Anda di halaman 1dari 5

BAHAN BANTU MENGAJAR

PENGENALAN
Bahan bantu mengajar merupakan sesuatu sifatnya yang rapat daripada porses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noraziah Abdul Hamid ( 1981 : 2 )

menerangkan bahawa bahan bantu mengajar itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut dan juga bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, dan juga membantu

mempercepatkan proses pemahaman mereka. Menurut Edgar Dale ( 1964 : 239 ) yang telah mengemukakan bahawa proeses pembelajaran bermula dengan menganggap objek-objek konkrit dan beransur-ansur menganggap semi abstrak hingga akhirnya lebih abstrak, penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah sebahagian kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Menurut Noraziah Abd Hamid ( 1983 : 3 ) mengatakan apabila semua kemahiran ini dicapai baharulah boleh dikatakan seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran bahasa tersebut. Peralatan pengajaran baharu dan lama digunakan untuk mempercepatkan proses pengajaran bahasa terutama penguasaan bahasa yang kedua. Menurut Atan Long ( 1982 : 174 ) pula menyebut bahan bantu mengajar terdiri daripada beberapa bahan . sesuatu bahan disampaikan dengan pelbagai cara.

Umpamanya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, di dalam bentuk carta dan dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat- alat penyampaiannya dinamakan bahan bantu mengajar.

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR


Papan Tulis Menurut Khairiah Ahmad ( 1980 : 258 ) mengatakan papan tulis amat mustahak dan dapat digunakan dengan pelbagai-bagai cara yang berkesan sekiranya guru tahu menggunakannya dengan betul. Penggunaan papan tulis dengan cara yang teratur membolehkan murid-murid mengikuti perkembangan pelajaran dengan mudah. Menurut Robert Lado ( 1978 : 258 ) memang tidak ada kaedah papan tulis dala pengajaran bahasa, tetapi papan tulis digunakan dalam mengajar bahasa.

Pemakaiannya ini pelulah dirancang dengan rapi, dan dipakai bagi mengatasi masalah yang timbul dengan tidak diduga senasa mengajar sesuatu pelajaran itu. Gambar Menurut Robert Lado ( 1978 : 255 ) mengatakan alat pandang seperti ini amat berguna semasa mengajar terutamanya dalam pengajaran bahasa kedua. Tetapi harus diingat kaedah pandang biasanya boleh menyeleweng kerana rangsangan pandang tidak berhubung dengan bahasasa. Setelah itu , gambar pula boleh member maklumat sekali imbasdan boleh memesongkan kalau dipakai untuk menjelaskan makna. Gambar gambar ini boleh berupa gambar bersiri ataupunberupa gambar sekeping. Filem Jalur dan Filem Slaid. Menurut Robert Lado ( 1978 : 263 ) mengatakan guru perlu mengambil perhatian sebelum menggunakan projector tersebut. Pertama, kuasa mentol tidak boleh digelapkan sepenuhnya supaya murid murid dapat mengambil nota. Kedua, skrin perlulah licin dan tidak menggerutu. Skrin yang licin akan member gambar yang licin juga. Gunakan bidai untuk menambah gamar menjadi lebih jelas.

Alat Rakaman Menurut Khairiah Ahmad ( 1981 : 260 ) mengatakan alat ini boleh juga digunakan untuk merakamkan lakonan, ceramah, ucapan, perbahasan murid-murid untuk didengarkan kembali kepada mereka. Pita rakaman ini besar faedahnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa. Projektor Penyalin Menurut Robert Lado ( 1978 : 264 ) mengatakan alat ini boleh menyalin gambar dari mana-mana buku dengan menayangkan pada skrin dalam bilik gelap. Projector ini lebih berguna daripada projektor slaid dan file. Apa sahaja yang mahu ditayangkan oleh guru boleh dilekatkan di bawah projektor tersebut dan gambarnya akan dapat ditayangkan. Projektor penyalin ini mempunyai beberapa kelemahan iaitu memelukan bilik yang gelap dan keadaan ini sukar dibuat. Tambahan pula keadaan ini dapat menghindar pelajar daripada menulis dan membuat kerja lain semasa pembelajaran dijalankan.

CIRI-CIRI BAHAN BANTU MENGAJAR


Terdapat tiga ciri-ciri bahan bantu mengajar yang perlu ada pada setiap bahan tersebut : Menjimatkan Masa Guru boleh menjimatkan masa dengan menggunakan alatan mengajar dengan dua cara. Cara pertama ialah berhubung dengan tujuan menjadikan penerangan yang jelas. Dalam pengajaran, jika pelajar cepat memahami bahan- bahan yang diajarkan itu, sudah tentu ini akan menjimatkan masa dan pengajaran seterusnya boleh dijalankan. Cara yang kedua ialah masa itu dapat diselamatkan jika guru dapat menyediakan bahan-bahan pengajarannya terlebih dahulu. Guru tidak perlu membuang masa menuliskan bahan-bahan pengajarannya di papan hitam. Bahan-bahan yang tersedia tertulis di papan gulung, di kad-kad manila, di kertas-kertas siklostil misalnya dapat menjimatkan masa guru. Mempelbagaikan Kegiatan Murid-murid belajar daripada pelbagai rangsangan, jadi semakin banyak dapat kita pelbagaikan kegiatan untuk murid-murid, semakin mudahlah mereka mengikuti pelajaran mereka. Dalam mengajarkan ceramah contohnya , guru boleh menggunakan pita rakaman untuk diperdengar rakaman ucapan itu, murid- murid diminta meneliti sebutan, gaya, intonasi, suara, dan lain-lain. Kemudian mereka memberikan kertas edaran yang mengandungi ceramah tersebut. Murid-murid dikehendaki mengkaji pemilihan perkataan yang sesuai yang digunakan, penggunaan ayat-ayat dan sebagainya. Bahan bantu mengajar dapat menolong guru mempelbagaikan kegiatan pengajaran mereka dan ini akan

menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Menyeronokkan Murid Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah untuk menyokong kegiatan dalam kelas yang kita cuba pelbagaikan itu. Secara tidak langsung peranan sampingan bahan bantu mengajar berubah menjadi peranan utama dalam menyingkirkan kebosanan dan seterusnya memberi keseronokan kepada murid-murid dalam pembelajaran mereka.

PROSEDUR PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan-bahan itu dapat digunakan dalam pengajaran bahasa dengan berkesan adalah melalui kaedah-kaedah tertentu. Pembelajaran yang benar-benar bermakna ini hanya akan dapat dicapai apabila guru cuba melibatkan beberapa panca indera pelajar. Menurut Wayne F. Virag ( 1976 : 248 ) mengatakan seseorang individu dalam

suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknikteknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran. Suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran. Pertimbangan sebelum menggunakan bahan bantu mengajar Walau apa jenis alat sekalipun, seseorang guru perlu menilainya dari segi tujuan alat itu, kesesuaian, cara-cara penggunaannya, dan jelas atau tidak idea yang hendak disampaikan. Pendapat guru-guru lain patut ditanya berkenaan alat bantu mengajar ini. Alat itu harus dapat digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar. Bahan tersebut harus memberi faedah pada semua murid dan tidak hanya kepada kumpulan kecil atau hanya beberapa individu sahaja. Pelajar harus mempunyai respon yang baik terhadap alat-alat itu dan pastikan setiap orang daripada mereka terlibat dengan penggunaanya semasa bahan tersebut digunakan. Mesej atau idea yang hendak disampaikan itu harus jelas kepada pelajar-pelajar dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai