Anda di halaman 1dari 9

TERAPI TINGKAH LAKU

GAMBARAN KESELURUHAN
Pelopor-pelopor utama: B. F. Skinner, Arnold Lazarus dan Albert Bandura. Pendekatan ini menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran dlm penyelesaian kecelaruan tingkah laku. Hasil-hasil terapi sentiasa dieksperimentasi. Teknik terapi sentiasa diubah suai.

FALSAFAH ASAS
Tingkah laku manusia adalah hasil pembelajaran. Manusia adalah produk dan pengeluar produk (product dan producer) persekitaran.

KONSEP-KONSEP UTAMA
Memfokus pd tingkah laku zahir (overt), ketepatan dlm penspesifikasian matlamat rawatan, pembinaan pelan rawatan dan penilaian objektif hasil terapi. Tingkah laku kini diberi perhatian. Terapi berdasarkan prinsip-prinsip teori pembelajaran. Tingkah laku normal dipelajari drp reinforcement dan imitation. Tingkah laku tak normal berpunca drp pembelajaran yg salah (faulty).

MATLAMAT TERAPI

Utk menghapuskan tingkah laku yg tidak sesuai (maladaptive) dan belajar tingkah laku yg lbh efektif Utk memfokus pd faktor-faktor yg mempengaruhi tingkah laku dan mencari cara menangani tingkah laku bermasalah Klien berperanan aktif dlm pembentukan matlamat rawatan dan penilaian pencapaian matlamat.

HUBUNGAN TERAPUTIK
Ahli terapi aktif dan direktif. Dia berfungsi sbg guru atau jurulatih yg membantu klien mempelajari tingkah laku efektif. Klien perlu aktif dlm proses pembelajaran dan mencuba tingkah laku- tingkah laku baru. Kualiti hubungan klien-ahli terapi tidak cukup utk membuat klien berubah, tetapi ia adalah penting dlm implementasi prosedurprosedur tingkah laku.

TEKNIK-TEKNIK
Teknik-teknik utama ialah systematic desensitization, kaedah-kaedah relaxation, flooding, eye-movement desensitization and reprocessing (EMDR), teknik-teknik reinforcement, modeling, cognitive restructuring, latihan assertion, latihan kemahiran sosial, program-program selfmanagement, behavioral rehearsal, coaching dan beberapa teknik terapi multimodal. Diagnosis dan penilaian dibuat sblm proses teraputik utk mengenalpasti pelan rawatan. Soalan-soalan memfokus pd apa, bagaimana dan bila, bukannya mengapa. Kontrak dan tugasan homework juga biasa digunakan.
7

APLIKASI
Fobia, kemurungan, kecelaruan seksual, kecelaruan tingkah laku kanak-kanak, masalah gagap dan pencegahan penyakit kardiovaskular.

KEKURANGAN
Mungkin mengubah tingkah laku tetapi tidak perasaan Mengenepikan faktor-faktor hubungan dlm terapi Tidak memberi insight Mengenepikan pengalaman-pengalaman silam yg mungkin mempengaruhi tingkah laku semasa Melibatkan kawalan dan manupulasi ahli terapi Terhad kpd aspek-aspek tertentu keadaan manusia

Anda mungkin juga menyukai