Anda di halaman 1dari 2

Topik : Fasa-fasa dalam kaunseling kelompok

Nama : SHANTINI A/P MUNNIAN


Unit : BNK SJKT PISMP SEM 2

1. Jelas fasa ke 3 dalam sesi kelompok.

 Fasa ketiga dikenali sebagai PERKEMBANGAN DAN KESEPADUAN.


 Hansen dalam Mohamed Fadzil (2002) : Fasa ini merupakan peringkat di mana
wujudnya suasana kemesraan dan kepercayaan Bersama. Ini disebabkan ahli-ahli
dalam kelompok mula berasa selesa dan mereka boleh berinteraksi dengan lebih
terbuka sesame mereka.
 Pada peringkat ini, kepercayaan dalam kalangan ahli telah meningkat, ahli lebih
selesa dan lebih bersedia berkongsi masala, isi hati dan pengalaman mereka.
 Ahali-ahli juga lebih berani memberikan pendapat secara jujur dan terbuka. Idea
yang baik akan diterima manakala yang kurang sesuai pula diketepikan.

Ciri-ciri fasa ini


 Corey dalam Ida Hartina (2006) : berlaku interaksi yang bebas dan terus terang.
 Kewujudan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi. Ini akan memberikan keyakinan.
 Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara yang ingin
dibincangkan.
 Ahli kelompok bersedia mengambil atau menangung risiko dengan membuat
pendedahan rahsia diri dan juga merasakan hak kepunyaan Bersama dalam
kelompok tersebut.
 Wujud rasa empati, jujur, iklhas, kasih mesra, penerimaan dan kejelikitan. Ini
menyebabkan kelompk menjadi lebih matang.
 Zuraidah Abdul Rahman (1999) : ahali-ahli kelompok akan mengelakkan perselisikan
faham dan mengurangkan amalan memihak sebaliknya pada peringkat ini, ahli
mementingkan norma-norma kumpulan.
 Maklum balas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa perasaan
defensif atau kecil hati.
Peranan ketua kelompok
 Membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang menignkatkan
perpaduan dan produktiviti.
 Ketua kelompok perlulah bijak mengawal isu agar isu yang dibincangkan dapat
dikongsi dalam kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seorang ahli atau topik
sahaja.
 Ketua kelompok haruslah bersikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli.
 Kaunselor juga perlulah mendorong, menggalakkan dan menyokong kesediaan ahli
mengambil risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
 Ketua kelompok wajarlah menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan
berusaha mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.
2. Untuk membuat penamatan sesi kelompok, apa elemen atau perkara2 yang perlu
dilakukan oleh kaunselor untuk menamatkan sesuatu sesi.

Ada antara ahli yang berasa sedih untuk berpindah disebabkan perhubungan mesra
yang telah terjalin dan ada pula yang cuba memperkenalkan masalah baru dengan
tujuan sesi kelompok dilanjutkan. (kelompok tertutup).
Ahli-ahli bebas keluar atau berhenti pada bila-bila masa mereka suka, ahli lain boleh
diterima menggantikan tempat kosong. (kelompok terbuka).
Ahli-ahli akan meluahkan perasaan pada sesi akhir dan selepas bersurai.
Pada fasa ini, kaunselor perlulah memberikan peluang untuk menjalankan sesi
tambahan, jika perlu dan membantu mereka untuk memperoleh pemahaman yang
jelas tentang apa yang telah dipelajari.
Fungsi kaunselor
Membuat rumusan perjalanan sesi kelompok.
Membantu ahli menangnai perasaan berkaitan penamatan.
Membuka peluang kepada setiap ahli bagi menyelesaikan masalah yang belum
diselesaikan itu.
Kaunselor juga mestilah menekankan semula semua kepentingan menjaga
kerahsiaan sesi walaupun selepas sesi tamat.
Mengela pasti ahli yang memerlukan sebarang sesi lanjutan.

Anda mungkin juga menyukai