Anda di halaman 1dari 7

STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 1) Kontrak bersyarat Kontrak bersyarat merupakan satu persetujuan antara dua pihak atau

lebih sama ada individu atau berkumpulan, secara lisan atau bertulis. Strategi ini berasaskan prinsip Premack (granmother prinsicple). Premack 1965 menyatakan bahawa tingkah laku yang berlaku dengan kekerapan tinggi boleh digunakan untuk menambahkan kekerapan tingkah laku yang kekerapannya rendah . Dalam kontrak ganjaran akan diberikan sebaik sahaja tingkah laku yang dipersetujui dengan murid yang terlibat dalam kontrak dilakukan iaitu kontrak ditunaikan. Jenis kontrak yang digunakan berbentuk lisan/ bertulis. Selain itu ia mestilah adil dan jujur Kontrak bersyaraat ini membolehkan semua Murid terlibat secara aktif dalam proses pengurusan tingkahlakunya sendiri. Ia dapat membina rasa tanggungjawab diri . Kontrak boleh dikaji semula dari semasa ke semasa . Murid pilih bahan pengukuhan sendiri. Ini dapat membina nilai kendiri 2) Modelling Modelling adalah satu proses pengajaran yang terhasil melalui proses pemerhatian dan peniruan . Murid akan diarah memerhati dan meniru tingkah laku guru atau murid yang lain. Guru akan memastikan model yang hendak ditiru itu betul-betul baik dan diterima oleh pelajar. Teknik ini digunakan apabila
tingkah laku yang diingini tidak wujud

boleh

Menurut hendaklah

Bandura

1971 sebelum

menyarankan sesi

perhatian .

kanak-kanak Kanak-kanak

ditumpuhkan

pembentangan

hendaklah dalam keadaan bersedia terhadap model. Kelakuan yang digayakan hendaklah secara ringkas dan pendek untuk kanak-kanak yang masih mudah dan mentah Kaedah modelling lebih menarik perhatian penonton / kanak-kanak sekiranya model yang digunakan bersesuaian dengan pemerhati . Model lebih penting berbanding dengan pemerhati. Model berkedudukan lebih tinggi dan berpengetahuan berbanding pemerhatian.

3) Ekonomi token Ekonomi token adalah strategi dimana ganjaran yang berbentuk simbolik / token diberikan sebaik sahaja tingkah laku sasaran dilakukan. Ganjaran token dengan sendirinya tidak bernilai, tetapi ia boleh ditukar dengan sesuatu yang bernilai. Ekonomi token di beri dalam satu jangka masa tertentu untuk kerja atau usaha yang diterima oleh guru. Ia membolehkan guru menstruktur suasana pembelajaran kearah peneguhan positif dan memberi maklum balas menerusi pemberian token Penggunaan strategi ini akan membantu murid kemurid kerana tiada pertandingan dengan orang lain (kerja ikut tahap pelajar itu sendiri).Tidak banyak gangguan kepada proses pengajaran . Jika menarik kepada murid, nilai token akan meningkat dengan sendirinya. Fleksibel- boleh diubah-ubah menunya supaya tidak membosankan . Mengingatkan guru supaya sering mengukuhkan tingkah laku murid secara konsistedan berterusan 4) Shaping (pembentukan) Shaping adalah proses mengajar tingkah laku baru melalui peneguhan langsung dan berturut-turut. Shaping merupakan satu kaedah yang

menghampiri tingkah laku akhir. Ia berlaku dengan cara kita beri galakan setiap tingkah laku sasaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Guru perlu tahu berapa lama peneguhan di satu-satu tahap itu perlu diberi . Murid belajar tingkah laku melalui bebearapa langkah yang lebih ringkas . Ganjaran diberikan untuk setiap langkah ringkas dan bukan untuk tingkah laku sasaran yang terakhir Kaedah menjalankan shaping a) Tentukan tingkahlaku akhir b) Tentukan langkah-langkah kecil yang terlibat c) Kenal pasti langkah permulaan

5) Chaning (perantaian) Strategi chaning Melibatkan proses pengajaran beberapa tingkah laku yang akan dicantum untuk membentuk satu rantaian tingkah laku. Peneguhan diberikan bagi setiap tingkah laku yang dilakukan dengan betul dan bagi tingkah laku yang betul.

Jenis Latihan Yang Boleh Digunakan Dalam Perantaian


serial training (latihan bersiri) tingkahlaku diajar satu demi satu total ask traning (latihan menyeluruh) semua tingkahlaku2 dalam rantaian tingkahlaku diajar serentak cancurrent training (latihan serentak) dua atau lebih tingkahlaku diajar serentak Pembinaan satu rantaian tingkahlaku dinamakan task analysis

Forward chaining
- pengajaran dimulakan dari tingkah laku pertama dalam rantaian tingkah laku berkenaan Jenis perantaian dalam pengurusan tingkahlaku

Backward chaining
- pengajaran dimulakan dengan mengajar tingkah laku yang terakhir dalam rantaian tingkah laku berkenaan

6) Statiation Statiation atau Over Correction adalah satu teknik kejelakan yang membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri 7) Over correction (pembetulan lampau) Strategi ini adalah dengan menghukum sambil mengajar. Hukuman yang diberikan adalah bertujuan untuk memperbaiki keadaan persekitaran (rosak / kurang sempurna) disebabkan oleh tingkahlakunya. Contoh menghilangkan buku perlu belikan buku yang sama untuk

menggantikannya.Guru perlu mengulangi tingkahlaku yang betul sehingga tahap yang boleh diterima. Misalnya melatih murid meminta kebenaran sehingga betul. Jika digunakan pembetulan tugasan akademik, ia juga dinamakan directed rehearsal. Misalnya buat pembetulan untuk tugasan yang salah. Strategi ini sesuai untuk tingkah laku seperti talking out, out-of-seat, tingkahlaku agresif dan lain-lain.

8) Extinction (pelupusan/pengamatan) Extinction merupakan strategi yang dilaksanakan untuk

memberhentikan atau menyekat muri- murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif 9) Time-out (pengasingan) Time-out adalah proses yang akan mengalihkan pelajar dari seting yang mempunyai peneguhan ke seting yang tiada peneguan dalam masa yang tertentu dan terhad. Murid dikeluarkan daripada situasi yang positif yang disukaimnya, untuk tempoh yangh singkat, dimana tiada pengukuhan diberikan pada masa itu jenis.

Jenis

Observation time out -Pelajar akan diasingkan daripada situasi yan mempunyyai peneguhan . Dimana murid dibiarkan berdekatan kumpulan untuk mendengar dan melihat aktiviti yang dijalankan tetapi tidak dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut Exclusionary -Murid dikeluarkan / diasingkan daripada kumpulannya tetap masih di bilik yang sama Seclusionary -Murid dikeluarkan daripada kumpulan dan diasingkan di bilik lain

Peringatan untuk guru semasa seclusionary time out a) Keberkesanan time-out bergantung kepada wujudnya pengukuhan positif di dalam dan luar bilik darjah b) Keadaan bilik time-out mestilah tidak teruk sehingga menakutkan murid. Sudah mencukupi jika bilik itu kosong c) Tempoh dikeluarkan mestilah singkat (5-10 minit) d) Digunakan selepas alternative-alternatif lain gagal e) Perlu didokumentasikan jika boleh f) Jika seseorang murid dikeluarkan terlalu kerap, ia perlu digantikan dengan strategi lain Kelebihan Tempoh masa yang singkat Tiada kesakitan fizikal, Boleh dilaksanakan dengan mudah dan tiada alat / bahan khas diperlukan

10) Punishment (hukuman) Hukuman merupakan satu intervensi yang merangkumi satu kumpulan prosedur untuk mengurangkan ssesuatu tingkahlaku tertentu dan terhasil kesan dan akibat daripada sesuatu kelakuan. Dikategorikan sebagai penghukum/hukuman sekiranya tindakbalas sesuatu kelakuan itu berubah dalam keadaan seperti berikut : Kebarangkalian tindakan baru berlaku/ berulang menjadi berkurang Kadar masa depan, tempoh masa, dan kecenderungan terhadap kelakuan semasa berkurang Dimensi lain terhadap kelakuan tersebut menjadi lemah

Strategi ini kerap digunakan pada kanak-kanak dan berkesan untuk menambah tingkah laku positif.. Contohnya sesuatu perkara yang digemari, misanya tidak dibenarkan bermain, oleh itu bermain menembahkan sesuatu yang disukai olehnya.

11) Desensitization (penghapusan deria/penyahpekaan) Desensitization adalah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan. Misalnya kanak-kanak masalah pembelajaran sebagainya. takut untuk bercakap di depan kelas, fobia dan

Rujukan http://skpdghiliran.blogspot.com/2009/05/teknik-teknik-pengurusan-tingkah-laku.html http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/06/pengurusan-tingkah-laku.html http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/pengurusan-tingkah-laku/ http://www.facebook.com/note.php?note_id=153231384696789&comments

Anda mungkin juga menyukai