Anda di halaman 1dari 1

Terdapat pelbagai jenis Tindakan ynag harus dipraktikkan oleh kaunselor apabila

berhadapan dengan klien yang datang dari pelbagai budaya dan latar belakang dalam
melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah penggunaan
satu teknik atau teori universal yang boleh diaplikasikan oleh semua ahli terapi. Sistem
universal yang telah dikenalpasti adalah Teori Pemusatan Insan oleh Carl Rogers.
Perkara utama yang dititikberatkan ialah menghormati klien. Teori ini mengambil kira
tentang kepercayaan terhadap klien yang mampu mengubah dirinya dengan
mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan
benar. Empati juga merupakan komponen utama yang perlu dimainkan oleh kaunselor
dalam mengendalikan isu silang budaya ini. Kaunselor yang berempati akan berupaya
memasuki dan memahami dunia klien dan kepercayaan serta budaya mereka.
Namun, sekiranya perasaan empati tiada dalam diri kaunselor, maka agak sukar untuk
klien meluahkan serta berkongsi pendapat serta masalah dengan kaunselor, maka,
sesi penerokaan akan terbantut dan matlamat tidak tercapai.

Selain itu, komunikasi juga merupakan antara komponen terpenting dalam


kehidupan. Majoriti masalah yang terwujud adalah disebabkan oleh masalah
komunikasi yang timbul di kalangan manusia. Masalah komunikasi akan berlaku
dalam sesi kaunseling silang budaya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab
kaunselor untuk bersedia dari segi mental dan fizikal serta komunikasi apabila
berhadapan dengan klien kelak. Menurut Sue, 1989; Sue & Sue, 1990 memahami
perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam menjalani
sesi kaunseling silang budaya. Apabila kaunselor mempraktikkan komunikasi yang
baik dan positif, maka ia akan memudahkan proses kaunseling itu berlaku. Klien juga
akan lebih bersikap terbuka dan dapat menilai dirinya sendiri apabila diteroka oleh
kaunselor yang mempraktikkan kemahiran-kemahiran kaunseling yang efektif seperti
penerimaan tanpa syarat, serta membantu klien berkembang dengan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai