Anda di halaman 1dari 36

1

1.0 Pengenalan Suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar perlu di wujudkan di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Justeru itu, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu

mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan memudahkan pencapaian objektif.

2.0 Konsep pendekatan, kaedah dan teknik 2.1 Konsep Pendekatan Menurut Kamarudin Hj Husin (1988), pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan (falsafah) tentang hakikat bahasa, iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahamai serta di manakah ia disimpan. Pendekatan juga harus mencerminkan satu teori bahasa( teori linguistik), atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Contohnya dalam teori pembelajaran, Gestalt menerangkan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen situasi itu. Jika kita menerima ini sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh jadikan ia sebagai satu pendekatan dalam pengajaran. Ini bermakna sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan cara mengamati keseluruhan dan kemudian kepada bahagian-bahagiannya. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. a) Pendekatan Induktif b) Pendekatan Deduktif c) Pendekatan Eklektik d) Pendekatan Komunikatif 2.2 Konsep kaedah Kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mesti didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.(Mengantar Simanjuntak,1982:72)

Sebagai contoh, teori Gestalt menyatakan bahawa persepsi kita bekerja daripada keseluruhan sesuatu benda kemudian bergerak kepada bahagian-

bahagiannya. Kaedah ini mungkin memulakan prosedurnya daripada satu wacana, kemudian kepada ayat-ayat, terus kepada frasa, kata dan mungkin kepada bahagian yang lebih kecil seperti morfem. Brown, (1980:240), menyatakan agak sukar untuk memberikan definisi kaedah. Kata beliau: Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at times that the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is general and theoretical view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching. Dalam memanjangkan pengertian terhadap istilah kaedah ini, Currie (1973), menyatakan: Usually, methods is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear of expository methods, heuristic methods, activity methods and the like. Method is thus the philosophy of our teaching task in a given subject in that in orientates us to the teaching. What we have described as teaching technique are ways in which, this philosophy is realized in actual class lessons. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti yang berikut: a) Kaedah Natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pendekatan-pendekatan tradisional.

Kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu yang pertama, penguasaan (acquisition) dan kedua, pembelajaran (learning). Penguasaan merupakan cara semula jadi yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka. b) Kaedah Tatabahasa Terjemahan Kaedah ini dikenali juga sebagai Kaedah Nahu Tradisional atau kaedah klasik. Kaedah ini diajar untuk membolehkan murid memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini memberi penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan bertutur. Kaedah ini tidak mementingkan fonetik, sebaliknya mementingkan ejaan dan penulisan serta rumusan tatabahasa dijelaskan secara terperinci. c) Kaedah Terus Kaedah terus ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia ada. timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang sebutan yang tentang betul, bahasa ulangan yang dan hendak dipelajari, harus

mengutamakan

pengukuhan

dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. d) Kaedah Ajuk Hafaz Pengajaran dibahagikan kepada dua iaitu demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran secara demonstrasi harus berkaian dengan tatabahasa, pertuturan atau sebutan dan perbendaharaan kata, seluruh murid di dalam kelas melalui guru bahasa atau penutur jati bahasa itu. Dalam pengajaran yang menggunakan latih tubi, penutur jati atau natif akan akan membaca beberapa ayat. Kemudian, setelah mendenganr beberapa kali seluruh murid dalam kelas itu akan mengajuknya berkali-kali sehingga ayat ayat itu menjadi separuh terhafal. Kaedah ini kadang-kadang disebut juga sebagai Kaedah Informat-Drill.

e) Kaedah Linguistik Kaedah Linguistik merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa itu, iaitu bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada ada bahasa itu bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa lain. Kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini mendahulukan bentuk daripada makna dan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi yang sama daalm kedua-dua bahasa itu. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Kaedah imi

memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif

(Kamarudin Hj. Husin,1988). f) Kaedah Kod Kognitif Kaedah ini berasaskan pendapat golongan mentalis yang melihat bahasa sebagai satu kreativiti mental. Selain itu, kaedah ini menekankan bentuk dan makna. Seseorang murid atau kanak-kanak yang hendak mempelajari bahasa seharusnya mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. g) Kaedah Bahasa Komuniti Kaedah ini diasaskan oleh Charles A.Curren bersama rakan-rakannya. Kaedah ini berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing yang disebut sebagai Teknik Kemanusiaan. Mengikut teknik ini murid mempunyai emosi dan perasaan disamping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku iaitu kognitif dan afektif. h) Kaedah Oral Aural Kaedah ini disebut juga sebagai kaedah dengar-tutur diajarkan kepada

murid bertujuan memperkembangkan keempat-empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Kaedah ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan bertujuan untuk memberi perhatian kepada intonansi yang betul.

2.3 Konsep teknik Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu (Mangantar Simanjuntak 1981:57). Manakala menurut Kamus Dewan (edisi ketiga) teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangmengarang dan sebagainya. Manakala Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz pula merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Edward M. Anthony (1963) memberi tafsiran: A technique is implementational-that which actually takes lace in a classroom. It is a particular trick, stratagem, or contrivance used to accomplish an immediate objective. Daripada kenyataan tersebut, ternyata teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Ia wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Setiap teknik yang digunakan harus selaras dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963): An approach is axiomatic, a method is proceduralTechnique must be consistent with a method, and therefore in harmony with an approach as well Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan pelaksanaan kaedah dalam kelas.

Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: a) Teknik Drama Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Selain itu, Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat

menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. b) Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. c) Teknik Perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. d) Teknik Bercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. e) Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu

2.4 Perkaitan diantara pendekatan, kaedah dan teknik

Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh PENDEKATAN INDUKTIF

KAEDAH Terus atau semulajadi Oral-aural Linguistik Fonetik Berbincang Brainstorming Soal jawab

TEKNIK

PENDEKATAN DEDUKTIF Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan genelisasi

KAEDAH Linguistik Semulajadi Terus

TEKNIK Main peranan Bercerita Lakonan/ drama Tunjuk cara

10

TEKNIK

Penyelesaian masalah Tunjuk cara Latih tubi Soal jawab

KAEDAH Linguistik Oral-aural Semulajadi Terus

PENDEKATAN EKLEKTIK

Gabungan induktif dan deduktif Pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak

PENDEKATAN KOMUNIKATIF Bahasa sebagai satu komunikasi Pengajaran lebih kepada dialog Situasi yang menyerupai keadaan sebenar

TEKNIK Bercerita Brainstorming Soal jawab Berbincang Permainan bahasa

KAEDAH Linguistik Oral-aural Terus

11

3.0 Pendekatan pengajaran Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Menurut Kamarudin Hj Husin (1988), terdapat 4 jenis pendekatan yang dapat diterbitkan daripadanya untuk pengajaran bahasa. a) Pendekatan induktif b) Pendekatan deduktif c) Pendekatan eklektik d) Pendekatan Komunikatif

12

3.1 Pendekatan Induktif Merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh. Ini dilakukan sebelum guru itu membuat pengitlakan terhadap unsur-unsur tadi. Kaedah ini menggunakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji, menganalisa sesuatu aspek tertentu itu pada awal dan kemudian dibuat satu keputusan atau kesimpulan umum daripada data yang telah dikaji itu. Pendekatan ini mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi daripadanya, terutama dalam penyusunan isi. Guru-guru tidak digalakkan memberi definisi, penerangan terhadap peraturan-peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau memberikan objektif pengajatan pada awal pengajaran. Guru boleh mengemukakan soalan-soalan, bertanya,

berbincang, memerhati, mengkaji, membentuk contoh-contoh dan sebagainya. Generalisasi dibuat kemudian. Konsep-konsep induktif a) Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum b) Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman c) Mengakumulasi maklumat untuk membentuk hukum d) Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu. e) Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran f) Membuat satu jistifikasi daripada yang spesifik (khusus) kepada yang umum g) Kaedah penaakualan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan unum daripada fakta-fakta atau contoh-contoh tertentu. Ciri-ciri pendekatan a) Pendekatan induktif bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan b) Menggunakan pengetahuan. pengantara deria (pengalaman deria) untuk mendapat

13

c) Memerlukan kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai sesuatu kemahiran d) Menekankan kepada pengajaran yang berbentuk konkrit e) Selaras dengan linguistik struktural pengajaran tatabahasa mengikut analisa struktur. f) Memberi peluang kepada murid-murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru. g) Menekankan penglibatan murid secara aktif. h) Bersifat saintifik yang mampu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan i) Menekankan banyak kepada aspek lisan. Prinsip penggunaan pendekatan induktif a) Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa, guru perlulah

menyediakan satu struktur isi yang hendak disampaikan. Berdasarkan bahagian isi-isi yang saling berkait yang telah disediakan dalam satu struktur itu, guru boleh menyusun satu turutan langkah-langkah penyampaian yang logic bagi memudahkan pemahaman murid-murid. b) Satu strategi penyoalan haruslah diadakan supaya guru dapat menolong muridmurid membentuk konsep-konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki. c) Kemahiran-kemahiran intelektual yang akan terlibat ialah pembentukan konsep, membuat generalisasi (interprestasi) dan mencubakan generalisasi tersebut (aplikasi) d) Guru harus merancang dan mempelbagaikan aktiviti uantuk menjadikan pengajaran guru lebih menarik, dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar secara aktif dan terlebig sepenuhnya. e) Guru perlu menyediakan alat-alat bantu supaya dapat digalakkan

mengemukakannya sendiri. f) Contoh-contoh yang dipilih dan digunakan mestilah sesuai dan mencukupi

14

g) Contoh-contoh

tidak

seharusnya

boleh

dan

menggalakkan

murid

mengemukakannya sendiri. h) Bantuan dan bimbingan guru diperlukan di sepanjang proses pembelajaran berlaku. 3.2 Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat secara keseluruhan aspek pembelajaran itu pada awal sebelum kesimpulan-kesimpulan spesifik tentangnya dilakukan. Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt yang menerangkan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan sebelum kita mempelajari elemen-elemen situasi itu. Pendekatan ini mengutamakan generalisasi dibuat di bahagian awal pengajaran kemudian dikemukakan contoh-contoh selepasnya. Terutamanya dalam menyusun isi. Guru digalakkan memberi definisi, penerangan terhadap peraturan-peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan atau memberitahu objektif pengajaran di bahagian awal pengajaran. Pendekatan ini mempercayai pengetahuan seseorang terhadap pembelajaran yang hendak dipelajari itu amat berguna kerana ia akan memudahkan proses pembelajaran mereka. Konsep deduktif a) Mempelajari sesuatu berdasarkan hokum b) Ia adalah satu proses penaakulan. Kaedah ini bertujuan mendapatkan faktafakta atau contoh-contoh tertentu daripada peraturan-peraturan umum. c) Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum d) Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi e) Membuat satu pencerakinan : penghuraian daripada umum kepada yang khusus

15

Ciri-ciri pendekatan deduktif a) Pendekatan ini bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif. Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid dan bukan pembentukan kebiasaan. b) Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan

ilmu pengetahuan c) Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks sifatnya. d) Struktur isi/struktur kognitif dapat memudahkan pembelajaran. e) Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan. f) Pendekatan ini memulakan dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh. g) Pendekatan ini lebih menekankan aspek tulisan. Prinsip penggunaan pendekatan deduktif: a) Generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas dan mudah untuk difaham b) Contoh-contoh bagi menerangkan konsep atau peraturan-peraturan atau unsureunsur lain yang terdapat dalam generalisasi mestilah terdiri daripada contohcontoh yang betul, tepat dan jelas. c) Contoh-contoh yang dipilih dan digunakan mestilah sesuai dan mencukupi d) Contoh-contoh tidak seharusnya daripada guru sahaja sebaiknya daripada murid juga. e) Latihan-latihan yang diberi patutlah beraneka jenis dan beraneka konteks dan situasi. f) Latihan-latihan tidak seharusnya memakan masa yang terlalu panjang pada satu-satu ketika. 3.3 Pendekatan Eklektik Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran.

16

Misalnya guru bahasa itu memulakan pengajarannya dengan memberi contoh-contoh yang bersabit dan kemudian murid mendapat contoh daripada murid-murid lain. Selepas itu murid-murid dipandu langkah demi langkah untuk sampai kepada undangundang bahasa. Akhirnya mereka didorong untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang sama atau hampir-hampir sama yang membolehkan generalisasi berkenaan diterapkan. Cara yang satu lagi ialah guru memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian contohcontoh diberikan dan murid-murid menerangkan generalisasi berkenaan. Selepas itu murid-murid pula memberikan contoh-contoh untuk menjelaskan lagi undang-undang tadi. Akhirnya undang-undang itu digunakan dalam konteks yang hampir-hampir sama. Kedua-dua cara ini menggunakan model-model berikut: a) Penekanan kepada pendekatan induktif Contoh > Generalisasi > Contoh b) Penekanan kepada pendekatan deduktif Generalisasi > contoh > Generalisasi Ciri-ciri a) Satu cara mengajar yang menggunakan pelbagai kaedah, tidak terikat kepada satu kaedah mengajar sahaja. b) Guru boleh menggunkan usaha dan daya kreativiti sendiri. c) Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak. Misalnya peringkat asas pengajaran dilaksanakan dengan latihan mendengar dan kemudian diikuti pula dengan latihan bertutur, membaca dan menulis. d) Membolehkan kanak-kanak dapat berfikir terus dalam bahasa yang dipelajarinya dan disamping itu dapat pula menggunakan bahasa secara aktif. e) Pendekatan ini banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.

17

3.4 Pendekatan Komunikatif Pendekatan komuniktif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai keupayaan berkomunikasi. Pendekatan ini mula berkembang sejak tahun 70-an sebagai reaksi terhadap kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam pengajaran bahasa yang didasarkan kepada teori-teori pembelajaran sebelumnya. Mengikut ahli-ahli bahasa, pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang betul sahaja belum boleh menjamin murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan. Tetapi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu harus menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya seperti faktor-faktor sosiolinguistik, psikolinguistik dan paralinguistik. Berdasarkan pendekatan ini, murid-murid boleh menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan komunikasi. Oleh itu penggunaan bahasa diberi perhatian dan keutamaan di samping kegunaan bahasa. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi. Fungsi komunikasi pula disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh murid bagi menolongnya berkomunikasi di dalam kelas dan juga dalam kehidupan seharian. Antara fungsi-fungsi bahasa yang dimaksudkan itu ialah: 1) Bahasa untuk mendapatkan barang-barang 2) Bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain 3) Bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain 4) Bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud 5) Bahasa untuk mencipta dunia imaginasi 6) Bahasa untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu 7) Bahasa untuk komunikasi maklumat. Pendekatan ini memberi peluang murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas.

18

Hal ini kerana penggunaan bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika ujaran itu sesuai dengan situasi bahasa itu digunakan. Oleh itu, guru berperanan mewujudkan situasi sebenar di dalam kelas yang memerlukan murid-murid

berkomunikasi sesama mereka. Ciri-ciri pendekatan komunikatif Finnoccgiaro dan Brumfit (1983) telah memperlihatkan beberapa ciri-ciri pendekatan komunikatif: a) Makna adalah sangat dipentingkan b) Dialog jika digunakan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafal c) Konteks dan situasi adalah sangat dipentingkan. d) Pembelajaran bahasa adalah belajar untuk berhubung. e) Latih tubi boleh berlaku tetapi tidak digalakkan. f) Pengucapan bahasa hanyalah perlu setakat untuk difahami sahaja g) Apa sahaka alat yang boleh membantu murid-murid diterima asalakan sesuai dengan umur, minat dan sebagainya h) Percubaan-percubaan untuk berkomunikasi digalakkan dari awal i) Penggunaan bahasa ibunda secara bijaksana diterima di mana-mana yang mungkin. j) Terjemahan boleh digunakan dengan syarat murid-murid dapat faedah daripadanya. k) Keupayaan berkomunikasi adalah matlamat pembelajaran. l) Bahasa dicipta oleh individu biasanya melalui prose scuba dan ralat. m) Kelancaran dan bahasa yang boleh diterima menjadi matlamat. Ketepatan diadili bukan dalam abstrak tetapi dalam konteks.

19

4.0 Pendekatan pembelajaran Menurut Akhmad Sudrajat (2008) Pendekatan pembelajaran dapat diertikan sebagai titik tolak atau sudut pandang kita terhadap proses pembelajaran, yang merujuk pada pandangan tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih sangat umum. Pendekatan yang dikemukakan dalam tajuk ini meliputi: 4.1 Pendekatan Berpusatkan Murid Pendekatan berpusatkan murid memastikan murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti. Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan pensyarah pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada pensyarah kepada pelajar. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran. Student Centred Learning (SCL) boleh didefinisikan sebagai disiplin yang melibatkan interaksi antara pasukan pelajar yang mengalami pembelajaran kreatif yang akan diaplikasikan dalam situasi sebenar (Thorburg, 1995). Dalam SCL guru bukanlah tarikan utama.

20

Pendekatan ini juga menjadikan pelajar diistilah sebagai .pasangan. dengan guru sebagai sebahagian proses pembelajaran (Alley, 1996). Csete dan Gentry (1995) menggunakan istilah SCL sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar. Kawalan disini bermaksud pelajar mengawal prosedur, masa dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza. Seorang tokoh pendidikan di Amerika iaitu Richard M. Felder berkata beban komunikasi akan terletak pada pelajar dalam pendekatan SCL. SCL ialah satu pendekatan pembelajaran yang meluas termasuk teknik-teknik seperti menukarkan pengalaman belajar secara aktif, menyelesaikan masalah yang

memerlukan pemikiran kritis dan kreatif, melibatkan pelajar dalam simulasi dan main peranan, menggunakan teknik kadar kendiri dan pembelajaran koperatif. Dalam SCL guru menyediakan pelajar peluang belajar secara bebas. SCL akan meningkatkan motivasi, pemahaman, dan pelajar akan lebih meminati pelajaran yang diajar (Meyes dan Jones 1993). Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan pelajar, aspek minda pelajar dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti P & P perlu selaras dengan falsafah pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah: 1. Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum. 2. Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu. 3. Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya,

pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.

21

4.2 Pendekatan Berpusatkan Bahan Pendekatan berpusatkan bahan pula mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Dalam konteks ini, guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada bahan pelajaran. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof (2011) Pendekatan ini menekankan lebih banyak kepada peranan dan penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan ini akan dapat membantu tugas-tugas guru di dalam kelas atau membantu murid melaksanakan pembelajaran kendiri yang berkesan.

Penggunaan bahan ini adalah untuk menyalurkan pengetahuan dan menggerakkan aktiviti untuk menguasai sesuatu kemahiran bahasa. Pendekatan ini biasanya melibatkan beberapa bentuk pembelarajan kendiri seperti pengajaran terancang, modul, pengajaran audio-tutorial, makmal bahasa, pembelajaran berbantukan computer dan bahan-bahan interaktif seperti cakera padat dan CD ROM. Ciri-ciri pendekatan berpusatkan bahan a) Bahan pelajaran memainkan peranan penting. Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada bahan yang digunakan. b) Komunikasi atau interaksi berlaku antara guru dengan bahan atau murid dengan bahan. c) Kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan sumber amat diutamakan. d) Penekanan diberikan kepada perkembangan jasmani, rohani dan kognitif. Murid juga dilatih untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman serta berdikari. e) Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. f) Banyak peluang berinteraksi dalam kalangan murid, sekali gus dapat memupuk sifat soial yang positif melalui kaedah kumpulan kecil, uji kaji, projek, perbincangan, dan sebagainya. g) Pengetahuan yang abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pengajaran.

22

h) Pembelajaran kendiri merupakan kegiatan dan langkah-langkah yang dibuat oleh guru dalam aktiviti p&p dan banyak melibatkan aktiviti murid. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Kesimpulannya, pendekatan berpusatkan bahan bermaksud murid dapat berinteraksi secara langsung dengan bahan pembelajaran. Guru bertindak sebagai penyelaras untuk mengawasi tingkah laku murid. 4.3 Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Pembelajaran berasaskan projek atau lebih dikenali sebagai Project Based Learning (PBL) merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan amali secara sistematik atau terancang dalam jangka masa tertentu. Pembelajaran ini melibatkan kutipan data dan analisis data serta diikuti dengan persediaan laporan yang betul dan terperinci. Dalam membuat program penggayaan, pembelajaran ini memerlukan murid membuat kajian. Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek ini menuntut murid-murid bekerja dalam pasukan secara kolaboratif yang melibatkan kecenderungan pelbagai kemahiran intrapersonal dan intrapersonal

yang tinggi. Secara ringkas, Pembleajaran berasaskan projek ini bersifat kontekstual dan konstruktivisme yang melibatkan kemahiran berfikir seperti membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikir aras tinggi atau High Oder Thingking Skill (HOTS). Tempoh masa atau jangka waktu untuk menyempurnaan tugas dalam bentuk pendek, ini memungkinkan murid tidak mampu untuk membuat kajian dan mengutip data dan tidak terlalu lama. KAlu masa yang diperuntukkan agak terlalu lama, dikhuatiri murid lupa atau hilang fokus terhadap kajian atau projek yang dilaksananakan. Ciri-ciri a) Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan b) Mengintegrasikan pengetahuan dalam aktiviti c) Pembelajaran konkrit dan secara hands-on

23

d) Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap dihasilkan. e) Penilaian secara holistik, auntentik dan berterusan. f) Interaksi antara guru dengan murid lebih berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. g) Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri. 4.4 Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran berasaskan masalah sering digunakan bagi membentuk

kecekapan berbahasa di kalangan murid. Kebolehan berbahasa ini juga membantu dalam pembentukan daya pemikiran murid dalam menyelesaikan masalah. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru secara kreatif untuk menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk

menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah. Dewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan masalah: i. Kenal pasti masalah Murid-murid diarah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan situasi, soalan rangsangan dan dorongan yang sesuai supaya murid-murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan. ii. Penentuan masalah Biasanya murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti

masalah. Sehubungan dengannya apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu diuji, diteliti dan ditetukan arah penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong Guru pemikiran murid-murid ke arah

menyelesaikan

masalah.

membantu

murid-murid

memperoleh

maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

24

iii.

Cadangan penyelesaian Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperoleh serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu, tetapi

kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah. iv. Penelitian penyelesaian Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akhir penyelesaian sesuatu masalah. v. Pemeriksaan kesimpulan Setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh.

Penyelesaian masalah tersebut boleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyesaian masalah yang baru hendaklah diusahakan. 4.5 Perlaksanaan Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aktiviti boleh dilaksananakan bagi memperlihatkan penggunaan

pendekatan pengajaran dan pendekatan pembelajaran. Contoh aktiviti ialah membina, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding dan diftong. Pendekatan pengajaran yang digunakan ialah pendekatan induktif. Pada mulanya, guru menunjukkan kad-kad gambar beserta perkataan yang mengandungi vokal berganding dan diftong kepada kanak-kanak. Kemudian guru meminta kanak-kanak menyebut perkataan yang di tunjukkan. Guru meminta kanak-kanak mencari dan menyebut vokal berganding dan diftong yang terdapat dalam perkataan tersebut. Kaedah yang digunakan ialah kaedah terus apabila murid diminta oleh guru untuk menyebut perkataan yang ditunjukkan. Pada masa yang sama, guru turut

menggunakan kaedah linguistik apabila murid diminta mencari dan menyebut huruf diftong setelah mengenalinya. Manakala pendekatan pembelajaran yang digunakan

25

adalah berpusatkan murid. Guru menggunakan kad imbas dan sepenuhnya aktiviti tersebut melibatkan gerak kerja murid. Teknik yang digunakan ialah berbincang, brainstorming dan soal jawab. Selain itu, guru juga boleh menggunakan pendekatan deduktif. Berdasarkan pendekatan ini guru menunjukkan kad-kad huruf vokal berganding dan diftong. Kemudian guru meminta kanak-kanak menyebut huruf vokal berganding dan diftong tersebut. Setelah murid menyebut huruf diftong tersebut, guru akan menunjukkan contoh-contah perkataan yang mengandungi diftong. Langkah seterusnya ialah guru membahagikan kanak-kanak kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mewakili 1 huruf diftong.Kemudian guru memberikan kad yang mengandungi perkataan diftong. Kemudian guru meminta kanak-kanak menyebut perkataan yang mengandungi diftong dihadapan kelas. Contoh : tupai, pulau, limau, kerbau dan sebagainya. Akhir sekali, guru dan kanak-kanak berbincang tentang huruf diftong yang terdapat dalam perkataan tersebut. Manakala pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah berpusatkan penyelesaian masalah. Murid diminta untuk

menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah terus, kaedah semulajadi dan kaedah linguistik. Pendekatan yang seterusnya ialah pendekatan eklektik. Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada pendekatan induktif dan deduktif. Oleh itu, langkah yang digunakan oleh guru ialah guru membahagikan kanak-kanak kepada empat kumpulan. Selepas itu, guru akan mengedarkan kad gambar dan kad diftong kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengecam huruf vokal yang sesuai dengan kad gambar tersebut. Kemudian, guru memberikan kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengecam vokal berganding/diftong yang terdapat dalam perkataan yang diberikan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan ialah pendekatan berpusatkan bahan. Manakala teknik yang digunakan ialah soal jawab, latih tubi, penyelesaian masalah & tunjuk cara.

26

Pendekatan pengajaran yang terakhir ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini boleh dilaksanakan oleh guru dengan cara guru menunjukkan dan menyebut huruf diftong (au,ai,oi) bersama murid-murid. Murid-murid diletakkan dalam 5 kumpulan.

Guru mengagihkan kad perkataan yang mengandungi diftong kepada setiap kumpulan. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki melakonkan perkataan yang terdapat dalam kad tersebut dan kanak-kanak yang lain diminta untuk meneka perkataan persebut dan memberitahu diftong yang terdapat dalam perkataan tersebut. Kemudian, ahli kumpulan tersebut menunjukkan kad perkataan kepada kelas. Guru dan pelajar bersoal jawab tentang huruf diftong yang terdapat dalam perkataan tersebut. Kemudian langkah

tersebut diulang semula. Pendekatan pembelajaran ialah berpusatkan projek. Manakala kaedah yang digunakan ialah terus, oral-aural & linguistik . Seterusnya teknik yang digunakan ialah bercerita, brainstorming, soaljawab, berbincang & permainan bahasa

27

5.0 Rancangan pengajaran Harian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tarikh Hari Masa Mata Pelajaran Tahun Tema Tajuk Bilangan Murid : 23 Februari 2011 : Rabu : 10.30- 11.30 (60 minit) : Bahasa Melayu : 4 Amal : Kokurikulum : Perkhemahan : 30 orang (16 perempuan 14 lelaki)

Hasil Pembelajaran : Fokus utama : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2

: i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan : 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 1

: i. Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk .ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk.

28

Objektif

: Pada akhir pelajaran murid dapat; 1) Murid dapat membaca perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) Murid dapat menyenaraikan 5 kebaikan menyertai aktiviti perkhemahan. 3) Murid dapat membina 5 ayat ayat topik dan 5 ayat huraian. : Bertutur, Membaca, Menulis dan Mendengar. : Sebutan dan intonansi, Ayat. : Bahasa Melayu, Alam sekitar, Geografi. : Kerjasama, Keberanian, Hemah tinggi.

Kemahiran berbahasa Sistem bahasa Ilmu Nilai

Kemahiran Bernilai Tambah : a) Kemahiran berfikir: menghubungkait maklumat,

mengkonsepsikan idea, menghubungkait dan menjana idea. b) Kemahiran belajar: melapor, cepat bertindak, menerima maklumat. c) Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal. d) Pembelajaran kontruktivisme: pengalaman sedia ada. Bahan Bantu Mengajar : a) Lembaran kerja b) Komputer c) Teks cerita

29

Aktiviti/ masa Set induksi (5 minit)

Isi pelajaran

Aktiviti

Catatan

Menunjukkan peralatan yang digunakan semasa aktiviti perkhemahan

1. Guru menunjukkan gambar peralatan perkhemahan melalui komputer

KB: menghubungkait inferens BCB: menonton

2. Meminta murid memilih dengan aktif Khemah Lampu suluh Ponco dan menyebut alatan yang dipaparkan dan apakah kegunaan alatan tersebut. 3. Guru mengaitkan dengan isi pengajaran hari ini. ABM: powerpoint

Langkah 1 (15 minit)

Petikan teks : Kelebihan perkhemahan unit berunifrom

1. Murid diberikan petikan KB: 2. Murid membaca petikan dengan gaya dan intonansi yang betul. 3. Murid diminta mengariskan isi-isi penting yang dijumpai. 4. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat. mengkonsepsikan idea BCB: membaca petikan dengan teliti ABM: teks cerita dan alat tulis

30

Langkah 2 (10 minit)

Kelebihan perkheman unit beruniform Soalan: Nyatakan kelebihan yang anda perolehi apabila menyertai perkhemahan? Mengisi waktu lapang. Menambah pengalaman. Memotivasikan diri. Membentuk kerjasama. Melatih sifat kepimpinan.

1. Murid membentuk 5 kumpulan. 2. Murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta menyatakan kelebihan menyertai perkhemahan. 4. Guru membantu murid semasa memberikan jawapan.

KB: menghubungkaitk an dan menjana idea. BCB: memproses maklumat dan melaporkan maklumat KP: verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal Nilai: kerjasama, hormat menghormati ABM: teks cerita

Langkah 3 (15 minit)

Membina ayat Ayat topik Ayat huraian

1. Murid dikehendaki membina ayat topik dan ayat huraian daripada perkataan yang terdapat dalam teks. 2. Guru meminta

KB: menjana idea BCB: cepat bertindak, menerima, memgumpul dan melaporkan maklumat

beberapa orang pelajar ABM: power point membaca dengan kuat ayat yang telah dibina. 3. Guru berbincang dengan murid jawapan yang lebih tepat.

31

Langkah 4 (10 minit )

Peyerapan tatabahasa Perkhemahan Bertujuan Pembelajaran Kebudayaan Kepentingan Kepimpinan

1. Guru meminta murid mencari perkataan yang mempunyai imbuhan apitan dalam petikan. 2. Beberapa orang murid diminta untuk menyebut perkataan berimbuhan apitan yang dijumpai.

ABM : teks cerita

Penutup (5 minit)

Nilai murni: Baik hati Hormat menghormati Kasih sayang Keadilan Keberanian Kerjasama

1. Guru menunjukkan sedutan daripada cerita yang berkisarkan tentang perkhemahan. 2. Guru menerapkan nilai berdasarkan cerita yang ditayangkan . 3. Guru bertanya kepada murid tentang kelebihan menyertai perkhemahan dan merumuskan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

ABM: Video

Aktiviti susulan Refleksi :

Guru meminta murid mencari gambar berkaitan perkhemahan dan membina ayat. (di rumah)

32

6.0 Refleksi Berdasarkan konsep yang telah saya terangkan dan jelaskan di atas, pendekatan yang telah saya pilih untuk diaplikasikan dalam rancangan pengajaran harian saya ialah pendekatan induktif dan pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh-contoh. Ini dilakukan sebelum guru itu membuat pengitlakan terhadap unsur-unsur tadi.

Pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji, menganalisa sesuatu aspek tertentu itu pada awal dan kemudian dibuat satu keputusan atau kesimpulan umum daripada data yang telah dikaji itu. Pendekatan ini mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi daripadanya, terutama dalam penyusunan isi. Kelebihan pendekatan induktif ini ialah murid dapat melibatkan diri secara aktif, bersifat saintifik, menggalakkan murid berfikir dan ia berpusatkan murid. Pendekatan pembelajaran yang telah dipilih ialah pendekatan berpusatkan murid. Berdasarkan strategi ini, murid memainkan peranan yang utama. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Kelebihan pendekatan ini ialah murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz, dan penggunaan ICT secara optimum. Selain itu, pendekatan ini menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari oleh pelajar dan sebab mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu. Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan langkah pengajaran yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian ini ialah kaedah terus, Linguistik, fonetik dan tatabahasa terjemahan. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah

kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak.

33

Kelebihan kaedah ini ialah sangat sesuai dipelajari oleh murid kerana cirinya yang sama dengan cara menguasai bahasa ibunda. Manakala kaedah linguistik

membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah penyediaan bahan adalah tersusun dan teratur. Ini membolehkan murid memahami dengan lebih jelas dan tepat. Kaedah lain yang digunakan ialah kaedah fonetik. kebaikan kaedah ini ialah membolehkan murid menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Selain itu, kaedah tatabahasa terjemahan juga turut digunakan. Kelebihan kaedah ini ialah tidak menggunakan masa yang panjang, menjimatkan kos, kurang membebankan guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar serta tidak memerlukan latihan intensif. Oleh itu, kaedah ini

memudahkan guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran. Manakala teknik yang digunakan semasa pembentukan RPH ini ialah teknik soal jawab, latih tubi dan perbincangan. Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Guruguru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu, ia menjadi alat yang efektif untuk mengesan pemahaman,

mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan perasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar. Teknik Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di

samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting. Sementara itu, teknik lain yang digunakan ialah teknik perbincangan. Kelebihan teknik ini ialah teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

34

7.0 Kesimpulan. Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah berhubung rapat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malah ia kelihatan berinteraksi, selaras dan seirama. Perancangan penggunaan unsur-unsur ini secara hati-hati akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu. Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa P & P. Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.

35

Rujukan Atan Long. (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kelana Jaya. Amiza Publising Sdn. Bhd. Ee Ah Meng.(1989). Pedagogi Satu Pengenalan. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Juriah Long.(1992). Pengajaran Bahasa Secara Komunikatif. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin Hj Husin.(1988). Sdn.Bhd. Mat NorHussin. (1988). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Petaling Jaya.Logman Malaysia Sdn.Bhd. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad. Murid Dan Alam Belajar. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Prof. Dr Isahak Haron, Prof Madya Dr Koh Boh Boon. (1983). Asas-Asas Dalam Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya.Logman Malaysia

Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur. Utusan Publications &DisturbutorsSdn Bhd. Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd Dimuat turun daripada http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-

teknik-dan-strategi pada 7 September 2011. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/39045763/Pendekatan-Eklektik pada 7September 2011. Dimuat turun daripada http://itukamibudakseni.blogspot.com/2010/11/pendekatan-

bahasa-melayu.html pada 8 September 2011. Dimuat turun daripadahttp://mabjip.blogspot.com/2009/10/pendekatan-dan-strategi-

pengajaran.html pada 8 September 2011.

36

Dimuat turun daripada http://bobezani.tripod.com/teknik.htm pada 8 September 2011. Dimuat turun daripadahttp://jurnalpendidikan.com/pedagogi/murid-dan-alam-

belajar/pendekatan-induktif-pendekatan-deduktif-dan-pendekatan-intergratif-rph.html pada 9 September 2011. Dimuat turun daripada http://www.slideshare.net/ninezero90xxx/pedagogi-bahasa-

melayu-sekolah-rendah-konsep-teknik pada 9 September 2011. Dimuat turun daripada http://www.teachersrock.net/pdkt.htm pada 9September 2011. Dimuat turun daripada http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/pendekatandeduktif.html pada 9 September 2011. Dimuat turun daripada http://www.scribd.com/doc/21963760/Nota-Kaedah-Dan-TeknikPengajaran-Bahasa pada 9 September 2011 Dimuat turun daripada http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/09/12/pendekatanstrategi-metode-teknik-dan-model-pembelajaran/ pada 9 September 2011

Anda mungkin juga menyukai