Anda di halaman 1dari 9

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASIONAL/SENARIO

Mackey(1965),
Salah seorang penganjur pendekatan situasi. Berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul.

Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul.

Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran seperti pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak dan setiap gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.
Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, murid perlu diberi peluang untuk bertutur.

Latih Tubi

AKTIVITI PENGAJARAN

Latihan Pandang Dan Sebut

Dialog/Nyanyian

Latih Tubi

Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru. Mulakan dengan penyebutan guru,kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi.

Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. Contohnya, daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu.

Dialog dan Nyanyian


Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. Aktiviti nyanyian dapat membantu muridmurid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyibunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

Latihan Pandang dan Sebut


Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambargambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Carta bergambar,bahagian filem dan slide juga digunakan. Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan pertuturan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai