Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

2.0 PERMASALAHAN KLIEN

Klien pada sesi kaunseling ini bernama Amir. Amir berumur 9 tahun, darjah 3 dan menuntut
pelajaran di sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Kota Kinabalu. Amir mempunyai 3
orang adik beradik, merupakan anak sulung. Daripada pemerhatian guru kelas, Amir di darjah 1
mendapatkan keputusan akademik yang sangat baik, aktif menyertai kokurikulum serta aktif
bergaul dengan rakan. Ketika di darjah 2, keputusan akademik Amir semakin menurun, kurang
aktif dalam kelas dan kurang bergaul dengan kawan-kawannya. Sehingga kini, Amir di darjah 3
akademik agak lemah dan mula bersendirian. Manakala, adik-adik Amir pula tidak seperti
abangnya dan kelihatan aktif. Oleh sedemikian, guru kelas ingin membantu Amir dan merujuk
kepada kaunselor.

3.0 PENGGUNAAN INSTRUMEN CULTURE FREE SELF ESTEEM INVENTORIES- THIRD


EDITION (CFSEI-3)

Instrumen yang digunakan untuk membantu klien ialah Culture-Free Self Esteem Inventories-
Third Edition (CFSEI-3) yang dipelopori oleh James Battle. CFESEI-3 mempunyai 4 kegunaan
utama iaitu untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan psikologi,
merancang campur tangan akademik, peribadi atau afektif yang munasabah, mengenal pasti
bidang-bidang kesukaran yang khusus dan servey sebagai pengukuran dalam kajian
penyelidikan dalam menyiasat harga diri dan pembinaannya yang berkaitan. CFSEI-3 boleh
digunakan oleh psikologi, ahli psikiatri, kaunselor dan alat penyaring guru untuk mengenal pasti
individu yang mungkin memerlukan bantuan psikologi. CFSEI-3 juga boleh digunakan sebagai
alat yang berkesan untuk mengenal pasti keadaan kemurungan dan keadaan afektif.

Antara aspek-aspek yang diukur dalam instrument ini adalah:

i. Academic (A)

Sub-skala ini mengukur pencapaian akademik, intelektual dan usaha. Item-item yang
terkandung dalam akademik akan mengemukakan soalan kepada individu persepsi
mengenai kebolehan dan sikap yang berkaitan dengan sekolah, kemahiran akademik dan
kecerdasan. Contoh item adalah, “Saya bangga dengan kerja sekolah saya”.
ii. General (G)

Sub-skala ini mengukur persepsi invididu terhadap dirinya sendiri sebagai seorang
manusia. Item yang terkandung adalah mengenai persepsi individu terhadap keadaan
emosinya, ciri-ciri fizikal, kejayaan dan pencapaian diri. Contoh item, “Kebanyakan
rakan-rakan lain lebih baik melakukan sesuatu perkara berbanding saya” dan “Saya akan
mengubah banyak perkara mengenai diri saya sekiranya saya boleh”

iii. Parental/Home (P/H)

Sub-skala ini mengukur harga dirinya terhadap perhubungan dengan ahli keluarga. Item
yang terkandung adalah mengenai persepsi individu tentang kebolehan, sikap, minat dan
nilai-nilai yang berkaitan dengan kualiti interaksi dengan ahli keluarganya. Contoh item,
“Ibu bapa saya membuat saya berasa seperti saya tidak cukup baik”, “Ibu bapa saya
faham bagaimana perasaan saya”, dan “Adakah anda mempercayai keluarga anda?”.

iv. Social (S)

Sub-skala ini mengukur tentang harga diri dalam situasi sosial dan perhubungan
interpersonal dengan rakan sebaya. Item yang terkandung adalah mengenai persepsi
individu tentang kebolehan, minat dan nilai-nilai yang berkaitan dengan kualiti interaksi
dengan rakan sebaya di luar unit kekeluargaan. Contoh item, “Rakan lelaki dan
perempuan suka bermain dengan saya”, “Adakah anda tidak selesa dalam kumpulan?”.

v. Personal (P)

Sub-skala ini hanya ada pada “Adolescent Form”. Sub-skala ini mengukur persepsi
individu yang paling intim mengenai kecemasan dan harga diri. Contoh item, “Adakah
anda mudah tertekan?”, “Adakah anda selalu berasa cemas?”, dan “Adakah anda
bimbang lebih daripada orang lain?”.

Instrumen CFSEI-3 ini mudah untuk ditadbir dan diskor di mana tempoh masa yang diperlukan
untuk melengkapkan semuanya adalah 10 hingga 15 minit. CFSEI-3 tidak mempunyai had masa
untuk ditadbir dan bergantung dengan pemeriksa untuk mengambil berapa tempoh bagi
melaksanakan ujian ini. Walaubagaimanapun, pentadbir menjalankan instrument ini dengan
mengikut rentak klien. Pentadbir menjelaskan maksud soalan dalam Bahasa melayu satu demi
satu soalan agar klien memahami kehendak soalan.

Terdapat beberapa bahagian dalam instrument ini iaitu maklumat pelajar, rekod skor, penilaian
deskriptif, profil skor, keadaan pelajar dan huraian skor.Pada bahagian maklumat pelajar perlu
melengkapkan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, sekolah, jantina, umur, tahun,
tarikh lahir dan tarikh mengambil ujian. Umur sebenar pelajar mudah untuk ditentukan dengan
menolak tarikh lahir pelajar dengan tarikh pelajar mengambil ujian. Hasil yang diperolehi
diantara tarikh lahir dan tarikh ujian adalah umur sebenar pelajar tersebut. Kemudian klien
menjawab semua item instrument. Seterusnya pentadbir mentafsir keputusan klien.

Kemudian, pada bahagian ini interpretasi bagi profil skor keputusan CFSEI-3 dilaporkan dalam
bentuk angka dan keputusan yang diperolehi dibentangkan secara grafik. Bagi membentuk profil,
standard skor untuk sub-skala dan GSEQ akan diplotkan pada draf. Dengan kaedah ini,
pemeriksa dapat mengenalpasti sebarang percanggahan diantara skor dan plotnya.
Walaubagaimanapun, pentadbir mesti merujuk jadual yang telah dilampirkan di instrument
manual.

4.0 PERANCANGAN RAWATAN

5.0 KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai