Anda di halaman 1dari 5

UNIT 3

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN


MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS

Sinopsis
Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan strategi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, dan sistem
bahasa yang berkesan. Pengajaran guru akan mencapai matlamat jika guru dapat
merancang strategi pengajaran yang sesuai dan menggunakannya secara berkesan. Di
samping itu, penggunaan alat bantu belajar yang menarik dapat merangsang minat
murid untuk mengikuti pembelajaran. Seterusnya,
guru dapat melihat tahap
pembelajaran murid-murid dengan memilih prosedur pentaksiran dan penilaian yang
tepat dengan objektif pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir objektif ini anda seharusnya dapat
i.

mengenal pasti dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran


kemahiran bahasa, iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis bagi
mencapai objektif pengajaran;

ii.

menerapkan pengajaran sistem bahasa dalam kemahiran bahasa secara


terancang;

iii.

mengaplikasikan bahan pengajaran sastera dalam kemahiran bahasa;

iv.

memilih jenis-jenis penilaian dan membina instrumen penilaian yang sesuai


untuk menilai kemahiran bahasa.

3.1

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkapmelengkapi. Kedua-dua kemahiran ini diajarkan kepada murid-murid supaya mereka
boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi. Seterusnya mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramtis.

Kemahiran mendengar merujuk


kepada
keupayaan
murid
mendengar
dengan
teliti,
memahami dan menghayati secara
lisan perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan. Di
samping
mendengar,
murid
diharapkan dapat memberikan
maklum balas.

Kemahiran
bertutur
merujuk
kepada
keupayaan
murid
berbicara,
untuk
menjalin
hubungan dan menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan,
serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang
betul secara sopan. Penekanan
diberikan
pada
penggunaan
pengucapan yang menggunakan
tatabahasa yang betul.

Matlamat
Matlamat kemahiran mendengar dan bertutur yang diajarkan kepada murid-murid adalah
untuk melengkapkan mereka dengan kebolehan memahami dan menghayati perkaraperkara yang didengar dalam pelbagai situasi di samping mampu berkomunikasi serta
memberi maklum balas dengan menggunakan sistem bahasa yang mantap dan
berkesan.

3.1.1

Jenis Kemahiran Mendengar


Pada umumnya terdapat dua jenis kemahiran mendengar, iaitu kemahiran
mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif.

Jenis Kemahiran
Mendengar Pasif

Mendengar Aktif

3.1.2
3
4

Keterangan
Sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar
sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa
memberi tindak balas secara lisan disebabkan
tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang
diterima.
Sejenis komunikasi dua hala. Murid memberi
tindak balas secara lisan terhadap sesuatu
maklumat yang diterima atau didengar .

Peringkat Bertutur
Terdapat dua peringkat pertuturan murid-murid di sekolah, iaitu peringkat
pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.

Peringkat
pertuturan
rendah
ialah
pertuturan tentang halhal yang berlaku di
sekitar
diri
dan
pengalaman murid

Peringkat
pertuturan
tinggi
ialah bertutur
untuk membuat analisis
atau membuat inferens,
ramalan, pandangan,
justifikasi
dan
sebagainya b

3.1.3

Aktiviti Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Antara kemahiran mendengar dan bertutur yang boleh dijalankan oleh guru di
dalam bilik darjah adalah seperti jadual di bawah.

Kemahiran

3.1.4

Cadangan Aktiviti

Mengecam / mengenal bunyi

Mengenal bunyi-bunyi alam seperti bunyi


hujan, guruh, ombak, tiupan angin, bunyibunyi
binatang,
kenderaan
dan
sebagainya.

Membuat inferens

Menerangkan sebab-musabab kejadian


sesuatu perkara. Misalnya, jelaskan
sebab-sebab seseorang itu miskin?

Menganalisis maklumat

Mencari makna perkataan berdasarkan


konteks dengan merujuk kamus.

Membuat rumusan

Membuat kesimpulan tentang sesuatu


perkaras berdasarkan maklumat yang
telah dianalisis.

Membuat penailaian

Memberi pandangan atau pendapat


tentang sesuatu perkara yang didengar
atau dibincangkan.

Membina Bahan Pengajaran


a)
b)
c)
d)
e)
f)

Gambar
Ilustrasi
Poster
Carta
Pita rakaman
Video rakaman

3.1.5

Pentaksiran dan Penilaian


Penilaian dijalankan adalah berbentuk pemerhatian dan pengujian dan
dijalankan sepanjang pengajaran. Instrumennya secara skala kadar, skala band
dan senarai semak. Pentaksiran dijalankan dalam tempoh masa tertentu secara
formal dan tidak formal seperti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh instrumen: senarai semak
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
KEMAHIRAN BERTUTUR

Instrumrn: Senarai semak


Tuliskan markah dalam ruangan yang disediakan
Nama
Murid

Tarikh
Menilai

Sebutan
(5 Markah)

Kelancaran
(5 Markah)

Jumlah

Latihan Pemahaman

Sila dengar rakaman perbualan mengenai sesuatu isu.. Berdasarkan rakaman tersebut,
cadangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan
bertutur dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai