayakan proses
bimbingan kelompok masing-masing. Oleh itu,sesebuah kelompok yang bermakna dan berkesan
adalah bergantung kepada sejauh mana setiap ahli memainkan peranan dan berfungsi dengan
berkesan dalam kelompoknya.

Selain itu, ahli dalam kelompok juga berperanan menyediakan dirinya dari aspek jasmani,emosi dan
mental. Dengan persediaan dari aspek tersebut mereka baru bolehlah mengambil bahagian secara
aktif dan bersungguh-sungguh dalam kelompok berkenaan.

Peranan ahli juga merupakan menjadi seorang pendengar yang baik dan menanamkan rasa hormat
terhadap ahli lan. Ini adalah untuk menyedarkan mereka supaya memahami setiap ahli mempunyai
kelemahan dan kekuatan yang tersendiri.
Ahli juga berperanan untuk berkongsi masalah,pengalaman dan pandangan masing-masing dengan
ahli lain. Dalam perkongsian ini, ahli tidak digalakkan menyentuh hal-hal peribadi atau sesuatu yang
sensitive yang boleh menyinggung perasaan ahli lain.

Di samping itu, ahli haruslah mengamalkan sikap terbuka,bertolak ansur antara satu sama lain.
Dengan peranan yang begitu penting ini akan menyebabkan ahli menerima banyak ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperoleh daripada sendirinya.

Setiap ahli dalam kelompok juga perlu komited dan berusaha untuk membantu diri sendiri dan
rakan-rakan kelompok dengan bertindak sebagai ketua dari semasa ke semasa disamping menjadi
pemangkin kepada kelompoknya.

3. Kebersamaan

Faktor-faktor kebersamaan seperti agama, pekerjaan, bangsa dan tahap sosial ekonomi juga dilihat
sebagai salah satu di antara faktor yang mampu memberikan kesan di dalam pembentukan
kejeleketan. Latar belakang seseorang ahli kelompok dengan ahli lain di dalam kelompok dilihat
sebagai penyumbang kepada proses membina kejeleketan. Semakin banyak persamaan, maka
semakin cepat kejeleketan akan dapat dibina. Ini bertepatan dengan saranan Hogg (1992, 1993) (di
dalam Posthuma, 1996) yang menyatakan bahawa kejeleketan dipengaruhi oleh sifat kebersamaan
serta penglibatan ahli di dalam kelompok. Kebersamaan dari segi corak personaliti dan tingkah laku
juga turut menyumbang kepada proses membina kejeleketan. Ini kerana menerusi tingkah laku ahli
kelompok yang mudah mesra, mampu berinteraksi dengan baik serta bersikap menolong akan
menjadikan proses membina kejeleketan dapat dipercepatkan. Theodorson (1957) (di dalam Hogg,
1992), menyatakan bahawa terdapat perkaitan hubungan yang positif di antara nilai-nilai sesama
ahli kelompok dengan tahap kejeleketan. Selain itu, kebersamaan kedudukan atau status juga
mempengaruhi dan menentukan kejeleketan dalam kelompok. Menurut Hogg (1993), faktor
demografi yang merangkumi kedudukan dan status sosial berperanan dalam proses membina
kejeleketan. Ini dapat dilihat apabila sesebuah kelompok yang dibahagikan mengikut jenis pekerjaan,
bidang profesional serta kedudukan sosial akan mudah jelekit dan membolehkan kejeleketan mudah
terbina jika dibandingkan dengan kelompok yang mempunyai percampuran status. Menerusi faktor
ini, dapat dirumuskan bahawa semakin besar persamaan di antara ahli-ahli kelompok, maka semakin
mudah untuk membina kejeleketan. Perkara ini adalah selari dengan teori identiti sosial yang
menyatakan bahawa manusia akan lebih dekat dengan manusia yang mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan mereka, sama ada persamaan itu dalam bentuk luaran iaitu dari segi kaum atau bangsa serta
agama, dan juga berbentuk dalaman seperti nilai diri seseorang.

Berdasarkan jurnal yang saya pilih, nama tokoh (tahun), ……

kejeleketan = Hubungan erat

929 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai