Anda di halaman 1dari 47

INSAN BERMORAL

1. Dimensi 2. Prinsip-prinsip 3. Profil Insan


moral individu Asas Kemoralan Bermoral

Penakulan Moral Altruisme


Ciri-ciri insan
Bermoral dari
Keadilan Perspektif
Emosi Moral
agama

Autonomi
Tingkah laku moral
INSAN BERMORAL
1. Dimensi Moral Individu
Seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi
moral, iaitu :
a) Penaakulan moral
Penaakulan Moral yang merupakan pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan
bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat
memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral
dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan
dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.
b) Emosi moral
Emosi Moral merupakan kehalusan perasaan atau emosi individu yang mengandungi
sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati. Perasaan
yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.
c) Tingkah laku moral
Tingkah laku Moral merupakan tindakan dan perlakuan individu terhadap semua
keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan
dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil dariapada pemikiran moral dan perasaan moral
yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral.
INSAN BERMORAL
Model Insan Moral
Model Insan Moral menekankan perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga
dimensi moral, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Ketiga-tiga
dimensi ini adalah perlu untuk membolehkan seseorang individu mencapai tahap
kematangan moral. Dari sudut dimensi pemikiran moral, seseorang yang berupaya
menaakul secara bermoral akan membuat pertimbangan dengan menggunapakaikan
nilai-nilai moral seperti rasional, kreatif, adil dan sebagainya. Dengan adanya pemikiran
moral, dia tidak akan bertindak membuta-tuli. Dimensi perasaan moral membolehkan
seseorang melahirkan perasaan negative seperti malu, bimbang atau bersalah sekiranya
dia dalam keadaan yang tidak patut. Manakala dia akan berasa bersimpati, empati dan
bertimbang rasa sekiranya keadaan itu memerlukan bantuannya.

Rajah berikut mempamerkan kombinasi ketiga-tiga dimensi pemikiran moral, perasaan


moral dan tindakan moral yang seterusnya membentuk satu model insan moral.

Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan
merangsang lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan individu berkenaan berasa
gembira membuat apa yang patut dan betul. Sebaliknya, kesedaran hati nurani ini akan
menyebabkan individu berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak
bermoral.
INSAN BERMORAL
INSAN BERMORAL
2. Prinsip-prinsip Asas Kemoralan
Sifat-sifat Individu yang Bbermoral :Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat
melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaaannya. Terdapat berbagai
pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai
fahaman yang tersendiri. Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah dikemukakan
sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu: prinsip keadilan, prinsip alturisme
dan prinsip autonomi.

a) Altruisme
Prinsip Alturisme adalah perlakuan atau tindakan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan
untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Keputusan yang diambil dan
tindakan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. Alturisme melahirkan
perasaan kasih sayang, simpati dan empati yang seterusnya menghilangkan rasa
pentingkan diri sendiri, kebencian dan tamak. Sebagai contoh, seluruh dunia tanpa
mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan
wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain.
Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup
dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.
INSAN BERMORAL

b) Keadilan
Prinsip Keadilan mementingkan saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa. Namun
begitu tidak juga menunjukkan keadilan bila seseorang yang bekerja lebih tetapi masih
mendapat layanan yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka dan bukan
hanya sama dengan orang lain. Keadilan merupakan satu prinsip moral yang
mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan
masyarakat. Keadilan juga membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk
kepentingan diri sendiri.

c) Autonomi
Prinsip Autonomi menerangkan konsep pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
Sekiranya pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari
luar adalah tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral. Ini disebabkan individu yang
dipaksa membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara rasional
dan adil.Tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar. Sebagai contoh,
Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan.
Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran
dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun.
INSAN BERMORAL

Rumusan
Individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral, iaitu
keadilan,alturisme dan autonomi. Individu moral seharusnya peka
dan memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat,
mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti
kemurahan hati, kemanusian, kerasionalan dan kesejagatan.
INSAN BERMORAL
3. Profil Insan Bermoral
a) Ciri-ciri insan bermoral dari perspektif :
Agama Islam
Etika dan moral mengikut Islam Mengikut pandangan Islam, soalan-soalan apakah yang
dikatakan sebagai baik, benar dan patut merupakan soalan yang sepatutnya timbul
kemudian. Persoalan pertama yang perlu dihurai dan dijawab ialah terlebih dahulu ialah :
a) Apakah kedudukan dan peranan manusia didalam alam ini
b) Apakah hubungan manusia dengan alam ini dan segala makhluk yang ada didalamnya
Persoalan tentang peraturan dan penilaian tingkah laku manusia terhadap dirinya dan
makhluk yang lain hanya akan dapat dijelaskan dengan nyata apabila diketahui dan
ditubuhkan status dan kedudukan manusia di dalam alam ini dan hubungannya dengan
makhluk lain. Samalah jika kita ingin menyatakan apakah pendirian dan kelakuan
seseorang terhadap sesuatu benda yang ada padanya, maka kita seharusnya mengetahui
apakah status hubungan orang itu dengan benda itu. Jika benda itu dipunyai oleh orang
lain maka status orang itu hanya sebagai penyimpan amanah dan mesti berkelakuan yang
sewajarnya iaitu sebagai penjaga bukan sebagai pemilik dan tidak boleh menggunakannya
. Jika benda itu miliknya maka dia bolehlah menggunakan sepenuhnya. Dalam Islam
sebelum dinyatakan apakah kelakuan dan tindak tanduk yang dianggap baik bagi
seseorang manusia terhadap dirinya dan orang lain dan benda-benda dalam alam ini,
maka mesti dinyatakan terlebih dahulu apakah kedudukan statusnya didalam alam ini
dan hubungan dengan benda-benda yang ada di sekelilingnya. Islam menyatakan
bahawa manusia diciptakan oleh Tuhan dengan dua status:
1) Sebagai ciptaan yang dipunyai oleh Tuhan yang dengan itu harus patuh, akur
dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan sebagai Pencipta dan
Pemiliknya, yang akhirnya ia akan dikembalikan kepada Tuhan untuk disoal tentang
kepatuhannya terhadap peraturan itu. Status manusia begini dikenali sebagai
“abdullah” iaitu hamba atau milik Tuhan dan
2) Sebagai “khalifah” iaitu wakil Tuhan bagi melaksanakan segala hukum Tuhan diatas
dunia ini untuk memanfaatkan dirinya dan juga manusia, makhluk dan benda-benda
yang lain di dunia ini.
INSAN BERMORAL

3. Profil Insan Bermoral


a) Ciri-ciri insan bermoral dari perspektif :
Agama Islam
Etika dan moral mengikut Islam Mengikut pandangan Islam, soalan-soalan apakah yang
dikatakan sebagai baik, benar dan patut merupakan soalan yang sepatutnya timbul
kemudian. Persoalan pertama yang perlu dihurai dan dijawab ialah terlebih dahulu ialah :
a) Apakah kedudukan dan peranan manusia didalam alam ini
b) Apakah hubungan manusia dengan alam ini dan segala makhluk yang ada didalamnya
Persoalan tentang peraturan dan penilaian tingkah laku manusia terhadap dirinya dan
makhluk yang lain hanya akan dapat dijelaskan dengan nyata apabila diketahui dan
ditubuhkan status dan kedudukan manusia di dalam alam ini dan hubungannya dengan
makhluk lain. Samalah jika kita ingin menyatakan apakah pendirian dan kelakuan
seseorang terhadap sesuatu benda yang ada padanya, maka kita seharusnya mengetahui
apakah status hubungan orang itu dengan benda itu. Jika benda itu dipunyai oleh orang
lain maka status orang itu hanya sebagai penyimpan amanah dan mesti berkelakuan yang
sewajarnya iaitu sebagai penjaga bukan sebagai pemilik dan tidak boleh menggunakannya
.
INSAN BERMORAL
Jika benda itu dipunyai oleh orang lain maka status orang itu hanya sebagai penyimpan
amanah dan mesti berkelakuan yang sewajarnya iaitu sebagai penjaga bukan sebagai
pemilik dan tidak boleh menggunakannya . Jika benda itu miliknya maka dia bolehlah
menggunakan sepenuhnya. Dalam Islam sebelum dinyatakan apakah kelakuan dan tindak
tanduk yang dianggap baik bagi seseorang manusia terhadap dirinya dan orang lain dan
benda-benda dalam alam ini, maka mesti dinyatakan terlebih dahulu apakah kedudukan
statusnya didalam alam ini dan hubungan dengan benda-benda yang ada di sekelilingnya.
Islam menyatakan bahawa manusia diciptakan oleh Tuhan dengan dua status:
1) Sebagai ciptaan yang dipunyai oleh Tuhan yang dengan itu harus patuh, akur dengan
segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan sebagai Pencipta dan Pemiliknya, yang
akhirnya ia akan dikembalikan kepada Tuhan untuk disoal tentang kepatuhannya terhadap
peraturan itu. Status manusia begini dikenali sebagai “abdullah” iaitu hamba atau milik
Tuhan dan
2) Sebagai “khalifah” iaitu wakil Tuhan bagi melaksanakan segala hukum Tuhan diatas
dunia ini untuk memanfaatkan dirinya dan juga manusia, makhluk dan benda-benda yang
lain di dunia ini.
INSAN BERMORAL

TAJUK 3 :DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP


POSITIF
Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek
perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.Abd. Rahim
(1999) berpendapat pembelajaran Afektif adalah satu proses membangunkan
perkembangan personal dan sahsiah, perkembangan emosional, kemahiran interpersonal
dan sosial, kesedaran sosial dan moral, membangun dan mengamalkan nilai-nilai hidup
yang baik, membina prinsip, pegangan dan falsafah hidup yang berlandaskan nilai-nilai
murni bagi membentuk insan yang seimbang, stabil, rasional, berwibawa, bertimbang rasa,
berdedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai keyakinan dan kekuatan diri bagi
menghadapi cabaran.
INSAN BERMORAL

Setiap aspek kehidupan manusia adalah berkaitan dengan sistem nilai. Nilai berkait rapat
dengan pengalaman dan pendirian seorang individu serta boleh mempengaruhi motif,
alasan dan justifikasi setiap tindakan individu tersebut.Nilai juga wujud dalam kelompok
sosial yang lebih besar; keluarga, komuniti,organisasi danmasyarakat. Nilai-nilai yang
terkandung dalam kelompok sosial tersebut mungkin berbeza dengan nilai-nilai yang
dimiliki yang dimiliki oleh individu-individu tertentu namun lazimnya, sistem nilai sosial
inimerupakan set nilai representetif yang dihormati,diamalkan dan dipatuhi oleh
kelompok sosial secara kolektif.
INSAN BERMORAL

1. Disiplin Pengajian Sosial Untuk Pemupukan Domain


Afektif
a) Nilai Murni
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd.
Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria
atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama.
Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk
menjadi baik dan berakhlak mulia"(Wan Mohd. Zahid, 1988)
Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar
dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya
diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa
Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat
penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk
diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang
dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.
INSAN BERMORAL
Aspek Nilai-nilai Murni
Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-
nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita, tidak hanya
memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada pandangan dan
maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil pelbagai
agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di
negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif,
afektif, psikomotor dan akhlak.

Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:


a. Secara pertuturan
b. Secara perlakuan
c. Secara teladan
d. Secara isyarat
e. Secara kefahaman
f. Secara interpretasi
g. Secara konteksual
INSAN BERMORAL
Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi
mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga,
komuniti dan masyarakat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui


16 nilai-nilai murni:-

1.Baik Hati
Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus
ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi
aspek :
Belas kasihan,Bertimbang rasa,Murah hati,Saling faham memahami,Sedia memaafkan
2. Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:Bertanggungjawab,Berupaya bertindak
sendiri,Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
INSAN BERMORAL

3. Hemah Tinggi
Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh
seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri
berhemah tinggi adalah: Kesopanan,Mengakui kesalahan,Ramah mesra

4. Hormat Menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan. Ini merangkumi:Hormat dan taat kepada ibubapa,Hormat kepada orang yang
lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin,Hormat kepada raja dan negara,Patuh
kepada undang-undang,Hormat kepada hak asasi,Hormat kepada kepercayaan dan adat
resam pelbagai keturunan,hormat kepada keperibadian individu.

5. Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang
rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri: Sayang kepada
nyawa,Sayang kepada alam sekeliling,Cinta kepada negara,Cinta kepada keamanan dan
keharmonian
INSAN BERMORAL
6. Keadilan
Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
7. Kebebasan
Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang
ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah: Kebebasan di sisi
undang-undang,Kebebasan dalam sistem demokrasi.

8. Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.
Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya
kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi: Berani
dengan tidak membuta tuli, Berani kerana benar, Berani mempertahankan
pendirian,Berani bertanggungjawab.

9.Kebersihan fizikal dan mental


Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental
pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:
Kebersihan diri,Kebersihan persekitaran,Pertuturan dan kelakuan yang bersopan,Pemikiran
yang sihat dan membina
INSAN BERMORAL
10. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

11. Kerajinan
Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

12.Kerjasama
Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,
komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti
persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

13.Kesedaran
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai
masyarakat. Ini termasuklah:Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan
kepentingan orang lain,Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.
INSAN BERMORAL
14. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang
diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

15. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat
pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.
16.Semangat Bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan


keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada
isu-isu sosial dalam masyarakat.
INSAN BERMORAL
Teknik Penerapan Nilai Murni
Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan dalam
pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai matlamat dan
keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta
menyemai nilai-nilai murni ialah:

•Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)

•Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain

•Aktiviti ko-kurikulum

•Aktiviti persatuan sekolah


INSAN BERMORAL
Melalui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan walaupun
tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya dengan
mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akan memberikan pengetahuan
ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk belajar.

Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlaku secara
langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan dapat melihat dan
membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalam matapelajaran khusus tadi
dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping bimbingan guru-guru dasn ibubapa,
kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat penting dalam menetapkan situasi diri
mereka sendiri.

Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya melalui
teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan nilai-nilai murni
akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka
akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.
INSAN BERMORAL

b) Nilai Patriotik

Apakah 'patriotisme'? Patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah
air(Kamus Dewan).

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'
oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin
suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara.
Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-
ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini
digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah
sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap
yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin,
namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
INSAN BERMORAL

Menurut Abd. Rahim (1999), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan
semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soal kebangsaan,
kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan,kesetiaan, ketahanan
diri dan sumbangan warganegara terhadap negara bangsa dan agama. Patriotisme
merupakan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen
dan tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara.Unsur-unsur patriotisme
diterapkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke arah
mencapai matlamat dan aspirasi negara.
INSAN BERMORAL
Pembentukan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat
patriotik adalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut (Kementerian
Pendidikan, 1994):
(a) Bersemangat cinta akan negara dan bangsa
Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau
amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan
kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan
bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.
(b) Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan
menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara,menghormati
lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan,mengamalkan perlakuan
yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya
tempatan.
(c) Bersemangat kekitaan
Rakyat Malaysia perlu bersatu dan berharmoni, bertoleransi, bekerjasama dan
tolongmenolong,hormat-menghormati, bersefahaman dan bermuafakat, mempunyai
semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.
INSAN BERMORAL
(d) Berdisiplin
Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-
undang,bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah,
berlaku adil dan bertimbang rasa.

(e) Berusaha dan produktif


Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan
gigih,berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran,
menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara, serta peka
terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pemeliharaan alam sekitar.
INSAN BERMORAL
Jenis-jenis Patriotisme :
1. Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai
patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.

2. Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya.
Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari
menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas
Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme
ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu
untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan


bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan
pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan
kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka
menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa
aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri,
namun patriot tidak merendah-rendahkannya.
INSAN BERMORAL

Bagaimanakah Unsur Patriotisme Dapat Dipupuk?

Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang


bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.Objektifnya adalah supaya
pelajar dapat:
a) Mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
b) Mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
c) Bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
d) Memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan
kemajuan;
e) Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap
isu-isu dalam
masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
f) Bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk
kemajuan bangsa dan negara.
INSAN BERMORAL

Sila rujuk kepada buku panduan "Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme


di Sekolah Rendah" PPK 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang
program itu.Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyerapkan
unsur patriotisme di dalam topik yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut di
atas.Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme
eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:kerja
projek,permainan,simulasi,lakonan,drama,perbincangan dan lawatan
INSAN BERMORAL
c) Nilai Alam Sekitar

Nilai merupakan sejenis produk hipotetikal mental yang terdapat pada setiap
individu. Ia mengandungi elemen-elemen kesedaran dan perasaan yang seringkali
dipamerkan dalam sikap dan tindakan individu tersebut. Nilai alam sekitar
ditakrifkan sebagai sistem nilai yang menyokong sebarang tindakan yang
mengarah kepada kesejahteraan alam sekitar.Hakikatnya, sistem nilai alam
sekitar bukan merupakan satu sistem yang bebas dan ekslusif sebaliknya ia
tertakluk kepada sistem nilai ekonomi, politik dan intelektual. Pemilihan dan
penetapan nilai-nilai alam sekitar tidak boleh ditentukan secara mandatori oleh
pencinta-pencinta alam namun turut dikongsi oleh pemikir-pemikir dalam
komponen ekonomi, politik dan intelektual. Penakrifan nilai alam sekitar yang
berbeza akan membawa kepada interpretasi tingkahlaku yang berbeza di antara
satu pihak dengan yang lain Selain itu, alam sekitar merupakan entiti yang
sentiasa berubah, secara spatial atau temporal, secara semulajadi atau bukan
semulajadi. Alam sekitar juga merupakan satu sistem yang kompleks dan
dikatakan memiliki nilai-nilai intrinsik yang tersendiri.
INSAN BERMORAL
Nilai intrinsik alam sekitar ini memberikan justifikasi bahawa alam sekitar juga
mempunyai ‘hak’ dan ‘kepentingan’. Proses pembinaan sistem nilai ini perlu
menimbangkan kemajmukan budaya (cultural plurality) serta elemen ‘hak’ dan
‘kepentingan’ alam sekitar semasamencadangkan,mengenalpasti dan merumus
tingkahlaku yang ‘betul’ dan ‘salah’. Sememangnya untukmembina satu sistem nilai alam
sekitar yang boleh memenuhi pelbagai kepercayaan, kepentingan dan komitmen setiap
komponen adalah amat sukar. Ia merupakan satu medan pertembungan di antara misi dan
visi, hak dan tangungjawab serta tradisi dan kepentingan. Walaupun sukar, sistem nilai
alam sekitar ini perlu dibina kerana di dalamnya terkandung prinsip-prinsip tatacara yang
betul (proper conduct) dalam hubungan manusia dan alam sekitar serta bertindak
sebagai asas dalam menangani sebarang konflik kepentingan antara manusia dan alam
sekitar.
INSAN BERMORAL
Pengkaji-pengkaji sistem nilai alam sekitar telah cuba membuktikan kewujudan
nilai-nilai alam sekitar pada setiap individu. Secara umum, orientasi nilai alam
sekitar dikategorikan kepada dua premis iaitu antroposentrik (anthropocentric)
dan ekosentrik (ecocentric) (Kempton, Boster & Hartley,1995). Bagi beberapa
pengkaji, antroposentrik dinyatakan sebagai sosial-altruis manakala ekosentrik
sebagai biosentrik.Dari sudut etika, antroposentrik dihuraikan sebagai teori
yang memberi keutamaan kepada manusia (human-centered); hanya manusia
yang mempunyai nilai intrinsic manakala nilai bagi komponen alam sekitar
selain manusia bergantung kepada fungsi dan kepentingannya kepada
manusia (utilitarian). Sebaliknya, konsep ekosentrik menegaskan bahawa
setiap komponen alam sekitar mempunyai nilai intrinsik tersendiri yang bebas
dari penilaian manusia. Stern dan Dietz (1994) serta Merchant (1992) telah
mencadangkan satu lagi premis orientasi nilai alam sekitar selain
antroposentrik dan ekosentrik iaitu egosentrik.
INSAN BERMORAL
Egosentrik melihat alam semulajadi sebagai milik manusia sepenuhnya; ia perlu
dipelihara untuk kesejahteraan manusia semata-mata. Egosentrik disifatkan
sebagai nilai yang berorientasikan kepentingan individu manakala
antroposentrik adalah nilai yang berorientasikan masyarakat. Pengkaji juga
melihat ekosentrik sebagai nilai yang berorientasikan semua organism hidup
dan bukan manusia semata-mata. Walau bagaimanapun, beberapa
pengkajimempertikaikan perbezaan orientasi nilai antroposentrik dan
egosentrik(Thompson & Barton, 1994). Menurut mereka, kedua-dua orientasi
tersebut mengutamakan kepentingan manusia maka tiada ciri ketara yang boleh
membezakan di antara keduanya. Berdasarkan rasional tersebut, mereka
mencadangkan penggabungan orientasi antroposentrik dan egoistic manakala
ekosentrik kekal dalam orientasinya sendiri. Kumpulan-kumpulan nilai alam
sekitar secara umumnya dibina berdasarkan tiga premis tersebut. Seorang ahli
antropologi, Profesor Court Smith dari Universiti Oregon telah cubamenjejaki
evolusi pembentukan nilai alamsekitar yang ditemui seawal tahun 1854.
INSAN BERMORAL

Pada tahun tersebut, Chief Seattle, seorang ketua salah satu puak pribumi Amerika telah
memberi ucapan yang masyhur di mana intipatinya dijadikan sumber rujukan utama
sistem nilai alam sekitarmasyarakat pribumi. Jelas sekali semua nilai dalam masyarakat
tersebut adalah berlandaskan rasa hormat kepada bumi (earth-centered) (Kaiser,
1987).Nilai alam semulajadi bagi kumpulan ini amat bersifat spiritual dan menunjukkan
ciri-ciri ekosentrik yang ketara. Begitu juga dengan konsep nilai dalamDeep Ecology
yangmenegaskan bahawa setiap hidupan berhak untuk hidup dan manusia tidak
seharusnya diberikan keutamaan berbanding yang lain (Devall & Sessions 1985). Stephen
Kellert (1997) dalam bukunya The Value of Life telah membangunkan sembilan kumpulan
nilai asas alam sekitar yang dianggap sebagai taksonomi sifat-sifat alamsemulajadi. Kellert
merujuk kumpulan nilai tersebut sebagai adaptasi dan evolusi hubungan manusia dan
alam semulajadi. Pada hari ini, satu premis nilai alamsekitar baru telah dicetuskan iaitu
teknosentrik (technocentric). Pada dasarnya, teknosentrik melihat alam semulajadi
sebagai sumber berfaedah yang boleh dimanipulasi secara teknologi dan ekonomi untuk
kepentingan manusia. Teknosentrik dikatakan menonjolkan ciri-ciri antroposentrik secara
signifikan.
INSAN BERMORAL
Nilai-nilai Murni Alam Sekitar :

1. Prinsip Rendah Diri


Bumi bukanlah milik kita manusia, kita adalah sebahagian dari Bumi dan
Alam (sekurang-kurangnya diri atau jasad kita yang fizikal ini adalah
sebahagian daripada Alam).

2. Prinsip Bekerjasama
Peranan kita ialah memahami alam tabii dan bekerja serta hidup dengan
cara seiring jalan atau dengan cara yang berharmoni dengannya, dan
bukan untuk menawan atau menjajahnya.

3. Prinsip Menghormati Alam atau Bumi


Semua spesis mempunyai hak untuk hidup atau sekurang-kurangnya berjuang
untuk hidup, oleh kerana ia juga makhluk yang dijadikan Tuhan. Hak
mereka ini tidak bergantung kepada samada spesis tersebut ‘berguna’
atau tidak kepada manusia.
INSAN BERMORAL
4. Prinsip Hidup Seimbang
Perkara-perkara yang terbaik di dalam hidup bukan sahaja kebendaan,
perasaan kebahagiaan perlu diambil kira.

5. Prinsip Mementingkan Kemampanan Ekosistem


Sesuatu itu adalah baik apabila ia dapat mengekalkan keutuhan ekologi,
keterusan dan kepelbagaian sistem-sistem yang menyara kehidupan di
Bumi untuk kita dan hidupan-hidupan lain dan salah apabila ia mengakibatkan yang
sebaliknya.

6. Prinsip Mengekalkan Hidupan Liar dan Kepelbagaian Hidup atau


Biodiversiti
Amatlah salah bagi manusia mengakibatkan kepupusan mana-mana spesis
liar serta menghapus dan mengdegradasikan habitat mereka.

7. Prinsip Kerosakan Yang Minima


Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi untuk
memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang akan
mengakibatkan kerosakan yang minima.
INSAN BERMORAL
8. Prinsip Perubahan Berterusan
Sekiranya kita ingin melakukan perubahan kepada Alam atau Bumi, kita
mestilah mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan Alam atau Bumi.

9. Prinsip Ekonomi Bukanlah Segala-galanya


Amatlah salah sekiranya dianggap manusia dan benda-benda hidup sebagai
tidak mempunyai sebarang nilai selain daripada nilai ekonomi.

10. Prinsip Mengiktiraf Hak Mereka Yang Belum Lahir atau Hak Generasi
Yang Akan Datang
Kita harus meninggalkan Bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun
lebih baik lagi.

11. Prinsip Tanggungjawab Setiap Individu


Semua orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degradasi
alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat
orang lain adalah seumpama kita meracuni orang yang mendiami tempat
kita membuang bahan cemar itu.
INSAN BERMORAL
12. Prinsip Kesederhanaan
Tiada individu, badan korporat ataupun negara mempunyai hak yang tidak
terbatas ke atas sumber-sumber Alam atau Bumi yang terhad, jangan
biarkan keperluan bertukar menjadi laba.

13. Prinsip Perlindungan dan Pemulihan Ekosistem


Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki
semula semua yang telah rosak.

14. Prinsip Etika Melebihi Hukum


Di dalam melindungi dan memastikan keteruswujudan Alam atau Bumi
berbuatlah lebih daripada apa yang diminta oleh undang-undang.

15. Prinsip Mengalami dan Menghayati Adalah Yang paling Baik


Cintailah Alam atau Bumi dengan mengalami dan menghayati udara, air,
tanah, tumbuhan dan haiwan-haiwannya.

16. Prinsip Cintakan Persekitaran


Kenalilah persekitaran kita.
INSAN BERMORAL
Bagaimanakah Unsur Pendidikan Alam Sekitar Dapat Diserapkan?
Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan
pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan
lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan
unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.

Matlamat pendidikan alam sekitar


adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-
isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk
berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam
sekitar.
INSAN BERMORAL
Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
a) Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam
sekitar dan masalahnya.
b) Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang
berkaitan dengannya.
c) Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan
bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
d) Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan
menggunakan sumber- sumber semulajadi yang ada secara terancang.
e) Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam
sekitar dan penyelesaiannya.
f) Berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam
sekitar.
INSAN BERMORAL

Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta
menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti
itu adalah seperti berikut:,Kerja amali,Membuat kajian dan
eksperimen,Perbincangan,Sumbang saran,Demonstrasi,Menonton TV, video dan
slaid,Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar
foto,Cerita,Membaca buku, majalah dan akhbar,Projek,Permainan dan
simulasi,Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan
forum,Lawatan,Kempen alam sekitar,Rintis,Kem alam sekitar,Program sandaran.

Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang
boleh ditubuhkan dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
INSAN BERMORAL

1.Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah


2.Stesen mengkaji pencemaran
3.Stesen mengkaji tumbuhan
4.Stesen mengkaji haiwan
5.Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
6.Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
7.Stesen mengkaji penggunaan air
8.Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
9.Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
10.Stesen mengkaji penggunaan bahan api
11.Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
12.Stesen mengkaji tanam-tanam
13.Stesen mural
14.Stesen mengkaji cuaca
15.Stesen permainan pendidikan alam sekitar
16.Stesen di tiang bendera
17.Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
18.Stesen di tandas dan dibilik darjah.
INSAN BERMORAL

2. Perkaitan Taksonomi Krathwohl Dengan Nilai :


Taksonomi Krathwohl
Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan
nilai murid. Taksonomi Krathwohl diasaskan oleh David R. Krathwohl. Taksonomi yang
menitikberatkan aspek afektif ini digunakan sebagai satu lagi domain penting dalam dunia
pendidikan. Objektif pembelajaran ialah menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap
penerimaan individu.Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan
perwatakan. (Luaran dan dalaman).

Aspek yang dinilai terkandung dalam domain afektif ialah minat,tingkah


laku,penghargaan,nilai dan emosi.

Krathwohl mengkategorikan domain afektif terdiri daripada peringkat penting iaitu


Penerimaan (Receiving), Tanggapan (Responding), Penghargaan (Valuing),
Pengorganisasian (Organization) dan Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization
by a Value or Value Complex).
INSAN BERMORAL

Peringkat-peringkat Dalam Krathwohl :


Penerimaan(Receiving)
Penerimaan merujuk kepada kemahuan pelajar untuk memberikan perhatian. Keinginan
dan kesanggupan untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan
situasi.Tindakan pelajar menunjukkan perhatian terhadap rangsangan atau persekitaran
yang berhubung dengan domain afektif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kebolehan
mendengar, bertanya soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan
lengkap adalah lebih ditekankan. Terdapat tiga perkara penting yang berkait dengan
peringkat ini iaitu:-
i) Kesedaran – pelajar sedar akan faktor estetik, reka bentuk dan kecantikan sesuatu objek
atau peristiwa yang berlaku dan pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.
ii) Kesudian untuk menerima – kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan,
pendapat orang serta menghormati kebudayaan berlainan.
Pengajaran harus disampaikan dalam keadaan yang bermakna dan menarik.
iii) Perhatian yang terkawal – kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan.
Pelajar dapat membezakan keseluruhan keadaan dan memilih satu daripada aspek
tertentu danmemberikanperhatian.
INSAN BERMORAL

Tanggapan/Bertindakbalas(Responding)
Tanggapan merujuk kepada penglibatan aktif pelajar dalam sesuatu perkara serta
kesanggupan bertindak balas terhadap rangsangan.Kesanggupan untuk bertindak balas
terhadap ransangan dan
boleh mengambil bahagian secara aktif.Pada peringkat ini, hasil pembelajaran boleh terdiri
daripada tindak balas (membaca bahan seperti yang diarahkan), kesanggupan atau
kesediaan untuk bertindak balas (secara sukarela membaca bahan selain dari yang
diarahkan) atau kepuasan untuk bertindak balas (membaca untuk kepuasan atau
keseronokan). Tahap tertinggi dalam kategori ini meliputi objektif yang dikelaskan sebagai
minat.

Penilaian/Penghargaan(Valuing)
Penghargaan merujuk kepada kebolehan membuat penilaian dan penghargaan terhadap
sesuatu benda, rangsangan atau tingkah laku. Ini terdiri daripada tahap penerimaan nilai
yang mudah (keinginan untuk membaiki kebolehan kumpulan) ke tahap yang lebih
kompleks (tanggungjawab kepada keberkesanan kumpulan). Pada peringkat ini, hasil
pembelajaran lebih menjurus kepada perlakuan yang konsisten dan stabil untuk
menjadikan nilai lebih mudah untuk di kenal pasti.
INSAN BERMORAL
Mengorganisasikan/Pengorganisasian (Organization)
Pengorganisasian lebih menekankan kepada pembawaan nilai yang berbeza, membezakan
nilai penting dan kurang penting dan boleh mengaplikasikan nilai dalam kelompok kesan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merangkumi kebolehan membeza,
mengait dan menghuraikan nilai. Hasil pembelajaran pada peringkat ini lebih kepada
pengkelasan sesebuah nilai (mengenal tanggungjawab setiap individu dalam
menambahbaik hubungan sesama manusia) atau kepada organisasi sesebuah sistem nilai
(menghasilkan pelan tindakan yang memuaskan).

Penyebatian/Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or


Value Complex)
Perwatakan berdasarkan nilai-nilai merujuk kepada perubahan tingkah laku yang positif.
Pada peringkat ini, seseorang individu tersebut mempunyai nilai yang menguasai
tindakannya untuk jangka masa yang panjang untuk menghasilkan gaya hidup. Kelakuan
adalah lebih konsisten dan berdisiplin dengan mengekalkan nilai-nilai dalam perwatakan.
Hasil pembelajaran pada peringkat ini meliputi skop yang besar yang terdiri daripada
aktiviti yang lebih menjurus kepada kelakuan atau perwatakan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai