Anda di halaman 1dari 2

FASA PENGENALAN DALAM PROSES KAUNSELING KELOMPOK Fasa yang pertama ialah fasa pengenalan atau

peringkat permulaan. Peringkat ini biasanya akan dimulakan dengan sesi berkenalan secara ringkas oleh ahli-ahli
kelompok. Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan masih diragui. Selain itu, ahli-ahli
kelompok juga akan menerangkan tujuan mengikuti sesi itu dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu
(Zuraidah,1999). Matlamat dan tujuan utama fasa pengenalan ini adalah untuk mengekalkan kelompok
dan membina asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok yang dibentuk. Dalam tahap ini juga, ahli-ahli kelompok
dengan kaunselornya boleh membina hubungan yang mesra, terbuka , bebas, ikhlas serta jujur di mana hubungan
ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka dalam menghadapi dan mengambil tindakan bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi (Malek,2007). Tugas-tugas ahli pada peringkat permulaan
Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan identiti diri dengan komitmen kepada
kelompok. Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli kelompok supaya mereka berasa lebih selesa untuk
berkongsi maklumat sepanjang sesi kelompok berlangsung. Membina kepercayaan di kalangan ahli. Ahli juga perlu
memiliki tahap kepercayaan yang tinggi bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam sesi Kaunseling Kelompok.
Peranan Pemimpin pada peringkat permulaan Memulakan proses berkenal-kenalan antara satu sama lain. Menjadi
model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan, penerimaan tanpa syarat, kejujuran, keterbukaan dan lain-
lain. Pemimpin mesti membuat penstrukturan Pemimpin juga perlu membantu mengenal pasti matlamat kelompok
Pemimpin perlu menjelaskan soal peranan dan batas-batas kemampuan serta etika setiap ahli daripada segi
penglibatan dalam kelompok. Pemimpin juga perlu mengajar kemahiran komunikasi asas kepada ahli lain seperti
kemahiran mendengar dan memberi respon. FASA KONFLIK Fasa konflik adalah peringkat kedua selepas peringkat
pertama iaitu selepas fasa pengenalan atau orientasi. Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul
apabila sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan (Kaunselor) dan kegagalan kumpulan mengemukakan
sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu. Pada fasa ini, ahli-ahli masih lagi ‘bertopeng”, berasa gemuruh, ragu
dan berasa tidak selamat. Akibatnya, timbullah tingkah-tingkah laku yang bertentangan seperti menarik diri,
berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan rendah diri. Pada peringkat ini juga timbulnya ahli yang
bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan ditunjukkan melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara
sinis. Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok. Konflik yang berpunca daripada
dalaman diri ahli. Konflik yang wujud antara ahli kelompok. Konflik yang berlaku antara ahli dengan pemimpin
kelompok. Beberapa tanda-tanda peringkat konflik. ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain
serta kaunselor di luar kelompok ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi rakan lain,
ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong, ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak
berfaedah, ahli kurang rela mengambil bahagian, ahli yang mula datang lewat dan tidak hadir, enggan bercakap
dan sengaja mendiamkan diri serta ahli berasa kecewa kerana matlamatnya tidak diberi perhatian. Peringkat ini
merupakan peringkat yang paling mencabar dan sukar bagi kaunselor tetapi dia harus sedar bahawa kehadirannya
adalah penting bagi kelompok. Kaunselor perlu mantap menguruskan kelompok yang menghadapi konflik dengan
cara yang sesuai dan berkesan. Antara tindakan kaunselor yang sepatutnya Bersikap positif Mendengar dengan
aktif Buat rumusan berkaitan perbezaan pendapat Nilai kesan konflik kepada anda dan kelompok Guna teknik yang
sesuai FASA BERSEPADU Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa bersepadu yang merupakan
peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan bersama. Ini disebabkan ahli-ahli dalam
kelompok mula berasa selesa dan boleh berinteraksi dengan lebih terbuka sesama mereka. Menurut Ida Hartina
(2006), peringkat ini memperlihatkan penyatuan di kalangan ahli di mana mereka menerima antara satu sama lain
dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya memudahkan kelompok digerakkan ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan. Ahli-ahli kelompok dapat bekerjasama, saling percaya, memahami dan
menghormati antara satu sama lain. Ahli-ahli mendapat manfaat kerana kesediaan berkongsi dan berbincang akan
menghasilkan banyak pendapat, idea dan pengetahuan yang sekaligus dapat membantu ahli sendiri. Ciri-ciri fasa
ini: kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan dan keselesaan di kalangan ahli-ahli.
Menurut Malek Muhamat Said (2007) keadaan ini menggalakkan ahli-ahli melibatkan diri dalam komunikasi terbuka,
menerokai masalah, berkongsi emosi, pengalaman dan bekerjasama memberi pendapat yang jujur . Menurut Corey
dalam Ida Hartina (2006), berlaku interaksi yang lebih bebas dan berterus-terang. Ahli-ahli tidak berasa kekok atau
terancam untuk meluahkan perkara yang ingin dibincangkan. Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan
membuat pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam sesebuah kelompok itu. Wujudnya
empati, jujur, ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang. Menurut
Zuraidah Abdul Rahman (1999) ahli-ahli kelompok akan mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan
memihak sebaliknya pada peringkat ini, ahli mementingkan norma-norma kumpulan. Maklumbalas ahli lain
diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan defensif atau kecil hati. Kaunselor yang berfungsi
sebagai pemimpin juga memainkan peranan: membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang
meningkatkan perpaduan dan produktiviti. bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat dikongsi di
kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu topik sahaja. memodelkan sikap yang
bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli. mendorong, menggalak dan menyokong kesediaan ahli mengambil risiko
serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan
berusaha mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan. Mine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai