Anda di halaman 1dari 6

KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran (RP): Satu proses sistematik menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan penyampaian pembelajaran.

Kategori Reka Bentuk Pengajaran

RP Sebagai Satu Proses RP Sebagai Satu Disiplin RP Sebagai Satu Sains

RP Sebagai Satu Proses


Pembinaan perancangan secara sistematik dengan mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran (Briggs, 1977). Merangkumi keseluruhan proses:
Menganalisis keperluan dan matlamat pembelajaran Membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran Menyediakan bahan dan aktiviti pengajaranpembelajaran

Melaksanakan perancangan pengajaranpembelajaran

Membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran

RP Sebagai Satu Disiplin


Satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran. Proses pelaksanaan strategi pengajaran. Teori RP-Menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan bagi memastikan pembelajaran berlaku.

RP Sebagai Satu Sains


Satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran, baik kecil ataupun berskala besar pada semua peringkat. Bermodelkan pengajaran bilik darjah dan bermodelkan kurikulum , kursus atau produk.

Peranan Reka Bentuk Pengajaran


Meningkatkan profesion perguruan Kefahaman keperluan

Penyelesaian masalah

Fokus pengajaran

Membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar.

Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam p&p

Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran

Pembelajaran murid lebih bermakna dan menyeronokkan.

Perancangan yang rapi oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan dan pembelajaran yang optimum

Anda mungkin juga menyukai